Anda di halaman 1dari 37

KULIAH 6:

EPISTEMOLOGI
PENGENALAN

DEFINISI EPISTEMOLOGI

TIGA SYARAT ATAUPUN ELEMEN KNOWLEDGE AS JUSTIFIED


ISI TRUE BELIEF

KANDUNGAN ALIRAN UTAMA DALAM TEORI EPISTEMOLOGI

TEORI KOHERENS, TEORI KORESPONDEN DAN TEORI


PRAGMATIK

KAITAN DI ANTARA REVOLUSI SAINS YANG BERLAKU DI ABAD KE-17


DENGAN ALIRAN-ALIRAN UTAMA DI DALAM TEORI EPISTEMOLOGI
• Epistemologi ini adalah cabang falsafah
yang mengkaji tentang teori-teori ilmu
• apakah itu ilmu
• jenis-jenis ilmu
• had/batasan ilmu
PENGENALAN • Dan salah satu konsep yang
dipersetujui oleh ahli-ahli falsafah
ialah konsep justified true belief,
singkatnya JTB (kepercayaan berasas
mengenai sesuatu yang benar).
Perkataan epistemologi berasal daripada perkataan Inggeris

epistemologi adalah sesuatu teori ataupun kajian tentang ilmu


(Theory of knowledge)
DEFINISI
EPISTEMOLOGI Theoritical study of knowledge ialah satu kajian teoritis tentang ilmu, apakah
sifat ilmu itu dan apakah syarat-syarat yang boleh menjadikan sesuatu itu
sebagai ilmu, khususnya ilmu yang sahih, yang boleh diterima sebagai ilmu
yang mempunyai syarat-syarat yang telah dipenuhi, yang menjadikannya
sesuatu yang berbeza daripada pandangan yang tidak berasas.

Dan apakah batasan-batasan sesuatu ilmu itu seperti yang


dikaji oleh Immanuel Kant sebagai misalnya tentang apa yang
kita boleh ketahui dan apa yang kita tidak boleh ketahui.
• Jadi ini semua berkisar di atas persoalan
falsafah tentang sifat ilmu itu sendiri dan
percubaan-percubaan ahli-ahli
epistemologi untuk memberikan jawapan-
jawapannya supaya lebih jelas lagi apakah
yang dimaksudkan dengan ilmu itu dan
apakah syarat yang perlu dipenuhi supaya
sesuatu itu boleh diterima sebagai ilmu
yang sahih.
JUSTIFIED TRUE BELIEF TIGA SYARAT ATAUPU
TIGA SYARAT ATAUPUN ELEMEN KNOWLEDGE AS JUSTIFIED
TRUE BELIEF KNOWLEDGE AS JUSTIFIED TRUE BELIEF

i. Kepercayaan

ii. Kepercayaan mestilah benar

iii. syarat kepercayaan kita itu mestilah


mempunyai justifikasi ataupun berasas.
i. KEPERCAYAAN

• mempunyai kepercayaan tentang apa yang kita


pegang dan percayai sebagai ilmu itu, misalnya
kalau kita merujuk kepada sesuatu teori sains dan
kita anggap teori sains itu sebagai ilmu, maka kita
mesti mempunyai kepercayaan terhadapnya, kita
mempercayai, misalnya kita ada ilmu fizik, ada teori
atom, maka kita mesti mempercayai akan teori
atom itu, itu satu syarat, satu kondisi.
• Apa yang kita percayakan itu
mestilah benar misalnya kalau kita
percaya akan teori atom itu, maka
teori atom itu yang mengatakan
ii. Kepercayaan bahawa benda-benda bersifat
jasad ataupun material terdiri
mestilah benar daripada atom-atom yang kecil,
zarah-zarah kecil yang dipanggil
atom yang bergerak, kita mesti
mempercayai dan kepercayaan
kita itu mestilah benar.
SAMBUNGAN
KALAU TIDAK BENAR KEPERCAYAAN KITA ITU, MAKA TIDAK MUNGKIN IA DITERIMA SEBAGAI
ILMU.

APAKAH YANG AKAN BERLAKU JIKA KITA MENERIMA SESUATU ITU YANG PALSU SEBAGAI
ILMU, MAKA APAKAH MARTABAT ILMU JIKA IA MENERIMA KEPALSUAN SEBAGAI ILMU?
JADI SUDAH TENTULAH KITA TIDAK BOLEH MENERIMA KEPALSUAN SEBAGAI MENJADIKAN
SESUATU ILMU ITU.
MAKA KERANA ITULAH KITA PERLUKAN SYARAT YANG MENGATAKAN BAHAWA KEBENARAN
MESTI ADA BAGI SESUATU ITU UNTUK DITERIMA SEBAGAI ILMU, JADI KEPERCAYAAN ITU
MESTILAH BENAR.
• Tetapi ini tidak mencukupi kerana hanya dengan mengatakan
bahawa ilmu itu terdiri daripada kepercayaan yang benar, ini
belum lagi menjadikannya ilmu, kerana apa? Kerana mungkin kita
mempunyai kepercayaan tentang sesuatu dan secara kebetulan
kepercayaan kita itu benar. Tetapi kita tidak mahu mengatakan
bahawa dengan itu kita mempunyai ilmu.
• Contoh yang mudah, di dalam peperiksaan ada satu jenis
peperiksaan yang diberi nama peperiksaan objektif ataupun MCQ
multiple choice question, jadi di situ ada soalan dan kemudian
ada pilihan sebagai jawapan. Pilihan seperti A, B, C dan D.

SAMBUNNGAN
• Dan kita diminta untuk memilih jawapan yang benar, ada empat
kemungkinan di situ, dan dari segi kebarangkalian ada
kebarangkalian 0.25 iaitu 25% bagi kita mendapat jawapan yang
benar secara tekaan, by guess work.
• Dan katalah seseorang itu memilih jawapan C, dan secara
kebetulan pula jawapan yang sebenar adalah C. Jadi dia
mempunyai kepercayaan yang benar iaitu dia percaya C adalah
jawapan yang betul dan didapati bahawa memang betul pun
jawapannya C. Tetapi bolehkah kita menganggap bahawa dia
seorang yang berilmu ataupun mengetahui, mempunyai ilmu
tentang apa yang disoalkan itu? Tidak! Kerana dia mendapat
jawapan yang betul dengan secara meneka.
• Jadi di sini kita perlu masukkan satu lagi syarat, iaitu
• iii. syarat kepercayaan kita itu mestilah mempunyai justifikasi
ataupun berasas.
• Itu yang dikatakan tadi justified true belief, iaitu kepercayaan
yang berasas mengenai sesuatu yang benar. Jadi kepercayaan
kita itu bukan kepercayaan buta, tetapi mempunyai asas dan
justifikasi, dan ia benar.
• Barulah lengkap konsepsi ilmu itu, dengan memasukkan ketiga-
SAMBUNGAN tiga elemen tadi.
• Kadangkala dikatakan bahawa ketiga-tiganya itu menjadikan apa
yang dikatakan necessary and sufficient conditions, bermaksud
setiap syarat itu mesti ada, ini menjadikan ia necessary,
maknanya kalau digugurkan mana-mana satu syarat, maka ia
bukan ilmu, iaitu ia tidak memenuhi ketiga-tiga syarat yang
dianggap mesti ada (iaitu necessary).
SAMBUNGAN
• Kemudian ada yang mengatakan bahwa tiga syarat ini sudah
cukup, mencukupi untuk kita menerima sesuatu itu sebagai
ilmu, iaitu selain daripada necessary ia juga sufficient.
Maksudnya, apa yang kita maksudkan bila kita kata sufficient
(memadai), ialah tiga syarat itu sudah memadai.
• Bermaksud bahawa kita tidak perlukan syarat keempat sebagai
tambahan, sudah cukuplah jika kita mengemukakan tiga syarat
itu yang terdiri daripada kepercayaan, kedua kebenaran dan
ketiga berasas ataupun justifikasi. Jadi, ahli-ahli falsafah telah
seolah-olah mempunyai satu persetujuan ataupun consensus
tentang konsepsi ilmu seperti ini iaitu knowledge as justified
true belief.
Terdapat dua aliran utama dalam teori
epistemologi iaitu aliran empirisisme
dan aliran rasionalisme

ALIRAN UTAMA i.
Teori ataupun fahaman
empirisisme(empiricism) mengatakan
DALAM TEORI bahawa ilmu yang sahih itu diperolehi
melalui penggunaan deria yang lima
EPISTEMOLOGI ataupun pancaindera.

Kita ada deria penglihatan, yang melalui mata kita


melihat, dan kita mempunyai deria pendengaran,
telinga melaluinya kita mendengar, dan kita
mempunyai deria rasa melaluinya kita merasakan
keenakan makanan misalnya, deria sentuhan di
mana kita mengetahui samada sesuatu itu pepejal
ataupun benda lembut atau keras melalui sentuhan
tangan kita.
SAMBUNGAN
Jadi ini semua adalah saluran-saluran yang memberikan kita
sensation ataupun sensasi misalnya sensasi melihat ataupun
mendengar melalui pancaindera kita itu. Dan bagi golongan empirisis,
inilah yang merupakan sumber ilmu yang sahih, bukan yang lain-lain,
tetapi deria kita yang lima.

Dan pengesahan sesuatu ilmu juga ditentukan dengan merujuk


kepada pengalaman yang kita perolehi daripada deria kita. Misalnya
kalau ditanya kepada kita, mana awak tahu bahawa sekarang ini
hujan sedang turun di luar sana? Sedangkan masa itu kita berada di
bilik.

Jadi untuk mengetahui samada kenyataan itu benar, kita pergi keluar
atau melihat melalui tingkap, dan lihat samada hujan sedang turun.
Jadi kalau melalui penglihatan kita, kita nampak hujan turun
mencurah-curah. Maka sudah tentulah kenyataan yang mengatakan
bahawa hari ini hujan sedang turun adalah benar.
SAMBUNGAN
Pengesahan ilmu itu juga adalah melalui pancaindera
atau penglihatan kita yang menggunakan mata itu ia
merupakan sejenis pancaindera. Jadi di situ kita lihat
bahawa golongan empirisis menekankan akan peranan
pancaindera di dalam penjanaan atau penghasilan ilmu
dan juga di dalam proses pengesahan ilmu atau
kepercayaan itu.

Antara ahli-ahli empirisis yang masyhur di


abad ke-18 dulu di Britain ialah ahli-ahli
falsafah seperti John Locke dan David Hume.

Rata-rata mereka menganggap bahawa


manusia ini pada masa kelahirannya, masa
manusia itu adalah seorang bayi lagi, mereka
lahir ke dunia ini tanpa apa-apa ilmu
pengetahuan,
• dan dengan itu mereka menganggap bahawa keadaan seorang bayi yang baru lahir itu seperti
papan tulis yang kosong (tabula rasa), yang tidak mengandungi apa-apa catatan lagi,
• dan hanya melalui pendedahan kepada alam luaran, yang ditanggapi oleh pancaindera yang lima
itu, maka timbullah ilmu pengetahuan di dalam insan itu terhadap keadaan di sekelilingnya.
• Ia mula mengenali dunia kerana adanya masukan daripada luar kepada pancaindera atau organ-
organ yang mendirikan derianya itu.
• Itulah penjelasan mereka bagaimana ilmu itu wujud di dalam seseorang itu, mereka begitu
menekankan akan peranan pancaindera dalam penghasilan ilmu, ini fahaman empirisis.
ii. Rasionalisme adalah suatu fahaman mengenai teori ilmu yang mengatakan
bahawa ilmu yang sahih itu diperolehi bukan dengan penggunaan deria yang
lima, bukan daripada aplikasi penggunaan deria yang lima itu, tetapi sebaliknya
ia terbit daripada penggunaan akal yang rasional.

Sifat akliah di dalam penjanaan teori ilmu inilah yang menjadi asas dan
tonggak bagi fahaman rasionalisme.

Berbeza dari empirisisme yang mengatakan bahawa ilmu itu terbit daripada
deria kita yang lima atau penggunaan deria kita yang lima, teori rasionalisme
pula menyangkal pandangan ini dengan mengatakan bahawa deria kita boleh
menipu kita.

Misalnya kita melihat sesuatu itu tetapi sesuatu yang kita lihat itu berbeza
daripada reality yang sebenarnya. Contohnya kita melihat sudu yang
dimasukkan ke dalam segelas yang berisi air dan kelihatan seolah-olah sudu
itu bengkok di dalam gelas yang berisi air itu.
• Sedangkan hakikatnya sudu itu tidak bengkok, cuma kelihatan bengkok. Jadi bagi pihak
rasionalis mereka mengatakan ini menunjukkan bahawa deria kita tidak semestinya memberikan
gambaran yang sebenar tentang apa yang terdapat di dalam alam ini.
• Keadaan ini bagi mereka boleh dielakkan atau diperbetulkan dengan penggunaan akal yang
rasional. Akal yang rasional lah yang boleh memberikan kita ilmu dan kebenaran yang sejati.
• Penekanan mereka ini menunjukkan bahawa mereka mementingkan akal yang rasional di dalam
penghasilan dan juga pengesahan ilmu itu.
• Umpamanya kita mengkritik dengan secara rasional akan kesilapan sesuatu teori dan dengan itu
membolehkan kita mengemukakan suatu teori yang betul dan tepat dengan menggunakan hujah-
hujah yang rasional. Jadi ini adalah fahaman rasionalisme.
TEORI KOHERENS, TEORI KORESPONDEN DAN TEORI
PRAGMATIK
• i. Teori kebenaran koherens (keselarasan) ini merujuk kepada kriteria yang digunakan untuk
menentukan samada sesuatu pernyataan itu benar atau palsu.
• Berbeza daripada teori kebenaran koresponden, di mana kebenaran pernyataan itu
ditentukan dengan membandingkan apa yang dinyatakan oleh ayat itu dengan apakah
hakikat yang terdapat di luar sana yang digambarkan oleh pernyataan itu.
• Jika ada kesamaan, maka ayat itu dianggap benar.
TEORI KOHERENS, TEORI KORESPONDEN DAN TEORI
PRAGMATIK
• ii. Teori kebenaran koresponden (teori kebenaran kesepadanan).
• Bermaksud kebenaran sesuatu pernyataan atau ayat itu adalah ditentukan
oleh samada apa yang dinyatakan oleh ayat atau kenyataan itu adalah
sepadan atau serupa dengan apa yang terdapat di luar sana iaitu hakikat
yang terdapat di dalam alam nyata itu.
• Samada hakikat itu adalah sepertimana yang digambarkan oleh pernyataan
itu.
TEORI KOHERENS, TEORI KORESPONDEN DAN TEORI
PRAGMATIK
• Contohnya, apabila saya membuat satu pernyataan bahawa sekarang ini hujan sedang turun
dengan lebatnya di luar bilik kuliah ini, ayat itu dianggap benar sekiranya hakikatnya adalah
sekarang ini hujan sedang turun di luar bilik kuliah ini.
• Tetapi sekiranya ayat yang mengatakan bahawa hujan sedang turun di luar sana tidak
bersamaan dengan hakikat yang terdapat iaitu tidak ada hujan yang turun di luar sana, maka
ayat yang menyatakan bahawa sekarang ini hujan sedang turun di luar sana dianggap palsu.
• Jadi di situ kebenaran bergantung kepada samada yang dinyatakan oleh ayat atau pernyataan
itu adalah serupa atau bersamaan dengan hakikat yang terdapat di luar sana seperti yang
digambarkan oleh ayat atau pernyataan itu. Jadi itu yang dimaksudkan dengan teori kebenaran
koresponden.
TEORI KOHERENS, TEORI KORESPONDEN DAN TEORI
PRAGMATIK
• Tetapi di dalam teori koherens, berbeza sedikit, kerana kebenaran sesuatu pernyataan itu ditentukan bukan
dengan membandingkan ayat atau pernyataan itu dengan hakikat yang terdapat di luar sana, tetapi di sini
apa yang dilakukan adalah dengan kita menghubungkaitkan dan mencari hubungan di antara sesuatu ayat
itu dengan ayat-ayat yang berkaitan dengannya dan melihat samada terdapat konsistensi atapun sebaliknya
percanggahan di antara ayat-ayat tersebut.
• Sekiranya pernyataan itu adalah konsisten atau selari ataupun tidak ada percanggahan dengan ayat-ayat
yang lain, yang diterima sebagai benar, maka pernyataan atau ayat itu boleh diterima sebagai benar.
• Di sini kebenaran itu ditentukan bukannya dengan membandingkan ayat itu dengan hakikat yang terdapat,
tetapi sebaliknya dengan membandingkan ayat itu dengan ayat-ayat yang lain yang berkaitan dengannya dan
diterima sebagai benar.
TEORI KOHERENS, TEORI KORESPONDEN DAN TEORI
PRAGMATIK
• Contohnya, pernyataan seperti John adalah pembunuh si mati.
• Ayat ini untuk menentukan samada ia benar atau palsu, kriteria yang digunakan di sini adalah dengan
membandingkan atau mengaitkan ayat ini dengan ayat-ayat yang lain yang ada hubungan dengannya.
• Contohnya, ayat atau pernyataan seperti cap jari John terdapat pada senjata yang digunakan di dalam
pembunuhan itu. Jadi, ayat ini, katalah sudah diterima sebagai benar, kerana bukti ada menunjukkan bahawa
ada cap jari John terpadat pada senjata yang digunakan.
• Jadi kita lihat di sini bahawa kenyataan seperti John adalah pembunuhnya dan kenyataan cap jarinya
terdapat pada senjata yang digunakan. Itu tidak ada percanggahan, kerana jika John-lah yang melakukan
pembunuhan itu, sudah tentulah cap jarinya terdapat pada senjata yang digunakan.
TEORI KOHERENS, TEORI KORESPONDEN DAN TEORI
PRAGMATIK
• Jadi selaras atau konsisten di antara kedua-dua kenyataan tersebut.
• Satu lagi kenyataan yang berkenaan di sini yang berkaitan ialah kenyataan seperti kenyataan
John adalah orang yang terakhir dilihat keluar daripada tempat kejadian oleh saksi-saksi yang
boleh dipercayai.
• Jadi, jika benar bahawa John adalah orang yang terakhir yang dilihat keluar daripada premis
tersebut, maka sudah tentulah kenyataan seperti itu adalah konsisten dan tidak bercanggah
dengan ayat yang mengatakan bahawa John adalah pembunuhnya.
• Jadi dengan itu adanya kekonsistenan (consistency) di antara ayat-ayat tersebut, maka
kenyataan bahawa John adalah pembunuh si mati boleh diterima sebagai benar. Jadi itulah yang
dimaksudkan dengan eori kebenaran koherens.
TEORI KOHERENS, TEORI KORESPONDEN DAN TEORI
PRAGMATIK
• iii. teori kebenaran pragmatik, apa yang penting di sini ialah, samada sesuatu tindakan yang kita lakukan itu
yang berasas kepada konsep-konsep yang digunakan seperti konsep-konsep di dalam ilmu sains misalnya,
dapat menghasilkan sesuatu yang praktikal atau yang nyata, dan mempunyai kegunaan dan sebagainya.
• Maksudnya tindakan yang membawa kepada tindakan yang berkesan, contohnya, di dalam teori sains seperti
teori atom, untuk mengetahui sesuatu kenyataan yang berhubung dengan teori atom itu adalah benar atau
tidak, maka kita lakukan eksperimen-eksperimen contohnya, berasaskan kepada teori tersebut.
• Jika eksperimen-eksperimen itu menghasilkan sesuatu yang positif, iaitu keputusan yang dihasilkan oleh
eksperimen itu menunjukkan apa yang diramalkan oleh teori itu misalnya adalah benar, iaitu kita dapat
keputusan eksperimen yang mengesahkannya, maka teori atom itu diterima sebagai benar.
TEORI KOHERENS, TEORI KORESPONDEN DAN TEORI
PRAGMATIK
• Kebenaran itu adalah kerana ia dapat menghasilkan sesuatu yang bersesuaian dengan apa yang
diramalkan oleh teori itu, ataupun sekiranya konsep-konsep teori atom itu dapat menghasilkan
teknologi yang baru yang hanya boleh dihasilkan dengan penggunaan teori atom misalnya.
• Jadi, teknologi baru itu adalah sesuatu yang praktikal dan ia terhasil atas tindakan kita yang
menggunakan konsep atom itu untuk menghasilkan sesuatu teknologi, misalnya teknologi bom
atom, berasaskan kepada teori atom.
• Jadi di sini kebenaran teori itu mungkin tidak boleh ditentukan atau disahkan secara langsung
dengan membandingkannya dengan reality, kerana realitinya adalah bersifat mikroskopik iaitu
tidak kelihatan oleh deria kita.
TEORI KOHERENS, TEORI KORESPONDEN DAN TEORI
PRAGMATIK
• Jadi bagaimana untuk menentukannya?
• Menentukannya dengan cara samada kesan praktikal teori itu adalah seperti yang
diramalkan oleh teori, sama juga seperti contoh yang lain yang mungkin lebih mudah yang
bukan dalam konteks sains dan teknologi seperti konsep atau fahaman kita mengenai
angina.
• Apakah yang kita maksudkan dengan angina? Jadi, jika kita terima konsep angin, maka ia
akan membawa kepada kepada suatu jangkaan kesan-kesan angin,

TEORI KOHERENS, TEORI KORESPONDEN DAN TEORI
PRAGMATIK
• Misalnya pokok akan tumbang jika angin kuat, dan sebagainya. Itu menunjukkan bahawa
ada kesan yang nyata hasil daripada penerimaan kita terhadap konsep angin tadi.
• Dengan itu, maka kita boleh mengesahkan bahawa wujud angin itu kerana kepercayaan
kita akan kewujudan angin itu terbukti dengan nyatanya dengan adanya fenomena seperti
tumbangnya pokok yang ditiup oleh angin ataupun kesan-kesan lain seperti orang boleh
ditolak dengan adanya angin yang kuat dan sebagainya.
• Jadi ini yang dimaksudkan dengan pragmatik iaitu kesan terhadap sesuatu yang nyata dan
praktikal.
KAITAN TEORI EPISTEMOLOGI DAN PENJANAAN ILMU

• Teori-teori epistemologi mempengaruhi proses penjanaan ilmu khususnya ilmu-ilmu seperti


ilmu sains tabi’i (natural sciences) dan juga ilmu sains sosial.
• Teori epistemologi mempunyai kaitan dengan penjanaan ilmu seperti ilmu sains tabi’i iaitu
natural sciences seperti fizik, kimia dan biologi.
SAMBUNGAN

• Ilmu-ilmu tersebut mengandungi dua sifat epistemologi yang utama, iaitu ia bersifat rasionalis
dan juga bersifat empirisis.
• Jadi di sini wujud kaitan antara teori epistemologi, iaitu fahaman rasionalisme dan fahaman
empirisisme dengan ilmu sains tabi’i yang mengandungi ciri-ciri tersebut.
• Contohnya, apabila kita menjalankan eksperimen, di dalam kajian sains, kita dapati bahawa ini
adalah satu bentuk pemikiran empirisis di mana pembuktian melalui penggunaan deria kita iaitu
deria penglihatan dan sebagainya diguna di dalam proses pencerapan untuk mendapatkan data
bagi menyokong sesuatu teori saintifik itu.

SAMBUNGAN

• Jadi penggunaan deria di dalam pengutipan data dan membuat cerapan dan sebagainya, ini adalah contoh
penggunaan kaedah empirikal di dalam sains yang didasari oleh teori epistemologi yang beraliran
empirisis.
• Kalau kita lihat sifat-sifat ilmu yang terdapat di dalam ilmu sains iaitu penggunaan kaedah kuantitatif dan
kaedah matematik, kita lihat bahawa matematik itu adalah suatu ilmu yang dihasilkan melalui pemikiran
yang rasional, dan ini merupakan suatu yang bersifat rasionalis, iaitu pengaruh epistemologi rasionalisme di
dalam menghasilkan ilmu sains yang menggunakan ilmu matematik itu.
• Ilmu matematik adalah contoh ilmu yang dihasilkan melalui penggunaan kaedah rasionalisme itu, iaitu
berfikir secara logikal, rasional, tanpa melibatkan penggunaan deria dalam penghasilan ilmu matematik.
• Kita lihat juga di dalam ilmu sains banyak menggunakan ilmu matematik yang dikaitkan dengan pendekatan
rasionalisme. Jadi, itulah hubungannya.
KAITAN DI ANTARA REVOLUSI SAINS YANG BERLAKU DI
ABAD KE-17 DENGAN ALIRAN-ALIRAN UTAMA DI DALAM
TEORI EPISTEMOLOGI

• Walaupun topik kita adalah mengenai fahaman falsafah dalam bentuk epistemologi, namun
demikian ia ada kaitan dengan satu fenomena sejarah yang berlaku pada abad ke-17 yang diberi
nama Revolusi Sains, yang telah membawa kepada satu perubahan yang agak radikal dan
penting di dalam perkembangan sains, di mana pengaruhnya hingga hari ini dapat dilihat dan
terkesan.
• Kalau kita bandingkan sains di abad ke-17 dengan sains sebelumnya, maka kita dapat melihat
bahawa sebelum abad ke-17 sains itu tidak bersifat eksperimental, iaitu teori-teori di dalam
sains tidak dibuktikan kebenarannya atau tidak dapat pengesahan melalui kajian-kajian
eksperimen.
• Jadi ini adalah satu perubahan yang baru apabila kaedah eksperimen itu
diserapkan di dalam penjanaan ilmu sains di abad ke-17.
• Kalau kita lihat dari segi epistemologi, ini bermakna bahawa sebelum abad
ke-17, kaedah eksperimen itu tidak diguna pakai di dalam penghasilan ilmu
sains, kerana sesuatu teori itu diterima hanya atas dasar penghujahan
logikal dan rasional yang dikemukakan oleh ahli-ahli sains pada masa itu.
• Jadi kalau kita lihat sains misalnya di zaman Greek, tidak bersifat
eksperimental tetapi cuma bersifat teoritikal dan spekulatif.
SAMBUNGAN

• Ahli-ahli falsafah seperti Plato dan Aristotle mempunyai fahaman-fahaman mereka yang
berbeza tentang apakah sifat alam tabi’i ini yang sebenarnya.
• Namun demikian teori-teori mereka, walaupun berbeza, tetapi mempunyai penyokong-
penyokongnya yang tersendiri dan tidak ada suatu teori yang diterima oleh semua pihak.
• Jadi di sini kenapa keadaan ini wujud adalah kerana teori atau faham epistemologi yang
digunakan adalah berdasarkan kepada pendekatan atau kaedah rasionalisme, iaitu
penghujahan secara intelektual dan rasional, itu menjadi asas kepada penerimaan sesuatu
teori.
SAMBUNGAN

• Sebaliknya di abad ke-17, terdapat perubahan transformasi di dalam penghasilan ilmu


sains, iaitu terdapat kriteria yang kedua yang digunakan iaitu kaedah eksperimen dan ini
melambangkan atau mencirikan apa yang kita terima tadi sebagai faham empirisisme di
dalam epistemologi.
• Jadi, ini bermaksud bahawa di abad ke-17, sains itu berubah daripada suatu ilmu yang
dihasilkan melalui pendekatan rasionalisme semata-mata atau pendekatan rasionalis
kepada suatu ilmu yang mengandungi kedua-dua aliran epistemologi, iaitu yang bersifat
rasionalis dan juga empirisis,
• bermakna di sini bahawa suatu ilmu yang begitu dipercayai dan begitu kukuh kedudukannya, iaitu
ilmu sains, yang sekarang ini bukan sahaja didasari oleh satu aliran, iaitu rasionalis, tetapi juga
bergabung dengan aliran kedua, iaitu empirisis.
• Dengan adanya penggabungan kaedah rasionalis dan empirisis dalam penghasilan ilmu, maka
kita dapat melihat akan hasilnya di dalam bentuk ilmu sains tabi’i yang diterima umum dan
dilihat akan impak dan hasilnya.
• Contohnya ilmu-ilmu yang diterima dan membuahkan hasil seterusnya dalam bentuk teknologi
moden.
• Dengan itu, maka faham epistemologi yang merupakan sintesis di antara rasionalis dan empirisis
mendapat perhatian yang lebih di dalam sejarah epistemologi itu sendiri
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai