Anda di halaman 1dari 7

UNIVERSTI ISLAM ANTARABANGSA

SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

“PENULISAN AYAT AL-QURAN MAQRA PERTAMA JUZUK 3 BESERTA


TAJWID”

SHAZREEN NAUFAL BIN SHUKRI


M192071002

HIFZ AL-QURAN 3
QTJ 6331

KUMPULAN F

NAMA PENSYARAH:
USTAZAH SHOLEHAH BINTI ABDULLAH HALIM
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1 ISI KANDUNGAN 2
2 BAHAGIAN 1: PENULISAN AYAT AL-QURAN 3-5
SURAH AL-BAQARAH AYAT 253-262
3 BAHAGIAN 2: 10 HUKUM TAJWID DALAM 6-9
SURAH AL-BAQARAH AYAT 253-262
4 KESIMPULAN 10
BAHAGIAN 2: 10 HUKUM TAJWID DALAM SURAH AL-BAQARAH AYAT 253-262

1. Alif Lam Syamsiah

‫ٱلر ُسل‬
ُّ

Alif Lam Syamsiah merupakan hukum bacaan tajwid dimana huruf Lam (‫ )ل‬tersebut harus
dibaca idghom atau tidak dibaca jelas (masuk ke dalam huruf berikutnya atau bunyinya
melebur) ketika bertemu beberapa huruf hijaiyah berikut ini: ta (‫)ت‬, tsa (‫)ث‬, dal (‫)د‬, dzal (‫)ذ‬, ra
(‫)ر‬, za (‫)ز‬, sin (‫)س‬, syin (‫)ش‬, shod (‫)ص‬, dhod (‫)ض‬, tho (‫)ط‬, dhlo (‫)ظ‬, lam (‫)ل‬, nun (‫)ن‬.

2. Izhar Syafawi

‫ض ُه ۡم َعلَى‬ ۡ
َ ‫بَع‬

Izhar syafawi adalah apabila mim sukun bertemu semua huruf hijaiyah kecuali Mim ( ‫ ) م‬dan
Ba ( ‫) ب‬
3. Idgham Bil Ghunnah

ۡ ۘ ۡ
‫ض ِّمن ُهم‬
ࣲ ‫بَع‬

Apabila nun mati atau tanwin bertermu dengan empat huruf iaitu ‫ ن‬,‫ م‬,‫ و‬,‫ ي‬bacaannya wajib
didengung dengan dua harakat.

4. Ikhfa Haqiqi

‫من َكلَّ َم‬

Bermaksud sembunyi; iaitu menyembunyikan sebutan nun sakinah di antara sebutan izhar dan
idgham; tanpa sabdu berserta dengung pada huruf yang pertama.

5. Alif Lam Qamariah

ۡ
‫ٱل ُق ُد ِّس‬

Huruf Qamariah atau Huruf Bulan adalah huruf yang dibaca secara jelas, namun tetap
mempertegaskan pembacaan pada huruf lam, contohnya pada kata al-Qamariyah (‫ )القمرية‬harus
dan tetap dibaca al-Qamariyah dengan menegaskan pembacaan pada huruf lam.

Jumlah Huruf Qamariah adalah sebanyak 14 huruf hijaiah bahasa Arab, yakni: ‫ا ب غ ح ج ك و خ ه‬
‫ف عق ي م‬
6. Izhar Halqi

‫مَّ ۡن ءَ َام َن‬

Apabila Nun Mati atau Tanwin bertemu dengan enam huruf Izhar Halqi iaitu ‫ ه‬,‫ ح‬,‫ غ‬,‫ ء‬,‫ ع‬,‫خ‬
bacaannya tidak dengung.

7. Mad ‘Aridh Lil Sukun

‫يُِّري ُد‬

Mad yang berlaku apabila huruf Mad bertemu dengan Sukun yang mendatang kerana
diwaqafkan pada akhir kalimah.
‘Aridh bererti mendatang; lis sukun bererti disebabkan sukun.

8. Idgham Mislain

ۡ
‫َرَزق نَ ُكم ِّمن‬

Memasukkan huruf yang sakinah ke dalam huruf yang berbaris; menjadi satu huruf yang
bersabdu seperti huruf kedua dan menyebut kedua-dua huruf itu daripada makhraj yang sama.

Bacaannya didengungkan.
9. Idgham Bi La Ghunnah

ُ‫وَل ن ۡو ࣱۚم لَّه‬

Nun Mati atau Tanwin bertemu dengan dua huruf iaitu ‫ ر‬,‫ل‬.

Bacaanya tidak dengung.

10. Mad ‘Iwadh

‫َۡل ࣰما‬

Mad Asli yang berlaku ketika mewaqafkan bacaan.

‘Iwadh bererti ganti; iaitu menggantikan satu baris dari tanwin fathain kepada bacaan mad 2
harakat ketika diwaqafkan; kecuali pada kalimah yang diakhiri dengan ta marbutah yang
bertanwin.
KESIMPULAN

Ayat Kursi atau dikenali sebagai Ayatul Kursi merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-
Baqarah. Ayat ini juga digelar sebagai Penghulu Segala Ayat Al-Quran.

Ayat ini sangat istimewa kerana ianya berkisah mengenai keagungan Allah SWT serta
kekuasaanNya yang tidak terbatas.

Ayat ini disebut Ayatul Kursi kerana di dalamnya terdapat perkataan KURSI, yang membawa
maksud Kursi adalah Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat.

Kelebihan Ayatul Kursi

1- Abi Umamah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang
membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardu, tidak akan terhalang baginya untuk
memasuki syurga melainkan mati.” (Riwayat al-Thabarani dan al-Nasa’ie – dinilai sahih oleh
Imam Ibn Hibban)

2- Syeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan
kata-katanya (50 kali), lalu ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, Insya Allah,
dicerdaskan akal fikirannya dan dimudahkannya menerima ilmu pengetahuan.”

3- Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membaca ayat
kursi setiap hari sebanyak 18 kali; Insya Allah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya
dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjat dan martabatnya, diberikannya
pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana.

Anda mungkin juga menyukai