Anda di halaman 1dari 37

KULIAH 6:

EPISTEMOLOGI
PENGENALAN

DEFINISI EPISTEMOLOGI

ISI TIGA SYARAT ATAUPUN ELEMEN KNOWLEDGE AS JUSTIFIED TRUE


BELIEF

KANDUNGA
N ALIRAN UTAMA DALAM TEORI EPISTEMOLOGI

TEORI KOHERENS, TEORI KORESPONDEN DAN TEORI PRAGMATIK

KAITAN DI ANTARA REVOLUSI SAINS YANG BERLAKU DI ABAD KE-17


DENGAN ALIRAN-ALIRAN UTAMA DI DALAM TEORI EPISTEMOLOGI
• Epistemologi ini adalah cabang falsafah
yang mengkaji tentang teori-teori ilmu
• apakah itu ilmu
• jenis-jenis ilmu
PENGENALA • had/batasan ilmu
• Dan salah satu konsep yang
N dipersetujui oleh ahli-ahli falsafah ialah
konsep justified true belief, singkatnya
JTB (kepercayaan berasas mengenai
sesuatu yang benar).
Perkataan epistemologi berasal daripada perkataan Inggeris

DEFINISI
epistemologi adalah sesuatu teori ataupun kajian tentang ilmu (Theory of
knowledge)

EPISTEMOL Theoritical study of knowledge ialah satu kajian teoritis tentang ilmu, apakah

OGI sifat ilmu itu dan apakah syarat-syarat yang boleh menjadikan sesuatu itu
sebagai ilmu, khususnya ilmu yang sahih, yang boleh diterima sebagai ilmu yang
mempunyai syarat-syarat yang telah dipenuhi, yang menjadikannya sesuatu
yang berbeza daripada pandangan yang tidak berasas.

Dan apakah batasan-batasan sesuatu ilmu itu seperti yang dikaji oleh Immanuel
Kant sebagai misalnya tentang apa yang kita boleh ketahui dan apa yang kita
tidak boleh ketahui.
• Jadi ini semua berkisar di atas persoalan falsafah tentang
sifat ilmu itu sendiri dan percubaan-percubaan ahli-ahli
epistemologi untuk memberikan jawapan-jawapannya
supaya lebih jelas lagi apakah yang dimaksudkan dengan
ilmu itu dan apakah syarat yang perlu dipenuhi supaya
sesuatu itu boleh diterima sebagai ilmu yang sahih.
JUSTIFIED TRUE BELIEF TIGA SYARAT ATAUPU
TIGA SYARAT ATAUPUN ELEMEN KNOWLEDGE AS
JUSTIFIED TRUE BELIEF KNOWLEDGE AS
JUSTIFIED TRUE BELIEF

i. Kepercayaan

ii. Kepercayaan mestilah benar

iii. syarat kepercayaan kita itu mestilah


mempunyai justifikasi ataupun berasas.
i. KEPERCAYAAN

• mempunyai kepercayaan tentang apa yang kita pegang dan percayai sebagai ilmu itu,
misalnya kalau kita merujuk kepada sesuatu teori sains dan kita anggap teori sains itu
sebagai ilmu, maka kita mesti mempunyai kepercayaan terhadapnya, kita
mempercayai, misalnya kita ada ilmu fizik, ada teori atom, maka kita mesti
mempercayai akan teori atom itu, itu satu syarat, satu kondisi.
• Apa yang kita percayakan itu mestilah
benar misalnya kalau kita percaya akan
ii. teori atom itu, maka teori atom itu
yang mengatakan bahawa benda-
Kepercayaan benda bersifat jasad ataupun material
mestilah terdiri daripada atom-atom yang kecil,
zarah-zarah kecil yang dipanggil atom
benar yang bergerak, kita mesti mempercayai
dan kepercayaan kita itu mestilah
benar.
SAMBUNGAN
KALAU TIDAK BENAR KEPERCAYAAN KITA ITU, MAKA TIDAK MUNGKIN IA
DITERIMA SEBAGAI ILMU.

BAYANGKAN KITA MENERIMA SESUATU ITU YANG PALSU SEBAGAI ILMU, MAKA
APAKAH MARTABAT ILMU JIKA IA MENERIMA KEPALSUAN SEBAGAI ILMU? JADI
SUDAH TENTULAH KITA TIDAK BOLEH MENERIMA KEPALSUAN SEBAGAI
MENJADIKAN SESUATU ILMU ITU. MAKA KERANA ITULAH KITA PERLUKAN
SYARAT YANG MENGATAKAN BAHAWA KEBENARAN MESTI ADA BAGI SESUATU
ITU UNTUK DITERIMA SEBAGAI ILMU, JADI KEPERCAYAAN ITU MESTILAH BENAR.
• Tetapi ini tidak mencukupi kerana hanya dengan mengatakan
bahawa ilmu itu terdiri daripada kepercayaan yang benar, ini
belum lagi menjadikannya ilmu, kerana apa? Kerana mungkin
kita mempunyai kepercayaan tentang sesuatu dan secara
kebetulan kepercayaan kita itu benar. Tetapi kita tidak mahu
mengatakan bahawa dengan itu kita mempunyai ilmu.
• Contoh yang mudah, di dalam peperiksaan ada satu jenis
peperiksaan yang diberi nama peperiksaan objektif ataupun
MCQ multiple choice question, jadi di situ ada soalan dan

SAMBUNGA
kemudian ada pilihan sebagai jawapan. Pilihan seperti A, B, C
dan D.
• Dan kita diminta untuk memilih jawapan yang benar, ada

N empat kemungkinan di situ, dan dari segi kebarangkalian ada


kebarangkalian 0.25 iaitu 25% bagi kita mendapat jawapan
yang benar secara tekaan, by guess work.
• Dan katalah seseorang itu memilih jawapan C, dan secara
kebetulan pula jawapan yang sebenar adalah C. Jadi dia
mempunyai kepercayaan yang benar iaitu dia percaya C adalah
jawapan yang betul dan didapati bahawa memang betul pun
jawapannya C. Tetapi bolehkah kita menganggap bahawa dia
seorang yang berilmu ataupun mengetahui, mempunyai ilmu
tentang apa yang disoalkan itu? Tidak! Kerana dia mendapat
jawapan yang betul dengan secara meneka.
• Jadi di sini kita perlu masukkan satu lagi syarat, iaitu
• iii. syarat kepercayaan kita itu mestilah mempunyai justifikasi
ataupun berasas.
• Itu yang dikatakan tadi justified true belief, iaitu kepercayaan
yang berasas mengenai sesuatu yang benar. Jadi kepercayaan
kita itu bukan kepercayaan buta, tetapi mempunyai asas dan
justifikasi, dan ia benar.
SAMBUNGA • Barulah lengkap konsepsi ilmu itu, dengan memasukkan
ketiga-tiga elemen tadi.
N • Kadangkala dikatakan bahawa ketiga-tiganya itu menjadikan
apa yang dikatakan necessary and sufficient conditions,
bermaksud setiap syarat itu mesti ada, ini menjadikan ia
necessary, maknanya kalau digugurkan mana-mana satu
syarat, maka ia bukan ilmu, iaitu ia tidak memenuhi ketiga-tiga
syarat yang dianggap mesti ada (iaitu necessary).
 
SAMBUNGAN
• Kemudian ada yang mengatakan bahwa tiga syarat ini sudah
cukup, mencukupi untuk kita menerima sesuatu itu sebagai
ilmu, iaitu selain daripada necessary ia juga sufficient.
Maksudnya, apa yang kita maksudkan bila kita kata sufficient
(memadai), ialah tiga syarat itu sudah memadai.
• Bermaksud bahawa kita tidak perlukan syarat keempat
sebagai tambahan, sudah cukuplah jika kita mengemukakan
tiga syarat itu yang terdiri daripada kepercayaan, kedua
kebenaran dan ketiga berasas ataupun justifikasi. Jadi, ahli-
ahli falsafah telah seolah-olah mempunyai satu persetujuan
ataupun consensus tentang konsepsi ilmu seperti ini iaitu
knowledge as justified true belief.
Terdapat dua aliran utama dalam teori epistemologi iaitu aliran empirisisme
dan aliran rasionalisme

ALIRAN
UTAMA
DALAM i. Teori ataupun fahaman empirisisme(empiricism) mengatakan bahawa ilmu
yang sahih itu diperolehi melalui penggunaan deria yang lima ataupun

TEORI pancaindera.

EPISTEMOL
OGI Kita ada deria penglihatan, yang melalui mata kita melihat, dan kita
mempunyai deria pendengaran, telinga melaluinya kita mendengar, dan kita
mempunyai deria rasa melaluinya kita merasakan keenakan makanan
misalnya, deria sentuhan di mana kita mengetahui samada sesuatu itu pepejal
ataupun benda lembut atau keras melalui sentuhan tangan kita.
SAMBUNGAN

Jadi ini semua adalah saluran-saluran yang memberikan kita sensation ataupun
sensasi misalnya sensasi melihat ataupun mendengar melalui pancaindera kita
itu. Dan bagi golongan empirisis, inilah yang merupakan sumber ilmu yang sahih,
bukan yang lain-lain, tetapi deria kita yang lima.

Dan pengesahan sesuatu ilmu juga ditentukan dengan merujuk kepada


pengalaman yang kita perolehi daripada deria kita. Misalnya kalau ditanya
kepada kita, mana awak tahu bahawa sekarang ini hujan sedang turun di luar
sana? Sedangkan masa itu kita berada di bilik.

Jadi untuk mengetahui samada kenyataan itu benar, kita pergi keluar atau
melihat melalui tingkap, dan lihat samada hujan sedang turun. Jadi kalau melalui
penglihatan kita, kita nampak hujan turun mencurah-curah. Maka sudah tentulah
kenyataan yang mengatakan bahawa hari ini hujan sedang turun adalah benar.
SAMBUNGAN
Pengesahan ilmu itu juga adalah melalui pancaindera atau
penglihatan kita yang menggunakan mata itu ia merupakan sejenis
pancaindera. Jadi di situ kita lihat bahawa golongan empirisis
menekankan akan peranan pancaindera di dalam penjanaan atau
penghasilan ilmu dan juga di dalam proses pengesahan ilmu atau
kepercayaan itu.

Antara ahli-ahli empirisis yang masyhur di abad ke-18 dulu di


Britain ialah ahli-ahli falsafah seperti John Locke dan David Hume.

Rata-rata mereka menganggap bahawa manusia ini pada masa


kelahirannya, masa manusia itu adalah seorang bayi lagi, mereka
lahir ke dunia ini tanpa apa-apa ilmu pengetahuan,
• dan dengan itu mereka menganggap bahawa keadaan seorang bayi yang baru lahir itu seperti
papan tulis yang kosong (tabula rasa), yang tidak mengandungi apa-apa catatan lagi,
• dan hanya melalui pendedahan kepada alam luaran, yang ditanggapi oleh pancaindera yang lima
itu, maka timbullah ilmu pengetahuan di dalam insan itu terhadap keadaan di sekelilingnya.
• Ia mula mengenali dunia kerana adanya masukan daripada luar kepada pancaindera atau organ-
organ yang mendirikan derianya itu.
• Itulah penjelasan mereka bagaimana ilmu itu wujud di dalam seseorang itu, mereka begitu
menekankan akan peranan pancaindera dalam penghasilan ilmu, ini fahaman empirisis.
ii. Rasionalisme adalah suatu fahaman mengenai teori ilmu yang mengatakan bahawa ilmu yang sahih itu
diperolehi bukan dengan penggunaan deria yang lima, bukan daripada aplikasi penggunaan deria yang lima itu,
tetapi sebaliknya ia terbit daripada penggunaan akal yang rasional.

Sifat akliah di dalam penjanaan teori ilmu inilah yang menjadi asas dan tonggak bagi fahaman rasionalisme.

Berbeza dari empirisisme yang mengatakan bahawa ilmu itu terbit daripada deria kita yang lima atau penggunaan
deria kita yang lima, teori rasionalisme pula menyangkal pandangan ini dengan mengatakan bahawa deria kita
boleh menipu kita.

Misalnya kita melihat sesuatu itu tetapi sesuatu yang kita lihat itu berbeza daripada reality yang sebenarnya.
Contohnya kita melihat sudu yang dimasukkan ke dalam segelas yang berisi air dan kelihatan seolah-olah sudu
itu bengkok di dalam gelas yang berisi air itu.
• Sedangkan hakikatnya sudu itu tidak bengkok, cuma kelihatan bengkok. Jadi bagi pihak rasionalis mereka
mengatakan ini menunjukkan bahawa deria kita tidak semestinya memberikan gambaran yang sebenar
tentang apa yang terdapat di dalam alam ini.
• Keadaan ini bagi mereka boleh dielakkan atau diperbetulkan dengan penggunaan akal yang rasional. Akal
yang rasional lah yang boleh memberikan kita ilmu dan kebenaran yang sejati.
• Penekanan mereka ini menunjukkan bahawa mereka mementingkan akal yang rasional di dalam penghasilan
dan juga pengesahan ilmu itu.
• Umpamanya kita mengkritik dengan secara rasional akan kesilapan sesuatu teori dan dengan itu
membolehkan kita mengemukakan suatu teori yang betul dan tepat dengan menggunakan hujah-hujah yang
rasional. Jadi ini adalah fahaman rasionalisme.
TEORI KOHERENS, TEORI KORESPONDEN DAN
TEORI PRAGMATIK
• i. Teori kebenaran koresponden (teori kebenaran kesepadanan).
• Bermaksud kebenaran sesuatu pernyataan atau ayat itu adalah ditentukan oleh samada
apa yang dinyatakan oleh ayat atau kenyataan itu adalah sepadan atau serupa dengan apa
yang terdapat di luar sana iaitu hakikat yang terdapat di dalam alam nyata itu.
• Samada hakikat itu adalah sepertimana yang digambarkan oleh pernyataan itu.
• Contohnya, apabila saya membuat satu pernyataan bahawa sekarang ini hujan sedang turun dengan
lebatnya di luar bilik kuliah ini, ayat itu dianggap benar sekiranya hakikatnya adalah sekarang ini
hujan sedang turun di luar bilik kuliah ini.
• Tetapi sekiranya ayat yang mengatakan bahawa hujan sedang turun di luar sana tidak bersamaan
dengan hakikat yang terdapat iaitu tidak ada hujan yang turun di luar sana, maka ayat yang
menyatakan bahawa sekarang ini hujan sedang turun di luar sana dianggap palsu.
• Jadi di situ kebenaran bergantung kepada samada yang dinyatakan oleh ayat atau pernyataan itu
adalah serupa atau bersamaan dengan hakikat yang terdapat di luar sana seperti yang digambarkan
oleh ayat atau pernyataan itu. Jadi itu yang dimaksudkan dengan teori kebenaran koresponden.
• ii. Teori kebenaran koherens (keselarasan) ini merujuk kepada kriteria yang digunakan
untuk menentukan samada sesuatu pernyataan itu benar atau palsu.
• Berbeza daripada teori kebenaran koresponden, di mana kebenaran pernyataan itu
ditentukan dengan membandingkan apa yang dinyatakan oleh ayat itu dengan apakah
hakikat yang terdapat di luar sana yang digambarkan oleh pernyataan itu.
• Jika ada kesamaan, maka ayat itu dianggap benar.
• Tetapi di dalam teori koherens, berbeza sedikit, kerana kebenaran sesuatu pernyataan itu ditentukan bukan
dengan membandingkan ayat atau pernyataan itu dengan hakikat yang terdapat di luar sana, tetapi di sini
apa yang dilakukan adalah dengan kita menghubungkaitkan dan mencari hubungan di antara sesuatu ayat
itu dengan ayat-ayat yang berkaitan dengannya dan melihat samada terdapat konsistensi atapun sebaliknya
percanggahan di antara ayat-ayat tersebut.
• Sekiranya pernyataan itu adalah konsisten atau selari ataupun tidak ada percanggahan dengan ayat-ayat
yang lain, yang diterima sebagai benar, maka pernyataan atau ayat itu boleh diterima sebagai benar.
• Di sini kebenaran itu ditentukan bukannya dengan membandingkan ayat itu dengan hakikat yang terdapat,
tetapi sebaliknya dengan membandingkan ayat itu dengan ayat-ayat yang lain yang berkaitan dengannya
dan diterima sebagai benar.
• Contohnya, pernyataan seperti John adalah pembunuh si mati.
• Ayat ini untuk menentukan samada ia benar atau palsu, kriteria yang digunakan di sini adalah dengan
membandingkan atau mengaitkan ayat ini dengan ayat-ayat yang lain yang ada hubungan dengannya.
• Contohnya, ayat atau pernyataan seperti cap jari John terdapat pada senjata yang digunakan di dalam
pembunuhan itu. Jadi, ayat ini, katalah sudah diterima sebagai benar, kerana bukti ada menunjukkan
bahawa ada cap jari John terpadat pada senjata yang digunakan.
• Jadi kita lihat di sini bahawa kenyataan seperti John adalah pembunuhnya dan kenyataan cap jarinya
terdapat pada senjata yang digunakan. Itu tidak ada percanggahan, kerana jika John-lah yang
melakukan pembunuhan itu, sudah tentulah cap jarinya terdapat pada senjata yang digunakan.
• Jadi selaras atau konsisten di antara kedua-dua kenyataan tersebut.
• Satu lagi kenyataan yang berkenaan di sini yang berkaitan ialah kenyataan seperti kenyataan John adalah
orang yang terakhir dilihat keluar daripada tempat kejadian oleh saksi-saksi yang boleh dipercayai.
• Jadi, jika benar bahawa John adalah orang yang terakhir yang dilihat keluar daripada premis tersebut,
maka sudah tentulah kenyataan seperti itu adalah konsisten dan tidak bercanggah dengan ayat yang
mengatakan bahawa John adalah pembunuhnya.
• Jadi dengan itu adanya kekonsistenan (consistency) di antara ayat-ayat tersebut, maka kenyataan
bahawa John adalah pembunuh si mati boleh diterima sebagai benar. Jadi itulah yang dimaksudkan
dengan eori kebenaran koherens.
SAMBUNGAN

• iii. teori kebenaran pragmatik, apa yang penting di sini ialah, samada sesuatu tindakan yang kita lakukan
itu yang berasas kepada konsep-konsep yang digunakan seperti konsep-konsep di dalam ilmu sains
misalnya, dapat menghasilkan sesuatu yang praktikal atau yang nyata, dan mempunyai kegunaan dan
sebagainya.
• Maksudnya tindakan yang membawa kepada tindakan yang berkesan, contohnya, di dalam teori sains
seperti teori atom, untuk mengetahui sesuatu kenyataan yang berhubung dengan teori atom itu adalah
benar atau tidak, maka kita lakukan eksperimen-eksperimen contohnya, berasaskan kepada teori tersebut.
• Jika eksperimen-eksperimen itu menghasilkan sesuatu yang positif, iaitu keputusan yang dihasilkan oleh
eksperimen itu menunjukkan apa yang diramalkan oleh teori itu misalnya adalah benar, iaitu kita dapat
keputusan eksperimen yang mengesahkannya, maka teori atom itu diterima sebagai benar.
SAMBUNGAN

• Kebenaran itu adalah kerana ia dapat menghasilkan sesuatu yang bersesuaian dengan apa yang
diramalkan oleh teori itu, ataupun sekiranya konsep-konsep teori atom itu dapat menghasilkan
teknologi yang baru yang hanya boleh dihasilkan dengan penggunaan teori atom misalnya.
• Jadi, teknologi baru itu adalah sesuatu yang praktikal dan ia terhasil atas tindakan kita yang
menggunakan konsep atom itu untuk menghasilkan sesuatu teknologi, misalnya teknologi bom
atom, berasaskan kepada teori atom.
• Jadi di sini kebenaran teori itu mungkin tidak boleh ditentukan atau disahkan secara langsung
dengan membandingkannya dengan reality, kerana realitinya adalah bersifat mikroskopik iaitu
tidak kelihatan oleh deria kita.
SAMBUNGAN

• Jadi bagaimana untuk menentukannya?


• Menentukannya dengan cara samada kesan praktikal teori itu adalah seperti yang
diramalkan oleh teori, sama juga seperti contoh yang lain yang mungkin lebih mudah
yang bukan dalam konteks sains dan teknologi seperti konsep atau fahaman kita
mengenai angina.
• Apakah yang kita maksudkan dengan angina? Jadi, jika kita terima konsep angin, maka
ia akan membawa kepada kepada suatu jangkaan kesan-kesan angin,

SAMBUNGAN

• Misalnya pokok akan tumbang jika angin kuat, dan sebagainya. Itu menunjukkan bahawa
ada kesan yang nyata hasil daripada penerimaan kita terhadap konsep angin tadi.
• Dengan itu, maka kita boleh mengesahkan bahawa wujud angin itu kerana kepercayaan
kita akan kewujudan angin itu terbukti dengan nyatanya dengan adanya fenomena seperti
tumbangnya pokok yang ditiup oleh angin ataupun kesan-kesan lain seperti orang boleh
ditolak dengan adanya angin yang kuat dan sebagainya.
• Jadi ini yang dimaksudkan dengan pragmatik iaitu kesan terhadap sesuatu yang nyata dan
praktikal.
KAITAN TEORI EPISTEMOLOGI DAN PENJANAAN
ILMU
• Teori-teori epistemologi mempengaruhi proses penjanaan ilmu khususnya ilmu-ilmu
seperti ilmu sains tabi’i (natural sciences) dan juga ilmu sains sosial.
• Teori epistemologi mempunyai kaitan dengan penjanaan ilmu seperti ilmu sains tabi’i
iaitu natural sciences seperti fizik, kimia dan biologi.
SAMBUNGAN

• Ilmu-ilmu tersebut mengandungi dua sifat epistemologi yang utama, iaitu ia bersifat rasionalis dan
juga bersifat empirisis.
• Jadi di sini wujud kaitan antara teori epistemologi, iaitu fahaman rasionalisme dan fahaman
empirisisme dengan ilmu sains tabi’i yang mengandungi ciri-ciri tersebut.
• Contohnya, apabila kita menjalankan eksperimen, di dalam kajian sains, kita dapati bahawa ini
adalah satu bentuk pemikiran empirisis di mana pembuktian melalui penggunaan deria kita iaitu
deria penglihatan dan sebagainya diguna di dalam proses pencerapan untuk mendapatkan data bagi
menyokong sesuatu teori saintifik itu.

SAMBUNGAN

• Jadi penggunaan deria di dalam pengutipan data dan membuat cerapan dan sebagainya, ini adalah contoh
penggunaan kaedah empirikal di dalam sains yang didasari oleh teori epistemologi yang beraliran empirisis.
• Kalau kita lihat sifat-sifat ilmu yang terdapat di dalam ilmu sains iaitu penggunaan kaedah kuantitatif dan
kaedah matematik, kita lihat bahawa matematik itu adalah suatu ilmu yang dihasilkan melalui pemikiran yang
rasional, dan ini merupakan suatu yang bersifat rasionalis, iaitu pengaruh epistemologi rasionalisme di dalam
menghasilkan ilmu sains yang menggunakan ilmu matematik itu.
• Ilmu matematik adalah contoh ilmu yang dihasilkan melalui penggunaan kaedah rasionalisme itu, iaitu
berfikir secara logikal, rasional, tanpa melibatkan penggunaan deria dalam penghasilan ilmu matematik.
• Kita lihat juga di dalam ilmu sains banyak menggunakan ilmu matematik yang dikaitkan dengan pendekatan
rasionalisme. Jadi, itulah hubungannya.
KAITAN DI ANTARA REVOLUSI SAINS YANG BERLAKU DI ABAD
KE-17 DENGAN ALIRAN-ALIRAN UTAMA DI DALAM TEORI
EPISTEMOLOGI

• Walaupun topik kita adalah mengenai fahaman falsafah dalam bentuk epistemologi, namun
demikian ia ada kaitan dengan satu fenomena sejarah yang berlaku pada abad ke-17 yang diberi
nama Revolusi Sains, yang telah membawa kepada satu perubahan yang agak radikal dan penting
di dalam perkembangan sains, di mana pengaruhnya hingga hari ini dapat dilihat dan terkesan.
• Kalau kita bandingkan sains di abad ke-17 dengan sains sebelumnya, maka kita dapat melihat
bahawa sebelum abad ke-17 sains itu tidak bersifat eksperimental, iaitu teori-teori di dalam sains
tidak dibuktikan kebenarannya atau tidak dapat pengesahan melalui kajian-kajian eksperimen.
• Jadi ini adalah satu perubahan yang baru apabila kaedah
eksperimen itu diserapkan di dalam penjanaan ilmu
sains di abad ke-17.
• Kalau kita lihat dari segi epistemologi, ini bermakna
bahawa sebelum abad ke-17, kaedah eksperimen itu
tidak diguna pakai di dalam penghasilan ilmu sains,
kerana sesuatu teori itu diterima hanya atas dasar
penghujahan logikal dan rasional yang dikemukakan
oleh ahli-ahli sains pada masa itu.
• Jadi kalau kita lihat sains misalnya di zaman Greek,
tidak bersifat eksperimental tetapi cuma bersifat
teoritikal dan spekulatif.
SAMBUNGAN

• Ahli-ahli falsafah seperti Plato dan Aristotle mempunyai fahaman-fahaman mereka yang
berbeza tentang apakah sifat alam tabi’i ini yang sebenarnya.
• Namun demikian teori-teori mereka, walaupun berbeza, tetapi mempunyai penyokong-
penyokongnya yang tersendiri dan tidak ada suatu teori yang diterima oleh semua pihak.
• Jadi di sini kenapa keadaan ini wujud adalah kerana teori atau faham epistemologi yang
digunakan adalah berdasarkan kepada pendekatan atau kaedah rasionalisme, iaitu
penghujahan secara intelektual dan rasional, itu menjadi asas kepada penerimaan sesuatu
teori.
SAMBUNGAN

• Sebaliknya di abad ke-17, terdapat perubahan transformasi di dalam penghasilan ilmu


sains, iaitu terdapat kriteria yang kedua yang digunakan iaitu kaedah eksperimen dan ini
melambangkan atau mencirikan apa yang kita terima tadi sebagai faham empirisisme di
dalam epistemologi.
• Jadi, ini bermaksud bahawa di abad ke-17, sains itu berubah daripada suatu ilmu yang
dihasilkan melalui pendekatan rasionalisme semata-mata atau pendekatan rasionalis
kepada suatu ilmu yang mengandungi kedua-dua aliran epistemologi, iaitu yang bersifat
rasionalis dan juga empirisis,
• bermakna di sini bahawa suatu ilmu yang begitu dipercayai dan begitu kukuh kedudukannya, iaitu ilmu
sains, yang sekarang ini bukan sahaja didasari oleh satu aliran, iaitu rasionalis, tetapi juga bergabung
dengan aliran kedua, iaitu empirisis.
• Dengan adanya penggabungan kaedah rasionalis dan empirisis dalam penghasilan ilmu, maka kita dapat
melihat akan hasilnya di dalam bentuk ilmu sains tabi’i yang diterima umum dan dilihat akan impak dan
hasilnya.
• Contohnya ilmu-ilmu yang diterima dan membuahkan hasil seterusnya dalam bentuk teknologi moden.
• Dengan itu, maka faham epistemologi yang merupakan sintesis di antara rasionalis dan empirisis
mendapat perhatian yang lebih di dalam sejarah epistemologi itu sendiri
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai