Anda di halaman 1dari 20

FALSAFAH

DAN ISU
SEMASA EPISTEMOLOGI I

HFF 225

DR MUJAHID BAKAR
PENGENALAN

DEFINISI EPISTEMOLOGI

ISI KANDUNGAN TIGA SYARAT / ELEMEN KNOWLEDGE AS


JUSTIFIED TRUE BELIEF

ALIRAN UTAMA DALAM TEORI EPISTEMOLOGI


PENGENALAN
• Epistemologi ini adalah cabang falsafah yang mengkaji tentang
teori-teori ilmu
• apakah itu ilmu
• jenis-jenis ilmu
• had/batasan ilmu
• Dan salah satu konsep yang dipersetujui oleh ahli-ahli falsafah
ialah konsep justified true belief, singkatnya JTB (kepercayaan
berasas mengenai sesuatu yang benar).
DEFINISI EPISTEMOLOGI

Perkataan epistemologi berasal daripada epistemologi adalah sesuatu teori ataupun


perkataan Inggeris kajian tentang ilmu (Theory of knowledge)

Theoritical study of knowledge ialah satu


kajian teoritis tentang ilmu, apakah sifat ilmu
itu dan apakah syarat-syarat yang boleh
Dan apakah batasan-batasan sesuatu ilmu itu
menjadikan sesuatu itu sebagai ilmu,
seperti yang dikaji oleh Immanuel Kant
khususnya ilmu yang sahih, yang boleh
sebagai misalnya tentang apa yang kita boleh
diterima sebagai ilmu yang mempunyai syarat-
ketahui dan apa yang kita tidak boleh ketahui.
syarat yang telah dipenuhi, yang
menjadikannya sesuatu yang berbeza daripada
pandangan yang tidak berasas.
sambungan…

Jadi ini semua berkisar di atas persoalan falsafah


tentang sifat ilmu itu sendiri dan percubaan-
percubaan ahli-ahli epistemologi untuk memberikan
jawapan-jawapannya supaya lebih jelas lagi apakah
yang dimaksudkan dengan ilmu itu dan apakah
syarat yang perlu dipenuhi supaya sesuatu itu boleh
diterima sebagai ilmu yang sahih.
TIGA SYARAT ATAUPUN ELEMEN
KNOWLEDGE AS JUSTIFIED TRUE
BELIEF

1. Kepercayaan

2. Kepercayaan mestilah benar

3. Syarat kepercayaan kita itu mestilah mempunyai justifikasi


ataupun berasas
Mempunyai kepercayaan tentang apa yang kita pegang
dan percayai sebagai ilmu itu, misalnya kalau kita
merujuk kepada sesuatu teori sains dan kita anggap
1. teori sains itu sebagai ilmu, maka kita mesti
KEPERCAYAAN mempunyai kepercayaan terhadapnya, kita
mempercayai, misalnya kita ada ilmu fizik, ada teori
atom, maka kita mesti mempercayai akan teori atom itu,
itu satu syarat, satu kondisi.
Apa yang kita percayakan itu mestilah benar misalnya
kalau kita percaya akan teori atom itu, maka teori atom
2. Kepercayaan itu yang mengatakan bahawa benda-benda bersifat
jasad ataupun material terdiri daripada atom-atom yang
mestilah benar kecil, zarah-zarah kecil yang dipanggil atom yang
bergerak, kita mesti mempercayai dan kepercayaan kita
itu mestilah benar.
sambungan…

KALAU TIDAK BENAR KEPERCAYAAN KITA ITU,


MAKA TIDAK MUNGKIN IA DITERIMA SEBAGAI
ILMU.
BAYANGKAN KITA MENERIMA SESUATU ITU YANG
PALSU SEBAGAI ILMU, MAKA APAKAH MARTABAT
ILMU JIKA IA MENERIMA KEPALSUAN SEBAGAI
ILMU? JADI SUDAH TENTULAH KITA TIDAK BOLEH
MENERIMA KEPALSUAN SEBAGAI MENJADIKAN
SESUATU ILMU ITU. MAKA KERANA ITULAH KITA
PERLUKAN SYARAT YANG MENGATAKAN BAHAWA
KEBENARAN MESTI ADA BAGI SESUATU ITU UNTUK
DITERIMA SEBAGAI ILMU, JADI KEPERCAYAAN ITU
MESTILAH BENAR.
sambungan…
• Tetapi ini tidak mencukupi kerana hanya dengan mengatakan bahawa ilmu
itu terdiri daripada kepercayaan yang benar, ini belum lagi menjadikannya
ilmu, kerana apa? Kerana mungkin kita mempunyai kepercayaan tentang
sesuatu dan secara kebetulan kepercayaan kita itu benar. Tetapi kita tidak
mahu mengatakan bahawa dengan itu kita mempunyai ilmu.
• Contoh yang mudah, di dalam peperiksaan ada satu jenis peperiksaan yang
diberi nama peperiksaan objektif ataupun MCQ multiple choice question,
jadi di situ ada soalan dan kemudian ada pilihan sebagai jawapan. Pilihan
seperti A, B, C dan D.
• Dan kita diminta untuk memilih jawapan yang benar, ada empat
kemungkinan di situ, dan dari segi kebarangkalian ada kebarangkalian 0.25
iaitu 25% bagi kita mendapat jawapan yang benar secara tekaan, by guess
work.
• Dan katalah seseorang itu memilih jawapan C, dan secara kebetulan pula
jawapan yang sebenar adalah C. Jadi dia mempunyai kepercayaan yang
benar iaitu dia percaya C adalah jawapan yang betul dan didapati bahawa
memang betul pun jawapannya C. Tetapi bolehkah kita menganggap
bahawa dia seorang yang berilmu ataupun mengetahui, mempunyai ilmu
tentang apa yang disoalkan itu? Tidak! Kerana dia mendapat jawapan yang
betul dengan secara meneka.
Jadi di sini kita perlu masukkan satu lagi syarat, iaitu
“syarat kepercayaan kita itu mestilah mempunyai
justifikasi ataupun berasas”.
3. Syarat Itu yang dikatakan tadi justified true belief, iaitu
kepercayaan yang berasas mengenai sesuatu yang benar.
kepercayaan kita Jadi kepercayaan kita itu bukan kepercayaan buta, tetapi
mempunyai asas dan justifikasi, dan ia benar.
itu mestilah Barulah lengkap konsepsi ilmu itu, dengan memasukkan
ketiga-tiga elemen tadi.
mempunyai Kadangkala dikatakan bahawa ketiga-tiganya itu
menjadikan apa yang dikatakan necessary and sufficient
justifikasi conditions, bermaksud setiap syarat itu mesti ada, ini
menjadikan ia necessary, maknanya kalau digugurkan
ataupun berasas. mana-mana satu syarat, maka ia bukan ilmu, iaitu ia tidak
memenuhi ketiga-tiga syarat yang dianggap mesti ada
(iaitu necessary).
 
sambungan…
• Kemudian ada yang mengatakan bahwa tiga syarat ini
sudah cukup, mencukupi untuk kita menerima sesuatu
itu sebagai ilmu, iaitu selain daripada necessary ia
juga sufficient. Maksudnya, apa yang kita maksudkan
bila kita kata sufficient (memadai), ialah tiga syarat
itu sudah memadai.
• Bermaksud bahawa kita tidak perlukan syarat
keempat sebagai tambahan, sudah cukuplah jika kita
mengemukakan tiga syarat itu yang terdiri daripada
kepercayaan, kedua kebenaran dan ketiga berasas
ataupun justifikasi. Jadi, ahli-ahli falsafah telah
seolah-olah mempunyai satu persetujuan ataupun
consensus tentang konsepsi ilmu seperti ini iaitu
knowledge as justified true belief.
Terdapat dua aliran utama dalam teori epistemologi iaitu
aliran empirisisme dan aliran rasionalisme

i. Teori ataupun fahaman empirisisme(empiricism)


mengatakan bahawa ilmu yang sahih itu diperolehi melalui
ALIRAN UTAMA penggunaan deria yang lima ataupun pancaindera.
DALAM TEORI
EPISTEMOLOGI
ii. Rasionalisme adalah suatu fahaman mengenai teori ilmu
yang mengatakan bahawa ilmu yang sahih itu diperolehi
bukan dengan penggunaan deria yang lima, bukan daripada
aplikasi penggunaan deria yang lima itu, tetapi sebaliknya
ia terbit daripada penggunaan akal yang rasional.
• Teori ataupun fahaman
empirisisme(empiricism) mengatakan
bahawa ilmu yang sahih itu diperolehi
melalui penggunaan deria yang lima
ataupun pancaindera.

Fahaman • Jadi ini semua adalah saluran-saluran yang


memberikan kita sensation ataupun sensasi
Empirisisme misalnya sensasi melihat ataupun
mendengar melalui pancaindera kita itu.
Dan bagi golongan empirisis, inilah yang
merupakan sumber ilmu yang sahih, bukan
yang lain-lain, tetapi deria kita yang lima.
sambungan…
Dan pengesahan sesuatu ilmu juga ditentukan
dengan merujuk kepada pengalaman yang kita
perolehi daripada deria kita. Misalnya kalau
ditanya kepada kita, mana awak tahu bahawa
sekarang ini hujan sedang turun di luar sana?
Sedangkan masa itu kita berada di bilik.

Fahaman Jadi untuk mengetahui samada kenyataan itu


benar, kita pergi keluar atau melihat melalui
Empirisisme tingkap, dan lihat samada hujan sedang turun.
Jadi kalau melalui penglihatan kita, kita
nampak hujan turun mencurah-curah. Maka
sudah tentulah kenyataan yang mengatakan
bahawa hari ini hujan sedang turun adalah
benar.
sambungan…
• Pengesahan ilmu itu juga adalah melalui pancaindera
atau penglihatan kita yang menggunakan mata itu ia
merupakan sejenis pancaindera. Jadi di situ kita lihat
bahawa golongan empirisis menekankan akan
peranan pancaindera di dalam penjanaan atau
penghasilan ilmu dan juga di dalam proses
pengesahan ilmu atau kepercayaan itu.

Fahaman • Antara ahli-ahli empirisis yang masyhur di abad ke-


18 dulu di Britain ialah ahli-ahli falsafah seperti John
Empirisisme Locke dan David Hume.
• Rata-rata mereka menganggap bahawa manusia ini
pada masa kelahirannya, masa manusia itu adalah
seorang bayi lagi, mereka lahir ke dunia ini tanpa
apa-apa ilmu pengetahuan.
sambungan…
• dan dengan itu mereka menganggap bahawa keadaan
seorang bayi yang baru lahir itu seperti papan tulis
yang kosong (tabula rasa), yang tidak mengandungi
apa-apa catatan lagi,
• dan hanya melalui pendedahan kepada alam luaran,
yang ditanggapi oleh pancaindera yang lima itu,
maka timbullah ilmu pengetahuan di dalam insan itu
terhadap keadaan di sekelilingnya.
Fahaman • Ia mula mengenali dunia kerana adanya masukan
daripada luar kepada pancaindera atau organ-organ
Empirisisme yang mendirikan derianya itu.
• Itulah penjelasan mereka bagaimana ilmu itu wujud
di dalam seseorang itu, mereka begitu menekankan
akan peranan pancaindera dalam penghasilan ilmu,
ini fahaman empirisis.
• Rasionalisme adalah suatu fahaman mengenai teori ilmu yang
mengatakan bahawa ilmu yang sahih itu diperolehi bukan dengan
penggunaan deria yang lima, bukan daripada aplikasi penggunaan
deria yang lima itu, tetapi sebaliknya ia terbit daripada penggunaan
akal yang rasional.

Fahaman • Sifat akliah di dalam penjanaan teori ilmu inilah yang menjadi asas
dan tonggak bagi fahaman rasionalisme.

Rasionalisme • Berbeza dari empirisisme yang mengatakan bahawa ilmu itu terbit
daripada deria kita yang lima atau penggunaan deria kita yang lima,
teori rasionalisme pula menyangkal pandangan ini dengan
mengatakan bahawa deria kita boleh menipu kita.

• Misalnya kita melihat sesuatu itu tetapi sesuatu yang kita lihat itu
berbeza daripada reality yang sebenarnya. Contohnya kita melihat
sudu yang dimasukkan ke dalam segelas yang berisi air dan kelihatan
seolah-olah sudu itu bengkok di dalam gelas yang berisi air itu.
sambungan…

• Sedangkan hakikatnya sudu itu tidak bengkok, cuma kelihatan


bengkok. Jadi bagi pihak rasionalis mereka mengatakan ini
menunjukkan bahawa deria kita tidak semestinya memberikan
gambaran yang sebenar tentang apa yang terdapat di dalam alam ini.
• Keadaan ini bagi mereka boleh dielakkan atau diperbetulkan dengan
penggunaan akal yang rasional. Akal yang rasional lah yang boleh
Fahaman memberikan kita ilmu dan kebenaran yang sejati.
• Penekanan mereka ini menunjukkan bahawa mereka mementingkan

Rasionalisme akal yang rasional di dalam penghasilan dan juga pengesahan ilmu
itu.
• Umpamanya kita mengkritik dengan secara rasional akan kesilapan
sesuatu teori dan dengan itu membolehkan kita mengemukakan suatu
teori yang betul dan tepat dengan menggunakan hujah-hujah yang
rasional. Jadi ini adalah fahaman rasionalisme.
Tamat

Anda mungkin juga menyukai