Anda di halaman 1dari 33

CTU552

FALSAFAH & ISU SEMASA

TUGASAN 2:
ATHEISME DALAM REALITI SEMASA

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. MOHAMAD KHAIRUL IZWAN RIFIN

DISEDIAKAN OLEH:
KUMPULAN 552-ED7
(FAKULTI PENDIDIKAN)
AISHA MASHITAH BINTI ZAHRIMAN 2021513699
FARAH ADILA BINTI ABU HASAN 2021307431
MUHAMMAD ADNIN BIN BAZLI 2021515809
NUR ATHIRA KAMILIA BINTI ABDUL RAHIM 2021352685
NUR FATINI BINTI HAZAN 2021107117
NUR SYAFIQAH BINTI MOHD MAZINUN 2021307431

Untuk kegunaan pensyarah


Penilaian markah (20%)
Pengenalan
Isi + Huraian
Cadangan & Kesimpulan
Rujukan (Bibliografi)
Etika & Profesionalisme
Jumlah
(ATHEISME DALAM REALITI SEMASA)
KANDUNGAN
PENGHARGAAN 1
1.0 PENGENALAN 2
1.1 PANDANGAN ATHEISME DARI SUDUT BARAT DAN TIMUR 3
1.2 PANDANGAN AL-QURAN TENTANG ATHEISME 4
1.3 PANDANGAN ULAMA’ KONTEMPORARI TENTANG ATHEISME 5
2.0 DEFINISI 5
3.0 SEJARAH PENCETUS ATHEISME 6-7
3.1 ATHEIS DI MALAYSIA 7
4.0 FAKTOR KEDATANGAN ATHEISME
4.1 KURANG PENDEDAHAN TENTANG ILMU AGAMA 8
4.2 PERKEMBANGAN TEKNOLOGI DAN SAINS 8
4.3 FAKTOR MORALITI 9
4.4 FAHAMAN SOSIAL TERLALU PROGRESIF 9
5.0 CIRI-CIRI ATHEISME
5.1 MENOLAK KEWUJUDAN TUHAN SECARA MUTLAK 10
5.2 MENENTANG HUKUM AGAMA 10
5.3 TIADA BUKTI KEWUJUDAN TUHAN 11
6.0 KESAN ATHEISME
6.1 KESAN ATHEISME TERHADAP INDIVIDU 12
6.2 KESAN ATHEISME TERHADAP MASYARAKAT 12
6.3 KESAN ATHEISME TERHADAP NEGARA 13
7.0 CONTOH KEGIATAN ATHEISME 14-20
8.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN
8.1 CADANGAN UNTUK MEMERANGI GOLONGAN ATHEISME 21-23
8.2 KESIMPULAN 24-25
9.0 RUJUKAN/BIBLIOGRAFI 26-27
PENGAKUAN KEASLIAN TUGASAN

“Saya dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang
saya serahkan adalah hasil kerja saya sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-
mana sumber atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan rujukan
yang sepatutnya. Saya sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar atau disyaki
melanggar perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib Fakulti.”

Bil Nama No Pelajar Tandatangan Tarikh


1 MUHAMMAD ADNIN BIN 2021515809 12/6/2021
BAZLI

2 NUR SYAFIQAH BINTI 2021307355 12/6/2021


MOHD MAZINUN

3 NUR ATHIRA KAMILIA BINTI 2021352685 12/6/2021


ABDUL RAHIM

4 AISHA MASHITAH BINTI 2021513699 12/6/2021


ZAHRIMAN

5 NUR FATINI BINTI HAZAN 2021107117 12/6/2021

6 FARAH ADILA BINTI ABU 2021307431 12/6/2021


HASAN
PENGHARGAAN

‫اارحِ يم‬
َّ ِ‫ن‬ َّ ‫ْــــــــــــــــــمِ ِاﷲ‬
ِِ ‫الر ْح َم‬ ِِ ‫بِس‬
(Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang)
ِ‫علَيْك ِْمِ َو َر ْح َمةِِﷲِِِ َوبَ َركَاته‬
َ ِِ‫سالَم‬
َّ ‫ال‬

Alhamdulillah, kami merafakkan sepenuh kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan


limpah kurnia dan izinNya dapat juga kami menyiapkan tugasan 2 yang bertajuk Atheisme
Dalam Realiti Semasa untuk kod Falsafah dan Isu Semasa(CTU552) yang perlu disiapkan
secara berkumpulan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Kami menjulang sepenuh penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Dr.
Mohamad Khairul Izwan Rifin, pensyarah untuk kod CTU552, di atas bantuan dan dorongan
beliau yang banyak membantu kami sepanjang proses menyiapkan tugasan ini. Kami juga
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan yang banyak membantu
kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini
dijalankan.

Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang menyiapkan tugasan ini lebih-
lebih lagi yang berkaitan topik kami Atheisme Dalam Realiti Semasa. Sejajar dengan
anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa
khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai dan mendalami pelbagai ilmu
pendidikan di muka bumi ini. Akhir kata, kami berharap agar tugasan kami ini dapat
memberikan sesuatu yang bermanfaat serta membuka mata dan minda semua terhadap
falsafah dan isu semasa yang berkaitan dengan Atheisme yang kian menular dalam
kalangan rakyat di negara kita.

Sekian, terima kasih.

1|CTU552-ATHEISME
1.0 PENGENALAN

Menurut Oxford Dictionaries, Atheisme ialah ketidakpercayaan atau kurang percaya akan
keberadaan Tuhan. Perkataan “atheism” berasal dari Bahasa Yunani yakni Atheos yang
bererti tanpa Tuhan. ‘A’ bermaksud tanpa manakala “theos” adalah Tuhan atau Tuhan –
tuhan. Atheisme telah membentuk menjadi suatu fahaman dan aliran pemikiran. Namun jika
mendalami dari segi Bahasa Arab, athiesme adalah al-ilhad (ِ‫)اإللحاد‬. Menurut Ibn al-Faris, lam,
ha’ dan dal merujuk kepada menyimpang daripada pandangan yang lurus. Alhad al-rajul (ِِ‫ْأل َح َد‬
‫ )الرج ِل‬bermaksud seorang lelaki telah menyimpang daripada jalan kebenaran (Ibn Fāris al-
Qazwīnī, 2008). Dengan adanya ahli fikir, mereka berterus – terang dan menafi bahawa
kewujudan tuhan dengan dalil- dalilnya yang tersendiri adalah tidak wujud. Seperti yang kita
tahu, Atheisme ini tidak mengakui adanya Tuhan malah menentang akan adanya Tuhan
dalam teori mahupun praktik. Terdapat beberapa pengertian Atheisme antaranya ialah:

1. Yakin bahawa Tuhan dan Malaikat tidak wujud

2. Keraguan tentang kewujudan ghaib yang seharusnya mempengaruhi alam semesta.

3. Tidak ada kepercayaan khusus kepada Tuhan. Golongan orang Yunani pada zaman
dahulu merujuk kepada golongan orang Kristian yang Atheis kerana mereka tidak
mempercayai Tuhan itu ada. Manakala, golongan orang Kristian memanggil golongan orang
yang Ateis kerana mereka tidak percaya juga kepada Tuhan mereka.

4. Menolak kesemua Agama. Dalam hubungan ini, pantheisme dalam pelbagai


bentuknya menolak Tuhan yang transgender dan peribadi tetapi menyedari dan mengenali
sesuatu yang mutlak.

Pada masa kini mungkin orang ramai masih tidak mengetahui tentang kewujudan fahaman
ini. Oleh itu, kertas kerja ini lebih menfokus kepada reality semasa dengan huraian tentang
sejarah kedatangan atheisme, ciri-ciri fahaman atheism, factor yang dapat mempengaruhi
masyarakat, kesan mengikut fahaman ini dan juga pandangan atheisme dari sudut barat dan
juga timur. Dengan itu ia dapat membuka mata dan minda masyrakat diseluruh dunia supaya
tidak terikut fahaman yang sememangnya bertentangan dengan ajaran islam.

2|CTU552-ATHEISME
1.1 PANDANGAN ATHEISME DARI SUDUT BARAT DAN TIMUR

Program Westernisasi telah diadakan sejak awal era modenisasi yang telah dirasai dan
dialami oleh masyarakat. Maksud Westernisasi ialah perbuatan seseorang yang mengikuti
gaya perilaku dan gaya hidup bangsa asing dalam erti kata yang senang meniru gaya
kehidupan bangsa lain atau bangsa barat. Namun di Timur juga terkesan dengan program ini
tetapi mereka dapat menghadapi situasi ini malah menolaknya. Salah satu program ini ialah
Atheisme dimana akan menyebabkan pemecahan keyakinan terhadap Tuhan dan Alam.

Kewujudan Atheisme ini disebabkan oleh kebencian terhadap agama dan ingin
kebebasan darinya. Menurut Don, kebencian ini merupakan bahagian daripada kesenangan
terhadap agama. Hal ini demikian, banyak masyarakat menjadi liberalist iaitu tidak
mempunyai matlamat hidup selain daripada mempertingkatkan kesejahteraan lahiriah dan
kebendaan atau kebebasan hak asasi manusia. Selain itu, ada masyarakat yang ingkar
terhadap Tuhan (Atheis) dan banyak perkara lagi yang menimbulkan seseorang itu adalah
Ateis. Kebanyakkanya ada menolak agama, ketidakpercayaan Tuhan, dan menolak wahyu
secara intelektual.

Di dalam budaya Barat, Atheis diandaikan sebagai tidak beragama. Terdapat


beberapa contoh agama yang tidak menyatakan tentang istilah Tuhan di dalam upacara ritual.
Konsep ketuhanan selalu digunakan di dalam agama, contohnya Agama Buddha. Agama ini
disebut sebagai agama Atheistik walaupun definisi ini banyak cenderung dengan erti kata
falsafah sekular seperti humanisme, rasionalisme dan naturalisme. Atheis boleh dianggap
trend orang barat dan ideologi Ateis ini berfaedah kerana hadirnya kemodenan dalam sikap,
kehidupan, dan perbuatan seluruh manusia untuk mempertangunggjawabkan pelbagai
tuntutan dan hujah yang lebih munasabah dan pemikiran secara lebih jelas sehingga dapat
membezakan antara ilusi,subjektif dan objektif (Kluge, 2009).

Atheisme telah tersebar di Barat malah itu bukan suatu isu program Barat dalam
bidang politik, ekonomi dan kebudayaan. Atheis juga memasarkan konsep dalam bentuk
kebebasan yang tidak dimiliki agama dalam hidup yang dikuasai dari kalangan para Atheisme.

3|CTU552-ATHEISME
1.2 PANDANGAN AL-QUR’AN TENTANG ATHEISME

Firman Allah Taala:

ُ ‫ِي ِإ اَّل َح َياتُنَا ال ُّد ْن َيا َن ُموتُ َونَحْ َيا َو َما يُ ْه ِل ُكنَا ِإ اَّل ال اد ْه ُر َو َما لَ ُه ْم ِب َذلِكَ مِ ْن ع ِْل ٍم ِإ ْن هُ ْم ِإ اَّل َي‬
َ‫ظ ُّنون‬ َ ‫َوقَالُوا َما ه‬

Maksudnya: Dan mereka berkata: "Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di
dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti); dan tiadalah yang membinasakan kita
melainkan edaran zaman". Pada hal mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan
tentang hal itu; mereka hanyalah menurut sangkaan semata-mata.

(Surah al-Jathiah: 24)

Berkata Imam Fakhruddin al-Razi:

“Ayat ini Allah taala menceritakan tentang mereka yang memiliki syubhat-syubhat pada
mengingkari Hari Kiamat dan Inkar terhadap Tuhan yang berkemampuan…(Bagi keingkaran
kategori kedua ini,) Allah menyebutkan dalil-dalil yang cukup banyak dalam al-Quran tentang
kewujudan haiwan dan insan menunjukkan wujudnya Pencipta mereka yang Maha
Bijaksana.”

Mafatih al-Ghaib (27/678)

Firman Allah Taala:

ً ُ‫سا ُن َكف‬
‫ورا‬ َ ‫اْل ْن‬ ْ ‫ض ال َم ْن تَ ْدعُونَ ِإ اَّل ِإيااهُ فَلَ اما َنجاا ُك ْم ِإلَى ْال َب ِر أَع َْر‬
ِ ْ َ‫ضت ُ ْم َوكَان‬ َ ‫س ُك ُم الض ُُّّر فِي ْال َبحْ ِر‬
‫َو ِإذَا َم ا‬

Maksudnya: Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari
ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah
selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah
manusia itu sentiasa kufur (akan nikmat-nikmat Allah).

(Surah al-Isra’:67)

Berkata Syeikh al-Maraghi:

“Apabila kamu mengalami kesukaran yang melampau di tengah lautan, nescata akan hilang
segala lintasan di benak fikiran kamu yang kamu seru dan mengharapkan manfaat, daripada
berhala, jin, raja, orang atau batu, maka kamu tidak ingat apa pun melainkan Allah.”

Tafsir al-Maraghi (15/74)

4|CTU552-ATHEISME
1.3 PANDANGAN ULAMA’ KONTEMPORARI TENTANG ATHEISME

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam al-Fiqh al-Awlawiyyat mengkritik fahaman Ateisme
dengan menyatakan bahawa penganutnya tidak mempercayai konsep ketuhanan, kenabian
dan pembalasan hari kiamat. Mereka sama dengan golongan yang digambarkan oleh firman
Allah SWT,

َ ‫َوقَالُوا إِ ْن ه‬
َ‫ِي إِ اَّل َح َياتُنَا ال ُّد ْن َيا َو َما نَحْ ُن ِب َم ْبعُوثِين‬

Maksudnya: “Dan tentulah mereka akan berkata pula: "Tiadalah hidup yang lain selain dari
hidup kita di dunia ini, dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula sesudah kita mati".

(Surah al-An’am: 29)

2.0 DEFINISI

Penggunaan kata Atheisme berasal daripada bahasa yunani ἄθεος iaitu atheos yang
membawa maksud “tanpa tuhan”. Dalam erti kata lain, atheisme membawa makna fahaman
atau kepercayaan yang tidak mengakui kewujudan Tuhan. Atheisme merupakan
ketidakpercayaan atau kurang kepercayaan terhadan kewujudan Tuhan. Dalam Bahasa Arab
ateisme adalah ‫ اإللحاد‬ataupun illhad. Dari segi istilah illhad ialah sebuah mazhab falsafah yang

menafikan kewujudan Allah sebagai pencipta alam semesta. Perkataan ini diguna pakai oleh
golongan yang menafikan Tuhan itu wujud dan perlu di sembah oleh golongan majoriti dalam
sesebuah masyarakat.

Perkataan-perkataan Bahasa Arab lain yang digunapakai untuk merujuk kepada


golongan atheisme ialah mulhid, dahriyyah, zanadiqah, tabi’yyah, la diniyyah dan lain-lain
Atheisme tercetus atas sebab kebencian serta ingin kebebasan sepenuhnya daripada agama.
Secara khasnya atheis boleh di klasifikasikan sebagai orang yang tidak mengakui atau
mempercayai kewujudan Tuhan manakala atheisme ialah suatu fahaman atau kepercayaan
yang tidak mengakui bahawa Tuhan itu wujud. Kata lawan bagi atheisme ialah theism yang
membawa maksud fahaman yang mengakui Tuhan itu wujud.

5|CTU552-ATHEISME
3.0 SEJARAH PENCETUS ATHEISME

Atheisme telah menjadi satu pegangan sebahagian manusia sejak zaman dahulu lagi.
Pada era tamadun Greek, tokoh-tokoh seperti Diagoras of Melos serta Epicurus telah
menyatakan fahaman ateisme tentang ketidakpercayaan kepada Tuhan ataupun dewa,
mengingkari metafizik, kebangkitan serta risalah. Golongan ini hanya berpegang kepada logik
akal sahaja. Fahaman ateisme bermula semasa dan juga selepas lahirnya zaman humanisme
Renaisans, iaitu pada abad ke-14 hingga ke abad ke -16. Fahaman ini tercetus akibat Barat
ketika itu hanya menumpukan tentang ilmu kemajuan kebendaan sehingga mereka
melupakan pembangunan kemanusiaan dan kerohanian.

Gereja pada ketika itu berlaku penyelewengan dan cengkaman yang keterlaluan pada
penganut Kristian. Pada asalnya gereja amat dihormati serta disanjungi masyarakat sebelum
era Renaisans. Gereja dahulunya merupakan tempat rujukan utama masyarakat sebelum
berlakunya penguasaan serta pengongkongan kepada penganut Kristian secara menyeluruh.
Sesetengah masyarakat tidak lagi menganut agama Kristian kerana terdapat banyak
penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa dengan menggunakan nama Tuhan sehingga
menjatuhkan maruah gereja. Akibat daripada perkara tersebut, masyarakat mula mencari
solusi untuk meloloskan diri daripada cengkaman gereja. Jadi, mereka bertindak dengan
memisahkan diri dan kehidupan daripada ajaran Kristian dengan cara hanya menumpukan
kepada kemajuan, kemewahan, kebendaan, kemegahan serta kewangan semata-mata.

Kesan daripada isu gereja ini, maka lahirlah tokoh-tokoh ateisme. Tokoh-tokoh ini ialah
Baron D’ Holbach, Percy Bysshe Shelley, Denis Diderot dan banyak lagi. D’ Holbach
menyatakan bahawa semua kanak-kanak yang lahir di dunia adalah ateis kerana mereka
belum tahu akan kewujudan Tuhan. D’ Holbach turut mendakwa bahawa agama adalah suatu
bentuk penindasan serta kezaliman yang melemahkan munculnya kebenaran. Tokoh sosialis
dan kapitalis iaitu Karl Marx menyatakan bahawa Kristian serta agama lain di dunia ini harus
dimusnahkan terlebih dahulu sebagai proses membina manusia menjadi Tuhan. Karl Marx
berpendapat lagi bahawa bukan Tuhan yang menciptakan manusia tetapi sebaliknya manusia
yang mencipta Tuhan.

Friedrich Nietzsche pula menyatakan bahawa “Tuhan Sudah Mati”. Pernyataan beliau
telah menggemparkan masyarakat barat ketika itu. Pernyataan yang dikeluarkan oleh beliau
menandakan telah bermulanya perubahan nilai pusat dalam umat Barat. Dengan pernyataan
ini sistem nilai umat Barat mula berubah dan tidak terletak lagi pada akidah yang diajar oleh
Kristian. Malah, menurut fahaman Karen Armstrong, beliau menyatakan bahwa seandainya
Tuhan belum mati maka adalah tanggungjawab kita sebagai manusia untuk membunuh
Tuhan. Fahaman serong ini menyebabkan golongan atheis pada zaman kini untuk hanya

6|CTU552-ATHEISME
berpegang kepada sains sahaja dan menyokong slogan “Tiada syurga, tiada neraka, hanya
sains.” Namun, manusia pertama yang mengaku bahawa dirinya tidak mempercayai Tuhan
ialah Denis Diderot.

3.1 ATHEIS DI MALAYSIA

Di Malaysia, atheisme mula mendapat perhatian umum apabila media arus perdana
melaporkan perjumpaan kumpulan atheis pada tanggal 3 Ogos 2017, The Atheist Republic
Consulate of Kuala Lumpur. Anak muda islam ataupun dikenali sebagai “ex-Muslim”
merupakan majoriti di dalam kumpulan ini. Fahaman atheisme di Malaysia juga tersebar
dengan adanya media sosial seperti Facebook. Antara laman Facebook yang mendapat
perhatian ialah Warung Atheist yang mempunyai 5,000 orang ahli, kumpulan Malaysian
Atheist Confessions yang mempunyai 2,000 ahli, Freethinkers, Agnostics and Their Friends
dengan 1,900 ahli serta Atheist Republic Malaysia dengan 1,800 ahli. Jumlah ahli ini tidak
termasuk lagi dengan pengguna Twitter yang dikatakan lebih lantang berbicara. Di samping
itu, terdapat beberapa blog yang turut sama-sama menyebarkan fahaman ateis ini contohnya
seperti Melayu Atheist yang aktif menulis sejak tahun 2013, blog Malaysian Humanist, blog
Aku Seorang Bekas Islam dan banyak lagi.

7|CTU552-ATHEISME
4.0 FAKTOR KEDATANGAN ATHEISME

4.1 KURANG PENDEDAHAN TENTANG ILMU AGAMA

Antara faktor wujudnya golongan menyokong fahaman ateisme ialah mereka kurang
berpengetahuan dan tidak berusaha untuk mendalami ilmu agama. Allah telah berfirman,

“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) disisi Allah ialah Islam…”

(Quran Al-Imran 19)

Bagi mereka yang menolak ajaran Islam, mereka akan mudah untuk terpesong. Oleh itu,
mereka akan senang diracun dan akan sewenang – wenangnya menolak ajaran islam itu
sendiri. Mereka akan lebih mudah percaya dengan anasir – anasir yang mengatakan bahawa
alam ini terjadi dengan sendirinya. Namun begitu, masyarakat atheis ini tetap terus untuk
berfikiran mundur dan tidak berusaha untuk mengkaji isi kandungan al – Quran sedangkan di
dalam al – Quran, Allah telah menceritakan bagaimana alam ini terjadi, kejadian manusia dan
sebagainya.

4.2 PERKEMBANGAN TEKNOLOGI DAN SAINS

Dengan berkembangnya ilmu sains dan teknologi, terdapat segelintir manusia yang tidak
menzahirkan kesyukuran atas nikmat yang Allah telah kurniakan selama ini. Dalam mengkaji
sesuatu perkara, mereka tidak lagi bergantung harap kepada kuasa ghaib seperti Tuhan untuk
memberi pertolongan kepada mereka supaya urusan mereka dipermudahkan. Sebaliknya,
mereka hanya bergantung kepala teknologi moden sepenuhnya. Perkataan manusia lahir
daripada Bahasa Arab iaitu nasiya yang bermaksud lupa. Perkataan ini menggambarkan
bahawa manusia itu lemah kerana sering bermalasan dan berlengah-lengah dalam
melakukan tanggungjawab mereka. Selain itu, pengetahuan yang mendalam dalam bidang
sains juga membolehkan manusia untuk menjawab pelbagai fenomena yang tidak dapat
diungkap dengan mata kasar misalnya, alam semesta. Namun demikian, untuk mengesahkan
kesahihan perkara tersebut, mereka seharusnya menjalankan kajian dengan berlandaskan al
-Quran dan hadis kerana kalam Allah itu telah padat dengan segala maklumat. Hal ini kerana,
kajian sains itu hanya untuk meneroka dan mengesahkannya kembali.

8|CTU552-ATHEISME
4.3 FAKTOR MORALITI

Masyarakat atheis berpendapat bahawa prinsip moral tidak perlu ada dalam diri mereka. Hal
ini demikian kerana, pada pemahaman masyarakat ini, mereka tidak seharusnya ada
perasaan takut untuk melakukan kejahatan yang bakal menempatkan mereka di neraka
ataupun melakukan kebaikan untuk mengharapkan balasan baik di syurga kelak. Mereka
beranggapan bahawa, untuk melakukan sesuatu perkara baik atau buruk, manusia tidak
memerlukan Tuhan mahupun syaitan sebelum melakukannya kerana perasaan itu lahir
daripada hati dan tidak memerlukan sokongan daripada mana – mana sumber.

4.4 FAHAMAN SOSIAL TERLALU ‘PROGRESIF’

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, progesif bermaksud menuju kearah pembaikan
atau kemajuan. Hal ini sangat bertentangan dengan fahaman yang mereka bawa dimana,
fahaman ini menganggap adat dan norma dalam masyarakat merupakan suatu perkara yang
boleh berubah seiring dengan peredaran waktu. Golongan atheis bersikap mudah untuk
menerima nilai baharu dan mereka bersungguh untuk menolak perkara yang sedia ada
misalnya perkara yang terkandung didalam al – Quran dan as-Sunnah. Selain itu, mereka
juga berpendapat bahawa agama merupakan satu pemboleh ubah atau faktor yang tidak
tetap dalam masyarakat dunia. Pada mereka, orang yang berpegang teguh dengan agama
adalah golongan yang jumud dan kuno. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, masyarakat atheis
mempunyai suatu fahaman sosial yang sangat negatif dalam mengemukakan hujah.

9|CTU552-ATHEISME
5.0 CIRI-CIRI ATHEISME

5.1 MENOLAK KEWUJUDAN TUHAN SECARA MUTLAK

Ciri atheis yg pertama adalah golongan ini menolak kewujudan tuhan secara mutlak atau
segala yg bersifat ilahiah. Mereka percaya bahawa segala yg berlaku terjadi dgn sendiri. Pada
mereka, disebabkan oleh Tuhan tidak boleh dilihat dengan mata kasar, mereka menganggap
ia hanyalah khayalan semata – mata. Statistik penganut agama terkini menunnjukkan bahawa
ateis berada pada kedudukan ketiga tertinggi selepas agama Islam dan agama Kristian. Hal
ini jelas menunjukkan bahawa masih ramai insan di dunia ini yang masih meragui tentang
kewujudan Tuhan sebagai pencipta selaku pentadbir alam. Bagi masyarakat atheis, mereka
berpandangan bahawa, “Aku tidak nampak Tuhan, jadi bagi aku Tuhan itu tiada” dan
“Mengapa wujudnya kesengsaraan, kejahatan dan bencana jika Tuhan itu Maha Penyayang?”
atau mungkin bagi mereka yang beragama, mereka masih lagi tidak menemui sebarang
jawapan yang memuaskan melalui agama mereka mengenai persoalan-persoalan ketuhanan
dan kejadian alam semesta, maka, mereka disifatkan sebagai atheis dan mempersoalkan
“Jika Tuhan itu ada dimanakah peranannya?”. Oleh itu, disebabkan oleh timbulnya teori – teori
dangkal ini, ia telah membuatkan mereka meragui kewujudan Tuhan dan secara tidak
langsung terus memilih untuk tidak beragama.

5.2 MENENTANG HUKUM AGAMA

Golongan atheis juga menentang hukum agama sebagai pengatur kehidupan manusia
supaya mereka dapat bebas dari kawalan agama. Pada mereka, agama hanya sebuah ilusi
dan peraturan yang terkandung dalam sesebuah agama itu tidak bersifat adil dalam
menjatuhkan sesuatu hukum. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa golongan ateis ini tidak
sedar tentang kepentingan beragama sebaliknya mereka tetap terus mendokong anasir-
anasir yang dangkal. Atheis berpandangan bahawa mereka juga boleh mencapai
kebahagiaan dan kesejahteraan hidup walaupun tidak berpegang dengan sebarang agama
dalam jiwa mereka. Walaupun mereka dilengkapi dengan ciri yang membolehkan mereka
menjalani kehidupan yang baik, namun begitu sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui
akan qada’ dan qadar setiap ummah. Sesungguhnya, tanpa pengetahuan yang tinggi dalam
agama, kehidupan mereka akan bercelaru dan terus keliru. Sebagai contoh, dalam buku
“Ketika Azazil Berputus Asa” karya Hadi Fayyadh menceritakan bagaimana perjalanan hidup
seorang lelaki atheis yang berselindung disebalik agama Islam dapat kembali ke jalan yang
benar sebagai seorang mukmin sejati. Walaupun ianya sekadar sebuah novel pendek, namun
begitu, para pembaca boleh mengambil iktibar dan pengajaran bagaimana lelaki tersebut
sedar akan khilafnya dan mengambil jalan untuk berhijrah kearah yang lebih baik iaitu Islam.

10 | C T U 5 5 2 - A T H E I S M E
5.3 TIADA BUKTI KEWUJUDAN TUHAN

Atheis menyatakan hujah bahawa tiada bukti wujudnya Tuhan dan kegagalan sains
mengesahkan perkara itu menjadi asas kepada penolakan tersebut. Fahaman atheisme ini
meyakini bahawa hidup merupakan satu proses dimana mereka tidak perlu ada ruang untuk
menerima kewujudan tuhan. Izharnya, fahaman ini jelas bertentangan dengan akidah islam
yang berteraskan tauhid. Mereka mengatakan bahawa tiada bukti rasional menunjukkan
Tuhan itu ada dan pada pendapat mereka, Tuhan tidak boleh disahkan melalui lima
pancaindera seperti mata untuk melihat, hidung untuk menghidu, lidah untuk merasa, kulit
untuk menyentuh dan telinga untuk mendengar. Bahawasanya, Allah juga telah berfirman,

“Katakanlah wahai Muhammad, Tuhanku ialah Allah yang Esa, Allah yang menjadi
tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Dia tidak beranak dan tidak pula
diperanakkan.dan tidak ada sesuatu yang setara denganNya”.

(Quran Al-Ikhlas 1-4)

Berdasarkan firman Allah ini, jelas menunjukkan bahawa Allah S.W.T merupakan Tuhan yang
Esa (satu, tunggal; Kamus Dewan dan Pustaka) untuk sekalian ummah dalam meminta
sebarang permintaan atau pertolongan.

11 | C T U 5 5 2 - A T H E I S M E
6.0 KESAN ATHEISME

6.1 KESAN ATHEISME TERHADAP INDIVIDU

Kekeliruan logik terhadap Islam juga merupakan suatu permasalahan anak muda yang sukar
diselesaikan. Isu ini merupakan permasalahan pemikiran individu dan permasalahan emosi
yang dapat dikesan melalui reaksi ataupun fi’il seseorang. Kekeliruan logik adalah
permasalahan fikiran yang disembunyikan tanpa pengetahuan orang ramai walaupun ibubapa
mereka sendiri. Pengaruh atheisme yang disebabkan oleh kekeliruan logik terhadap Islam
ibarat pembunuh generasi Melayu-Islam dalam senyap. Hal ini kerana, mereka ini hanya
pendam dan cuba untuk menyelesaikan isu ajaran atheisme ini sendiri tanpa pertolongan
orang yang lebih berilmu dalam soal agama mahupun daripada ibubapa mereka sendiri.
Golongan muda terutamanya para mahasiswa di universiti lebih mudah untuk terpengaruh
dengan ajakan gerakan atheisme ini kerana jiwa mereka yang lebih gemar untuk bersuka-ria
tanpa terikat dengan sebarang hukum seperti dosa dan pahala. Mereka akan merasakan
bahawa ajaran atheisme ini mudah kerana mereka boleh memakai pakaian yang mereka
suka, bergaul bebas, dan sebagainya. Walaupun mungkin ada yang menafikan sifat-sifat ini
pada diri atheis, hakikatnya pasti akan ada walau satu daripada sifat-sifat yang negatif seperti
rasa tidak tenang dalam hidup. Seorang atheis yang komited dengan pegangannya sentiasa
akan rasa tidak puas selagimana tidak mencabar intelektualnya dengan berdiskusi dengan
orang beragama. Sekiranya soalan-soalan mereka tidak mempunyai jawapan yang
memuaskan akal, ia seolah-olah satu kepuasan bagi mereka sendiri. Akhirnya, mereka tidak
sedar bahawa itu cumalah sifat ego yang semakin menggunung dalam jiwa mereka.

6.2 KESAN ATHEISME TERHADAP MASYARAKAT

Golongan atheis ini juga boleh dikatakan sangat mementingkan diri dan golongan mereka
serta tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas. Mereka juga menganggap bahawa tidak
ada sesuatu pun yang mutlak di dunia ini. Sedangkan di dalam al-Quran telah dinyatakan di
dalam Surah al-Ikhlas tentang kewujudan dan keEsaan Allah S.W.T. Oleh sebab itu,
masyarakat akan berpecah-belah kerana terlalu banyak ideologi baharu yang bercanggah
etnik dan agama lain. Hal ini akan menyebabkan banyak kekeliruan dan salah faham yang
akan menyebabkan kepada pergaduhan dalam kalangan masyarakat setempat.

12 | C T U 5 5 2 - A T H E I S M E
6.3 KESAN ATHEISME TERHADAP NEGARA

Apabila terlalu banyak ideologi yang bercanggah dengan moraliti dan agama, perkara ini akan
menimbulkan masalah dan mempengaruhi sektor ekonomi, politik dan sosial. Masyarakat
yang berpecah-belah dan tidak bersependapat akan menyebabkan negara bermasalah dan
kian mundur. Negara akan mengalami kemunduran dan kemelesotan dalam semua aspek
kerana tidak dapat mencapai perpaduan dan kesatuan antara masyarakat kerana wujudnya
sifat benci dan tidak puas hati kerana masing masing mempunya pendapat dan pegangan
yang bercanggah. Dala al-Quran, Allah melarang umatNya untuk berpecah-belah:

ِ‫اِو ََلِتَفَ َّرقوا‬


َ ‫َِّللاِِ َج ِمي ًع‬
َّ ‫َصمواِ ِب َح ْب ِل‬
ِ ‫َوا ْعت‬
“Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu
bercerai berai..”

(Quran al-Imran 103)

Dalam ayat ini Allah memerintahkan kepada kita untuk selalu bersatu dalam "Jama’ah",
berpegang pada tali Allah iaitu agama dengan kitabNya dan melarang bercerai berai serta
berpecah belah. Allah memerintahkan agar masyarakat untuk saling bersatu-padu diantara
sesama muslim walaupun mempunya perbezaan kefahaman. Maka sikap yang baik adalah
saling toleransi dan menghormati sesama muslim dan persatuan harus diutamakan.

13 | C T U 5 5 2 - A T H E I S M E
7.0 CONTOH KEGIATAN ATHEISME

Sebelum kami bongkar lebih jauh lagi tentang kegiatan atau isu atheis di Malaysia dan
di negara barat, mari kita lihat dialog antara Atheis dengan Abu Hanifah dimana ketika (Imam)
al-Razi dan (Imam) Ibn Kathir membahaskan ayat 21 surah al-Baqarah, mereka menukilkan
sebuah kisah dialog Abu Hanifah dengan golongan ateis secara ringkas, yang mana ia
diriwayatkan daripada (Imam) Malik. Kisah dialog Abu Hanifah sebegini turut dinukilkan dalam
kitab jawi ulama Tanah Melayu. Abu Hanifah menceritakan bahawa terdapat seorang ilmuwan
besar yang berfahaman ateis dan kafir dari bangsa Rom yang sering mengadakan perdebatan
dengan ulama Islam pada ketika itu.

BILA ALLAH WUJUD?

Atheis: “Pada tahun berapa Tuhanmu dilahirkan?”

Abu Hanifah: “Allah berfirman: “Dia (Allah) tidak melahirkan dan tidak dilahirkan.”

Atheis: “Pada tahun apa Dia berada?”

Abu Hanifah: “Dia berada sebelum adanya segala sesuatu.”

Atheis: “Kami mohon diberi contoh yg lebih jelas dari kenyataan.”

Abu Hanifah: “Angka berapa sebelum angka tiga?”

Atheis: “Angka dua.”

Abu Hanifah: “Angka berapa sebelum angka dua?”

Atheis: “Angka satu.”

Abu Hanifah: “Angka berapa sebelum angka satu?”

Atheis: “Tidak ada angka (kosong).”

14 | C T U 5 5 2 - A T H E I S M E
Abu Hanifah: “Kalau sebelum angka satu tidak ada angka lain yang mendahuluinya, kenapa
kamu hairan kalau sebelum Allah yang Maha satu yang hakiki, tidak ada yang
mendahuluiNya?”

ZAT ALLAH

Atheis: “Tunjukkan kepada kami tentang zat Tuhanmu; Apakah ia benda padat seperti besi
atau cair seperti air atau mengewap seperti gas?”

Abu Hanifah: “Pernahkah kamu menghadapi orang sakit yang akan meninggal?”

Atheis: “Pernah..”

Abu Hanifah: “Sekejap dia berbicara dengan kamu dan menggerak- gerakkan anggota
tubuhnya. Kemudian tiba-tiba diam dan tidak bergerak. Nah! apakah yang menimbulkan
perubahan itu?”

Atheis: “Kerana rohnya telah meninggalkan tubuhnya.”

Abu Hanifah: “Adakah waktu keluarnya roh tersebut kamu masih berada di sana?”

Atheis: “Ya, masih ada.”

Abu Hanifah: “Ceritakanlah kepadaku, apakah roh itu benda padat seperti besi atau cair
seperti air atau mengewap seperti gas?”

Atheis: “Entahlah, kami tidak tahu.”

Abu Hanifah: “Kalau kamu tidak mengetahui bagaimana zat mahupun bentuk roh yang hanya
sebuah makhluk, bagaimana kamu dapat memaksaku untuk mengutarakan zat Allah Taala?”

Dapat kita lihat perdebatan antara atheis dan Abu Hanifah. Hujah yang diberikan oleh saudara
Abu Hanifah sungguh ringkas dan padat.

Beberapa bentuk fahaman Atheism mula tersebar tatkala tersebarnya wabak COVID-
19. Mereka menganggap bahawa Tuhan itu ‘tiada’ kerana membiarkan penularan wabak
ini.Ada dari kalangan mereka yang berhujah bahawa sekiranya Tuhan itu ada, sudah pasti

15 | C T U 5 5 2 - A T H E I S M E
berkuasa untuk menyekat COVID-19. Ada pula yang menafikan kewujudan Tuhan atas alasan
tidak boleh diterjemahkan dengan analisa.

Isu-isu yang berkaitan dengan fahaman atheisme ini antaranya adalah “Melayu atheis takut
mereka akan dibunuh” (FMT News)

“Saya lihat betapa ekstremnya manusia, berapa ramai rakan facebook boleh menjadi
ancaman hidup sebenar bagi saya selepas mereka komen bahawa ia adalah halal
(dibenarkan) untuk membunuh atheis, murtad. Betapa bersemangatnya mereka untuk
membunuh agar mendapat pahala di syurga ”.

Kenyataan diatas merujuk kepada kenyataan seorang ideologi atheis tentang


ketakutan. Apabila menerima ancaman di media sosial Facebook dan kenyataan yang dibuat
oleh Mufti Negeri Sembilan, Mohd Yusof Ahmad, yang berkata dalam laporan Berita Harian
bahawa denda bagi seorang yang murtad adalah mati jika mereka degil dan menolak untuk
bertaubat. (Anuar, 2017)

Dalam konteks Malaysia, isu atheisme mula menjadi perhatian umum apabila media
arus perdana melaporkan pertemuan kumpulan atheis, The Atheist Republic Consulate of
Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2017. Sebahagian besar mereka ialah daripada kalangan anak
muda Muslim yang lebih dikenali sebagai “ex-Muslim”. Beberapa laman Facebook juga
didakwa menyebarkan fahaman atheisme di Malaysia. Antaranya Warung Atheist yang
mempunyai keahlian seramai lebih 5,000 orang, kumpulan Malaysian Atheist Confessions
(lebih 2,000 ahli) dan kumpulan Atheist Republic of Malaysia (lebih 1,800 ahli). Itu belum lagi
di laman sosial, Twitter yang dikatakan penggunanya lebih terbuka. Keanggotaan pertubuhan
ini tidak terbatas kepada mana-mana bangsa, dan syaratnya cuma satu, iaitu ahlinya perlu
yakin bahawa tuhan tidak wujud. Pendedahan ini membuktikan bahawa kumpulan atheis
benar-benar wujud di Malaysia dan mereka bebas bergerak, namun kurang disedari oleh umat
Islam dan pihak berkuasa agama.

Selain itu, beberapa blog turut dikesan menyebarkan fahaman atheis. Antaranya blog
Melayu Ateist yang ditulis sejak tahun 2013 lagi yang berkongsi tentang ‘perjalanan anak
Melayu menuju kebenaran’, blog Malaysian Humanist, blog Aku Seorang Bekas Islam dan
sebagainya lagi.

16 | C T U 5 5 2 - A T H E I S M E
Rajah 1 : Petikan dari laman sosial Atheist Republic

Mereka telah memuat naik gambar kejayaan pertubuhan tersebut di Facebook rasmi
Atheist Republic pada 3 Ogos 2017. Sehingga kini, laman Facebook yang diadakan khusus
untuk golongan atheis seluruh negara telah mencapai lebih 2 juta pengikut dengan menjejak
mereka yang tiada kepercayaan dengan kewujudan Tuhan.

Perkara yang telah mencetuskan kecaman yang terhebat kepada kaum Islam seluruh
dunia adalah ketika selaku pengasas Atheist Republic, Armin Navabi, juga seorang bekas
Muslim dan berasal dari keluarga Muslim Liberal, telah menyertai perarakan LGBT di
Vancouver, Canada pada 5 Ogos 2018 sambil memegang sepanduk dengan slogan ‘Allah is
Gay’ serta memakai baju dengan slogan yang sama tertera di bajunya. (Fakiradmin, 2018)

Rajah 2 : Armin Navabi memuatnaik foto memegang slogan sensitif “Allah is Gay”

Perkara yang dilakukan oleh Armin amat menimbulkan perasaan marah terhadap
muslim seluruh dunia. Armin yang berasal dari Kanada dan bekas muslim itu juga telah
menghina agama lain seperti Hindu dengan menyatakan;

17 | C T U 5 5 2 - A T H E I S M E
Rajah 3: Ciapan dari media sosial Armin Navabi

Selepas daripada itu dua individu dari laman sosial Twitter telah membuat aduan
terhadap Armin Navabi kerana sengaja menghina , provokasi dan menganggu keamanan.
Individu yang membuat laporan berharap agar tindakan tegas akan diambil oleh pihak
berkuasa terhadap Armin navabi (Desk, 2020)

Kes lain ialah, Juli Jalaluddin yang pernah menjadi tajuk akhbar sebelum ini oleh
kerana membuat laman Facebook ‘Murtads in Pantai Timur’ apabila dia sedar ramai atheis
dari Kelantan dan Terengganu. Juli berasal dari Kelantan, dan belajar Al-Quran sejak umur 5
tahun lagi. Apa yang menyedihkan, pada umur 5-10 tahun, Juli didera secara seksual oleh
kawan ayahnya. (MK Zainal, 2020)

“Walaupun pengalaman tu bukanlah faktor utama saya keluar Islam, tapi ia buat saya rasa
terasing daripada keluarga dan masyarakat. Saya rasa seperti orang luar.” – Juli,

18 | C T U 5 5 2 - A T H E I S M E
Juli memaklumkan juga yang dia banyak membuat kajian dan bacaan. Sepanjang umur 20-
30 tahun, kepercayaan dia mula berubah sedikit demi sedikit. Tapi semuanya berubah abila
ibunya mengajaknya ke Mekah, dan ini adalah antara perkara yang dia alami:

“Sepanjang dua minggu saya di Arab Saudi, saya berkali-kali diganggu secara seksual. Kakak
ipar dan ibu saya pun kena, dan saya tahu sebab benda ni berlaku kepada saya. Saya fikir,
kenapa tiada siapa yang bercakap pasal benda ni?”

Selepas pengalamannya di Mekah, Juli bertukar kepada pegangan atheisme


sepenuhnya.(Mujahid, 2020)

Dalam konteks negara Barat, Karl Marx menganggap bahawa manusia tidak boleh
dilihat secara abstrak, tetapi perlu dilihat secara konkrit. Iaitu sebagai ‘makhluk yang bekerja’
yang melibatkan ekonomi. Justeru, apa yang menjadi realiti pada hari ini, apabila wujudnya
persoalan-persoalan ala-ala Atheisme yang terikat dengan kerangka materialism, kita boleh
faham puncanya.

Biasanya persoalan Atheisme akan berbaur materialism kerana menganggap


ketuhanan itu mesti boleh diukur. Mereka mengukur kewujudan Tuhan itu berdasarkan
kemampuannya.Iaitu kemampuan menyekat COVID-19, kemampuan memberi hidayah dan
menjadikan manusia semuanya baik belaka. Penghujahan mereka hakikatnya terikat dengan
kerangka materialism.

Sebab itulah kita lihat sejarah Nabi Ibrahim A.S berhadapan dengan Atheism
materialism di zamannya. Namruz yang berfahaman Atheism, tidak bermasalah dengan
kaumnya yang menyembah batu. Mereka menganggap material batu sebagai lambang
kepada kekuatan, sekalipun kepercayaan mereka terhadap dewa-dewa itu dijelmakan
mengikut andaian mereka. Sama juga Tamadun Mesir atau tamadun terdahulu yang
menjelmakan dewa Horus, dewa Rha dan sebagainya kerana kepercayaan mereka terhadap
dewa itu terikat dengan rangka materialism.

19 | C T U 5 5 2 - A T H E I S M E
Allah S.W.T berfirman;

ُ ‫صا ِعقَةُ َوأَنت ُ ْم تَن‬


َ‫ظ ُرون‬ ‫َّللا َج ْه َرة ً فَأ َ َخذَ ْت ُك ُم ال ا‬ َ ‫َوإِ ْذ قُ ْلت ُ ْم َيا ُمو‬
َ ‫س ٰى لَن ُّنؤْ مِ نَ لَكَ َحتا ٰى ن ََرى ا‬

“Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman
kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”.
Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.”
( Surah al-Baqarah : 55)

Dalam hal ini, menurut kajian yang dilakukan oleh Global Index of Religiousity and
Aetheism pada tahun 2012 oleh WIN-Gallup International, daripada 50,000 responden yang
dipilih daripada 57 buah negara, data yang diperolehi menunjukkan bahawa 13% responden
mengaku bahawa mereka sebagai ateis. Sebanyak 23% menyatakan bahawa mereka tidak
beragama dan 59% responden sahaja yang mengakui bahawa mereka beragama. Keputusan
ini sangat membimbangkan dengan 36% responden menyatakan bahawa mereka adalah
ateis dan tidak beragama. Keputusan ini juga menunjukkan bahawa wujudnya pola pemikiran
manusia secara besar-besaran yang tidak mempercayai kewujudan tuhan dan tidak
beragama.

Selain itu, WIN-Gallup International juga melantik TNS Malaysia sebagai wakil mereka
di Malaysia bagi melakukan kajian lanjutan pada tahun 2014. Berdasarkan kajian tersebut ke
atas 500 responden di Malaysia, didapati tiga peratus mengaku sebagai ateis dan 20 peratus
tidak beragama. Di samping itu, kajian ini melaporkan 72 peratus responden di Malaysia
berpegang dengan agama dan enam peratus lagi tidak diketahui pegangan mereka.
Berdasarkan keputusan yang dipaparkan ini, walaupun peratusan atheis di Malaysia masih
berskala kecil, tetapi hal ini sangat membimbangkan dan berpotensi untuk meningkat jika tidak
diberikan perhatian yang serius oleh semua pihak. (Dakwah AQ dan AS, Facebook)

20 | C T U 5 5 2 - A T H E I S M E
8.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN

8.1 CADANGAN UNTUK MEMERANGI GOLONGAN ATHEISME

Sudah terang lagi bersuluh bahawa Atheisme merupakan suatu kefahaman yang tidak
mempercayai kewujudan tuhan dan ini merupakan kefahaman yang salah. Golongan Atheis
ini merupakan kelompok yang menolak kewujudan Tuhan secara keseluruhannya dan juga
menolak kebenaran agama. Mereka menganggap seluruh kejadian di alam semesta ini terjadi
dengan sendirinya dan terjadi berlandaskan ilmu sains tanpa ada siapa sebenarnya
Penciptanya Yang Maha Esa.

Namun, setiap manusia sewajarnya beriman kepada Tuhan, mengakuiNya itu wujud
dan mengakui agama yang dianuti itu benar. Sebagai seseorang yang mempunyai akidah
yang teguh, kita perlulah mempunyai keyakinan terhadap kewujudan Allah SWT sebagai
Pemilik alam semesta Yang Maha Agung dan juga kepercayaan kepada agama Islam itu
agama benar. Hal ini kerana keyakinan tersebut bukan keyakinan yang diada-dakan seperti
Teori Darwin menyatakan manusia berasal dari seekor monyet namun keyakinan ini telahpun
diterima oleh generasi-generasi sebelum ini dengan sejarah kewujudannya tersendiri. Oleh
itu, sebagai manusia yang berakal dan mempunyai pendirian teguh terhadap kepercayaan
kewujudan Tuhan, kita sewajarnya mengambil 1001 langkah untuk memerangi golongan
ateism dengan segera daripada ahlinya terus bertambah di mukabumi Allah SWT ini.

Cadangan pertama dalam memerangi golongan atheisme ini adalah kita hendaklah
menguasai dan mendalami ilmu agama terutama berrkaitan dengan kehidupan kita.

Firman Allah:

“Dan tidak mungkin Al-Quran ini dibuat-buat oleh selain Allah; tetapi (Al-Quran) membenarkan
(kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan hukum-hukum yang telah ditetapkanNya,
tidak ada keraguan didalamnya, (diturunkan) dari Tuhan semesta alam.”

(Quran Yunus 37)

Berdasarkan potongan ayat di atas, ia menjelaskan berkaitan kebenaran yang datang


daripada Allah SWT. Al-Quran merupakan kitab suci yang disediakan oleh tuhan semesta
alam Yang Maha Esa sebagai petunjuk kepada umat manusia yang tiada keraguan dimana
di dalam Al-Quran, setiap hukum hakam telah dijelaskan sebagai panduan yang benar di
dalam kehidupan kita dari perkara yang asas sehinggalah sebesar-besar perkara. Dalam
konteks Malaysia, kita dapati ilmu keagamaan melalui pendidikan juga merupakan platform
untuk mengukuhkan lagi kefahaman selain menerusi fatwa dan undang-undang. Melalui
strategi ini, umat manusia dapat memantapkan lagi kefahaman dan dapat melakukan perkara

21 | C T U 5 5 2 - A T H E I S M E
baik (al-mar bi al-ma’ruf) serta menghindari daripada melakukan perkara kemungkaran (wa
al-nahy ‘an al-munkar). Umat manusia juga dapat berpendirian teguh bahawasanya setiap
perkara yang ada di alam semesta ini telahpun diciptakan oleh Allah Yang Maha Agung
dengan manfaatnya sendiri. Jadi, mendalami dan menguasai ilmu agama merupakan strategi
yang signifikan untuk memerangi golongan kefaham atheisme.

Seterusnya, kita perlulah menyerang falsafah berlandaskan logik akal yang menjadi
sandaran golongan atheis ini dengan membuat tentangan hujah berasaskan wahyu
merupakan cadangan yang kedua dalam memerangi golongan tidak beragama ini.
Perdebatan antara golongan beragama dan juga atheisme bukan hanya berlaku pada era
globalisasi ini sahaja namun ia telah hangat dibahaskan semenjak di zaman Nabi lagi.
Kebiasaan topik yang dibahaskan mengenai kewujudan tuhan, zat tuhan, asal-usul tuhan,
permulaan alam semesta ini dan sebagaainya. Soalan-soalan yang diajukan oleh para atheis
kebanyakan mereka mempersoalkan siapa tuhan dan perkaitan dengan kejadian alam
semesta ini dimana dalam kefahaman mereka, alam semesta ini terjadi tersendiri dengan
adanya ilmu sains. Sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran waras dan
berpengetahuan, kita boleh menegaskan kefahaman mereka salah dan membahaskannya
menggunakan bahasa yang mudah difahami serta berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Bukan itu sahaja, kita tidak perlu takut untuk membahaskan tentang Tuhan Yang Maha Esa
dan juga berkenaan Ad-Deen kerana ia merupakan tuntutan dalam mengabdikan diri sebagai
hambaNya untuk menegakka kebenaran dan memperbetulkan yang salah. Menerusi
pengajian akidah Ahli Sunnah wal Jamaah (Asya’irah dan Maturidiyyah), dimana ia
berteraskan wacana Sifat 20 dapat diketengahkan dengan lebih meluas kepada seluruh umat
Islam, kerana hal ini mampu untuk menangkis pemikiran golongan atheis yang menolak
kewujudan Tuhan. Perbahasan sifat Wujud dalam Sifat 20 sebagai sifat yang wajib bagi Allah
SWT telah dihuraikan oleh para ulama, dengan penggunakan dalil naqli dan dalil aqli yang
kukuh, malah disokong dengan bukti empirikal, sehingga terbukti kewujudan Allah SWT tidak
mampu lagi ditolak oleh manusia yang berakal. Bukan itu sahaja, dalam membahaskan isu
berkaitan kejadian alam semesta, kita boleh menyerang falsafah mereka dengan
mengutarakaan hujah berkaitan mempercayai kekuatan Allah SWT sebagai pemilik mutlak
Yang Maha Besar yang dapat menciptakan sesuatu perkara apabila Dia mengkehendaki
kejadian perkara tersebut.

Allah SWT berfirman:

“Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan)sesuatu, maka
(cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: “Jadilah!” Lalu jadilah ia.”

(Quran Al-Baqarah 117)

22 | C T U 5 5 2 - A T H E I S M E
Oleh itu, cadangan kedua yang penting untuk dilakukan bagi memerangi golongan
ateism adalah kita hendaklah menyerang falsafah golongan ini dengan memberi hujahan
berasaskan wahyu kerana sumber ini adalah benar dan tidak ada keraguan didalamnya.

Selepas itu, cadangan yang ketiga adalah memfokuskan pada usaha dakwah dan
pendidikan ummah. Aktiviti dakwah bukan sahaja boleh dibuat di surau atau masjid namun
kita boleh mempelbagaikan lagi platform selari dengan arus peredaran masa dan juga
perkembangan teknologi. Tambahan pula, kita juga perlu mempelbagaikan kaedah
penyampaian dakwah dan jugak pendidikan ummah terutama untuk golongan remaja kerana
mereka merupakan sasaran utama atheis untuk menarik mereka tidak percaya konsep
ketuhanan dan kebenaran agama. Contohnya, kita boleh menyampaikan dakwah kepada
golongan remaja secara bersahaja dan santai agar kefahaman tentang islam yang sebenar
dapat disampaikan dengan sempurna dan mudah difahami. Strategi ini dapat mengukuhkan
lagi kefahaman ummah mengenai Allah Yang Maha Esa lagi Maha Agung dan Maha
Penyayang serta ajaran agama Islam yang besar. Melalui kaedah ini, mereka tidak akan
mudah terpengaruh dengan falsafah terpesong yang diajarklan oleh golongan atheis dan
secara tidak langsung strategi ini juga dapat memantapkan lagi keimanan mereka sebagai
seorang Muslim sejati. Tamsilannya, memfokuskan pada usaha dakwah dan pendidikan
ummah juga merupakan salah satu cadangan untuk memerangi golongan atheisme daripada
terus bertambah ahlinya.

Terdapat pelbagai lagi usaha yang dapat kita laksanakan bagi membanteras dan
memerangi golongan ateism ini daripada terus menyebarkan kefahaman mereka berkaitan
tidak percaya tentang kewujudan tuhan dan juga tidak mempunyai agama sebagai panduan
hidup. Maka, kita sewajarnya berganding bahu antara satu sama lain untuk menjayakan
usaha ini kerana menegakkan kebenaran merupakan satu tuntutan dalam agama Islam dan
kita sebagai hamba Allah SWT perlu melaksanakan tugas ini sebagai satu ibadah kepadaNya.

23 | C T U 5 5 2 - A T H E I S M E
8.2 KESIMPULAN

Dapat disimpulkan bahawa kemasukan ideologi-ideologi yang datang daripada Barat


tanpa sebarang tapisan boleh membawa implikasi negatif terhadap iman umat Islam. Ideologi-
ideologi seumpama ini, apabila dibiarkan membudaya dalam masyarakat Islam akan
melahirkan individu-individu muslim yang berfahaman komunis, humanis, atheis, sekularis,
hedonis dan lain-lain. Hal ini sesuai dengan apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW :

Maksudnya: Daripada AbiSa `id al-Khudri ra., bahawa Nabi SAW telah bersabda: "Kamu
akan mengikut jalan-jalan golongan yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta
demi sehasta, sehinggalah jika mereka masuk ke lubang biawak (pasir) sekalipun, kamu
akan mengikutinya. Kami berkata: Wahai Rasulullah, Yahudi dan Nasrani? Baginda
menjawab: Siapa lagi?
(AbiSa `id al-Khudri ra)

Menurut al-Qari, ungkapan "Kamu akan mengikut jalan-jalan golongan yang sebelum
kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta", adalah menunjukkan kepada betapa
kesungguhan umat Islam mengikuti dan mencontohi orang kafir dalam melakukan
kemaksiatan dan perkara yang menyalahi hukum syarak. Sehinggakan jika mereka memasuki
lubang biawak (pasir) yang sempit dan buruk sekalipun maka umat Islam tetap akan
mengikutinya. Ini merupakan isyarat jelas tentang keadaan umat Islam di akhir zaman yang
gemar meniru bulat-bulat terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh orang kafir tanpa
memikirkan samada is boleh menggugat atau menjejaskan keimanan mereka.

Apa yang kita boleh rumuskan ialah atheisme ini adalah satu sistem kepercayaan
dimana ia tidak ada kepercayaan terhadap Tuhan. Percaya akan kewujudan Tuhan atau
kepercayaan terhadap Tuhan itu tidak wujud dalam diri mereka. Hal ini boleh dikatakan
bahawa golongan atheis ini bukanlah golongan pengamal agama namun lebih kepada
sesuatu sistem kepercayaan.

24 | C T U 5 5 2 - A T H E I S M E
Mereka boleh disifatkan seperti seorang yang hanya berfikiran secara realistik
berdasarkan logik akal dan bukti-bukti saintifik serta pendekatan rasional dalam mengetahui
tentang kewujudan Tuhan. Namun begitu, mereka tidaklah berbeza dengan manusia yang
mempunyai kepercayaan terhadap Tuhan. Walaupun terdapat pelbagai stereotaip terhadap
individu-individu atheis ini, mereka tidaklah berbeza dari segi personaliti dan cara hidup dari
mereka yang beragama. Mereka juga individu-individu yang mempunyai kelangsungan untuk
hidup dan menjalankan rutin harian mereka seperti manusia-manusia yang lain. Apa yang
membezakan mereka ialah kepercayaan mereka.

Sama seperti di Malaysia, di mana kita mempunyai kebebasan untuk beragama dan
ramai yang menganuti agama-agama yang berbeza, semua masih mempunyai akhlak dan
budi pekerti yang baik biarpun berlainan agama. Agama yang seseorang anuti itu tidak
mencerminkan akhlak baik seseorang itu. Jikalau seseorang itu dicemari dengan keburukan,
kepercayaan atau agama mereka bukanlah untuk disalahkan malah rasionaliti dan individu
tersebutlah yang harus dipersalahkan.

Seperti manusia lain, golongan atheis ini adalah manusia biasa juga namun, dilihat
tidak lengkap disebabkan oleh ketiadaan agama di dalam diri mereka. Walaupun begitu,
hakikatnya, atheism ini boleh dilihat sebagai satu pegangan hidup. Secara lumrahnya,
manusia hidup dengan pegangan hidup kerana itulah fitrah manusia. Sebagaimana seorang
atheis tidak percayakan terhadap Tuhan, begitulah juga seorang yang beragama berpegang
kepada agamanya, mereka berpegang kepada bahawa adanya Tuhan yang Maha Agung dan
Maha Kuasa yang mengawal dan mencipta alam semesta.

Tuntasya, kita haruslah melayan semua individu di dalam masyarakat kita dengan
sama rata tidak kira darjat mereka meskipun agama atau kepercayaan mereka berbeza
daripada kita. Janganlah kita mendiskriminasi terhadap individu yang mempunyai
kepercayaan yang lain dengan kita kerana ia hanya mampu merosakkan sistem masyarakat
di negara kita sekaligus mencemarkan kedaulatan negara kita. Seperti yang telah termaktub
dalam perlembagaan, semua individu boleh menganuti dan mengamalkan kepercayaan
masing-masing (walaupun ia tidak selaras dengan prinsip Rukun Negara iaitu kepercayaan
kepada Tuhan), biarlah seseorang individu itu mengamalkan kepercayaan mereka selagi ia
tidak mengganggu keamanan dan kehidupan seharian masyarakat kita.
Walaubagaimanapun, semua pihak juga perlu berperanan serta berganding bahu antara satu
sama lain. Tidak perlu menuding jari dan saling menyalahkan. Kepada mereka yang terlibat
dengan kumpulan ini, sama ada yang mendokong new atheisme atau atheisme pragmatis,
hendaklah segera bertaubat dan kembali kepada ajaran akidah Islam yang benar.

25 | C T U 5 5 2 - A T H E I S M E
9.0 RUJUKAN/BIBLIOGRAFI

Berita Harian. (2018, July 13). Bendung segera ancaman puak liberal, literalis, atheis. Berita
Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/07/448889/bendung-
segera-ancaman-puak-liberal-literalis-atheis.

Astro Awani, Berita Tajuk Utama Hari Ini, Berita Semasa, Berita Terkini Malaysia, Dunia,
Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video, dan Siaran
Langsung TV. (n.d.). https://www.astroawani.com/berita-malaysia/media-baharu-
antara-punca-gejala-ateisme-berleluasa-161340.

Razif, M. (2019, October 21). BAYAN LINNAS SIRI KE- 107: MENILAI FAHAMAN NEW
ATHEISM. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bayan-linnas/696-bayan-linnas-siri-ke-107-menilai-
fahaman-new-atheism.

K.S. (2017, December 14). Persoalan ateisme di kalangan anak Melayu. Persoalan Ateisme
Di Kalangan Anak Melayu. Published.

https://www.malaysiakini.com/news/405410

Prof Wan Mohd Nor Wan Daud. (2016, July 29). Ateis, murtad suatu bentuk penjajahan.
Berita Harian. https://www.bharian.com.my/kolumnis/2016/07/178294/ateis-murtad-
suatu-bentuk-penjajahan.

Bukhari al- 1987, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Anbiyd, Bab MaZukira An Banilsra'il,
hadith no. 3269, j.3, hlm. 1272. 43

Qari, 'Ali bin Sultan al- 2001, Mirqat al-MafatihSyarhMisykah al-Masabih, Beirut : Dar
al-Kutub al- `Ilmiyyah, j.16, hlm. 43.

Syed Mahadzir Syed Ibrahim. (2000). Sikap Masyarakat dalam Menghadapi


Karenah Remaja, Dakwah, Jun : 274, hlm. 20.

MohdYusofHussain. 1996. Gobalisasi media massa dan teknologi maklumat:


Cabaran para pendakwah, Kertas Kerja Ijtima' Ulama SeMalaysia Kali Ke-8. Kota
Bharu, Kelantan, 26 Oktober.

Mohamad Razif. (2017, Ogos 17). BAYAN LINNAS SIRI KE- 107: MENILAI FAHAMAN
NEW ATHEISM

26 | C T U 5 5 2 - A T H E I S M E
ateisme | Definisi, Falsafah, & Perbandingan dengan Agnostisisme |. (n.d.).
https://jodoinstitute.com. Retrieved May 28, 2021, from
https://ms.jodoinstitute.com/499-atheism

admin, F. A. K. I. R. (2018, August 17). membongkar fahaman ateisme. Fakirilmu


https://www.fakirilmu.com.

Ibn Fāris al-Qazwīnī, A. (2008). Mu‘jam maqāyīs al-lughah. 5/236.

Kluge, I. (2009). The New Atheism – A Bahá’í Perspective. pp. 2-34.

Octavia, B. (2017). Athiesme. Jurnal Filsafat, 1.

Prayogo, T. I. (2019). Athiesme Dalam Perspektif Barat dan Timur. Jurnal Study Agama-
agama dan Pemikiran Islam, pp. 102-116.

27 | C T U 5 5 2 - A T H E I S M E
Lampiran

BUKU LOG PROSES TUGASAN BERKUMPULAN

BAHAGIAN A:
PEMBAHAGIAN TUGAS

Bil. No. Matrik Nama Tanggungjawab

1. 2021515809 MUHAMMAD ADNIN BIN BAZLI • Menulis bahagian


pengenalan untuk kertas
kerja
• Mengkaji maklumat dan
menyediakan slaid
pembentangan
2. 2021307355 NUR SYAFIQAH BINTI MOHD • Menulis bahagian
MAZINUN
cadangan untuk kertas
kerja
• Mengkaji maklumat dan
menyediakan slaid
pembentangan
3. 2021352685 NUR ATHIRA KAMILIA BINTI • Menulis bahagian
ABDUL RAHIM
penghargaan dan kesan
untuk kertas kerja
• Menyunting dan menyusun
semua dokumen menjadi
satu kertas kerja
• Mengkaji maklumat dan
menyunting video
pembentangan
4. 2021513699 AISHA MASHITAH BINTI • Menulis bahagian definisi
ZAHRIMAN
dan sejarah kedatangan
untuk kertas kerja
• Mengkaji maklumat dan
menyediakan slaid
pembentangan
5. 2021107117 NUR FATINI BINTI HAZAN • Menulis bahagian isu/
kegiatan dan kesimpulan
untuk kertas kerja
• Menyunting dokumen
pengakuan keaslian
tugasan & log tugasan
berkumpulan
• Mengkaji maklumat dan
menyediakan slaid
pembentangan
6. 2021307431 FARAH ADILA BINTI ABU • Menulis bahagian faktor
HASAN
dan ciri-ciri untuk kertas
kerja
• Mengkaji maklumat dan
menyediakan slaid
pembentangan
BAHAGIAN B:
PERAKUAN TANGGUNGJAWAB DAN KOMITMEN

Diakui sah dan ditandatangani oleh ahli kumpulan

Bil. No. Matrik Nama Tandatangan

1. 2021515809 MUHAMMAD ADNIN BIN BAZLI

2. 2021307355 NUR SYAFIQAH BINTI MOHD MAZINUN

3. 2021352685 NUR ATHIRA KAMILIA BINTI ABDUL


RAHIM

4. 2021513699 AISHA MASHITAH BINTI ZAHRIMAN

5. 2021107117 NUR FATINI BINTI HAZAN

6. 2021307431 FARAH ADILA BINTI ABU HASAN

Anda mungkin juga menyukai