Anda di halaman 1dari 83

KANDUNGAN

Prakata
Jadilah Sang Pemberani (Ilham Yusuf)
Saya yang Berjuang Dalam Diam (HT)
Teruntuk yang Malas dan mahu Jalan Singkat (Dam’atun)
Dekan; Dari Sekadar Angka Kepada Manifestasi Operasi (Amalina Samar)
Mencapai Dekan dengan Memahami Sistem (Abang Mastermind)
Pena daripada Dua Sahabat (Ain Husna & Grissheida)
Izinkan Aku Berkongsi (Dirahsiakan)
Mahasiswa Bitara (Nurul Hidayah Mohamad Rodzi)
Warkah Seorang Alumni (Dirahsiakan)
‘Dalil’ Seorang Pelajar Dekan (Nor Faidah Nulhassan)
‘Goals’ (Dirahsiakan)
Lima Senjata Menjadi Pelajar Dekan (Farihah Nadia Ahmad Hisham)
Dekan VS Rezeki (Ku Rido)
Teknik 5A G (Syahrul Ridzwan)
7 Kunci (Lakrimasi Kirana)
Aku Sibuk, Tapi Mampu Dekan! (J)
10 Piagam Seorang Pelajar Dekan (Dirahsiakan)
Cara Belajar, Bukan Cara Dekan! (Dirahsiakan)
SPM Tiada “A” Atau Kurang “A”, Bukan Bermakna Tidak Boleh Cemerlang Di
Universiti (MZ)
Tips Saya yang Sederhana (Nur Iffiana Laode)
Kini Aku Bergelar Seorang Guru (Dirahsiakan)
Pelajar Dekan Perlu Kritis (The Hamzah)
Baca, Tenung, Fikir dan Pilih (Nur Nadia Mohamad Nasir)
Curhat Santai (Anis)
PRAKATA

Bismillahi walhamdulillahi wassalaatu wassalam ‘ala Sayyidina Muhammad Ibn


‘Abdillah, wa ahlihi wa ashabihi, al mujaahidiin fi sabilillah.

Sebelum saya meninggalkan gedung keramat ini, saya bercita-cita untuk

menanam sesuatu yang terus hidup manfaatnya. Atas sebab itulah saya memilih

untuk menanam ‘huruf-huruf’ dan mengajak sahabat seperjuangan lain supaya turut

serta. Maka, lahirlah naskhah sederhana ini yang menghimpunkan catatan

pengalaman serta kaedah belajar saya serta sahabat seperjuangan lain untuk

memberikan setidak-tidaknya barang secebis manfaat buat para pembaca.

Idea menghasilkan E-Book ini tercetus apabila ramai pelajar-pelajar

ambilan baharu yang bertanyakan kepada saya peribadi, tentang suasana dan

kaedah belajar yang berkesan di alam kampus. Oleh sebab itu, saya

melancarkan satu usaha sederhana yang bermula pada 8 Oktober 2020 hingga

11 Oktober 2020 untuk mencari sahabat-sahabat yang sudi meredupkan

keinginan supaya turut menulis.

Syukur kepada Tuhan, sebanyak 23 sahabat yang turut serta dan mereka ini

terdiri daripada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dari pelbagai bidang

pengajian, alumni serta yang sudah menjadi seorang guru. Terima kasih saya ucapkan.

Namun begitu, diakui usaha sederhana ini masih terlalu mentah dan tidak terlepas

daripada sebarang kesilapan. Diharapkan E-Book percuma ini terus terbang hinggap

menjadi sejambak ‘manfaat’ buat yang membaca nanti.

Ilham Bin Yusuf


ISMP Geografi (UPSI)
19 Oktober 2020
Facebook; Ilham Yusuf
E-Mel; ilhammujahid97@gmail.com
‘JADILAH SANG PEMBERANI’
Oleh; Ilham Yusuf

“Berbahagialah dia yang makan dari keringatnya sendiri, bersuka karena usahanya
sendiri dan maju kerana pengalamannya sendiri.”
- Pramoedya Ananta Toer

Menjadi pelajar dekan bukanlah matlamat hakiki, tapi ia adalah imbalan

kesungguhan dan perencah kenangan yang bermakna buat diri, keluarga dan
lingkungan nantinya. Memang betul dekan itu tidak ada nilai, jika ia dilihat sebagai
semata angka yang dipertandingkan untuk Hari Anugerah Kecemerlangan kelak.
Namun, seseorang yang dekan akademik, pemikiran, lisan dan tindakannya
semestinya akan menjadi aset berharga buat negara. Saya tegaskan di sini, satu kata
kunci untuk menjadi pelajar dekan ialah perlu ‘berani’!

BERANI BERMIMPI
Jangan pernah berhenti bermimpi. Kata Andrea Hirata di dalam novelnya Sang
Pemimpi;

“Kalau tidak punya mimpi dan harapan, orang-orang semacam kita ini

akan mati..”

Maka, bermimpilah, kawan. Jangan pernah takut untuk bermimpi. Bermimpilah


kawan, di hari graduasimu kelak, kau memakai selendang khusus yang disediakan
khas buat mereka yang cemerlang. Bermimpilah kawan, kelak kau akan memasang
selendang dan jubah kejayaanmu itu buat orang-orang tercintamu lalu mereka
menitiskan air mata keterharuan. Bermimpilah kawan, dan berjuanglah untuk
menggapai mimpi-mimpi itu. Tidurlah berbantalkan mimpi kejayaan dan bangunlah
bertongkatkan kudrat yang jitu untuk menggapainya.
BERANI MENCABAR DIRI
Mereka yang mencabar diri sebenarnya sedang membina kekuatan peribadi.
Sepanjang saya bergelar pelajar Anak Kandung Suluh Budiman, hari-hari saya
dipenuhi dengan kegiatan berpersatuan, menullis dan lain-lain. Saya sengaja
menyibukkan diri. Saya sengaja terjun ke dalam kolam kesibukan. Kenapa? Sebab
saya tidak mahu mensia-siakan masa. Semasa berprogram di Terengganu, saya
masih ingat lagi dengan pesanan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri;

“Semakin seseorang itu sibuk, maka dia itu akan lebih banyak mempunyai
masa. Semakin seseorang itu lapang, maka dia itu akan lebih banyak
menjenayahkan masanya..”

Lelah memang lelah, tapi lelahmu itu akan berbaloi. Secara tidak langsung,
kawan, kau sedang belajar mengatur masa dengan lebih baik. Secara tidak langsung,
kawan, kau akan tumbuh menjadi seorang yang berdaya saing. Itulah ciri-ciri pelajar
dekan, iaitu mereka yang berani mencabar diri untuk keluar dari zona yang selesa.

BERANI MENGATUR STRATEGI


Strategi ialah sendi perjuangan. Bagaimana saya belajar? Mungkin tidak ramai
yang tidak selesa dengan cara saya belajar kerana saya ialah pelajar yang
berkiblatkan sistem ‘nota’. Ya, memang nota sudah disediakan oleh pensyarah
namun nota kendiri tidak pernah sama dengan nota-nota lain. Saya akan sediakan fail
poket untuk setiap subjek dan segala bahan serta nota-nota yang saya tulis akan
disisipkan ke dalamnya. Apabila naik semester, fail tersebut saya simpan dan sampai
sekarang fail-fail itu masih tersedia rapi.
Dua minggu sebelum ‘study week’, saya akan pastikan 60 peratus nota peribadi
saya sudah siap. Apabila masuk sahaja tempoh ‘study week’, tempoh itu saya
manfaatkan untuk membelek nota-nota yang sudah siap di samping menambah
beberapa nota sampingan. Satu perkara, perlu diingat bahawa peperiksaan akhir
hanya menawarkan 40 peratus manakala tugasan ilmiah pula 60 peratus. Jadinya,
kena berhempus-pulas juga dalam tugasan ilmiah. Dapatkan markah 50 dan ke atas
supaya selesa kemudian di dewan peperiksaan.
Akrablah dengan pensyarah, tapi bukan dengan ‘membodek’. Tonjolkan diri
dengan cara yang sepatutnya seperti rajin bertanyakan soalan, membentangkan
pandangan dan bersua muka dengan mereka. Akrablah juga dengan ahli kumpulan
dan kawan-kawan sekeliling. Mereka ialah keluarga kita di kampus. Jaga simpulan
ikatan itu dan jangan biarkan ia terlerai begitu sahaja. Cuma nasihat saya,
bersederhanalah dalam memilih kawan. Jangan pula mencari yang terbaik sehingga
mengabaikan mereka yang memerlukan bimbingan. Kawan yang baik akan
menghulur, manakala kawan yang tidak baik akan memberikan ibrah dan pengajaran
bermakna.
Mengecilkan lingkup persahabatan juga tidak pernah salah. Ia adalah strategi
untuk menjauhkan diri dari sebarang unsur negativiti. Unsur-unsur negativiti inilah
yang nantinya akan menghambat semangat belajar. Sebab itulah perlu bersederhana.
Memang dalam hukum hidup, tidak ramai yang betul-betul bersedia untuk membantu
ketika kita dalam kesusahan. Setakat ini sahaja strategi, saya yakin apabila semakin
anda membelek lembaran ini maka semakin banyak tips serta kaedah yang
kawan-kawan lain kongsikan.

BERANI TETAPI BERADAB


Seseorang itu akan dikenang dan dirindui lantaran adabnya yang murni. Pertama,
jagalah ucapanmu, kawan. Saya mengaku, kadang-kadang saya juga terbabas ketika
meluncurkan perkataan, namun berusahalah untuk terus memperbaikinya.
Dahulukanlah perbualan dengan salam dan tutuplah pula dengan ucapan terima
kasih. Apabila bertanyakan soalan kepada pensyarah secara dalam talian,
gunakanlah perkataan penuh. Gunakanlah bahasa Melayu yang baik, jangan
dicampur-campurkan dengan bahasa lain. Sebenarnya, rahsia saya untuk dekan
setiap semester memang tidak datang dari kudrat sendiri melainkan dari doa-doa baik
yang menjadi payung perjuangan di kampus ini. Apabila kita beradab, tentulah
lingkungan kita akan beradab juga. Kita rindu dan perlukan doa-doa mereka, kawan.

Sekian..

“Bermimpilah kawan, dan berjuanglah untuk menggapai


mimpi-mimpi itu. Tidurlah berbantalkan mimpi kejayaan
dan bangunlah bertongkatkan kudrat yang jitu untuk
menggapainya..”
‘SAYA YANG BERJUANG DALAM DIAM’..

Oleh; HT

Tulisan ini hanya akan jadi bermanfaat sekiranya kamu tahu bagaimana

untuk menerima apa yang kamu faham dan bagaimana kamu melihatnya dari sudut
yang positif. Dalam tulisan ini, saya tidak ingin menunjukkan bagaimana saya dekan
setiap semester kerana jawapan yang lebih tepat itu ada dalam diri kamu sendiri. Apa
yang saya tulis tidak bermaksud saya melakukannya dengan sempurna tanpa cela,
kerana saya juga manusia yang tidak lepas dari segala silap dan dosa. Persiapan
menjadi seorang manusia dan mahasiswa itu tidak mudah, kadang-kadang ia jadi
sia-sia . Apabila adik-adik menemukan tulisan saya, dengan kerendahan hati saya
mohon biarlah ia jadi sedekah yang berpanjangan. Tahniah kerana adik sudah
berjaya sehingga tahap ini , semoga menara gading yang adik pilih menjadi jalan
yang benar untuk memulakan perjuangan. Jadi, mari saya kongsikan sedikit apa yang
saya amalkan .

1. PERBETULKAN NIAT
Niat yang betul harus lahir dari hati yang benar. Kalau adik-adik ingin sambung
belajar kerana hanya inginkan jaminan pekerjaan selepas habis belajar, lupakan saja.
Itu bukan niat yang jelas. Universiti tidak menjamin pekerjaan yang kamu impikan.
Tapi, jika kamu berniat kerana ingin belajar untuk ilmu , percayakan saya bahawa
kamu akan dapat lebih daripada apa yang kamu impikan. Kita belajar kerana ingin
belajar. Selebihnya, biar Tuhan yang uruskan. Niatlah kerana kita ingin menjadi
manusia yang seimbang dari segi ilmu, agama, nilai dan hal-hal yang membuatmu
lebih dekat pada Tuhan .

2. JAGA SOLAT
Jaga solat tidak bermaksud kamu hanya mendirikan solat 5 waktu secara
konsisten, tetapi konsep jaga solat adalah kamu benar-benar menjaga hubungan
kepada Pencipta . Jangan biasakan diri untuk bertangguh. “Solat ini seperti cahaya
dalam gelap. Kita bermain-main dengan cahaya, maka hidup kita tetap samar dan
berbalam-balam.” Biasakan untuk solat diawal waktu, kita akan rasa 24 jam sehari itu
benar-benar nikmat. Amalkan solat dhuha dan solat taubat selalu. Semoga Tuhan
mempermudahkan hidup kita.
3. JAGA MENTAL
Jangan terkejut. Saya kongsikan kerana saya merupakan salah seorang pesakit
mental yang telah didiagnosis sebagai Major Depresive Disorder. Kesihatan mental
ini penting ya adik-adik. Depresi bukan gurauan. Sekiranya adik-adik perlukan
bantuan, segera dapatkan rawatan secara professional. Jangan biarkan melarat
sehingga kita memilih mati di tangan sendiri. Jaga mental seperti kita jaga nyawa
sendiri. Apabila mental kita sihat, kita dapat meneruskan rutin harian dengan sihat
dan pelajaran juga tidak terjejas. Doakan saya ya? Saya masih berjuang dalam diam.
Semoga kalian baik-baik saja.

4. JAGA MULUT
Apa yang masuk ke dalam mulut dan apa yang keluar dari mulut, kita
bertanggungjawab ke atas risiko yang bakal kita hadapi. Jaga mulut di sini saya lebih
fokuskan kepada apa yang kita makan dan apa yang kita tuturkan. Anggota lain juga
masih penting, tetapi hakikat sebenar manusia itu, dia kurang menjaga lidahnya dan
akibatnya terlalu banyak hati-hati manusia yang kita sakitkan tanpa kita sedar.
Makanan yang baik itu adalah makanan yang sederhana. Jangan biasakan diri kita
untuk terus kenyang. Orang yang berilmu tidak akan fokus pada perutnya tetapi pada
hati dan akalnya. Makan untuk hilangkan rasa lapar. Cukup begitu sahaja .

5. JAGA MASA
Masa tidak dapat diundur kembali. Setiap saat akan menjadi sia-sia jika kita tidak
manfaatkan dengan baik. Hidup ini perlu diurus. Masa untuk belajar, masa untuk
keluarga dan untuk diri sendiri. Bahagikan masa dengan betul kerana penyesalan
tidak menyelesaikan apa-apa selagi kita tidak mahu berubah. Meningkatnya usia
kita , maka yang paling dekat adalah kematian. Tetapkan dalam minda, kita tidak
mahu menjadi manusia yang rugi. Masa yang sesuai untuk belajar dan menelaah itu
pada waktu pagi . Jadi uruslah masa dengan baik, biar konsisten dan efektif. Jangan
tiru cara orang lain jika tidak sesuai dengan cara kamu. Masing-masing punya cara
sendiri. Yang penting urus masa dengan bijak!

6. FOKUS
Sila fokus di dalam kelas kerana 80% kunci keberkesanan cara belajar ada di
dalam kelas. Bertanya jika tidak tahu. Jangan tangguh. Seterusnya, fokus dalam
meningkatkan kemahiran diri. Jangan sia-siakan 4 tahun belajar di universiti hanya
untuk masuk ke dalam kelas. Seimbangkan diri dengan program, kelab dan majlis
ilmu yang adik-adik minat.
Akhir sekali, belajar untuk mencintai diri sendiri. Melalui pemerhatian saya,
manusia selalu gagal mengawal perasaannya. Saya faham fitrah manusia untuk
memiliki pasangan ketika sambung belajar tapi sangat rugi kalau kita sendiri tidak
mampu seimbangkan dengan baik. Universiti tidak seperti dalam drama, yang indah
dan punya kisah romantis. Tetapi, universiti mengajar kita untuk berfikir, apa yang
perlu diutamakan dan apa yang perlu kita jauhkan. Saya menulis dan berkongsi apa
yang dirasakan perlu untuk adik-adik , kerana saya tidak mahu kamu mengulangi
kesilapan yang sama. Belajarlah menjadi manusia punya harga diri, berfikirlah dan
belajarlah menerima kekurangan diri. Sekian ini sahaja yang dapat dikongsikan,
selebihnya kamu akan melaluinya sendiri .

Salam sayang dan selamat berjuang,

“Jangan terkejut. Saya kongsikan kerana saya merupakan salah

seorang pesakit mental yang telah didiagnosis sebagai Major

Depresive Disorder. Kesihatan mental ini penting ya adik-adik.

Depresi bukan gurauan. Sekiranya adik-adik perlukan bantuan,

segera dapatkan rawatan secara professional. Jangan biarkan

melarat sehingga kita memilih mati di tangan sendiri..”


TERUNTUK YANG MALAS DAN MAHU JALAN SINGKAT

Oleh; Dam’atun

“Aku tidak memberikan engkau harta mahupun perhiasan, akan tetapi dengan ilmu
sahaja. Agar dengan ia engkau mampu selamat dan berbahagia selamanya. Bukan
untuk hari ini dan tidak sekadar waktu engkau bergraduasi nanti. Aku tidak hanya
mahu engkau ketawa melainkan berdayaguna untuk semua..”

3 perkara yang perlu diberikan perhatian sebagai pelajar:


1) Sebelum masuk kelas
2) Semasa di dalam kelas
3) Selepas selesai kelas

Perkara yang perlu diberikan perhatian sebagai pelajar sebelum masuk ke kelas
adalah memastikan diri dalam keadaan yang sihat dan selesa. Selain itu, pastikan
mendapat tidur yang cukup. Hal ini adalah untuk memastikan kita berada dalam
keadaan paling selesa dan mampu untuk memberikan fokus semasa dalam kelas.

Perkara kedua, iaitu semasa di dalam kelas. Pertama, pastikan memberikan


perhatian sepenuhnya di dalam kelas. Hal ini sangat penting bagi kita tidak terlepas
apa-apa info terutama tentang rujukan yang boleh dijadikan panduan untuk tugasan
nanti. Selain itu, berani dan banyakkan bertanya jika diberi kesempatan untuk
bertanya. Antara soalan yang dianggap penting adalah:

1) Di mana rujukan tambahan boleh didapatkan?


2) Buku apa yang sesuai untuk dijadikan rujukan tambahan?

Soalan-soalan ini penting untuk kita mendapatkan akses terhadap bacaan bagi
tugasan kita terutama dalam keadaan kita dihambat pandemik Covid-19 dan dalam
pelaksanaan kelas atas talian. Jangan lupa juga untuk mencatat isi-isi penting supaya
mudah untuk kita membuat imbas semula jika perlu. (Untuk pelajar yang malas
membaca & tidak menggemari langsung untuk mengulangkaji walaupun di saat akhir
sebelum peperikasaan)
Perkara ketiga, adalah selepas selesai kelas. Pastikan kita membaca senarai rujukan
yang diberikan pensyarah sebagai rujukan tambahan. (Boleh saja diaplikasi sewaktu
ulang kaji saat akhir). Ini supaya kita mendapat input yang lebih dan mempunyai lebih
banyak fakta yang boleh digunakan berbanding menghafal satu buku semata-mata.

Tips tambahan. Bagi saya sendiri, seorang yang malas. Waktu mengulangkaji paling
sesuai adalah pada waktu malam antara solat maghrib dan isyak. Ini mungkin
menjadi kebiasan para pelajar asrama yang mempunyai waktu prep selepas solat
maghrib. Mengapa waktu ini? Secara kebetulan (tidak disokong fakta sainstifik) waktu
antara maghrib dan isyak sering digunakan sebagai waktu untuk menyampaikan ilmu
tidak kira di masjid atau majlis ilmu di luar. Mungkin sahaja ketika itu otak kita lebih
santai untuk menerima masuk dan mungkin juga kerana waktu itu para malaikat
memenuhi majlis ilmu berhampiran kita. (Ya, ini konspirasi belum ada kajian saintifik
dan Islamik untuk mengesahkannya)

Jawapan paling tepat adalah kerana waktu itulah paling singkat untuk membaca buku
untuk mereka yang malas kerana selepas isyak kita sering menghabiskan masa
bersama keluarga, rakan-rakan ataupun bermain telefon dan membuat perkara lain
sebelum tidur;

“Membaca harus ikhlas barulah hati dan fikiran rela memeluknya ke dalam
dakapan untuk dicerna akal lantas disimpan sebagai kenangan yang tak
terlupus dengan izin Tuhan.”

Jika tips ini dijadikan pegangan untuk menempuh zaman pelajar maka saya ingin
menegaskan betapa pentingnya perkara kedua untuk diamalkan iaitu hal yang perlu
dilakukan semasa di dalam kelas kerana dengan itu kita tidak perlu menyusahkan diri
untuk mengulang membaca perkara yang sama kerana tidak faham.

“Bu, bagaimana aku yang belajar mahu berjuang?”


“Berjuanglah kamu dengan mencari ilmu seikhlas hati. Tuntunlah kebenaran dalam
setiap ilmu yang kamu selami, kerana setiap perjuangan orang dewasa dan bekerja
lahirnya daripada ilmu yang mereka cari dan raih sepanjang hari.”
Tiada kesenangan dan kejayaan datang bergolek. Kita harus berusaha walaupun
dengan sekecil upaya. Walaupun penulisan di atas panjang sebenanrya rumusannya
pendek dan sederhana iaitu kita perlu untuk faham sesuatu perkara itu. Bagaimana
mahu memahami sesuatu yang diajarkan? Fokus semasa diajar, tanya bila tidak tahu,
membaca bila ingin mendalami sesuatu. Moga tulisan ringkas (mengarut) ini
berupaya memandu kalian ke jalan yang benar.

"Jika kita memiliki keinginan yang kuat dari dalam hati, maka
seluruh alam semesta akan bahu membahu mewujudkannya."
- Soekarno
DEKAN; DARI SEKADAR ANGKA KEPADA
MANIFESTASI OPERASI

Oleh; Amalina Samar

Sebelum apa-apa, ingin saya katakan di sini sebagai disklemer bahawa

memperoleh dekan, sebagai pendapat peribadi, bukanlah perlu menjadi satu-satunya


matlamat utama dalam pembelajaran. Pointer dekan hanyalah sekadar satu figura
titik perpuluhan atas kertas yang mungkin memanifestasikan usaha seseorang dan
menjadi definisi operasi sejauh mana usaha me-muntahluah-kan di atas kertas
segala apa yang dipelajari sepanjang satu semester. Satu terjemahan yang menjadi
penilaian terhadap diri. Namun, sekiranya tidak, atau belum tercapai pointer dekan,
ianya bukanlah pengakhiran segala-galanya. Ianya bukanlah sesuatu yang perlu
di-esaktangis-kan tidak berkesudahan jika pada satu-satu masa, bila ianya tidak
tercapai, semuanya bagai sudah berakhir. Tidak. Dunia belum berakhir.

Mencari resipi dekan setiap semester dalam gabungan makalah ini, pasti seperti
anda mencari panduan cara belajar, tips belajar atau mengulangkaji pelajaran. Saya
tahu anda sudah tahu tips tersebut; baca rujukan tambahan, baca nota sebelum kelas,
buat nota, buat jadual ulangkaji, siapkan tugasan awal, ambil perhatian tajuk
penekanan dan sebagainya. Senarai akan terus panjang lebar dengan teknik-teknik
ideal menjadi pelajar cemerlang. Tips belajar yang anda baca di mana-mana mungkin
kadang-kadang sesuai untuk anda gunakan, kadang-kadang tidak. Tapi
sekurang-kurang boleh dijadikan panduan untuk anda mula dari satu titik sekiranya
buntu nak mula dari mana.

Anda takkan jumpa cara bagaimana saya memperoleh dekan di sini. Kuncinya adalah
sama seperti tips-tips pelajar cemerlang seperti di atas. Kursus kita tak sama.
Cabaran kita berbeza. Dunia menara gading bukanlah tempat kita bertanding siapa
lebih jaguh, siapa lebih hebat pointernya. Cukuplah satu ketika dunia kita pernah
berkisar pada paksi ujian dan peperiksaan. Dunia menara gading lebih luas daripada
itu. Lebih luas terjemahan kecemerlangan akademikmya dan pembentukan
peribadinya. Tapi saya tak nafikan signifikannya nilai pointer apabila ianya menjadi
bukti jerit perih mentelaah pelajaran. Saya tak nafikan nilai pointer apabila ai memberi
makna yang signifikan pada saat orang lain rasa biasa. Kejayaan ini, untuk anda
raikan. Kepuasan belajar ini, untuk anda rasakan.

Percayalah, kalau anda aplikasikan semua teknik belajar cemerlang, memang anda
akan jadi pelajar dekan setiap semester. Antara mahu atau tidak mengikutnya.

Tapi ingat, cabaran mencapai dekan untuk setiap kursus atau program itu berbeza.
Jangan pernah bandingkan susah kita dengan orang lain. Jangan pernah bandingkan
senang kita dengan kesukaran orang lain. Hidup dan berjalanlah dengan fasa dan
garis masa kehidupan masing-masing.

Jadi, penting tak ni nak kejar pointer dekan?

Sejauh mana anda cuba mengejar pointer, seimbangkan ia dengan pembentukan


peribadi. Selarikan ia dengan kemahiran kendiri sebagai bekalan di alam kerja nanti.
Libatkan diri dengan organisasi mahasiswa; kepimpinan, sukarelawan, orator, atau
apa-apa persatuan yang anda minat. Jika tidak dalam organisasi formal sekali pun,
libatkan diri dengan perbincangan ilmiah dan pembudayaan ilmu. Tak salah jika ada
masa kita hanya mahu santai. Main game, tonton drama korea. Buatlah. Tak salah
pun. Apatah lagi, setelah penat belajar. Tapi, sulami juga dengan keterlibatan dalam
perkara bermanfaat yang lain. Itupun kalau nak jadi pelajar dekan yang lain daripada
yang lainlah. *Angkat kening dounle jerk.

Nak tahu macam mana saya mendapat dekan?

Sudah ramai yang dekan. Amalkan segala tips pelajar cemerlang di atas dan
sesuaikan dengan cara pembelajaran sendiri. Semua sudah tertulis, antara mahu
atau tidak sahaja. Anda ikut sahaja tips itu, dik. Anda semua pun dah besar panjang.
Semua sudah maklum rasanya formula “usaha tangga kejayaan.”

Persoalannya sekarang, apa yang membezakan seorang pelajar dekan dengan


pelajar dekan yang lain? Jika semua orang mempunyai nilai dekan yang sama, apa
yang menjadi definisi operasi yang lain yang menjadi nilai tambah seorang
mahasiswa?

Saya percaya, yang paling penting dalam kehidupan seorang mahasiswa adalah;
proses pembelajaran dan bagaimana pengaplikasian pembelajaran dalam kehidupan
dan masa depan. Nilai dekan yang tercapai setiap semester takkan memberi apa-apa
makna jika ianya sekadar tertulis di atas kertas tanpa ada manifestasi ilmu dan
implementasinya. Suburkan budaya ilmu dan intelektualisme. Jadi mahasiswa yang
bukan hanya belajar, tapi mampu menjadi pemimpin yang berkualiti dan berdaya
saing. Hidup ini bukan dalam kepompong kita sahaja, ambil tahu isu semasa dan
masyarakat setempat.

Selamat bertumbuh wahai adik-adik!

Dan kalau pada saat ini, kalau anda masih ‘struggle’ untuk mencapai dekan, jangan
bandingkan diri anda dengan orang lain.

Terima kasih sudi baca penulisan saya hingga ke tahap ini. Mungkin bukan tips dekan
yang anda temukan, tapi mungkin hanya cetusan pemikiran yang membuka
ruang-ruang pemikiran yang lain. Mungkin.

Mendapat dekan itu penting, tapi proses pembelajaran dan kefahaham itu malah lebih
penting. Kan?

“Nilai dekan yang tercapai setiap semester


takkan memberi apa-apa makna jika ianya
sekadar tertulis di atas kertas tanpa ada
manifestasi ilmu dan implementasinya.
Suburkan budaya ilmu dan intelektualisme.
Jadi mahasiswa yang bukan hanya belajar, tapi
mampu menjadi pemimpin yang berkualiti dan
berdaya saing..”
MENCAPAI DEKAN DENGAN MEMAHAMI SISTEM

Oleh; Abang Mastermind

Majoriti pelajar-pelajar yang baru menjejakkan kaki ke menara gading tidak


mempunyai masalah untuk study smart dan study hard kerana mereka sudah
berpengalaman semasa belajar di Tingkatan 6 atau matrikulasi. Malah mereka
berjaya memasuki universiti kerana berhasil mendapat keputusan yang cemerlang
setelah belajar dan berusaha dengan rajin. Namun, universiti mempunyai sistem
pemarkahan yang berbeza dengan sekolah. Malah setiap universiti mempunyai
sistem yang berbeza antara satu sama lain. Tidak sama sistem pemarkahan
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan Universiti Malaya (UM), Universiti
Sains Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Apakah Itu Sistem?


Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, sistem adalah kumpulan beberapa bahagian
atau alat yang sama-sama bekerja untuk tujuan yang sama. Setiap perkara di dunia
ini mempunyai sistem yang tersendiri. Contohnya, Malaysia mempunyai sistem politik
yang tersendiri untuk mengurus dan mentadbir negara. Malah sistem politik setiap
negara adalah berbeza dengan negara yang lain. Contohnya, sistem politik Malaysia
yang bersifat Raja Berperlembagaan tidak sama dengan sistem politik China yang
bersifat Komunisme. Maka, sistem pemarkahan di universiti adalah berbeza dengan
sistem di sekolah-sekolah.

Kenapa Sistem Penting?


Jikalau kita sesat di dalam hutan, kita kena menggunakan ilmu hutan untuk survive di
dalam hutan. Kita tidak boleh menggunakan ilmu lautan jika sesat di dalam hutan.
Begitulah juga jika kita terdampar di lautan, kita tidak boleh menggunakan ilmu hutan
untuk survive di lautan. Maka, dengan memahami sistem dapat memastikan kita
faham dan nampak bagaimana sistem itu bergerak. Jadi mudahlah kita untuk untuk
merancang bagi mendapatkan dekan setiap semester.
Kita boleh belajar dengan rajin, tapi jika kita tidak memahami sistem
pemarkahan, usaha kita akan gagal. Contohnya, jikalau kita mahir membawa kereta,
tetapi kita tidak tahu jalan, kita tidak akan sampai ke destinasi. Malah, kita akan sesat!
Anggaplah tips-tips yang diberi ini sebagai panduan arah untuk adik-adik meneruskan
perjuangan di universiti yang tercinta.
Pengalaman
Saya adalah pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi (ISMP) semester 7.
Buat masa ini saya mendapat keputusan Dekan sebanyak 5 kali daripada 6 semester.
Saya tidak mendapat dekan pada semester 1 sahaja.
Kenapa semester 1?
Sebab saya tidak memahami SISTEM PERMARKAHAN!!!

Sistem-sistem di UPSI
1. Pemberat markah
UPSI mempunyai sistem pemarkahan yang unik. Iaitu 60% markah
bergantung kepada tugasan dan 40% bergantung pada peperiksaan. Nampak tak?
Boleh dikatakan adik-adik boleh gagal besar jika meremehkan tugasan assignment.
Pembahagian Pemberat (%)
Tugasan (individu/kumpulan) 60%
Peperiksaan 40%
Jumlah 100%

Alasan UPSI menetapkan pemberat markah seperti ini adalah untuk


melahirkan pelajar yang tidak hanya cemerlang dalam akademik, tetapi mempunyai
softskill yang diperlukan dalam menghasilkan mahasiswa yang berkualiti. Maksudnya
mereka tak nak pelajar yang hanya tahu membaca buku sahaja, mereka nak pelajar
yang aktif dalam teamwork, mahir edit video, mahir berkomunikasi dan sebagainya.
Selain itu, pelajar akan dianggap gagal jika tidak menghadirkan diri dalam
peperiksaan walaupun sudah mempunyai markah yang tinggi dalam tugasan.
Maksudnya walaupun adik-adik dapat 60/60 dalam tugasan, adik-adik tetap kena
mengambil peperiksaan. Sebab adik-adik akan dikira gagal jika tidak hadir dalam
peperiksaan. Itulah penetapan sistem di UPSI.
Tugasan ini selalunya dibahagikan kepada dua yakni tugasan individu dan
tugasan kumpulan. Maka, pastikan boleh mengurus masa dengan baik untuk
mendapat keputusan yang baik. Maka, jika ingin dekan, pastikan markah tugasan
mampu mencecah 50% ke atas setiap subjek.
2. Jam kredit
Setiap subjek mempunyai jam kredit yang berbeza berbanding subjek yang lain.
Jikalau subjek major dan minor, kebiasaannya jam kreditnya adalah 3. Manakala, jam
kredit untuk subjek universiti adalah 2. Terdapat juga subjek pendidikan yang
mencecah 4 dan 6 jam kredit.
Ok, apa yang penting mengenai jam kredit ini?
Sebab...setiap jam kredit ini akan memberi markah yang berbeza.

Ok, cuba lihat nombor 7 dan 8 dalam slip keputusan peperiksaan di atas.
Perbezaan nombor 7 dan 8 dalam ini adalah jam kredit dimana nombor 7 adalah 4
jam kredit manakala no 8 adalah 2 jam kredit. Setiap satu jam kredit akan
memberikan pointer sebanyak 4.00. Maka, dua jam kredit akan memberikan pointer
sebanyak 8.00 (rujuk no 8). Manakala, subjek yang mempunyai 4 jam kredit akan
memberikan pointer sebanyak 16.00 (rujuk no 7).
Nota: Senang cerita, pointer 4.00 itu didarab dengan jumlah jam kredit.
Maka, boleh dikatakan subjek yang mempunyai jam kredit yang tinggi seperti
3, 4 dan 6 akan memberikan impak yang besar kepada keputusan peperiksaan.
Jikalau adik-adik tidak skor subjek ini, kemungkinan susah untuk mendapat title
Dekan. Maka, pastikan adik-adik fokus kepada subjek yang mempunyai jam kredit
yang tinggi berbanding yang rendah. Manusia yang cerdik mampu mengutamakan
perkara yang perlu diutamakan.

3. Format American Psychological Association (APA)


Semasa saya mula-mula mendapat tugasan penulisan ilmiah pada semester 1,
pensyarah akan menitik beratkan format APA ini. Masa itu saya tertanya-tanya, apa
benda APA ini?
Ok ringkasnya format APA ini adalah sistem tulisan ilmiah yang perlu digunakan oleh
pelajar untuk membuat penulisan ilmiah. Ini adalah masalah yang besar
memandangkan pelajar tidak pernah belajar sistem penulisan ini di sekolah. Mereka
juga tidak langsung memahami apakah itu sistem APA. Selain itu, tidak semua kos
akan belajar subjek Bahasa Melayu Wacana (BMW) semasa semester 1. Contohnya,
saya sendiri belajar subjek BMW semasa semester 3.
Nota: Kita akan belajar mengenai APA style ini dalam subjek Bahasa Melayu Wacana
(BMW)
Jadi cara untuk mengatasi masalah ini adalah mendapatkan buku-buku APA
daripada senior-senior yang sudah mengambil subjek BMW. Dalam buku ini
merangkumi semua aspek penulisan seperti kutipan, rujukan dan sebagainya. Maka,
jika adik-adik ingin mendapatkan markah yang tinggi dalam tugasan penulisan ilmiah,
pastikan adik-adik mahir format penulisan APA ini.
Nota:
a) Pensyarah tidak ada masa nak mengajar format APA (kecuali subjek BMW
lah)
b) Format APA berubah mengikut tahun, maka pastikan belajar format APA yang
terkini.
c) Tidak semua kos menggunakan format APA seperti Geografi. Contohnya
subjek Sejarah menggunakan format Chicago untuk penulisan ilmiahnya.

4. Nota?
Jikalau kita di sekolah, kita selalu digalakkan oleh guru-guru untuk menyalin
nota-nota di dalam buku atau papan hitam. Terdapat pelbagai jenis nota seperti
nota ringkas, nota penuh dan nota lengkap. Tapi, di universiti adalah berbeza!!!
Kenapa?
Sebab di UPSI, adik-adik hanya perlu mendapatkan nota di Myguru. Maka di situ
adik-adik tidak perlu menyalin kerana sudah mempunyai nota dalam bentuk slide.
Jadi apa benda yang perlu disalin semasa kelas? Pastikan salin perkara-perkara
yang tidak terdapat di dalam nota itu sahaja.

5. Myguru, mysis dan upsi portal


Kepada adik-adik, pastikan adik-adik belajar dan memanfaatkan ketiga-tiga adik
medium ini. Sebab ia medium yang penting semasa belajar di UPSI. Maka
tolonglah explore benda-benda ini.

6. Add Drop Subjek


Add drop subjek adalah perkara yang paling ditakuti oleh pelajar apabila mula
semester baru. Add drop subjek ini bermaksud kita add atau drop subjek-subjek di
dalam mysis sebagai subjek yang kita akan belajar pada semester akan datang.
Kita dikehendaki add subjek-subjek yang tertentu dalam kos yang diambil.
Maksudnya jangan pergi add subjek yang bukan kos kita tau. Pelajar geografi
jangan pergi add subjek sejarah sesuka hati (melainkan mengambil minor
sejarah).
Apa kepentinganya?

Untuk menyusun jadual masing-masing. Setiap subjek mempunyai kumpulan


yang berbeza. Maka, adik-adik boleh pilih nak masuk dalam kumpulan mana
mengikut masa yang telah ditentukan. Selain itu, pastikan tiada dua subjek yang
clash atau berlanggar. Maka add drop ini memberi peluang kepada kita untuk
menyusun jadual mengikut kehendak kita sendiri.

Berdasarkan jadual di atas, perbezaan kumpulan A dan B adalah pada hari yang
berbeza. Jikalau adik-adik ingin kelas pada hari rabu, maka add lah subjek dalam
kumpulan B. Jika ingin kelas pada hari selasa, add lah subjek ini dalam kumpulan A.
Malah ada subjek yang mempunyai masa dan tempat yang berbeza mengikut
kumpulan. Maka, pastikan anda memilih kelas yang menepati masa dan tempat yang
diperlukan.
Masalah-masalah add drop.
a) Trafik lambat. Corak ambilan pelajar UPSI adalah bertambah setiap tahun.
Maka, penggunaan mysis ketika itu adalah tinggi dalam kalangan pelajar
UPSI. Kesannya, portal mysis akan lembap dan susah untuk dibuka. Maka,
adik-adik perlu sentiasa rajin membuka mysis setiap masa dan berlawan
dengan aliran trafik internet yang penuh sesak. Berdasarkan pengalaman, jam
2 dan 3 pagi adalah masa yang sesuai untuk membuka mysis semasa minggu
add drop.
b) Kelas penuh. Disebabkan kelas mempunyai kouta yang terhad (bergantung
pada pensyarah). Maka, adik-adik perlu berebut dengan pelajar lain untuk
memasuki sesuatu kelas tersebut. Maka, ia bergantung kepada nasib baik
dan nasib buruk.
c) Buku Panduan Fakulti. Buku panduan ini akan memberikan
cadangan-cadangan subjek apa yang perlu diambil mengikut semester. Tapi
ingat, ini hanyalah panduan. Tidak semestinya perlu mengikut buku panduan
bulat-bulat. Jikalau kita semester 2, kita boleh mengambil subjek yang
dicadangkan oleh semester 3 dan 4. Hal ini kerana, kouta yang dibuka oleh
pensyarah adalah terhad. Maka, amat berisiko jikalau kita tidak dapat add jam
kredit yang mencukupi. Kita tidak perlu mengikut majoriti batch kita. Namun,
pastikan tidak mengambil subjek yang mempunyai aras yang tinggi seperti
semester 6 dan 7 ye. Ada juga pensyarah yang menetapkan subjek untuk
pelajar semester tertentu. Pandai-pandailah hidup. Cadangan saya dapatkan
maklumat mengenai subjek dan pensyarah yang mengajar subjek tersebut
daripada senior-senior sebagai panduan.

7. Pensyarah
Akhirnya, kita perlu ingat bahawa pensyarah yang akan memberikan
markah kepada kita. Setiap pensyarah mempunyai ragam yang berbeza. Ada
yang susah memberi markah, ada yang senang memberi markah. Juga
terdapat pensyarah yang memberikan markah hampir sama sahaja kepada
setiap pelajar. Ada pensyarah yang suka membebankan pelajar, ada
pensyarah yang memudahkan pelajar. Maka, penting untuk adik-adik
mendapatkan maklumat mengenai pensyarah-pensyarah daripada
senior-senior untuk lebih bersedia. Jangan takut untuk bersuara jika
pensyarah melampau memberi kerja.
Nota: Memang wujud pensyarah yang suka ugut pelajar untuk potong markah dan
drop subjek jika tidak suka dengan gaya dia mengajar. Jadi pandai-pandailah hidup.
Kesimpulan.
Maka, ini sahajalah coretan nasihat dan panduan yang boleh diberikan kepada
adik-adik. Mungkin nasihat ini agak bosan kerana tidak merangkumi tips belajar,
motivasi dan semangat untuk mencapai dekan. Namun, sistem teknikal dan
pemarkahan ini perlu difahami dan dikuasai oleh adik-adik untuk mendapat
dekan.
Setiap sistem akan berubah, maka pastikan adik-adik mendapat update yang
terbaru mengenai sistem-sistem yang ada. Nasihat ini mungkin tidak berguna
untuk 10 tahun akan datang kerana sistem mungkin sudah berubah. Cuma, walau
apa pon sistem yang kita hadapi, kita perlu memahami sistem tersebut untuk
terus hidup.
Hal ini kerana, dengan memahami sistem kita mampu merancang untuk
tindakan yang seterusnya. Tanpa memahami sistem, kita tidak akan mampu
membuat perancangan untuk mendapat gelaran Dekan. Seorang pelabur yang
berjaya iaitu Warrant Bufett pernah berkata;

“An idiot with a plan can beat a genius


without a plan..”

Gagal untuk merancang bermaksud merancang untuk gagal. Kita tidak boleh
merancang jika tidak mempunyai maklumat yang diperlukan dan kita tidak mampu
mendapat maklumat jika tidak memahami sistem yang dijalankan. Maka, selamat
menghadapi dunia kampus.

Sekian, terima kasih.


PENA DARIPADA DUA SAHABAT

Oleh; Ain Husna @ Grissheida

Salam dihulur tanda hormat,


Bismillah diucap mohon berkat,
Buat siapapun yang berhajat,
Moga tulisan ini beri manfaat.

Acapkali bermulanya kehidupan sebagai pelajar universiti, pasti siapapun memasang


niat dalam hati untuk memperoleh keputusan yang cemerlang setiap semester. Seperti
kata – kata hikmah yang selalu kita dengar, “Datang dengan harapan pulang dengan
kejayaan.” Haa begitulah ayatnya. Secara tidak langsung ia menyuntik semangat kita.
Yelah, awal – awal semester, berkobar – kobar haa semangat hahaha. Tetapi lama –
kelamaan, dengan kesibukan jadual dan mungkin beberapa masalah, muncullah
perkara yang sering berlegar dalam fikiran pelajar seperti, “Macam mana nak skor
setiap sem kalau sibuk macam ni?” , “Apa agaknya tips belajar boleh aku cuba ye?” ,
“Ada ke senior nak kongsi tips dan pengalaman mereka belajar?” dan pelbagai lagi.
Maka disini, kami ingin berkongsi sedikit tips dan pengalaman peribadi kami
sepanjang belajar terutamanya ketika melalui Pembelajaran Dalam Talian ni.

Tips Dan Pengalaman Ringkas Nurul Ain Husna

1. Tetapkan niat dan matlamat yang jelas untuk setiap


semester. Sejujurnya, saya bukan lah pelajar yang boleh dikategorikan sebagai
rajin, tetapi setiap semester saya sentiasa letakkan target untuk dicapai. Perkara ini
saya amalkan sejak dari sekolah lagi. Matlamat atau target tu boleh buat dalam
pelbagai bentuk. Pentingnya niat dan matlamat ni, supaya kita tahu usaha kita kea rah
mencapainya. Sebagai contoh, saya pernah target untuk capai pointer 3.7, target untuk
sertai persatuan,target untuk sertai pertandingan debat dalaman dan target untuk
menambah kawan baru. Selepas ada target pada awal semester, saya akan cuba
berusaha untuk capai target tu, walaupun mungkin tidak semua dicapai dengan jaya,
sekurangnya ada usaha. Alhamdulillah, setakat ini target saya untuk setiap semester
banyak yang tercapai. Antaranya, niat saya untuk sertai debat dalaman, capai senarai
dekan, capai pointer 3.7 ke atas dan libatkan diri secara aktif dalam persatuan. Ada
juga 1 atau 2 target yang tidak tercapai namun saya tidak terlalu kecewa kerana saya
percaya pada usaha saya. Selalulah ingat bahawa “Tuhan tengok usaha kita dan nilai
usaha kita bukan hasil”. Jadi, kalau ada harapan atau target yang belum tercapai,
janganlah terlalu sedih kerana setiap usaha kita Tuhan akan balas sama ada mengikut
niat asal kita atau dengan sesuatu lebih baik. Tetapkanlah segala matlamat dengan
bersederhana kerana dengan kesederhanaan kita akan selalu tenang.
Suka saya memetik kata dari penulis terkenal Indonesia bernama Tere Liye dalam
bukunya Rembulan Tenggelam Di Wajahmu iaitu:

“Bersederhanalah dalam segala hal. Terimalah segala hal dan lakukan segala hal
dengan sederhana. Fahamilah ada perkara yang kita tahu hikmahnya, ada pula
yang tidak kita tahu. Dan ketahuilah bahawa dengan ketidaktahuan itu, mungkin
Tuhan sedang melindungi kita. Hanya dengan sesederhana itu, hidup kita lebih
tenang”

2. Pilihlah groupmate yang baik. Pentingnya groupmate yang baik ni


sebab banyak kerja berkumpulan, jadi penting untuk pastikan ahli kumpulan dapat
beri kerjasama dan tiada ‘sleeping passengers’. Jika tergolong dalam kumpulan yang
macam senyap je, cubalah kita sendiri yang gerakkan semua ahli dan cuba bertegas.
Kadang – kadang ada pelajar – pelajar yang kena ahli atau ketua kumpulan gerakkan
kerja dan bagi arahan. Secara tingkas, jika dalam kumpulan tiada siapa bergerak,
maka anda perlu gerakkan walaupun mungkin anda rasa terbeban tapi tidak salah
untuk mencuba dengan tegas demi markah yang baik.

3. Berani dan ‘curiouskan’diri. Bila dalam kelas, kadangkala ada yang


kurang kita faham atau ada perkara yang kita terlepas mungkin sebab terlelap atau
terlewat sikit ke kelas hahahah, tetapi jangan malu bertanya. Tanyalah kawan sekelas
apa yang anda terlepas atau tanyalah pensyarah apa yang kurang anda faham.
Pengalaman saya sendiri dan rakan – rakan, kadangkala tanpa sengaja terlewat ke
kelas atau tertidur sekejap, kami tetap tebalkan muka tanya pensyarah untuk lebih
jelas tentang sesuatu perkara walaupun mungkin sambil tu dimarahi kerana lewat dan
sebagainya. Dalam kelas biasa walaupun bukan sebab lewat atau tertidur dalam kelas,
cuba fokus dan beranikan diri untuk bertanya. Bak kata pepatah, malu bertanya sesat
jalan. Jadi,baiklah bertanya dari tidak tahu apa – apa. Konklusinya,sekalipun anda
terlewat ke kelas atau tertidur dalam kelas atau kurang suka dengan sesuatu subjek tu,
cubalah untuk laksanakan segala kerja dan belajar dengan seikhlas hati. Ingat balik
niat dan target kita.

4. Hormati pensyarah dan santuni rakan. Untuk mencari ilmu kita


mesti ada guru. Bila berguru mesti ada adab. Maka hormatilah pensyarah dan
hulurkan bantuan kepada mereka. Tentang santuni rakan pula, kita cuba berbaik
dengan semua rakan kita. Jangan cari musuh. Rakan perlukan bantuan,kita tolong.
Ada nota tambahan atau ilmu ,kita kongsi. Ada duit lebih kita belanja makan dekat
Cape Café pun jadilah, hahahah. Yang penting ikhlas dan berbuat baik selalu.
Kadangkala tanpa kita sedar dengan perkara – perkara sebegini Tuhan mudahkan
urusan kita untuk capai keputusan cemerlang setiap semester. Pengalaman saya
sendiri, saya bukan lah orang yang memang pandai atau rajin, saya kira pemalas juga
orangnya, tetapi jenis saya, saya akan pasangkan niat setiap kali saya study dan buat
nota, saya buat untuk kongsi nota dan ilmu dengan kawan – kawan. Saya ajar kawan –
kawan apa yang saya faham dan kongsi nota saya. Selalu ingat , “Bila kita mudahkan
urusan orang, Tuhan akan mudahkan urusan kita.”

5. Dekatkan diri dengan Tuhan dan berbakti kepada


ibubapa. Selalu beribadat dan berdoa. Selalu minta ibubapa doakan kejayaan kita.
6. Konsisten dan persistent. Kita perlu cuba konsisten dan persistent
terhadap usaha kita bagi mencapai matlmat dan impian.

7. Selalu motivasikan diri. Motivasi penting untuk kita tetap konsisten dan
persisten ke arah target kita untuk capai keputusan cemerlang dan sebagainya. Lain
orang lain caranya untuk cari mood study dan lain juga caranya untuk bangkitkan
semangat bila rasa down. Tetapi ingatlah kadangkala rasa down sedikit atau rasa sakit
atau penat itu perlu untuk kita bangkit dengan macam – macam motivasi. Seperti kata
suatu watak dalam siri Macgyver musim keempat episod pertama iaitu “Sometimes,
the best motivation is pain itself’. Betul sekali, kadangkala kita perlu rasa penat atau
perihnya belajar sebagai motivasi untuk terus usaha sampai dapat rasa manisnya
kejayaan. Carilah cara motivasi dan healing masing –masing. Ada yang dengan
bersukan, luahkan pada rakan dipercayai, baca buku, tengok wayang dan sebagainya.
Saya sendiri suka motivasikan diri dengan menulis, membaca dan berjoging. Saya
akan menulis puisi luahan hati saya atau kata-kata untuk bangkit semula dan ia
berkesan. Walaupun saya tidaklah hebat menulis,tetapi sekurangnya saya rasa tenang.
Jadi, bila ada fasa anda rasa penat atau nak give up terutamanya ketika berdepan
cabaran online learning ni, berehatlah sebentar. Take time sekejap untuk diri kita
dengan aktiviti atau buat perkara yang buat kita rileks dan suka. We may rest when
tired, but never quit. seterusnya, ini ialah salah satu puisi untuk terapkan semangat
study saya dan tepikan rasa malas juga inpirasi dari kawan saya yang selalu bagi
nasihat menusuk gitu. Puisi bertajuk Si Sia – Sia , ditulis pada Mei 2019.

Disuruhnya capai langit,


Teriak aku tak mahu,
Manakan mampu aku pendek,
Dipintanya daki gunung itu,
Geleng kepala aku tak mahu,
Masa kan mampu lemak bertepu.
Dipandangnya tajam mataku,
Katanya bebal, itu aku,
Hidup beralasan siaga,
Sampai bila pun tak jaya.
Diberinya 10 hela kain,
Diberinya jaga 10 ekor kambing,
Katanya guna akal bukan buat bebal,
Moga-moga ada gunanya nanti.
Itulah aku akal tidak diguna,
Kelak aku pulak merana,
Sampai bila di takuk lama,
Menunggu jaya yang sia-sia.
Tips Dan Pengalaman Grissheida

1. Pilih groupmate yang baik. Yang nak jatuh bangkit sama. Penat sesama. Groupmate
baik, last minit kerja pun boleh jalan dgn smooth. Kalau ada salah kumpulan, sanggup
hadap sama.

2. Banyak-banyak membaca. Bukan setakat untuk dapat ilmu, tapi boleh jugak
membantu banyak dalam mengolah ayat. Tidak kira dalam assignment/forum dan
juga exam esei.

3. Jangan takut kalau salah beri pendapat. Always speak out.

4. Berbuat baik sesama coursemate. Jangan takut tolong coursemate bila mereka ada
masalah dlm pelajaran. Jangan persoalkan patut ke tidak kita tolong coursemate.
Sebab kita tak tahu bila masa kita jatuh, bila masa kita bangkit. Bila selalu tolong
orang, kebaikan yg tak terduga pasti Tuhan akan kirimkan.

4. Rajinkan diri tengok forum ilmiah. Tidak kiralah isu apapun, terkadang isu yang
terjadi akan lead kita kepada apa kita belajar. So sedikit sebanyak kita dapat linkkan
apa yang kita pelajari dengan isu semasa yg berlaku.

6. Build relation with the other course. Rajinkan diri bergaul dengan budak-budak
course lain. Boleh bertukar pendapat dan belajar bagaimana cara mereka menekuni
subjek mereka

7. Jangan malu bertanya. Tak tahu, straight tanya lect. Tak dapat jawapan lagi,
berusaha cari sendiri. Sedaya upaya gunakan semua medium yg ada.

8. Sentiasa bersedia. Mentally dan physically.

9. Plan your time wisely. Tapi macam biasalah, student dengan last minute mmg
berpisah tiada, but u still can manage your time wisely even dalam waktu genting pun.

10. Jangan gentar meluahkan pendapat dalam perbincangan kelas. Takpe kalau
ditegur, kadang-kadang lect tegur untuk kita perbaiki apa yg terkurang.

11. Enjoy masa muda dengan sederhana. Ada masa enjoy betul-betul, tapi jangan leka
dan alpa. ada masa lebihkan komitmen terhadap ilmu. Balancekan dedua. Ada masa
sembang kosong, ada masa sembang ilmiah. Know the difference between enjoying
your youth and destroying your future.

12. Tetaplah rendah hati walau dapat pujian. Bila dah macamni, jangan sesekali
sombong dengan kawan-kawan. Yang mana tak dapat terus bantu. Ajar mereka tanpa
buat mereka rasa kurang keyakinan belajar. Tanpa buat mereka rasa segan dengan
kita. Approach dengan betul. Sedaya upaya bawa mereka naik. Jangan buat kawan
rasa left out. Bangkit sama-sama dengan kawan.
Kesimpulannya, kami harap sedikit sebanyak tips serta pengalaman ini dapat
membantu rakan – rakan lain terutamanya ketika waktu pembelajaran dalam talian ni.
Walau banyak halangan, seperti masalah internet, kurang paham dalam talian ni dan
sebagainya, kuatkanlah niat di hati dan tetapkan matlamat supaya terus kuat berusaha.
Maaf andai ada salah dan silap, kami sekadar berkongsi tips dan pengalaman. Semoga
kita sama – sama berjaya. Akhir kata, terimalah puisi ini daripada kami bertajuk,
Bangkit Mahasiswa Bangkit! Semoga jadi penyuntik semangat kepada
anda terutama ketika Covid-19 ini.

Bangkit mahasiswa bangkit,


Hadapi getir payah dengan tekad,
Bangkit mahasiswa bangkit,
Walau penat jangan berhenti,
Cukup rehat muhasabah diri,
Bangkit mahasiswa bangkit,
Tiap usaha pasti ada ganjaran,
Jangan putus asa berharap jaya,
Bangkit mahasiswa bangkit,
Meski musibah melanda,
Yakinlah musibah juga bawa hikmah,
Bangkit mahasiswa bangkit,
Kita pasti berjaya.

- Hain Husna & Grissheida (2020)-


IZINKAN AKU BERKONGSI
Oleh; Dirahsiakan

“Orang yang mempunyai cita-cita tidak


peduli dengan tertawaan orang. Sebab,
orang yang mempunyai cita-cita itu
dahulu datang dari waktunya”

- HAMKA –

MINDSET

Bagi saya, penting untuk setiap pelajar mempunyai mindset atau


corak pemikiran yang jelas dan tetap. Sebelum memulakan sesi
pelajaran, pelajar perlu menetapkan apa yang ingin dicapai dan
sentiasa berfikir secara positif bahawa tiada yang mustahil di dunia
ini. Setiap insan bebas menetapkan corak pemikiran mereka
masing-masing. Contohnya, jika seseorang individu sentiasa
berfikir bahawa dia seorang yang malas, maka ianya akan
mendorongnya untuk sentiasa bersikap malas. Sebaliknya, jika
seseorang sentiasa berfikir untuk bersikap rajin pastinya pemikiran
itu akan mempunyai sikap (attitude) individu tersebut.

You are what you think! Untuk mempratikkan tips ini, saya
mencadangkan agar pelajar-pelajar cuba untuk menulis setiap
mata pelajaran yang diambil kemudian tuliskan gred yang ingin
dicapai. Sebaik-baiknya tulislah gred yang paling tinggi sama ada A
atau A+. Tulis di buku nota yang selalu ada bersama anda atau
tampal di bahagian yang sering dilihat seperti cermin. InshaAllah,
dengan cara ini dapat membantu pelajar untuk lebih berkeyakinan,
lebih bermatlamat dan mampu mengubah mindset yang jelas. Tips
ini saya sendiri telah pratikkan dari semester 1 hingga sekarang
semester 7 kerana bagi saya kejayaan bermula dari pemikiran.
KERJA KERAS

Di institusi pengajian tinggi, sudah pasti pelbagai tugasan yang


perlu disiapkan tidak kira tugasan yang perlu dihasilkan secara
individu mahupun secara berkumpulan. Markah tugasan amat
memainkan peranan besar dalam gred akhir. Maka, pelajar
seharusnya bersungguh-sungguh dalam menghasilkan sebuah
tugasan yang berkualiti. Dengan ini, sedikit sebanyak dapat
membantu pelajar-pelajar untuk mendapat keputusan yang
cemerlang.

Begitu juga sebelum menghadapi peperiksaan akhir. Pelajar harus


belajar dan fahami setiap topik dengan bersungguh-sungguh.
Berusaha melakukan pelbagai macam cara untuk meningkatkan
tahap kefahaman dalam sesebuah topik agar mudah menjawab
semasa peperiksaan berlangsung. Bagi saya, antara tips sebelum
peperiksaan yang sering saya amalkan ialah membuat nota, ambil
masa untuk fahami dan banyakkan mencari sumber maklumat
tambahan di internet. Kenali cara belajar anda sendiri, sekiranya
anda merupakan seorang yang mudah belajar secara berkumpulan
maka cuba untuk melakukan ‘study group’ dengan kawan-kawan
lain.

Agak sukar untuk berjaya bagi mereka yang sering bersikap sambil
lewa, tiada keseriusan dalam hidup. Percayalah, kelelahan yang
dirasai dalam menuntut ilmu itu akan berakhir dan diganti dengan
berita gembira sebaik sahaja anda memperoleh keputusan yang
cemerlang dan tidak dijangka di akal.

PANTANG MENYERAH

Setiap pelajar pasti pernah merasa ingin berputus asa yang


disebabkan oleh kegagalan. Beringatlah, Kegagalan itu merupakan
titik permulaan kepada sebuah kejayaan. Pada saat kita
menghadapi kegagalan, pujuk diri untuk selalu mensyukuri atas
apa yang telah diberikan dan berusaha lagi untuk yang akan
datang.

Sekadar pengalaman, saya pernah mendapat keputusan sangat


mengecewakan semasa semester 2 di tingkatan enam. Setelah
melihat keputusan, saya menangis dan ingin berputus asa pada
saat-saat awal. Namun, saya belajar untuk bangkit, saya berusaha
sehabis baik, belajar bersungguh-sungguh, banyakkan menjawab
soalan-soalan STPM yang lepas, sering bangun sebelum subuh
untuk mengulang kaji pelajaran, sering bertanya kepada cikgu
sekiranya ada topik yang saya kurang faham. Dan hasilnya,
semasa semester 3 saya mendapat keputusan yang cemerlang
dan mendapat tempat pertama dalam kalangan hampir 100 lebih
pelajar pada ketika itu. Dan pada ketika itu, saya percaya the best
teacher is your last mistake.

Jangan pernah merasa lemah saat menghadapi kegagalan.


Teruskan berusaha dan jadilah seorang yang pantang menyerah !

Sekian 3 tips utama yang saya sering pratikkan sepanjang menjadi


seorang pelajar. Berjuanglah untuk menjadi manusia yang
berguna dan berpengetahuan luas. Dunia tidak seluas daun kelor,
tetapi hidup harus bermanfaat seperti daun kelor. Moga-moga kita
semua beroleh kemenangan dalam mencapai segala impian dan
cita-cita.

Sekian..
MAHASISWA BITARA
Oleh; Nurul Hidayah Mohamad Rodzi

Aku Hidayah, pelajar yang biasa-biasa saja. Tapi aku ingin menjadi seorang
yang luar biasa. Ya. Luar biasa! Konsep aku mudah saja, jika ingin dapat lebih maka
usaha juga perlulah lebih. Mari aku ceritakan siapa aku dan bagaimana aku DEKAN
setiap semester. Aku mahasiswa yang boleh dikatakan aktif berpersatuan. Baik di
dalam kampus mahupun di luar kampus. Setiap hujung minggu tiadalah aku di
Tanjong Malim ini. Sibuk pergi ‘berjuang’.
Dalam kesibukan ‘berjuang’ perkara pertama bagi aku adalah menyiapkan
segala tugasan sebelum keluar untuk ‘berjuang’. Berjuang untuk apa? Oh ya. Aku
menyertai sebuah badan NGO yang fokusnya kepada mahasiswa dan belia.
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM). Di bawah PKPIM ada dua
cabang iaitu satu di bawah kampus dan satu lagi adalah di bawah badan gabungan
negeri (BGN). Aku dari Pahang jadinya aku aktif di bawah Ikatan Pelajar Islam
Pahang (IKATAN) dan ABIM Pahang. Baiklah cukup sampai di sini penceritaan soal
komitmen aku.
Mari aku ceritakan tips untuk cemerlang disetiap semester. Pertamanya, adalah
NIAT. Kenapa mesti niat? Kerana setiap perbuatan itu haruslah dimulakan dengan
niat. “Amal itu tergantung niatnya, dan seseorang hanya mendapatkan sesuai
niatnya. Barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya
kepada Allah dan Rasul-Nya, dan barang siapa yang hijrahnya karena dunia atau
karena wanita yang hendak dinikahinya, maka hijrahnya itu sesuai ke mana ia hijrah.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Inilah hadis yang aku hafal semasa di tingkatan
4 bagi menghadapi Sijil Menengah Agama sekitar 6 tahun lalu. Begini, sebelum
keluar dari rumah untuk ke kelas aku akan tajdid niat terlebih dahulu. Ringkas saja
niatnya “ Ya Allah, aku pergi ke kelas ini untuk menuntut ilmu maka permudahkanlah
urusan ku hari ini Aamiin”. Oh ya, sebelum aku terlupa sentiasalah solat di awal waktu.
Pesan ibu ku, apa-apa pun pastikan solat awal, kesannya adalah ketenangan hati.
InshaAllah.
Yang kedua pula adalah sentiasa amalkan Al Mathurat disetiap pagi dan petang.
Nampak mudah tetapi untuk terus istiqamah agak sukar sebenarnya. Selain itu, aku
juga sentiasa menghafal dan mengulang hafalan sebelumnya. Setiap orang itu
caranya berbeza tapi inilah cara aku yang aku amalkan semasa tingkatan 6 di Kulliah
Sultan Abu Bakar Pahang. Maklumlah ketika itu maddah yang aku ambil untuk Sijil
Tinggi Agama Malaysia sebanyak 20 maddah dalam masa sepuluh bulan. Bayangkan
sepuluh bulan saja aku harus menguasai semua maddah itu, jadi apa yang aku buat
adalah dengan menghabiskan hafalan terlebih dahulu. Alhamdulillah 2 bulan pertama
aku sudah menghabiskan hafalan surah untuk STAM dan ajaibnya semua maddah
jadi lebih mudah untuk aku fahami. Itulah ajaibnya Al Quran.
Sama seperti sekarang ini, bila sudah menginjak ke alam universiti aku masih lagi
meneruskan hafalan dan mengulang hafalan yang lama meskipun tidak sekerap dulu.
Seperti aku katakan di awal tadi, untuk istiqamah agak sukar juga. Percayalah jika
kita memelihara Al Quran, InshaAllah segala-galanya akan terasa mudah walaupun
hakikatnya sukarnya kita saja yang rasa.
Reda ibu bapa juga menjadi faktor aku berjaya kini. Aku sering pegang analogi
ini “ Reda Allah terletaknya pada reda ibu bapa. Begini sebelum ini aku terlalu memilih
universiti kononnya mahu ambil sejarah tetapi di UKM ataupun di USM. Terlalu
angkuh ketika mengisi UPU dan permohonan aku tidak diluluskan. Dan ketika itu ibu
bapa ku menginginkan aku menjadi seorang guru memandangkan ibu ku juga
seorang guru. Jadi beliau ingin ada anaknya yang mewarisi semangat keguruan
beliau. Dan ya itulah sebab mengapa aku ada di sini. Di UPSI ini dalam bidang
sejarah yang aku inginkan selama ini.
Dan akhir dari yang terakhir adalah sentiasa bersangka baik dengan Allah. Aku
percaya apa yang kecapi hari ini adalah jalan cerita indah yang Allah tetapkan untuk
aku. Jatuh aku dulu adalah bangunnya aku sekarang ini. Derita dulu adalah bahagia
aku ini. Bagi aku, perjalanan aku ini indah sangat yang Allah lukiskan untuk aku cuma
caranya bagaimana aku merealisasikan lukisan itu agar terus menjadi kenyataan.
Tenang teman-teman sekalian, aku juga pernah mengalami zaman kejatuhan dan
aku buktikan aku juga mampu bangkit dan sekarang aku sedang mengejar kejayaan
yang diimpikan.
Pesan aku untuk teman-teman sekalian, sentiasa bersangka baik dengan Allah.
Sesukar mana keadaan kalian nanti percayalah Allah sedang mempersiapkan hadiah
yang tidak kalian jangka. Tetaplah tenang walaupun sedang ketika jiwa kalian sedang
berperang. Aku ini tidaklah juga baik, tapi selalu lakukan yang terbaik dan segala di
atas menjadikan aku seorang MAHASISWA BITARA!
WARKAH SEORANG ALUMNI
Oleh; Dirahsiakan

“DEKAN pada setiap semester” merupakan sebuah sasaran yang telah

dipahat dalam fikiran setiap Mahasiswa/I di seluruh IPT. Setiap Mahasiwa/I sudah
semestinya mengimpikan memperoleh “DEKAN” pada setiap semester sebagai sebuah
kepuasan dan pencapaian di atas penat lelah sepanjang semester. Nukilan kecil ini
hanyalah sebuah picisan perkongsian pengalaman sepanjang 4 tahun mengejar “DEKAN”
dalam sebuah Universiti tercintaku UPSI.
Dalam mencapai “DEKAN” yang diingini, perkara terpenting bagiku yang mungkin
sesetengah pihak menganggap sebagai sebuah tips cliché adalah menjaga hubungan
kepada Sang Pencipta. Perjalanan menempuh liku-liku kehidupan sebagai Mahasiswa/I
amat memerlukan kita menjaga hubungan bersamaNya. Dalam setiap langkah diatur
sebagai Mahasiswa/I, sematkan niat semua atas namaNya. Pesanan yang sering
didengari daripada ibu bapa “jangan tinggal solat” adalah sebuah pesanan yang wajib
digenggam sekuatnya oleh Mahasiswa/I. Janganlah hanya mencariNya ketika menunggu
keputusan peperiksaan keluar, jadikanNya keutamaan tiap hari dalam perjalanan sebagai
mahasiwa/I.
“DEKAN” yang ingin dimiliki akan tercapai seandainya Mahasiswa/I cekap dalam
menguruskan masa. Berpandukan pengalaman 7 semester bergelar “pelajar di dalam
kampus”, aspek pengurusan masa yang baik akan memastikan “DEKAN” hanya
selangkah dari genggaman. Pengalaman ku yang pernah bergiat aktif di dalam sebuah
persatuan di UPSI memberikan ku sebuah tanggungjawab untuk mahir dalam
pembahagian masa agar tanggungjawab sebagai pelajar tidak terbiar dan amanat
diberikan dalam persatuan tidak terabai. Pengurusan masa yang baik akan dapat
memastikan Mahasiswa/I mempunyai cukup masa dalam melunaskan pelbagai
assignment serta menelaah ilmu dalam setiap kelas.
Kejayaan memperoleh “DEKAN” akan tercapai seandainya Mahasiswa/I tidak
menangguhkan tanggungjawab dan assignment yang diberikan. Penyakit yang sering
dihadapi oleh Mahasiswa/I di IPT adalah menangguhkan tanggungjawab dengan alasan
utama sering diungkapkan “awal lagi baru minggu ke berapa”. Aku bukannya mahu
mendabik dada dengan menceritakan yang aku melaksanakan tanggungjawab diberikan
seawal mungkin, namun aku sematkan ia sebagai sebuah kebiasaan bagi setiap
tanggungjawab diberikan agar tiada pertindihan tanggungjawab sehinggakan menekanku
di hujung semester. Sebaik sahaja mendapat tugasan, Mahasiswa/I harus merangka
tugasan tersebut agar perancangan rapi dapat dilakukan bagi memastikan
tanggungjawab dapat dinoktah dalam tempoh masa diberikan. Aku ingat pesan salah
seorang pensyarahku, beliau menekankan kepada kami agar biasakan diri untuk menulis
tugasan yang diberikan setiap hari meskipun sedikit agar tidak dihimpit dengan tugasan di
akhir semester. Pesanan itu ku pegang pada setiap semester bagi memastikan
tanggungjawab ku tidak “setinggi gunung” pada penghujung semester dan aku
mempunyai masa untuk melakukan research dan beriadah menikmati fasiliti sukan UPSI.
Perkongsian terakhir yang dapat ku kongsikan untuk mendapatkan “DEKAN”
adalah mahasiwa/I haruslah menjadikan Pustaka Tuanku Bainun sebagai “rumah
kedua”. Sebagai Alumni UPSI, aku berbangga dengan segala kemudahan yang
disediakan oleh UPSI terutamanya Pustaka Tuanku Bainun. Mungkin bagi sesetengah
mahasiwa/I menganggap bahawa Pustaka Tuanku Bainun ini sebagai pusat bagi pelajar
nerd, namun bagiku tanggapan sebegitu adalah salah kerana Pustaka Tuanku Bainun
merupakan penyumbang sumber ilmiah utama bagi Mahasiswa/I selain Google.
Mahasiwa/I harus memanfaatkan sebaiknya kemudahan yang disediakan oleh Pustaka
Tuanku Bainun kerana percayalah setiap assignment diberikan akan dipermudahkan
apabila anda menggunakannya. Mahasiswa/I gunakan sebaiknya WebOpac UPSI untuk
mendapatkan buku yang diingini, bahkan tempahan dalam talian boleh dilakukan
seandainya buku tersebut telah dipinjam. Aku selalunya minggu pertama akan
memastikan setiap buku yang diperlukan bagi setiap subjek akan ku peroleh, sama ada
secara terus atau tempahan online. Bahan rujukan yang diperoleh dari Pustaka Tuanku
Bainun dan sumber berautoriti daripada google akan memastikan penghasilan tulisan
berisi, tinggal ditambah sedikit perisa dengan cara penulisan Mahasiwa/I.
Hanya perkongsian itu dapat ku sampaikan kepada Mahasiwa/I UPSI yang masih
menuntut ilmu di Universiti tercinta ini. Perkongsian ku ini tidak hanya tertumpu kepada
mencapai “DEKAN” setiap semesti sahaja, bahkan segala perkongsian itu masih ku
genggam ke alam pekerjaan. Pesanan buat Mahasiswa/I UPSI, kejarlah “DEKAN” yang
diingini sebaiknya namun janganlah sampai nilai “DEKAN” dimilikimu itu mampu
dipertikaikan orang lain. Janganlah hanya fokus terhadap “DEKAN” sahaja, raih sebanyak
pengalaman yang sempat diraih sepanjang 4 tahun di UPSI bagi memastikan bahawa
anda tergolong sebagai Alumni UPSI berkualiti.

SEKIAN..
‘DALIL’ SEORANG PELAJAR DEKAN
Oleh; Nor Faidah Nulhassan

Kejayaan merupakan satu impian yang sudah semestinya setiap pelajar

mengimpikannya. Namun bagaimana kejayaan itu diperolehi tanpa usaha yang jitu

daripada pelajar itu sendiri. Kejayaan itu sangat ‘mahal’ nilainya dan semua orang

berhak untuk mendapatkannya kerana kejayaan itu tidak mengenal sesiapapun anda

samada melalui latar belakang ataupun sebagainya. Oleh itu, disini saya ingin

berkongsi beberapa ‘tips’ yang boleh membantu pelajar khususnya mahasiswa/I

untuk mendapatkan anugerah dekan pada setiap semester:

1. Hidup berlandaskan Tuhan

Sebagai seorang yang bergelar muslim banyak dalil-dalil yang diketengahkan

yang membuktikan sekiranya kita berpegang teguh akan pendirian kita terhadap Allah

SWT sudah pasti akan dibalas dengan kejayaan demi kejayaan. Dalam surah

al-mukmin jelas Allah berfirman “sesungguhnya berjayalah orang-orang yang

beriman”. Sekiranya kita menjaga Allah, dan sudah pasti Allah akan menjaga hak

yang selayaknya kita perolehi. Kita hanya mampu menulis perjalanan kehidupan kita

melalui atas kertas sahaja dan yang menentukan semuanya adalah pencipta yang

Esa. Setiap ketentuan Allah itu mengandungi hikmah yang perlu kita hayati. Oleh itu

setiap pelajar jangan hanya bersungguh-sungguh dalam pelajaran sahaja tanpa

menghiraukan hubungan dengan Allah.

2. Hidup yang menjaga hubungan sesama manusia

Sebagai kehidupan seorang mahasiswa/I sudah pasti akan bertemu dengan

pelbagai ragam manusia. Hubungan nmanusia yang pertama yang perlu kita jaga

adalah ibubapa kita sendiri. Mereka merupakan insan pertama yang memberikan

didikan dan tunjuk ajar kepada kita. Keredhaan ibubapa itu sudah sinonim dengan
kehidupan seorang anak. Kita sangat memerlukan keberkatan daripada mereka agar

perjalanan kehidupan kita dalam dunia mengejar cita-cita dipermudahkan

kesemuanya kerana keredhaan Allah itu adalah diabawah keredhaan ibu bapa.

Jangan sesekali kita membuat perkara yang boleh menimbulkan kegusaran di hati

mereka terutamanya ibu kerana doa daripada seorang ibu itu tiada hijabnya.

Keduanya, kita perlu ketahui sumber ilmu yang kita perlohi adalah daripada

mereka yang bergelar ‘muallim’ dalam bahasa arab yang merujuk kepada pensyarah

di universiti. Menjaga hubungan dengan mereka juga merupakan asas kepada

keredhaan mereka dalam menyampaikan ilmu. Hal ini demikian keran, ilmu yang

mengalir itu memerlukan keberkatan daripada mereka yang menyampaikannya

rentetan sekiranya ilmu itu tidak diberkati akan membawa kepada kehidupan yang

kurang diberkati. Sekiranya terdapat aib yang ada pada mereka jangan sesekali

diuar-uarkan ataupun dijadikan bahan ejekan namun sebaliknya sentiasa

menghormati mereka dan mendoakan kesejahteraan mereka. Usah disimpan dalam

hati sekelumit dendam terhadap mereka kerana mereka adalah insan yang

menyampaikan ilmu kepada kita.

Ketiga, hubungan sesama manusia ini juga kita melihat dengan menjaga

hubungan dalam berkawan. Dalam persahabatan kita perlu bijak dalam mencari

kawan di alam universiti. Kawan ibarat cerminan kita sendiri. Menjaga hubungan

dengan mereka akan menjadikan kehidupan kita lebih berasa tenang dan bebas

tanpa memikirkan masalah yang dihadapi. Setiap perselisihan atau pertelingkahan

yang berlaku hendaklah diselesaikan dengan cara yang bijak dan baik. Memohon

maaf merupakan kunci kepada kelembutan hati seseorang. Walaupun kesalahan itu

bukanlah berpunca daripada kita namun demi menjaga hati yang tenang untuk

menerima ilmu yang suci, kita hendaklah sentiasa merendahkan ego untuk memohon

maaf sesama manusia.


3. Mempunyai jiwa dalam pelajaran tersebut

Dalam menuntut ilmu, perkara yang penting adalah jiwa kita merasakan ilmu itu

sentiasa ada kerana sekiranya mereka merasakan ‘keterpaksaan’ sudah pasti akan

menyebabkan mereka berasa kurang senang setiap kali mempelajari pelajaran yang

tidak disukai oleh mereka. Sekiranya kita tidak mempunyai jiwa terhadap

pembelajaran tersebut, mungkin kita boleh sahaja menyemainya dengan menanam

sedikit demi sedikit dengan mencari keisitimewaannya yang tidak diperolehi pada

subjek yang lain. Jiwa ini akan mempengaruhi kognitif dan pemikiran kita kerana

pergerakan kita adalah dikawal melalui mentaliti setiap orang. Sebagai contoh,

sekiranya kita menyukai sesuatu kita akan sanggup untuk melakukan apa sahaja dan

begitu juga sekiranya kita menyukai pembelajaran tersebut kita akan sanggup

menghadapi kesukarannya demi menggegnggam kejayaan yang ada pada akhirnya.

Oleh itu, jiwa, mentaliti, dan emosi memainkan peranan yang penting dalam

pembentukan kejayaan seseorang. Semaikanlah jiwa demi kejayaan pada masa

akan datang.

4. Menyusun atur jadual akademik dan harian

Jadual rutin harian merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan

seorang mahasiswa/I kerana sekiranya kita membuat jadual rutin harian maka

kehidupan kita akan lebih sistematik dan terkawal. Mahasiswa sudahpasti tidak mahu

tertumpu pada akadamik sahaja malahan ingin terlibat secara tidak langsung dalam

bidang kokurikulum juga. Hal ini sesuai dengan matlamat pendidikan dengan

menerapkan keseinambungan pada akademik dan kokurikulum. Mahasiswa yang

aerjaya adalah mahasiswa yang mampu mengatur jadual harian mereka dengan lebih

sistematik. Terkadang mahasiswa yang terlibat dengan kelab dan persatuan akan

sibuk dan tertumpu pada satu bahagian sahaja tanpa menghiraukan akademik

sehingga mereka terleka akan tujuan utama mereka di universiti. Namun apa yang

saya lakukan saya akan membuat jadual untuk mengelakkan daripada perkara
tersebut berlaku. Penglibatan saya dalam kelab dan persatuan tidak menjadikan

penghalang buat saya untuk terus menggenggam dekan pada setiap semester

dengan adanya jadual harian.

5. Berkongsi idea dan maklumat

Manusia yang Berjaya adalah manusia yang mampu berkongsi maklumat dan

idea mereka bersama orang lain. Kita sebagai mahasiswa tidak perlu untuk

merasakan diri sudah cukup berilmu sehingga tidak ingin untuk berkongsi ilmu

dengan orang lain. Ilmu ini merupkan manfaat akhirat sekiranya kita menyebarkannya

kepada orang lain dan disebarkan pula kepada yang lain sehingga menjadikan ia

rantaian pahala buat kita. Walaupun ilmu itu sedikit namun sampaikanlah ia dan

sebarkanlah kepada orang lain. Hal ini akan membantu kita untuk melakukan proses

pengulangan pembelajaran sekaligus meningkatkan kefahaman ilmu yang ada pada

kita. Sikap mereka yang gemar berkongsi idea akan disenangi oleh masyarakat

sekeliling dan menjadikan kita lebih bersemangat untuk menimba ilmu pengetahuan.

Tidak perlu malu dengan ilmu yang sedikit namun malulah sekiranya kita tidak gemar

untuk menyampaikan ilmu kerana perkongsian idea dan maklumat ini mampu

meningkatkan lagi ilmu yang tersedia ada.

Sekian,
‘GOALS’
Oleh; Dirahsiakan

Assalamualaikum kepada awak yang membaca. Harap pembaca dalam

keadaan yang sihat sahaja hendaknya. Baiklah mengikut pengalaman saya sepanjang
memasuki kehidupan sebagai mahasiswi yang baru masuk tahun ke 3,saya ada sedikit
tips belajar untuk dikongsikan bersama anda semua. Semoga tips daripada saya ini
mampu membangkitkan semangat anda untuk mengecapi kejayaan ataupun "goals"
anda dalam memperolehi dekan dalam setiap semester. Insyallah jika ada usaha maka
adalah hasilnya. Disini saya akan berkongsi lima tips yang saya selalu aplikasikan
dalam setiap semester:

1. Fokus dalam kuliah.


Fokus penting untuk kita berikan sepanjang berada dalam kuliah. Bila kita fokus,
pelbagai input dapat kita perolehi. Tidak kiralah ianya subjek major, minor atau
subjek U. Selalunya dalam setiap semester, kita akan berhadapan dengan pelbagai
pensyarah yang berbeza watak dan perwatakan, misalnya ada pensyarah yang strict,
ada yang cerewet, ada yang peramah, ada yang bersifat keibuan dan sebagainya. Oleh
itu, bila kita sudah mengetahui perwatakan mereka maka kita akan berusaha untuk
melakukan yang terbaik dalam memenuhi kehendak mereka untuk menyempurnakan
tugasan. Penting untuk kita fokus dalam bilik kuliah supaya dapat memudahkan kita
peka akan info atau ilmu baharu yang dikongsikan oleh para pensyarah. Fokus dalam
bilik kuliah juga akan membawa kita mengetahui cara untuk menjawab soalan dalam
peperiksaan.
Pensyarah selalunya akan menekankan tajuk yang sering keluar dalam
peperiksaan jadi bila kita fokus maka mudahlah kita untuk kenal pasti dan buat nota
atau latihan lebih kepada tajuk tersebut. Sekiranya anda sukar untuk fokus dalam
kuliah yang panjang maka bawalah air atau kudapan ringan seperti coklat atau manis
manisan untuk memaniskan mulut. Disebabkan saya bukan jenis orang yang suka
mengulangkaji dirumah jadi saya lebih fokus dalam kuliah sahaja. Kadang banyak
gangguan juga bila dalam kuliah contohlah akan ada rakan kita yang suka bergosip
dan suka mengajak kita bercerita maka beranikan diri untuk menolaknya. Selalunya
gangguan hebat dalam bilik kuliah adalah telefon kita. Sebagai pelajar yang baik,
normalkan untuk matikan telefon anda sepanjang kuliah berjalan, kalau pensyarah
suruh buka, disitulah baru buka. Formula dia (fokus + matikan telefon). Dah siap.

2. Bijak mengatur masa


Selalunya kalau sudah namanya mahasiswa/i akan timbullah kesukaran untuk
mengatur masa. Pengalaman saya semasa semester 1, saya adalah jenis yang suka
menangguh kerja (jangan dicontohi ya) tetapi alhamdulilah coursemate merangkap
housemate selalu mengingatkan tentang tugasan dan disebabkan dialah saya terbiasa
menyiapkan tugasan awal seminggu daripada due date sampailah sekarang. Baiklah
kita kembali kepada aturan masa. Kalau anda pelajar yang aktif dengan aktiviti luar
maka jadual waktu perlu disediakan. Tidak jugalah wajib tetapi bagi mengelakkan
keserabutan menyiapkan tugasan maka jadual sedikit sebanyak membantu anda
mengingati tugasan yang harus disiapkan Kalau saya, saya akan mengatur waktu
terutamanya waktu dalam menyiapkan tugasan. Misalnya saya akan alert dengan due
date penghantaran tugasan untuk setiap subjek, jadi bila sudah saya susun tarikh
setiap tugasan yang perlu disiapkan maka saya dapatlah lihat bila waktu yang saya
free. Bila sudah dapat tarikh maka bolelah kita mengisi masa yang kosong dengan
melibatkan diri dengan aktiviti luar untuk kejar ‘my cat’ atau mengisi masa bersama
orang tersayang yang single bolehlah tengok youtube atau melayari media sosial anda.
Kebijaksanaan kita mengatur masa akan mendidik kita untuk mengutamakan benda
yang penting dan kurang penting. Jadi hidup ini kena bijak untuk memanfaatkan masa.
Sebab manusia ini selalu lalai dengan masa samalah seperti saya juga. Tetapi tidak
salah untuk kita berubah menjadi manusia yang peka akan masa bukan? Bijaklah
mengatur masa ingat jangan suka curi masa yaa.

3. Amalkan prinsip suka bertanya


Prinsip suka bertanya jarang orang buat, mungkin sebab saya jenis suka bertanya
maka saya selalu bertanya dengan kawan-kawan lain. Biasalah kalau semester 1
semuanya malu malu kucing lagi tetapi biasakan diri untuk bertanya. Kalau malu face
to face dalam whatsapps pun boleh. Prinsip bertanya ni penting supaya kita tidak
ketinggalan atau termiss pandang dalam sesuatu info terutamanya dalam kelas.
Praktikan diri untuk suka juga bertanya dalam kuliah, tanya sahaja apa yang kita tidak
tahu atau bertanyalah sekiranya kurang faham akan sesuatu subjek tu. Pensyarah tidak
akan marah kalau kita bertanya malah mereka suka lagi. Siapa tahu dari kita bertanya
soalan rakan-rakan lain juga turut dapat pelbagai info kan. Jadi normalkanlah diri
anda untuk bertanya. Tetapi bertanya kenalah kena pada waktunya jangan semberono
pula yaa!

4. Jaga adab
Tips yang keempat ni sangatlah penting bukan sahaja dalam kehidupan sebagai
pelajar tetapi dalam kehidupan seharian. Betul, adab ni perlu dipraktikan dalam hidup
bukan hanya dalam pembelajaran. Kalau sebagai pelajar kita tahu adab adab berguru
kan, kita tahu jugakan adab bila belajar tetapi kalau dengan rakan rakan? Lagi-lagi
kalau bergurau nah semuanya hilang adab. Tetapi tidak apa disini saya suka
mengingatkan tetang adab kita terhadap sesama manusia. Baiklah kalau bersama
pensyarah, jaga adab anda ketika bertanya soalan tidak kiralah dalam bilik kuliah
mahupun bertanya dalam group whatsapps. Cerminan diri kita adalah bila kita
menjaga adab. Kalau bersama rakan-rakan elakkan bergurau yang menyentuh benda
yang sensitif. Kalau rakan yang rapat bolehlah bergurau kasar sikit, tetapi kalau rakan
yang baru dikenal elakkan bergurau kasar.
Bukan apa, mereka ini rakan-rakan kita dalam menuntut ilmu, kalau kita susah
merekalah yang akan bantu jadi bila kita beradab mereka akan senang hati untuk
menolong kita. Maklumlah kita bukannya tahu semua benda jadi kita akan meminta
juga pertolongan mereka. Jaga juga adab berumah sewa, Jaga adab bersama
roommate dan housemate. Hidup kita bukan sahaja bersama pensyarah tetapi bersama
rakan rakan. Jadi menjaga adab itu tuntutan juga dalam menyenangkan orang orang
yang ada disekeliling kita. Selalunya adab boleh juga dikategorikan sebagai "common
sense kita". Jadi Jaga adab anda ya. Itu kunci untuk melancarkan ilmu mudah masuk
dalam jiwa kita. Adab yang baik akan suburkan minda yang bersih, ilmu suka masuk
pada jiwa jiwa yang bersih.
5. Jaga solat.
Sebagai Muslim, kita tahu kewajiban kita untuk menjaga solat. Jadi jagalah solat

kita supaya hubungan kita dengan Sang Pencipta semakin erat,teguh dan tidak pudar.

Kerna Dia menguasai ilmu di dunia mahupun di akhirat, maka siapalah kita hamba

yang hina lagi suka meminta minta sekiranya tidak menuntut kewajiban kita sebagai

hambanya. Bila kita menjaga hubungan kita dengan Dia, menjaga solat kita, maka

perjalanan kita untuk menuntut ilmu itu akan dirahmati dan dipermudahkan olehNya.

Walaupun kita bukan seorang muslim yang sempurna tetapi dengan kita menjaga

solat insyallah yang lain akan dipermudahkan dengan adanya penambahbaikkan dari

diri kita sendiri.

“Ingat ilmu yang kita tuntut itu datangnya dari Dia, maka nikmat apa

lagi yang harus kita dustakan dengan fizikal yang sempurna dengan

kewujudan minda yang cerdas sekiranya kita tidak sujud kepadaNya.”

Jaga solat itu kunci kejayaan kita. Kepada mereka yang bukan muslim, anda

boleh melakukan kewajiban anda mengikut tuntutan agama masing-masing. Kerna

tidak ada satu agama pun yang membelakangkan Tuhan mereka bukan? Jadi sebagai

hamba kita sentiasalah mengingati Tuhan Kita.


LIMA SENJATA MENJADI PELAJAR
DEKAN
Oleh; Farihah Nadia Ahmad Hisham

Assalamualaikum & Hi,

Bosankan dengar kalau nak pandai, nak berjaya mesti kena belajar

bersungguh-sungguh. YES! It is a must, no argue! Man jadda wa jadda. Siapa yang


berusaha pasti akan berjaya. Ingat, kerja keras anda tak akan mengkhianati anda.

Lima cara mudah untuk usaha dapatkan title dekan setiap sem;

1) Paling utama, jaga hubungan dengan Allah, Ibu bapa, Pensyarah dan
rakan-rakan. Jangan tinggal solat atas alasan apa pun, sebab yang nak beri awak
kejayaan tu, nak ubah apa pun keputusan adalah yang diatas sana. DO NOT TAKE
THIS FOR GRANTED! Semat dalam hati, usaha kemudian berdoa dan seterusnya
tawakal.

2) Pilihlah ahli kumpulan dengan berhemah dan berhati-hati sebab kalau


carrymark rendah merana hati tau dik. Kalau jadi ketua, jadi lah ketua yang baik.
Tugas ketua adalah memimpin dan bukan memerintah dan kalau jadi anak buah, jadi
lah anak buah paling cemerlang jangan kejap-kejap hilang. Kena sentiasa usaha
untuk sumbang apa yang boleh sebab ni bukan soal markah awak atau markah saya
sahaja tetapi MARKAH KITA. Be responsible. Sebagaimana anda analisa ahli
kumpulan anda, mereka jugak akan beri tumpuan yang sama dengan cara anda
bekerja.

Tips mudah: kalau tak nak kena ‘cancelled’ beri gambaran positif tentang diri
anda dan cara anda bekerja.

3) Kenali diri anda, jangan ikut orang. Kalau diri jenis perlu buat kerja awal, do
it! Tak semua orang boleh buat kerja last minute dengan cemerlang. Kalau itu adalah
tugasan individu, terserah. Tapi kalau itu tugasan berkumpulan, tolong hormat masa
orang lain. Kita mudahkan urusan orang, allah mudahkan urusan kita. Kalau perlu
study awal, buat! Ingat, jangan ikut time management orang lain.

4) Selain fokus belajar, kalau rasa berat sangat kepala tu bolehlah sertai
apa-apa program yang dianjurkan. Kumpul Mycat dan pengalaman serta asah
soft-skill. Bila terlibat dengan banyak aktiviti, jangan sesekali abaikan pelajaran.
Bahagikan masa dengan baik, jangan biar orang label dan cop kita dengan pelbagai
gelaran dan jolokan. Buktikan yang walaupun kita giat beraktiviti, hasil kerja kita
tip-top, meeting assignment kita tak skip. Jangan bina alasan dengan pelbagai kiasan.
Kalau tak mampu, jangan buat sebab keutamaan anda adalah menjadi seorang
pelajar.

5) Jangan terlalu tekan diri. Ye betul, semua orang nak berjaya. Tapi kalau
berjaya tapi tak bahagia untuk apa? Jangan skip makan, tidur semata-mata nak
belajar sebab kalau badan tak berdaya, otak pun jadi tak bermaya. You can push
yourself beyond your limit but do acknowledge your target. Do not overdo anything
that gonna return you nothing.

P/s: bila ada yang kata pada kamu “ambil bahasa bolehlah, bukan susah pun”
okay jangan gelabah dulu. Buktikan pada mereka yang mereka benar. Kumpul semua
A yang ada dan biar mereka pulak yang gelabah. Hihihi.
Sedikit ayat cliche disini, jangan belajar kerana inginkan dekan tapi belajarlah
kerana menuntut ilmu itu sebuah kewajipan. Selamat maju jaya anak kandung suluh
budiman.
DEKAN VS REZEKI
Oleh; Ku Rido

Ramai yang mahukan Dekan setiap semester tapi hobinya MALAS DAN LAST
MINUTE. Ramai juga mempersoalkan Dekan adalah REZEKI. Tapi aku percaya pada
kata-kata "usaha tidak pernah menghianati usaha" aku yakin apa yang Kita semai itu
yang Kita Tuai. Dengan penuh rasa jujur disini Ingin saya kongsi kan cara atau tips
belajar yang saya amalkan sepanjang menjadi pelajar;

1) JAGA HUBUNGAN DENGAN TUHAN


Ikut agama masing-masing. Aku yakin semua agama mengajar benda yang baik
untuk diamalkan. Oleh itu, jaga lah hubungan Kita dengan Tuhan Kita. Jika Muslim
solat lah, jaga hubungan dengan ALLAH, maka hubungan Kita dengan yang lainnya
akan dipermudahkan.

2) KENAL PASTI CARA BELAJAR KITA


TIAP orang mempunyai gaya belajar yang berbeza. Ada yang mudah faham jika
membaca, ada yang mudah faham dengan peta minda dan ada juga yang tenang
hatinya belajar sambil me dengar lagu. Terpulang dengan individu masing-masing
selagi mampu Memberi kefahaman kepada diri sendiri maka amalkan gaya belajar
tersebut.
Apa yang saya amalkan adalah belajar sambil me dengar kan zikir penenang hati
dengan kadar "volumes" yang sederhana. ALHAMDULILLAH, dengan cara ini
membantu saya lebih tenang Dan MENERIMA ilmu dengan kadar yang lebih
maksimum berbanding belajar membaca dalam. Keadaan yang sunyi ataupun
senyap.

3) Self REWARDS/ penghargaan terhadap diri sendiri


Hargai diri sendiri. Tidak ada yang akan menghargai diri Kita dengan lebih baik
melaikan diri Kita sendiri. Sekiranya siap menyelesaikan tugasan Beri penghargaan
kepada siri sendiri contohnya "get some good food like MCD KFC" atau mungkin
sekadar coklat yang mampu memberikan ketenangan Dan akhirnya derita melihat
hasil timbangan? Abaikan, Selagi itu membahagiakan maka perlu Kita amalkan. Ingat
tidak ada manusia yang mampu menghargai diri Kita dengan baik melaikan diri Kita
sendiri.

4) BELAJAR SELAGI ADA MASA


Selagi ada kesempatan maka belajarlah. Tak perlu ambil peduli dengan suara
sumbang "cukup lah tu, Kita mau masuk dewan sudah ni". "5 seconds can change
anything". Selagi punya peluang maka gunakan sebaiknya. Abaikan masa orang lain
dan hargailah masa sendiri.

5) MINTA RESTU
Banyak antara Kita lupa Doa IBUBAPA salah satu kunci orang berjaya. Tidak
dinafikan hijab ya adalah bibir Dan lidah sahaja. Tidak lupa juga minta restu daripada
pensyarah Dan kawan-kawan. Minta maaf salah silap agar mudah untuk menjawab.
Mudah juga perjalanan dalam menimba ilmu.

6) Buat jadual belajar


Sebagai manusia Kita perlu ada misi Dan tujuan dalam hidup begitu juga dengan
menimba ilmu. Persediaan Kita akan lebih lancar jika ada sesuatu yakni jadual harian
yang perlu Kita patuhi. Cara mudah yang saya amalkan dengan printout Callander
bulanan Dan saya akan tanda Dan buat catatan ringkas pada TARIKH-TARIKH
tertentu. Seperti pembentangan, penghantaran tugas, meeting Dan lain-lain.

7) Rehat
Kita perlu rehat 5-7 jam sehari. Jangan abaikan masa rehat. Berhenti untuk
membuang masa. Kurang kan masa untuk BERMAIN online game dan yang
membuang masa. Tidak Di nafikan "me time" itu perlu. Namun jangan berlebihan.
Tidak ada penoreh getah turun menoreh pukul 12 tengah hari. Maksudnya, tidak guna
mempunyai peluang Dan luang yang banyak jika tidak dimanfaatkan dengan baik.
Bertindak awal agar "REZEKI" DEKAN menjadi REALITI.

Sekian Terima Kasih…


TEKNIK ‘5A G’
Oleh; Syahrul Ridzwan

Ambitious (Matlamat)
Pastikan anda ada matlamat untuk mencapai target yang ditetapkan pada setiap

semester. Sekiranya anda ada target, barulah anda akan menyusun perancangan

yang strategi. Perancangan sangat penting untuk memastikan hala tuju yang dibuat

dapat dicapai. Tanpa matlamat yang menjadi kayu ukur, perancangan yang dibuat

akan menjadi sia-sia. Jadi pahatkan dalam minda anda, apa kejayaan yang anda

ingin miliki. Dari situlah nanti anda akan berusaha bersungguh-sungguh untuk

berjaya.

Acknowledge (Mengetahui)
Dalam merancang sesuatu, kita harus tahu perancangan yang dibuat itu

berkesan ataupun tidak. Misalnya dalam pemilihan pensyarah. Kita harus siasat dulu

dengan bertanya kepada senior berkenaan maklumat pensyarah. Daripada situ kita

akan tahu gaya dan stailistik seseorang pensyarah. Pemilihan pensyarah memainkan

peranan yang penting kerana mereka yang akan memberi skor kepada kita. Jadi satu

nasihat saya, ikut setiap arahan pensyarah dan siapkan tugasan, hormati mereka dan

jagalah hubungan baik dengan mereka. Tapi jangan terlalu "mengipas" pula.

Apply (Aplikasi)
Setelah membuat perancangan, aplikasikannya dalam diri anda. Pastikan setiap

tugasan yang diberi dilaksanakan dengan sempurna. Jika tidak faham rajinkan

bertanya supaya tidak timbul isu tidak siap tugasan. Lagi satu, jangan sesekali "copy
and paste" tugasan orang. Hal ini sangat salah kerana anda mengambil kesempatan

terhadap usaha orang lain yang bertungkus-lumus menyiapkan tugasan. Anda boleh

meminta tugasan-tugasan lama daripada senior tetapi jadikan ia sebagai rujukan

sahaja. Jika kantoi oleh pensyarah, anda akan dikenakan tindakan atau di "bar"

daripada menjalani peperiksaan. Walaupun ada yang tidak diketahui dan selamat

"copy and paste" namun persoalannya, adakah keputusan kecemerlangan yang

diperolehi itu mendapat keberkatan? Renung-renungkan.

Attractive (Menarik)
Dalam setiap kelas, serlahkan diri anda. Jangan menjadi seorang yang pasif.

Kalau boleh beranikan diri untuk memberi respon terhadap pembelajaran. Dari situ

pensyarah akan mengenali kita. Bukan itu sahaja, kita juga haruslah membantu

rakan-rakan yang tidak faham. Jika kita memudahkan mereka, nescaya tuhan akan

memberikan ganjaran yang tidak terduga. Daripada situ orang akan menjadikan kita

sebagai mentor.

Amplify (Menguatkan)
Menguatkan apa? Sudah pasti anda tertanya-tanya. Jawapannya ialah

menguatkan peribadi anda. Jadilah orang yang sentiasa dahagakan ilmu. Pastikan

setiap ilmu yang diperolehi dikongsi bersama. Bukan itu sahaja, keberkatan dari

seorang pensyarah juga adalah amat penting. Minta mereka doakan dan halalkan

segala yang telah diberi. Yang paling penting jangan lupa doa kepada tuhan. Minta

semoga semuanya dipermudahkan. Dalam memohon doa, jangan doa untuk diri

sendiri sahaja. Doakan juga untuk rakan-rakan yang lain. Bila menjelang peperiksaan,

Insha Allah jiwa akan menjadi tenang.


Grateful (Bersyukur)
Perkara yang terakhir sekali yang harus diamalkan ialah bersyukur. Jangan

pernah rasa "down" apabila keputusan peperiksaan semester tidak setanding dengan

usaha. Tetaplah bersyukur kerana sudah pasti ada hikmahnya. Jangan pernah iri

dengan kejayaan orang lain sebaliknya jadikan mereka sebagai inspirasi untuk

membakar lagi semangat kita. Jangan pernah banding-bandingkan diri kita dengan

orang lain. Setiap orang ada kelebihan masing-masing.

Sekian..

“Walaupun ada yang tidak diketahui dan selamat


‘copy and paste’ namun persoalannya, adakah
keputusan kecemerlangan yang diperolehi itu
mendapat keberkatan? Renung-renungkan..”
7 KUNCI
Oleh; Lakrimasi Kirana

1. Jaga Solat
“Marilah mendirikan solat
Marilah menuju kejayaan”

Didalam laugan azan pun, kita diseru untuk mendirikan solat, kemudian baru
diikuti dengan kejayaan. Bagaimana mahu berjaya andai seruan yang pertama pun
kita gagal untuk penuhi. Tepuk hati tanya iman. jadi, latih diri menjadi awal. awal
mendirikan solat, awal menyiapkan tugasan, awal datang ke kelas, dan awal mencari
ilmu (membuat pembacaan sebelum masuk ke kelas).

2. Jaga Waktu Tidur

Surah al-Furqaan, Ayat 47;

“Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan

menjadikan tidur untuk berhenti rehat, serta menjadikan siang untuk keluar mencari

rezeki.”

Tips ini saya amalkan dari zaman sekolah. Saya yakin, ramai mahasiswa dan

mahasiswi yang bersengkang mata menyiapkan assignment sampai larut malam.

Kadang alasannya sebab terlalu banyak tugasan, kadang sebab “aku jenis buat

malam”. Tinggalkan dan ubah. Cuba tidur awal dan bangun awal. Tidur pada jam 10

dan cuba bangun pada jam 3 atau 4 pagi. Alang-alang dah bangun tu, cuba paksa diri

untuk solat malam. tidur awal habistu bila masa nak siapkan tugasan? bangun awal,

buat masa tu. suasana yang hening, tenang, tugasan yang dibuat insyaAllah lebih

sempurna.
Dalam buku Khuttoh Barakah;

“1 jam tidur sebelum pukul 12 malam adalah bersamaan dengan

3 jam waktu tidur. nak lebih segar.”

3. Jaga Makan

Ramai yang tak pentingkan bab ni. Belajar makan makanan sunah, kerana dalam

Sunnah itu ada banyak kebaikannya baik di dunia mahupun akhirat. Rasa tak mampu

semua, jangan tinggalkan semua.

4. Adab

Yusuf bin Al-Husain rahimahullah berkata;

“Dengan adab kamu akan mampu memahami ilmu, dan dengan ilmu

amalmu menjadi benar.”

(Iqtidha Al-Ilmi Al-Amal, hlm. 31)

Bila dilontarkan tentang adab, ianya sangat mahal kerana terlalu ramai insan

yang berlumba-lumba mengejar ilmu namun adabnya tiada. Dalam majlis ilmu, aku

manusia yang kurang cakapnya namun mata aku memerhati, aku manusia yang suka

berfikir. Bertapa ramainya sahabat seperjuangan yang terlihat gagal soal adab. Bila

bercakap soal adab, sudah pasti ramai yang tertumpu dengan adab terhadap guru.

Benar. Namun tidak dilupakan juga adab bersama sahabat.

Adab dengan guru. Mengeluh itu memang sifat yang ada pada diri kita, fitrah

kita sebagai manusia. Namun, jangan sampai mengeluh itu menjauhkan kita dari

perasaan syukur. Jangan sampai keluh itu menguris hati pensyarah. Sesukar mana

tugasan yang diberi, sekarut apa pun soalan quiz yang ditanya, jangan pernah kau

mengeluh atau mengumpat. Kerana dalam setiap apa yang sedang kita lalui itu
terdapat didikan dan ianya salah satu proses menghidupkan kita menjadi bakal

pendidik. Jika seorang bakal pendidik pun tidak mampu menjaga adabnya,

bagaimana kamu mahu mendidik kelak?

Jaga adab dengan guru sudah, jaga adab dengan sahabat sudah. apa lagi?

adab dengan tuhan. setelah segala penat lelah, andai akhirnya keputusan yang

diharapkan adalah mengecewakan, tetaplah bersyukur. Jika kamu bersyukur, Allah

akan tambahkan lagi rezeki buat mu. Itu janji Allah. Bersyukurlah sahabat, andai rasa

kamu manusia paling kecewa pada waktu itu, ingatlah bahawa ramai yang

mengharapkan apa yang kamu ada pada ketiku itu adalah untuk mereka.

5. Jadual

Selain jadual kelas, jadual untuk uruskan aktiviti harian dan aktiviti mingguan juga

perlu. Jadual sangat membantu untuk kita menjadi manusia yang berdisplin. Tak

percaya? Cuba buat. Bila ada jadual, cuba hindarkan diri dari buat kerja last minit.

Benda boleh siap harini, kenapa nak siapkan esok?

6. Positif

Tipulah kalau tak pernah down. Tipulah tak pernah ada masalah. Tipulah tak

pernah rasa serabut, rasa putus asa, rasa susah sangat, rasa dah taknak belajar,

rasa pensyarah pilih kasih. Bila rasa macam ni, cepat-cepat positifkan diri. Nak

positifkan diri ni banyak cara dan banyak kaedahnya. and all technique work on

different people. Yang paling cepat dan paling mujarab adalah, sebut yang baik-baik.

Sebut yang baik-baik kerana fikir yang baik-baik mampu mengubah pandangan kita

terhadap sesuatu perkara.

Contohnya kamu pergi ke kelas tetiba kelas batal, mesti ramai yang akan

mengeluh dan berkata “kenapa tak bagitahu awal-awal penat je datang”. Instead of

that, apa kata ubah dengan berkata “ouh kelas batal. Takpelah alhamdulilah paling

kurang dapat tengok muka kawan-kawan” ataupun “ouh takpelah paling kurang
perjalanan aku ke kelas dikira sebagai ibadah.” we choose what we want to be, either

we see it as beautiful thing or otherwise.

7. Dhuha

Buat dulu, nanti akan tahu kehebatan waktu dhuha!

“Bersyukurlah sahabat, andai rasa kamu manusia

paling kecewa pada waktu itu, ingatlah bahawa

ramai yang mengharapkan apa yang kamu ada pada

ketiku itu adalah untuk mereka..”


Aku Sibuk, Tapi Mampu Dekan!
Oleh; J

Bila cakap tentang dekan, saya ingat cerita pertama saya selepas mendapat

keputusan semester pertama melalui portal Mysis UPSI. Ini “kegagalan” saya yang

pertama apabila saya tidak diumumkan masuk dalam senarai sijil dekan, di mana

saya hanya memperoleh 3.36. Cuba agak apa perasaan saya pada waktu itu? Jika

anda berfikir bahawa saya kecewa, ya. Tapi istilah give up, never. Tak akan sesekali

saya untuk bertindak demikian. Saya tak pernah nak serapkan dalam diri saya untuk

merangsang pemikiran yang tidak-tidak itu. Orang kata, kegagalan bukan bermaksud

kita akan terus gagal dan gagal lagi. Tapi kegagalan akan wujud jika kita terapkan

rangsangan negatif dalam diri kita. Dari situ, saya mula mengumpulkan kekuatan

kembali dan mengubah cara pembelajaran saya yang lepas. Sekarang ni saya

berasa sangat bersukur dan berterima kasih kepada Tuhan kerana ini telah kali ketiga

saya disenaraikan dalam senarai penerima sijil dekan untuk semester ini. Sekarang,

saya ada misi tersendiri dan sedang dalam perancangan untuk memastikan saya

akan memperoleh CGPA terakhir 3.77 dalam pengajian saya. (Doakan agar tercapai

impian saya membawa pulang ijazah kelas pertama untuk mama dan bapa).

Pertama, Always target pointer yang tinggi-tinggi, terutama apabila masuk

semester baru. Terpulang nak target apa macam saya nak mesti nak 4.00 ke, 3.90

lebih ke. Senang cerita, kasi letak semua A. Susah? Tak yakin? biasalah, sebab

dahlah subjek susah. Hmm. Tapi tahu tak, kenapa saya buat macam ini? Sebab

biarpun rasa sangat mustahil untuk mendapat sebegitu, ia adalah rangsangan minda

atau rangsangan positif yang sebenarnya untuk terus berusaha mencapai keputusan

yang baik walaupun tidak setinggi yang diharapkan. Mata akan mempengaruhi

pelbagai tindakan, betul tak? Adik-adik yang baru masuk UPSI harus tahu dan faham
akan istilah-istilah akademik ini, terutama istilah PNGS dan PNGK. Kemahiran

pengiraan pointer harus dikuasai kerana apabila anda ingin membuat target pada

semester akan datang, anda akan tahu keupayaan anda sebenarnya pada tahap

mana. Doa jangan dilupakan kerana ini akan sentiasa mengiringi perjuangan anda.

Jaga adab dan hormat dengan pensyarah. Kalau cara pensyarah ajar tak best sekali

pun, kalau pelajaran susah nak diingati, redhalah. Bila dah tahu susah, you kena fight

untuk sentiasa kuasai pelajaran. Saya yakin dan percaya, bila kita hormatkan

pensyarah, ilmu yang diajar lebih berkat dan senang nak hadam.

Kedua, semasa waktu kuliah, saya biasanya tak akan buat nota penuh kerana

bahan/slide nota biasanya pensyarah akan bagi melalui sistem MyGuru UPSI selepas

kuliah. Jika ada apa-apa yang boleh dibuat tambahan, saya tulis di buku kota.

Kalau dah rasa malas nak salin, guna kamera telefon je lah, lepastu salin balik nanti.

Kecuali pensyarah bagi hint atau spot topic masa waktu exam nanti. Bab ni memang

saya akan laju. Tapi ia ikut pada kursus yang saya ambil. Kadang-kadang saya ambil

nota juga semasa kuliah. Habis nanti, saya baca balik, terutama kursus yang

memerlukan pemikiran dan pengetahuan yang tinggi. Saya sangat akui akan diri saya

yang tidak berkebolehan untuk mengingat atau pelupa. Oleh itu, saya akan refer buku

rujukan atau bahan nota kuliah tentang apa yang diajarkan. Biarpun baca sepintas

lalu saja, apa yang dibaca senang untuk hadam dalam minda.

Make your timetable untuk study. Kalau ada perkara lain misalnya assignment

atau aktiviti perjumpaan kelab atau persatuan, buat senarai dan tentukan apa yang

perlu didahului. Tiada orang yang akan tolong kita, kita sendiri yang kena buat.

Memandangkan saya seorang yang dikatakan amat aktif dalam pelbagai kelab dan

persatuan di UPSI, saya akan buat senarai perkara yang perlu dibuat dan saya

pastikan sekurang-kurangnya ada masa untuk belajar walaupun sikit. Biarpun sering

sibuk dengan pelbagai aktiviti, peruntukkan masa sekurang-kurangnya sejam atau

tiga puluh minit untuk menelaah semula pelajaran sewaktu kuliah. Jangan sepanjang

semester, anda tidak belajar langsung walaupun kita ada minggu ulang kaji sebelum
peperiksaan. Jangan amalkan tabiat belajar bila ada peperiksaan kerana ia akan

membebankan fikiran anda. Lebih elok buat persediaan awal. Saya percaya belajar

awal akan dapat beri hint dalam minda kita apa akan berlaku menjelang peperiksaan

nanti.

Ada orang pernah bertanya pada saya, “Awak biasanya study waktu apa?”. Saya

hanya jawab, “waktu pagi boleh, malam pun boleh.” Setiap pelajar ada mood sendiri

mengikut tahap untuk belajar sesuai pada waktu bila. Kalau nak tahu apa yang sesuai,

experiment yourself. Anda biasa dengan itu, maka itulah yang anda boleh buat.

Saya pernah cuba experiment untuk belajar subuh tapi tak boleh sebab saya kalau

jumpa katil terus lelap. Apatah lagi berjaga malam. Kalau siang, depends pada jadual

kuliah itu sebab setiap semester jadual berlain-lain. Kalau malam pula, limit just

sampai pukul 10.30 pm. Dua waktu itu sahaja yang boleh ada mood untuk belajar.

Belajar bukan baca sebenarnya, just salin nota ringkas bab demi bab untuk

lengkapkan pembelajaran. Sambil itu, adalah saya baca sikit-sikit supaya dapat

faham.

Seterusnya, tentukan mana kursus atau subjek mana yang paling mudah

dan paling susah. Kebiasaannya, pelajar akan beri tumpuan kepada subjek yang

paling senang kerana mudah untuk skor. Subjek susah diabaikan. Anda silap.

Sebenarnya subjek susah harus diutamakan kerana subjek ini banyak memerlukan

tumpuan dan pengukuhan yang berterusan jika dibandingkan subjek lain yang anda

boleh kuasai dengan mudah. Kalau boleh, seimbangkan antara kedua-dua subjek

tahap itu. Saya telah melalui situasi ini sepanjang empat semester dan hasil akhir,

saya berasa sangat bersyukur kerana saya mendapat gred yang baik.

Buat nota, tak payah nak panjang-panjang. Cukup buat ringkas. Saya sarankan

bila buat nota, gunakan peta minda, tak kisah lah nak guna peta minda apa,

macamana terpulang. Nota yang mengandungi banyak peta minda dapat membantu

untuk merangsang otak kita untuk menerima maklumat dan disimpan dengan baik

dan lancar. Pastikan nota itu boleh buat anda faham. Buat nota tu kalau nak buat ikut
pemahaman sendiri, saya buat macamni. Saya akan print nota lecturer, lepas tu

pindahkan atau salin semula mengikut apa yang saya faham dan boleh ingat di

sehelai kertas kosong A4 atau kertas kajang. Sehelai kertas lipat jadi dua atau empat

bahagian. Nota itu sajalah yang saya akan baca. Saya banyak menggunakan kata

kunci dan akronim untuk megingat sesuatu fakta.

Ni mesti orang tak pernah buat. Kalau ada, just half. You mesti pandai tackle

pemeriksa. Pemeriksa bukan orang luar, bukan siapa-siapa. Lecturer you. Dia yang

ajar, dia juga yang check your paper. Nak apa lagi? Haa, ni bonus tau. Masa

awal-awal kelas, ikut je apa pensyarah anda cakap. Dari A sampai Z, Z ke A. Tak

perlu memandai-mandai buat sendiri. Apa yang saya maksudkan ialah apa-apa yang

perlu dititikberatkan dalam peperiksaan, dia nak apa. Semua tu perlu guna dan

aplikasikan dalam peperiksaan. Cara-cara nak tackle pemeriksa ni, tulislah nombor

soalan, jawapan kenalah buat kemas-kemas, sistematik ikut susunan, sediakan

ruang untuk dia nak tulis markah dan apa sahaja yang perlu. Ini semua untuk

memudahkan peemeriksa periksa kertas dan seterusnya tanpa segan silu dia boleh

bagi markah full. Amen. Sejuk mata memandang tengok slip result nanti.

Bab analisis ni paling saya suka. Every sem, awal-awal saya akan cari soalan

dan senarai agihan soalan peperiksaan dan tengok apa yang kerap ditanya

dalam peperiksaan. Then, saya akan tulis senarai topik yang perlu diambil berat

supaya tidak terlepas pandang untuk buka nota dan buku masa waktu belajar.

Kuliah-kuliah yang pernah saya masuk, ada pensyarah dah bagi hint apa yang perlu

untuk beri perhatian masa exam. Nah, ambillah peluang ni. Soalan-soalan

peperiksaan yang lepas, kalau dapat tahu skema jawapan lagilah bagus. Tinggal

baca dan ingat je lagi. Kalau senarai spot topic, you baca dan analisis mana-mana

yang kerap disoal dalam peperiksaan.

Faktor pelajar-pelajar boleh dapat result dean list (terutama yang dapat 3.70 ke

atas) ialah assignments. Assignments, quiz, test kena buat sehabis baik. Jangan

biarkan semua tu terabai. Dahlah markah tu biasanya semua tinggi-tinggi daripada


markah final exam. Saya kerap sangat dapat score assignments sebab saya tahu

kalau markah final exam tak berapa okey, ini yang akan back up dan seterusnya

mencantikkan result. Bab ini saya sarankan, dapat je task, terus buat. Sebolehnya

janganlah kata “esoklah”, “nantilah”, “next week”lah. Last-last, time dah nak hantar

assignments, baru nak menggelabah. Nak buat esok boleh, tapi janganlah nak

tangguhkan sangat. Ingat, bila dah buat hanya ala kadar, final pun ala kadar juga,

sekadar cukup syarat untuk teruskan pengajian. Ya bersyukur, tapi tak puaslah kan

untuk diri sendiri kalau tak dapat apa yang kita nak. Betul tak apa saya cakap?

Pastikan, you always minta pensyarah check assignments until dia “pening” tengok

dan cakap “Dah boleh” “Okey, awak pass”. Nah, baru boleh tarik nafas lega.

Agak-agak dah boleh buatlah kira-kira dapat gred apa nanti.

Belajarlah untuk terima apa sahaja apa yang berlaku dan redha. Sentiasa

bersangka baik, siapa tahu apa yang berlaku akhirnya akan ada yang baik-baik kan?

Kenapa mesti bercakap yang tak baik? Boleh jadi satu doa tu. Doa, usaha dan

tawakal daripada anda dan keluarga. Doa ibu bapa paling mujarab. Saya ingat masa

semester kedua dan ketiga lepas memang saya tak yakin dapat dekan selepas gagal

pada semester pertama. Bila dapat tahu result dekan, saya akan cari mak dan bapa

untuk beritahu, “Ma, pa..saya dapat dekan”. Mereka selalu cakap “Mama selalu

doakan kejayaan anak mama di dunia dan akhirat”. Doa mak ni free-free menjadi.

Dari situ saya tahu, akan sentiasa ada doa yang mengiringi perjalanan saya sebagai

seorang pelajar di UPSI. Thank you mom and dad kerana mendoakan kejayaan

saya.

Pesan saya untuk diri sendiri dan anda semua, bila dah dapat dekan tu, tak

kiralah berapa pointer yang anda dapat, janganlah riak sangat. Tak perluah nak

banding-bandingkan dengan orang lain kerana ini universiti bukan lagi sekolah. Di

sekolah, apa yang anda dapat akan anggap macam tak bermakna dan tak berguna

kerana kedudukan paling penting sebagai kebanggaan untuk menunjuk-nunjuk. Tapi

di universiti, semua orang mengejar untuk masa depan sendiri. Terus ke hadapan
atau stay di situ sahaja tiada siapa yang peduli. Hebat-hebat sekalipun tapi kalau

dianggap tiada makna bagi orang lain memang berakhir di situ sahaja. Kejayaan

semalam bukan penentu pada kejayaan hari ini. Ada masa akan jatuh dan ada masa

akan bangun jua. Pelajar memang akan selalu menghadapi ini, tapi itulah lumrah

kehidupan. Mengajar kita untuk terus bersyukur dan berusaha. Dalam masa yang

sama, mungkin Tuhan nak kita sedar diri terhadap apa yang berlaku.

Setakat ini sajalah saya boleh kongsikan untuk anda semua. Kesemua tip atau

cara yang saya sampaikan itulah yang membawa saya kepada CGPA semasa: 3.57.

Memang tak sebaik dengan coursemate lain sebab mereka mostly dapat 3.70 ke atas

setiap semester berbanding dengan saya yang tak pernah merasa lagi, tapi saya

sentiasa bersykur sebab ini adalah daripada segala usaha yang saya buat dengan

keyakinan dan kemampuan saya. Saya selalu yakin dan percaya, rencana Tuhan

selalu tepat pada waktunya.

Akhir kata daripada saya, semoga berjaya khasnya adik-adik baru yang

memulakan langkah di UPSI..

“..di universiti, semua orang mengejar untuk masa depan sendiri.

Terus ke hadapan atau stay di situ sahaja tiada siapa yang peduli.

Hebat-hebat sekalipun tapi kalau dianggap tiada makna bagi orang

lain memang berakhir di situ sahaja. Kejayaan semalam bukan

penentu pada kejayaan hari ini. Ada masa akan jatuh dan ada masa

akan bangun jua..”


10 PIAGAM SEORANG PELAJAR
DEKAN
Oleh; Dirahsiakan

1. Utamakan kursus yang mempunyai jumlah jam kredit


yang besar. Contohnya, kursus tiga (3) JAM KREDIT. Jika pelajar berjaya
memperoleh gred A untuk kursus yang tinggi jumlah jam kreditnya ini, maka ia akan
membantu untuk menaikkan PNGS pelajar bagi semester itu. Namun jika pelajar
gagal mendapatkan gred A atau sekurang-kurangnya A-, ia juga akan mempengaruhi
nilai PNGS ke tahap yang rendah. Hati-hati!

2. Fokus juga kepada kursus yang mempunyai jumlah jam


kredit yang sedikit, contohnya satu (1) JAM KREDIT atau dua
(2) JAM KREDIT. Jika pelajar berjaya memperoleh gred A untuk kursus dengan
jumlah jam kredit di atas, maka ia pastinya dapat sedikit-sebanyak membantu
membaiki nilai PNGS pelajar bagi semester itu.

3. Siapkan tugasan (assignment) pada waktu yang


ditetapkan. Hal ini penting untuk memberikan hasil kerja yang lebih baik dan
cemerlang. Namun, kecuaian pelajar kerap berlaku apabila mereka cenderung
menyiapkan tugasan pada saat-saat akhir. Apabila tugasan disiapkan dalam keadaan
kelam kabut kerana mengejar tarikh akhir penghantaran, maka pelajar akan secara
tidak sengaja memberikan hasil kerja yang tidak setimpal dengan usaha. Ia akan
menjadi cacamarba, tidak tersusun dan tidak pula sempat disunting. Berbeza apabila
pelajar berjaya menyiapkan tugasan itu dengan lebih awal, pelajar akan mempunyai
waktu yang lebih banyak untuk menyemak semula hasil kerja mereka dan
menambahbaik mana-mana bahagian yang dirasakan perlu. Dalam hal ini,
pengurusan masa adalah penting agar pelajar tidak cuai dan akhirnya menyiapkan
tugasan di saat-saat akhir!

4. Untuk tugasan berkumpulan, pastikan anda menjadi


seorang yang SERIUS dan TEGAS. Siapkanlah tugasan itu
bersama-sama dan berbincanglah dengan ahli kumpulan secara baik. Perkara yang
sering berlaku apabila ada ahli kumpulan yang enggan memberikan komitmen
sehingga menyebabkan markah ahli kumpulan yang lain terjejas. Maka dalam hal ini,
amat pentingnya KERJASAMA dan KOMITMEN sesama ahli kumpulan yang lain.

5. Sediakan jadual harian untuk diri sendiri bagi


mengelakkan pelajar terlalu sibuk dengan aktiviti
berpersatuan atau aktiviti luar, sehingga mengabaikan
akademik dan kuliah. Seorang pelajar yang terpelajar haruslah bijak dalam
menguruskan jadual harian sendiri. Pengurusan masa sangat penting agar pelajar
tidak terlalu aktif di luar sehingga menjejaskan prestasi akademiknya.

6. Elakkan bercinta atau berfoya-foya dengan kehidupan


universiti. Tidak dinafikan, memang ada waktunya pelajar memerlukan waktu
untuk meredakan tekanan (stress), tapi cukup memadailah dengan keluar makan
atau bersiar-siar bersama rakan baik. Tidak perlu rasanya untuk bercinta dan
menghabiskan waktu yang ada dengan memikirkan pasangan. Selain mengundang
dosa dan buruk sangka, ia juga akan memberikan kesan buruk kepada prestasi
akademik pelajar sekiranya sesuatu berlaku dalam hubungan itu seperti putus atau
curang. Sama juga halnya dengan berfoya-foya.

7. Carilah teman yang positif, yang membawa ke arah yang


baik. Teman yang baik pasti memberikan kesan yang baik kepada diri pelajar itu.
Maka, pemilihan teman adalah penting. Jika pelajar merupakan seorang yang pintar,
maka ringankanlah tangan membantu mana-mana teman yang memerlukan bantuan
dalam pembelajaran. Dan begitu juga sebaliknya, ringankan kaki dan mulut untuk
bertanya kepada teman sekiranya ada perkara yang tidak difahami dalam akademik.

8. Jagalah hubungan yang baik antara pensyarah. Hubungan


yang baik ini akan membantu pensyarah untuk mudah menerima pelajar sebagai
seorang yang ‘terpelajar’. Bahkan, apabila adanya hubungan yang baik ini, maka
pelajar akan mudah untuk bertanyakan apa-apa soalan yang kurang difahaminya
tanpa berasa takut. Masalah terbesar yang sering berlaku dalam kalangan pelajar
adalah KETAKUTAN untuk bersemuka dengan pensyarah sendiri. Apabila
KETAKUTAN ini tidak berjaya diatasi, maka mereka akan tenggelam dalam
ketidakfahaman terhadap apa yang diajarkan di dalam kelas.

9. Rajinkan diri menelaah nota, menulis nota dan membaca


slide yang diberikan oleh pensyarah. Sekiranya ada waktu lebih,
ulangkaji lagi bersama teman-teman sekelas untuk menambahkan lagi pengetahuan
yang sedia ada. Saling berkongsi pendapat dan berusaha untuk sama-sama berjaya
dan mendapatkan gred yang baik.

10. Jangan sesekali melupakan ALLAH SWT yang Maha


Pemurah, pemberi ilmu dan peluang untuk pelajar melanjutkan
pelajaran. Selalulah berdoa kepada-Nya agar dipermudahkan urusan dalam
menuntut ilmu, dijauhi dari segala kejahatan, kelalaian dan kemalasan. Berdoalah
agar dilapangkan dada dalam menerima ilmu dan menyampaikan ilmu. Insya-Allah,
doa yang baik dengan niat yang baik pasti akan didengar dan dikabulkan-Nya.
Percayalah!

“Tidak perlu rasanya untuk bercinta dan menghabiskan


waktu yang ada dengan memikirkan pasangan. Selain
mengundang dosa dan buruk sangka, ia juga akan
memberikan kesan buruk kepada prestasi akademik pelajar
sekiranya sesuatu berlaku dalam hubungan itu seperti putus
atau curang..”
CARA BELAJAR, BUKAN CARA
DEKAN!

Oleh; Dirahsiakan

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Setiap pelajar sudah

semestinya mempunyai perkongsian yang berlainan mengenai cara untuk

mendapatkan “dekan”. Namun, di sini saya hanya ingin berkongsi sedikit cara saya

belajar bukan cara untuk mendapat dekan, kerana rasanya tidak layak untuk saya

memberikan perkongsian mengenai bagaimana cara untuk mendapatkan status

“dekan”, tapi ia lebih kepada perkongsian bagaimana saya belajar sepanjang saya

bergelar mahasiswa di UPSI;

1. Tetapkan Matlamat.
Ya, matlamat adalah sesuatu yang paling penting sebelum kita memulakan
sesuatu perkara, termasuklah pembelajaran. Macam mana mahu tetapkan matlamat?
Ia sebenarnya bergantung kepada diri seseorang. Saya ingin kongsikan bagaimana
cara saya untuk tetapkan matlamat untuk belajar, sebelum memulakan satu
pembelajaran atau menyiapkan satu assignment, saya akan buat satu catatan atau
jadual untuk diri saya sendiri bagi memudahkan lagi urusan pembelajaran.
Penetapan matlamat sebenarnya sangat penting bagi mengelakkan kita berasa
stress, atau berlaku pertindian subjek semasa belajar. Macam mana penetapan
matlamat dapat membantu para pelajar? Ok, kalau kita sudah meletakkan satu
matlamat, contohnya, hari ini nak buat assignment untuk subjek (x), esok pula subjek
(y), tulat pula subjek (z). Oleh itu jika kita telah membuat penetapan matlamat kita
untuk belajar (x) pada hari ini, kita akan lebih fokus kepada subjek tersebut.
Kalau boleh, elakkan percampuran beberapa subjek dalam satu hari. Hal ini
kerana ia akan membuatkan anda lebih sukar untuk fokus. Lebih baik kalau dalam
satu hari, siapkan satu assignment. Kalau sehari tidak sempat menyiapkan
assignment tersebut, ambil la masa sehari atau dua hari lagi. Semuanya bergantung
kepada anda dalam merancang matlamat dalam pembelajaran anda.
Penetapan matlamat ini sebenarnya dapat memberikan kesan positif kepada kita.
Sebagai contoh ia dapat melatih kita untuk menyiapkan assignment pada masa yang
ditetapkan. Ingat ya kawan-kawan, kebanyakkan subjek di UPSI membawa markah
sebanyak 60% untuk assignment, manakala 40% untuk peperiksaan. Oleh itu, jika
hendak dapat markah yang baik, maka buatlah assignment juga sehabis baik. Jika
anda mempunyai jadual, sudah semestinya anda akan sedaya upaya untuk mengikut
penetapan matlamat yang telah anda rancang. Oleh itu, kita akan mempunyai masa
yang lebih teratur untuk menyiapkan assignment yang telah diberikan oleh
pensyarah.

2. Ganjaran
Kita sebagai manusia memerlukan ganjaran sebagai motivasi kepada diri kita
sendiri. Ganjaran tersebut boleh diberikan kepada diri sendiri apabila kita telah
mencapai matlamat kita. Ganjaran tersebut bukanlah semestinya barang yang mahal,
atau memerlukan anda untuk mengeluarkan duit yang banyak, tetapi ganjaran
tersebut adalah terpulang daripada diri anda sendiri. Sebagai contoh, anda telah
menyiapkan satu assignment mengikut ketetapan yang telah anda tetapkan seperti
dalam jadual. Sebagai ganjarannya, anda ingin meraihkan dengan cara tengok movie,
atau main game satu dua round. Ya! Tentu sahaja boleh. Ia bergantung kepada diri
anda sendiri untuk memberikan kebahagiaan sebagai ganjaran atas pencapaian
anda menyiapkan tugasan anda. Melalui ganjaran ini juga sebenarnya dapat
merehatkan fikiran dan minda kita setelah satu matlamat iaitu menyiapkan satu
assignment tercapai. Selain itu ia juga dapat mengelakkan daripada berlakunya
stress ketika belajar. Namun, selepas sahaja tengok movie atau main game tu,
jangan lupa ikut semula matlamat dalam jadual ya.

3. Pilih Subjek
Sebelum kita memulakan satu pembelajaran, mulakan dengan satu subjek yang
agak mudah. Apabila kita mulakan dengan satu subjek yang mudah, secara
automatik kita dapat set dalam minda kita bahawa ia subjek yang mudah, dan ia akan
turut memberikan motivasi kepada diri sendiri untuk belajar atau menyiapkan
assignment yang seterusnya. Ia berbeza dengan memulakan dengan satu benda
yang agak sukar kerana ia akan menyebabkan kita secara automatik berasa stress,
hilang mood, dan secara tidak langsung akan menetapkan di minda bahawa
subjek-subjek yang lain turut mempunyai kesukaran yang sama.

Rasanya cukup sekadar itu sahaja perkongsian daripada saya kerana

rakan-rakan yang lain juga akan memberikan perkongsian mereka yang lebih banyak

mengenai cara untuk mendapatkan kecemerlangan dalam akademik. Diharapkan

perkongsian yang sedikit ini dapat memberikan manfaat untuk semua. Diharapkan

kita semua bukan sahaja mendapat kecemerlangan dari segi akademik, malah

semoga kita semua cemerlang dari segi akhlak dan apa jua aspek dalam kehidupan.

Kunci utama sebuah kecemerlangan ialah doa dan restu daripada iba bapa. Oleh itu

sentiasalah berbuat baik kepada mereka. Kunci kedua bagi kecemerlangan ialah

syukur. Sentiasalah bersyukur dengan apa jua pencapaian yang kita peroleh. Segala

ilmu yang kita miliki pada hari ini semuanya daripada Allah. Oleh itu, sentiasalah

bersyukur kerana apabila kita bersyukur lebih banyak nikmat yang akan Allah

berikan.

“Kalau sehari tidak sempat menyiapkan assignment tersebut,

ambil la masa sehari atau dua hari lagi. Semuanya bergantung

kepada anda dalam merancang MATLAMAT dalam pembelajaran

anda..”
SPM Tiada “A” Atau Kurang “A”, Bukan
Bermakna Tidak Boleh Cemerlang Di
Universiti
Oleh; MZ

Buat adik-adik yang bergelar Anak Kandung Suluh Budiman, ingatlah bahawa
jika anda tidak cemerlang SPM, ia tidak bermakna anda tidak mampu untuk menjadi
siswa cemerlang di UPSI. Benar SPM itu penting, tapi ia bukan segalanya.
Cemerlang SPM belum tentu menentukan cemerlang di Universiti. Begitu juga
sebaliknya.

“Sentiasa syukuri apa yang telah anda dapat dan move on. Fokus kepada hari
ini. Adakah anda cemerlang hari ini?”

Begitulah apa yang saya fikir dan lakukan sewaktu melangkah masuk
melanjutkan pelajaran di Universiti. Semasa di sekolah dan zaman Diploma, saya
tidaklah sebagus yang lain. Tapi saya gunakan peluang kedua ini sebaiknya. UPSI
merupakan “doorway” untuk saya berjaya. Sebagai seorang mahasiswa, bukan
sahaja saya perlu cemerlang diatas kertas. Sebenarnya cemerlanglah dari segi
agama dan akhlak, dan sentiasa memberi manfaat kepada masyarakat.
Semakin banyak kita berinteraksi, semakin pelbagai ragam dan sifat masyarakat
akan kita kenal.
Apa yang utama, belajarlah dengan penuh minat untuk mendapatkan ilmu.
Jika kita hanya memikirkan untuk mendapat skor A semata-mata, maka kiblat belajar
anda untuk mendapat segulung sijil Ijazah hanyalah untuk mendapat skor A.
Percayalah jika anda belajar sekadar untuk mendapat kelulusan dan bukannya ilmu,
maka pembelajaran sepanjang di UPSI akan menjadi sangat membosankan dan itu
adalah satu kerugian.
***
Jangan pernah kita fikir yang kita berjaya hari ini kerana hebatnya
diri kita. Sebenarnya kita bukanlah siapa siapa jika bukan kerana berkat doa dari ibu
bapa, walaupun mereka tidak berpelajaran sekalipun.Tidak kisahlah berapa pun umur
kita, sebagai anak, doa restu dan redha ibu bapa sangat penting bagi mencapai
keberkatan dalam hidup. Saya percaya doa dari ibu dan ayah saya adalah antara
faktor untuk saya berjaya dan merasa bahagia walau apapun kesusahan yang kami
harungi. Saya sentiasa berpegang dengan hebatnya doa seorang Ibu. Jadi, setiap
kali exam atau test, saya akan telefon ibu untuk meminta doa darinya. Benar, perkara
itu terlampau kecil dan remeh kerana kita rasa kita sudah besar, tetapi yakinlah
dengan kuasa doa dari seorang insan istimewa bergelar ibu.
***
CARI, KONGSI dan IKHLAS. Sepanjang menghabiskan sesi pengajian
hampir 4 tahun ini, tiga perkataan ini menjadi pegangan saya. Saya yakin, semua
orang mahu berjaya dan membanggakan ibu bapa dan seluruh ahli keluarga. Tetapi
caranya? Uiversiti ialah tempat untuk kita mencari dan mengembangkan kebolehan
yang kita ada. Di awal semester satu, saya hilang keyakinan diri dan saya sentiasa
merasakan diri saya tidak pandai dan tidak sebagus yang lain, tetapi disebabkan saya
ingin berjaya seperti orang lain saya mula mencari rakan-rakan sekelas yang lebih
bijak daripada saya untuk membantu saya. Buang semua rasa malu, terus belajar
dan MENCARI ilmu sehingga satu masa saya berpeluang untuk BERKONGSI ilmu
yang saya ada dengan rakan-rakan yang lain. Ini adalah satu proses pembelajaran
kerana kalau kita malu bertanya, sesat lah kita di jalan yang salah. Akhir sekali,
IKHLASKAN hati kita untuk sekecil-kecil perkara kerana saya yakin apabila kita ikhlas
proses belajar dan memahami sesuatu perkara itu amat sangatlah mudah.

“Kepada yang dapat dekan dengan usaha sendiri, tahniah!


Kepada yang meningkat pointernya pada setiap semester, tahniah!
Kepada yang berusaha mengekalkan pointernya daripada tidak jatuh, tahniah!
Kepada yang jatuh pointernya semester ini, juga tahniah buat kalian kerana
telah berusaha..

Jangan pernah kita lupa, semua ini adalah ujian.


Kecemerlangan itu ujian.
Kebanggaan itu ujian.
Kegagalan itu juga ujian..

Bersyukurlah. Bertabahlah. Berubahlah. Keluar dari zon selesa. Jangan


berubah mengikut orang, jangan mengharap dunia berubah sebelum kita
berubah. Jadikan diri kalian hari ini lebih baik dari diri kalian yang semalam..”
‘Tips Saya yang Sederhana’
Oleh; Nur Iffiana Laode

1. JANGAN LUPA DENGAN IBADAH.


Ibadah pertama kita ialah ibadah kepada Allah SWT iaitu pencipta kita. Apapun
agama dan kepercayaan kita, tetaplah beribadah kerana jika kita berani untuk
meminta sesuatu kepada Allah, maka kita perlu taat kepadaNya.

2. PAKSA DIRI UNTUK MEMBUANG SIFAT MALAS.


Sifat malas menjadi punca terbengkalai segala kerja. oleh itu semalas-malas kita,
kadangkala kita perlu memaksa diri kita untuk membuang sifat malas itu. Paksa diri
untuk sesuatu yang baik.

3. PILIH KAWAN YANG PRIHATIN SESAMA SENDIRI.


Kawan. Bagi saya kawan ialah individu yang paling berpengaruh dalam hidup
saya selepas keluarga saya. Pilihlah kawan yang prihatin dengan anda. Ketika kamu
ketinggalan pelajaran/maklumat, ada kawan yang menyampaikan maklumat. Ketika
kamu sakit tidak mampu ke kuliah, ada kawan yang memberikan ubat dan makanan
agar kamu cepat sembuh. Bijaklah dalam pergaulan.

4. SELALU BERSENAM.
Jangan lupa bersenam walaupun anda sibuk. Carilah sedikit masa untuk
bersenam seperti jogging, senamrobik dan berolahraga bersama kawan-kawan.
Jangan terlalu menghadap dengan assignment dan buku sebab kamu perlu “release”
tension sekejap.

5. JANGAN MENGUTUK PENSYARAH.


Jangan kutuk pensyarah anda walaupun anda tidak menyukai caranya,
peraturannya atau apapun. Ingat! Ilmu itu datang dari mereka yang sudah menerokai
awal daripada kita. Hormatlah mereka. Hargai mereka. Adab dahulu baru ilmu.
6. BANYAK BERTANYA.
Banyakkan bertanya dengan kawan dan juga pensyarah adalah kunci untuk
menjawab segala persoalan yang mengkusutkan fikiran anda. Tanyalah dengan
orang yang tepat agar kamu tidak dapat jawapan yang tepat juga.

“Apa yang kamu buat sekarang adalah siapa kamu di masa

akan datang”

Satu benda yang kamu perlu ingat;

“ Kejayaan tidak pernah mengkhianati usaha”

Semoga Maju Jaya Semua!!!


KINI AKU BERGELAR SEORANG ‘GURU’

Oleh; Dirahsiakan

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk mencoretkan sedikit rahsia diri

untuk mencapai dekan setiap sem. Apa yang aku boleh katakan, perjalanan

memegang dekan setiap sem bukan semudah ABC yang dikatakan oleh orang yang

mengatakan diri ini semula jadi bijak. Aku bermula dengan langkah di STPM di mana

aku merasakan bahawa diri ini tidak lah sebijak mana. Telah mengulang peperiksaan

STPM sebanyak lima kertas iaitu semester 1 dan 2 bagi subjek XXX dan semester

1,2 dan 3 bagi subjek YYY tidak mematahkan semangat untuk meneruskan

perjuangan dalam bidang XXX sebagai subjek major dan YYY sebagai subjek minor

di UPSI tercinta ini.

Pertamanya adalah cara pembelajaran. Dari sudut pembelajaran, caranya

adalah mengetahui cara belajar masing-masing. Aku dahulunya ketika di

STPM seorang yang belajar mengikut cara kawan, di mana sekiranya kawan

mengajak study group aku akan ikut, kawan buat kaedah akronim aku ikut, kawan

belajar 2 minggu sebelum peperiksaan aku ikut. Semuanya dipengaruhi oleh kaedah

belajar dari kawan-kawan. Tapi aku silap, sebenarnya aku perlu mencari kaedah

yang tersendiri dalam belajar. Caraku mudah, memberikan fokus 110% dalam kelas

dan membuat ulangkaji dua atau satu hari sebelum exam. Mengapa? Bagi aku, otak

manusia mempunyai cara tersendiri dalam memahami sesuatu topik, dan itu adalah

cara terbaik aku. Rakan-rakan sering berkata bahawa aku kedekut ilmu, tidak minat

belajar bersama dan macam-macam lagi. Walaupun ianya dengan nada bergurau,

ada kalanya rasa tercabar kerana ianya membuatkan rasa diri ini seperti pentingkan

diri sendiri.

Sedangkan tidak, itu memang cara aku. Apa yang boleh aku katakan di sini,

belajar tidak perlu bersungguh-sungguh tetapi cukup untuk menggunakan kaedah


‘smart study’ iaitu tahu cara belajar dan teruskan dengan cara itu. Entah kenapa, satu

lagi kelebihan aku adalah aku akan lebih cemerlang bila membuat sesuatu perkara

dalam tekanan. Bukan ingin membangga, setiap tugasan yang diberikan oleh

penysarah kebiasaannya akan aku mula buat satu atau dua minggu sebelum tarikh

tamat hantar sedangkan masa yang diberikan oleh pensyarah adalah satu ke dua

bulan. Kerana itu, aku boleh katakana bahawa aku bersyukur kerana tahu kaedah

belajar yang sesuai dengan aku.

Keduanya berkat. Berkat guru, ibu bapa dan keluarga serta rahmat dari

tuhan itu perlu. Bagi aku menghormati guru itu perlu, selama berada di UPSI, aku

sentiasa akan pastikan bahawa aku akan sampai ke kelas sebelum guru aku sampai.

Dan jarang sekali diri ini sengaja tidak menghadirkan diri walaupun pensyarah tidak

mengambil peduli akan kehadiran. Jika aku lewat sekali pun, tidak pernah melebihi 5

minit melainkan memang ada urusan yang perlu diselesaikan. Bagi ibu bapa pula,

perlu sentiasa memohon doa dari mereka. Kisah sebelum aku masuk ke UPSI. Ibu

bapa tidak menggalakkan aku untuk meneruskan pembelajaran, tetapi menggalakan

aku untuk berkerja.

Namun aku tetap berkeras. Dari situ, satu janji aku telah taburkan kepada ibu

bapa ku. Aku katakan yang aku berjanji untuk belajar tanpa menyusahkan ibu bapa,

aku janji juga aku akan nekad untuk cemerlang setiap sem untuk membuktikan

bahawa aku ingin belajar bukan untuk suka-suka, tapi memang niat untuk belajar.

Alhamduliullah ketika dua sem telah berlalu dengan berita gembira, ibu bapa ku

sangat berbangga denganku dan mendoakan aku untuk terus berjaya. Dari sudut

agama, aku bukan seorang yang alim, membuat sekadar yang wajib, namun aku

percaya selain dari taat kepada perintahNya, tuhan juga mewajibkan kita

menghormati guru dan menghormati ibu bapa, itu sahaja yang aku boleh katakan.
Ketiganya masa Semester 1 hingga 4 tidak lah aku mempunyai kekangan atau

masalah yang berat. Tapi bermula semester 5, ianya adalah titik yang ku sangka

menjadi titik kejatuhan aku. Di saat aku sangka aku jatuh, namun Alhamdulillah aku

berjaya untuk survive dengan jayanya. Ketika aku berada di semester 5 hingga 8

adalah saat aku diuji paling kuat. Ibu yang jatuh sakit, memegang jawatan di

persatuan, memegang satu pengarah program di luar negeri, pengarah bagi program

di luar negara dan satu timbalan pengarah di peringkat fakulti bukan sesuatu yang

mudah bagi aku. Berulang alik dari kolej ke Ipoh untuk menjaga ibu ku yang terlantar

di hospital bukan sesuatu yang mudah.

Separuh hidup harianku di hospital, manakala separuhnya di UPSi mengajar aku

untuk lebih menghargai masa dan lebih bijak dalam mengurus masa.

Bagaimana aku ke kelas? Bagaimana aku menjalankan program? Bagaimana aku

menjaga ibu ku? Bagaimana aku menjalankan assignment? Aku pun tak tahu, yang

aku tahu, tekanan menguasai jiwa tetapi masa berjalan sangat lambat dan semuanya

berjalan lancar. Masalah aku tidak diketahui oleh sesiapa melainkan dua orang

kawan aku. Semester 6 juga masih diuji dengan perkara yang sama keluarga,

persatuan, pembelajaran, program dan seumpamanya. Namun bebeza dengan

semester 8, setelah ibu ku sihat, ayah ku pula mula menunjukkan tanda sakit.

Di semester 8, kos pengajian semakin meningkat dek kerana FYP dan simpanan

banyak habis akibat berulang dari Tg. Malim ke Ipoh hampir setiap minggu. Oleh itu,

aku menjalankan prebet dan juga menjadi R.A kepada seorang pensyarah. Juga

menjadi tanda tanya bagaimana aku masih lagi mampu menyiapkan projek tahun

akhir, tugasan, berkerja, menjaga ibu bapa dan hal-hal lain. Setelah semuanya

berlalu aku memikirkan apa yang memudahkan dalam urusanku? Akhirnya terjawab,

terdengar satu kuliah agama yang mengatakan sesuatu perkara yang

menggambarkan perjalanan aku di UPSI. Katanya Allah akan melapangkan


urusan orang yang mempunyai niat yang baik dan disusuli dengan perkara

KEDUA.

Coretan ini, bukan untuk membangga diri atau meraih simpati. Kerana aku

percaya, masih ramai lagi yang jalannya lebih berliku dari aku sepanjang mengejar

dekan. Namun bagi aku, dekan setiap semester bukan kayu ukur kejayaan

seseorang. Kita hanya perlu percaya diri sendiri dan ingat bahawa perancangan

Allah itu adalah perancangan yang terbaik.

Alhamdulillah kini aku bergelar Guru, Cuma kecewanya arwah ayah tidak sempat

melihat kejayaanku. Rutin ku setiap minggu sehingga kini masih sama, berulang dari

sekolah ke Kampung halaman setiap minggu hanya untuk menjaga ibu ku. Doakan

perjalan aku ini dipermudahkan.

“Separuh hidup harianku di hospital, manakala separuhnya

di UPSi mengajar aku untuk lebih menghargai masa dan

lebih bijak dalam mengurus masa. Bagaimana aku ke kelas?

Bagaimana aku menjalankan program? Bagaimana aku

menjaga ibu ku? Bagaimana aku menjalankan assignment?

Aku pun tak tahu, yang aku tahu, tekanan menguasai jiwa

tetapi masa berjalan sangat lambat dan semuanya berjalan

lancar..”
Pelajar Dekan Perlu Kritis
Oleh; The Hamzah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca.

Alhamdulilah dan syukur kepada Allah selawat dan salam ke atas junjungan nabi
Muhammad SAW. Sebelum pergi lebih jauh lebih baik kita berkenalan supaya apabila
kita berjumpa di luar sana kita dapat bertegur sapa antara satu sama lain. Nama saya
cukuplah dikenali sebagai Hamzah, mahasiswa di bawah Fakulti Sains Kemanusiaan
dan merupakan Mahasiswa tahun akhir di semester ini. Bagaimana saya mendapat
dekan setiap semester? Ada beberapa tips yang ingin dikongsikan kepada adik-adik
dari semester 1 dan rakan-rakan sepejuangan yang lain.
Pertama, dari semester satu dan sebelum melangkah masuk ke Universiti, saya
telah dimaklumkan oleh seorang guru yang mengajar saya bagaimana untuk
menyesuaikan diri di Universiti. Beliau berpesan kepada saya supaya memilih
kawan yang tepat ketika menyambung pengajian di IPTA. Kenapa perlu memilih?
Di Universitilah adik-adik akan bertemu pelbagai ragam jenis manusia yang kompleks
sehingga satu tahap mampu menyebabkan adik-adik berasa stress yang melampau.
Jadinya amat penting untuk memilih kawan-kawan yang mampu membuat kerja
dalam melaksankan tugasan yang diberi pensyarah.
Kriteria yang perlu ada pada kawan-kawan yang dipilih seperti seorang yang
berfikiran kristis, yang selalu push adik-adik dalam siapkan tugasan, seorang yang
banyak bertanya dan seorang yang berani menjadi ketua. Tujuannya supaya dalam
melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah, kawan-kawan inilah menjadi
tulang belakang dalam menyiapkan tugasan. Jika mendapat kawan-kawan yang
pemalas, dan sering bersembunyi serta malu bertanya alamatnya tugasan yang diberi
akan sukar dilaksanakan.
Cadangan ini hanyalah tips yang disampaikan melalui penulisan ini. Jika
adik-adik mendapat kawan-kawan yang sebaliknya seperti dicadangkan, janganlah
menghukumnya tetapi sebagai seorang yang telah membaca penulisan ini, adik-adik
mengambil inisiatif untuk membimbing mereka menjadi lebih baik. Ingat di Universiti
bukanlah dekan semata-mata yang kita kejar, tetapi keberkatan mencari ilmu pada
masa yang sama mengumpul pengalaman dalam pelbagai situasi yang kita hadapi.
Tips kedua ialah banyakkan bertanya dan berfikir. Kenapa perlu bertanya
dan berfikir? Sebabnya adik-adik akan dapat jawapan itu dari usaha tersebut. Ada
seorang kenalan abang berpesan. Di universiti adalah tempat membentuk pemikiran.
Jadinya jadilah seorang pemikir dan sering bertanya supaya kotak pemikiran kita
lebih terbuka. Pada masa yang sama terdapat sesetengah pensyarah yang suka
pada mahasiswa/I yang banyak bertanya. Bonusnya disini adik-adik mendapat
perhatian daripada pensayarah dan rakan-rakan sekelas.
Tips seterusnya ialah kembalilah pada fitrah manusia iaitu menjadi
hamba kepada tuhan. Ingatlah kejayaan, kebahagian dan ketenangan serta
semua seisi dunia adalah milik tuhan. Janganlah angkuh dan bongkah apabila
memperoleh kejayaan. Laksanakan perintah agama sebagai seorang manusia. Di
dalam Al-quran telah menyatakan jika manusia itu bergantung kepada Allah maka
dicukupkan semuanya. Janganlah lupa pada asal usul fitrah sebagai manusia.
Adik-adik yang islam ingatlah jika ingin melakukan perkara mungkar fikirlah bahawa
Allah sentiasa menjadi saksi atas semua perbuatan adik-adik. Sama jug ajika
adik-adik melakukan kebaikan Allah jugalah menajdi saksi walaupun perkara baik itu
tersembunyi. Teruslah buat kebaikan.
Ingat! Tujuan berada di Universiti bukan mencari kebebasan semata-mata.
Tetapi bersyukur kepada tuhan kerana ada beribu-ribu lagi kawan-kawan yang
berusaha untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi tetapi tidak berjaya.
Itulah tips terakhir iaitu bersyukur dengan apa yang dicapai. Apabila kita memperolehi
keptusan yang bagus, janganlah pandang kelangit untuk mengejar lebih sehingga
hilangnya rasa syukur. Tetapi pijaklah dibumi dan perhatiakn sekeliling kita kerana
masih terdapat kawan-kawan yang tidak senasib seperti kita.
Pesanan tambahan, saya bukanlah seorang yang banyak ilmu kerana masih
belajar dalam banyak hal. Selain mengejar dekan setiap semester, adik-adik
perlulah aktif dalam persatuan atau apa-apa aktiviti di UPSI. Jika ingin bertanya
sebarang maklumat hal-hal soft skill atau info-info UKLK cari saya di halaman FB
UKLK di dalam barisan kepimpinan MMKLK sidang 20/21. Hidup di dunia biarlah kaya
dengan ilmu dan kongsikan ia dengan semua orang supaya semua orang juga
menjadi kaya ilmu.

“Universiti adalah tempat membentuk pemikiran. Jadinya

jadilah seorang pemikir dan sering bertanya supaya kotak

pemikiran kita lebih terbuka…”


Baca, Tenung, Fikir dan Pilih..
Oleh; Nur Nadia Mohamad Nasir

Bismillah…
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua mahasiswa mahasiswi UPSI,
khasnya buat adik-adik saya yang baru bergelar Anak Kandung Suluh Budiman.
Ada pelajar pernah memasang impian untuk bergelar dekan, tetapi impian itu
lekas hilang tatkala mendapat keputusan semester pertama..
Ada pelajar yang masih menaruh impian untuk bergelar dekan, meski jatuh
berkali-kali..
Ada juga pelajar yang hidupnya tampak mudah, tiap semester dia sapu dekan..
Ada pula pelajar yang belum benar pasti bagaimana untuk bergelar dekan, lalu
membaca secebis nota ini..

***

Segala pujian dan syukur layaknya hanya kehadrat Allah SWT, sepanjang 7
semester bergelar Anak Kandung Suluh Budiman, 6 semester yang berjaya saya
akhiri telah mencatatkan keputusan dekan. Alhamdulillah.

Begitulah,
Setiap aturan Allah buat hamba-Nya pasti adalah yang terbaik. Terbaik pada
pandangan Allah ada yang baik pada pandangan kita. Namun, ada juga percaturan
Allah yang meskipun terbaik untuk kita pada pandangan-Nya, tetapi apabila
dihadiahkan pemberian tersebut kepada kita, kita terkesima, terduduk
mengenangkan apa yang kita hadapi, seolah hari ini bukan untuk kita.
Ketahuilah, saya turut tidak terkecuali daripada memujuk hati untuk bersangka
baik kepada Tuhan, tatkala segala sesuatu telah pun dirancang dan dilakukan
dengan terbaik semampu kudrat saya, tetapi masih tidak mencapai keputusan yang
saya mahukan. Adakalanya diri sendiri menjadi mangsa dituding jari, diungkit
sendirian segala kelalaian yang dilakukan yang membawa kepada keputusan yang
meleset. Ya, menjadi budak dekan tidak terlepas daripada rasa kurang bersyukur
andai tidak dimurnikan dengan sentiasa berbaik sangka dan mensyukuri segala
sesuatu pemberian-Nya.

Teman seperjuangan, anak kandung suluh budiman sekalian;

Tepis kekesalan dan kekecewaan dengan diri kalian sendiri. Masih ada harapan

untuk saya dan kita semua bangkit selagi nafas masih dihembuskan. Hargai setiap
detik hari ini. Hargai diri sendiri. Hargai insan-insan yang menyayangi kita. Bahkan,
hargailah Yang Maha Mencintai setiap hamba-Nya, Allah SWT.
Andai kalian telah memilih untuk menghargai segala sesuatu yang kalian miliki
saat ini, baca satu demi satu tips biasa-biasa daripada saya. Baca, tenung, fikir dan
akhirnya pilih, tips yang rasional dan wajib dijadikan panduan menurut waras akal dan
hati kalian.

Bismillah.

1) Tiga perkara utama sebagai seorang pelajar (tips daripada salah satu
video yang pernah saya tonton);

● Tetapkan matlamat, perbaharui niat setiap hari (untuk beri manfaat pada orang
lain, untuk gembirakan ibu ayah - kerana Allah).
● Fokus terhadap matlamat tersebut.
● Bersungguh-sungguh untuk belajar.

2) Selain daripada berusaha melaksanakan tips pertama, berikut saya kongsikan


sedikit perkara yang membuatkan saya begitu seronok dan teruja untuk belajar dan
bertekad mahu 'buat betul-betul' untuk peperiksaan / pentaksiran akhir.
Kebanyakannya menjurus kepada amalan berkaitan hati (sangat sesuai untuk
dipraktikkan oleh muslim). Juga ada beberapa tips yang khas untuk tempoh
pembelajaran 'online' ini. Selamat meneroka!

● Biasakan solat fardhu di awal waktu bagi muslim (kena ada perasaan gelabah
dan resah kalau kita masih melakukan tugasan yang boleh dihentikan seketika
semasa belum menunaikan kewajipan solat itu sendiri).
● Solat sunat (Dhuha dan Istiqarah - doa supaya diberi panduan untuk
melakukan perkara yang bermanfaat pada hari tersebut).
● Biasakan membaca Al-Quran beserta terjemahannya, walaupun hanya satu
muka sehari. Bila terjumpa maksud ayat yang sesuai untuk kita berdoa, catat dan
lekat pada meja belajar. Amalkan doa tersebut sampai boleh hafal. Baca sebelum
mula belajar atau buat tugasan.
● Pilih zikir-zikir harian sendiri dan jadikan buah mulut kita (contoh: berselawat
atau beristighfar 100 kali sehari - jadikan tasbih sebagai teman baik kita).
● Set wallpaper 'phone' dengan gambar ibu dan ayah kita, iaitu gambar yang
membuahkan pahala apabila kita melihatnya. Boleh juga set gambar lain seperti
kata-kata semangat yang ringkas, pepohon, lautan / pantai dan sebagainya (yang
membuatkan hati benar-benar rasa tenang).
● Buat playlist lagu dengan lirik yang bermanfaat dalam 'phone' supaya bila
dengar sambil buat kerja kita rasa semangat. Elakkan lagu dengan lirik yang kurang
sopan maknanya, apatah lagi mengulang-ulangnya.
● Kemas meja belajar apabila selesai belajar, supaya bangun pagi, bila nampak
meja belajar yang kemas kita rasa tak sabar dan tertarik untuk belajar.
● Hias meja dengan kata-kata semangat yang paling beri kesan dalam hati kita.
Pilih dan tulis sendiri cantik-cantik. Lekat menggunakan 'tack-it' atau guna 'sticky note'
terus. Setiap kali nak mula belajar, pandang dan baca (dalam hati) semula satu demi
satu kata-kata semangat dan doa yang kita lekat pada meja belajar (lekat pada
bahagian dinding yang berhadapan dengan meja).
● Download aplikasi ‘TimeTree’ untuk catat to-do-list (jika perlu). Aplikasi ini juga
berguna untuk kita catat to-do-list berkaitan assignment bersama-sama rakan (secara
berkumpulan untuk kekal termotivasi dengan to-do-list rakan - mulakan dengan
kumpulan kecil terlebih dahulu: pilih 2 atau 3 orang rakan).
● Tetap laksanakan kerja rumah walaupun sedikit (contoh: memilih untuk sidai
baju sahaja, tugasan lain dilaksanakan oleh adik-beradik lainnya). Hal sebegini
mengurangkan rasa bosan akibat terlalu lama berada di meja belajar.
● Selain kerja rumah, pilih juga satu buku kegemaran yang bermanfaat untuk
dibaca (biar lambat habiskan sesebuah buku, asalkan dapat inputnya). Dapat elak
bosan selain peroleh ilmu baharu yang di luar daripada pembelajaran 'online'.
● Rehat sebentar. Perbetulkan postur badan. Jangan duduk terlalu lama. Bangun
untuk lakukan sedikit regangan.
● Sediakan sekurang-kurangnya air putih di tepi meja untuk diminum ketika perlu
(makanan ringan dan manis boleh, tetapi elakkan dijadikan teman belajar jika mahu
menjaga pemakanan).
● Menangis jika perlu. Luahkan jika rindu pada teman seperjuangan. Tetapi
jangan lupa, perjuangan masih perlu ditempuhi, tetap berusaha walaupun tanpa
teman seperjuangan di sisi.
● Akhir sekali untuk tips berada di rumah, jika rasa bersalah untuk memulakan
tugasan (kerana sedang meluangkan masa bersama ahli keluarga, minta izin untuk
menyambung tugasan dan cium tangan mereka (ibu / ayah) sebelum menyambung
tugasan tersebut.

3) Yang terakhir ini pula merupakan antara tips-tips yang menjadi


pengajaran dan iktibar buat saya, di mana saya sebenarnya sangat perlu
laksanakannya sebagai usaha untuk dapatkan keputusan A dalam sesebuah subjek
tersebut.
● Elakkan bertangguh. Setiap kali dapat tugasan, catat di tempat khas (seperti
membuat checklist di dalam aplikasi TimeTree) dan tanda jika telah disiapkan.
● Jangan abaikan tugasan selain daripada peperiksaan / pentaksiran akhir. Buat
dengan penuh kesungguhan. Buat dengan sepenuh hati. 'Feel it'. Bila kita buat begini,
tugasan tersebut mudah untuk jadi ilmu bermanfaat (dapat diajarkan kepada rakan
kerana kita memahami dengan mendalam berkaitan tugasan tersebut / boleh
diaplikasikan di dalam pentaksiran akhir / dapat menceritakan pengalaman atau
menggunakan ilmu yang diperoleh daripada tugasan tersebut apabila menjadi guru
pelatih / guru kelak).
● Jika ada kuiz, ulangkaji betul-betul, jangan ambil mudah. Ingat, setiap soalan
kuiz tersebut turut menyumbang kepada markah akhir sesebuah subjek itu.
● Jangan tidur semasa kelas 'online' berlangsung. Kita akan rugi sangat-sangat,
sebab walaupun ada rakaman untuk setiap kelas (sepatutnya), kemungkinan besar
kita tidak akan membuka 'link' untuk mendengar semula kelas yang telah kita abaikan
tersebut atas faktor sibuk dengan pelbagai tugasan lain.
● Catat pengajaran pensyarah dalam kelas 'online' sebagaimana kita catat
pengajaran pensyarah semasa pengajaran kelas secara maujud.
● Berlapang dada dengan pensyarah. Inilah kunci paling utama dalam kita
menuntut ilmu. Beradablah dengan guru dengan menghargai setiap kata-kata yang
keluar dari mulut mereka, tidak melemparkan kata-kata, ayat atau perbuatan yang
boleh menyakiti hati mereka malah tidak sesekali mengumpat mereka.

.
Alhamdulillah, selesai sudah perkongsian saya. Ingat pesan saya, ambil tips
yang waras akal dan hati kalian mengatakan tips tersebut layak untuk dipraktikkan.
Seterusnya, belajar membiasakan tips tersebut sehingga menjadi rutin dalam
kehidupan seharian.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang mafhumnya:

"Amalan yang paling dicintai oleh Allah ialah amalan yang

berterusan walaupun sedikit."

-Muttafiqun 'alaih dari Saidatina 'Aisyah r.a. (Sahih Al-Jami' As-Soghir).

Akhir sekali, doakan ‘budak dekan’ ini mencapai satu lagi momen indah
yang masih menjadi impian dan harapannya sehingga hari ini, iaitu untuk
memperoleh PNGS 4.00. Semoga tatkala impian ini tercapai, dia sudah pandai
bersyukur, dan tidak jatuh tersungkur, hina di hadapan Tuhannya hanya kerana
‘takabbur’.

“Andai kalian telah memilih untuk menghargai


segala sesuatu yang kalian miliki saat ini, baca satu
demi satu tips biasa-biasa daripada saya. Baca,
tenung, fikir dan akhirnya pilih, tips yang rasional
dan wajib dijadikan panduan menurut waras akal dan
hati kalian”
Curhat Santai
Oleh; Anis

Macam mana aku boleh dekan setiap semester? Ada yang tahu dan ada yang
tak tahu, waktu belajar dekat UPSI, aku belajar sambil bekerja/part time dari semester
3 sampai semester 7 sebab semester 8 tu praktikal/LM. So bagaimana aku
membahagikan masa di antara belajar dan kerja? And of course belajar tu bukan
setakat belajar pergi kelas je tapi dengan assignmentnya, perjumpaannya,
persatuannya, dulu aku join RE Akademik Kz dan Exco PPMAS tapi takdelah gerak
aktif sangat. Means kalau ada perjumpaan ke aktiviti ke biasa aku turun join buat apa
yang patut. Dari segi pembahagian masa tu, senang je. Set dalam otak dan
fikiran kita, belajar is belajar and kerja is kerja.
Bagi aku orang yang bukan senang, PTPTN tak cukup, so kena juga bekerja cari
duit sendiri. Sebab mak ayah aku tak bagi duit belanja every month macam orang lain.
Kena survive sendiri. Ada orang susah nak buat macam-macam kerja dalam satu
masa. Tapi maybe sebab aku dah terbiasa dari zaman Form6 aku belajar and kerja,
so benda tu tak menjadi masalah pada aku. Pembahagian masa tu senang cakap aku
boleh manage. Ramai je student macam aku dan ada je yang nak bekerja waktu
belajar tapi diri tak kuat nak hadap, tak mampu fokus banyak benda. Tips dia, ikut
pada diri sendiri. If kita jenis orang yang can do many thing dalam satu masa,
teruskan. Kalau tidak, better jangan sebab benda tu akan mengganggu fokus study
nanti.
Bila dalam kelas, waktu pensyarah menerang tu, kita kena fokus
betul-betul. Setiap apa yang dikatakan, cuba taakul dan fikir sedalamnya sambil
membayangkan situasi realiti di luar. Kaitkan dengan kehidupan sebenar. Kalau ada
sebarang kemusykilan, tanya je. Jangan malu and jangan tunggu orang lain tanya.
Biasa dalam kelas, aku memang suka bertanya contoh apa-apa istilah yang aku tak
faham ataupun aku bagi contoh situasi then minta pandangan pensyarah. Dari situ
kita sama-sama belajar and share dengan kawan-kawan lain. Biar orang nak cakap
"benda tu pon nak tanya", abaikan. Yang penting kita bertanya. Lepas tu banyakkan
buat kajian sendiri. Contoh kita jumpa satu benda baru, balik kolej rilex-rilex kita
search benda yang kita jumpa tadi. Dari situ secara tidak langsungnya kita dah buat
kajian sendiri untuk pemahaman sendiri. Pentingnya fokus dalam kelas ni sebab
kalau nak tunggu time exam baru nak menelaah semua memang payah nak ingat.
Assignment pula kena buat bersungguh. Assignment individu biasa
memang aku akan try hard buat the best sebab markah tu markah hasil usaha sendiri.
Kalau assignment group kena pandai cari partner group yang boleh sama-sama buat
kerja. Kadang tak boleh nak elak juga, mesti akan ada sorang dua yang menumpang
tak buat kerja banyak mana. Tu kena pandai settle. Cuma utamanya assignment
membawa markah yang banyak so kena buat terbaik untuk assignment.
Ada orang study beria tapi result alahai. Ada orang study takde hebat mana tapi
time result keluar wah hebat benar ya. Macam aku pun, biasa siapa serumah atau
sebilik dengan aku, dia akan tahu waktu dekat dengan exam aku biasa buat apa?
haha of course aku main game, layan youtube, tengok ig and shopee. Kadang siap
berjalan dengan kawan. Sebab dalam hidup ni kadang-kadang nak dapatkan
kejayaan tu bukan bermaksud kita kena pressure diri sendiri, kadang
dengan santai-santai pun boleh berjaya.
Tapi kena seimbang. Jangan santai sangat sampai lupa nak study pula. Kalau
rajin biasa petang-petang aku akan keluar jogging, jogging sendiri hahaha. Kadang
jogging sorang dekat tasik proton, kadang dekat belah belakang area marina tu.
Sorang pon on je sebab badan yang sihat akan memberikan otak yang lebih fresh.
Dah fresh senang ilmu masuk. Jangan terperuk je dalam bilik tak berkembang fikiran.
Kalau bab pemakanan ni no komen sebab aku pon kerap makan maggie haha tapi
kot kalau ada duit lebih, beli la kismis ke atau apa-apa makanan baik untuk
merangsang otak kita.
Last sekali tapi paling penting, DOA. Berdoa la selalu supaya ilmu yang kita
pelajari ni lekat dalam pemikiran kita, betulkan niat belajar tu sebenarnya untuk apa?
Belajar nak dekan? Belajar untuk kerja? Belajar sebab nak ilmu dunia akhirat? Belajar
sebab Allah suruh? Tanya diri sendiri. Minta mak ayah kita doa kejayaan kita. Setiap
kali nak exam, aku akan minta mak doakan supaya hati tenang waktu nak jawab
exam. Minta maaf pada mak ayah kita, selesaikan hutang kot ada yang berhutang,
mudahkan kerja orang lain in shaa allah, kerja kita akan dipermudahkan. Akhir kalam,
aku doakan adik-adik junior semua tak kira kos apa pun, universiti mana pun, belajar
lah bersungguh-sungguh untuk diri, keluarga dan Tuhan kita. Harap korang semua
dipermudahkan segala urusan tak kiralah apa urusan pun dan berjaya menjadi
mahasiswa mahasiswi terbilang in shaa allah.
Sekian..
“Semoga Usaha Ini
Bermanfaat, Terima kasih
buat semua yang
sama-sama berjuang.
Terus Tumbuh. ”

- Ilham Yusuf -

Anda mungkin juga menyukai