Anda di halaman 1dari 19

TEORI

EPISTEMOLOGI 11
Falsafah & Isu Semasa
Kod: HFF225
ALIRAN / FAHAMAN & TEORI
EPISTEMOLOGY
Empirisisme & Rasionalisme

Kandungan
&

Teori-teori berkaitan
• Fahaman ini mengatakan bahawa ilmu yang sahih itu diperolehi
melalui penggunaan deria yang lima ataupun pancaindera

Aliran / • Kita ada deria penglihatan, yang melalui mata kita melihat, dan

Fahaman kita mempunyaideria pendengaran, telinga melaluinya kita


mendengar, dan kita mempunyai deria rasa melaluinya kita
merasakan keenakan makanan misalnya, deria sentuhan di

Empirisisme
mana kita mengetahui samadasesuatu itu pepejal ataupun
benda lembut atau keras melalui sentuhan tangan kita

• Jadi ini semua adalah saluran-saluran yang memberikan kita


sensation ataupun sensasi misalnya s ensasi melihat ataupun
mendengar melalui pancaindera kita itu
• Bagi golongan Empirisis, deria yang merupakan sumber ilmu yang sahih, bukan yang lain-
lain.
• Pengesahan sesuatu ilmu juga ditentukan dengan merujuk kepada pengalaman yang
manusia perolehi daripada deria
• Misalnya kalau ditanya kepada kita, mana awak tahu bahawa sekarang ini hujan sedang
turun di luar sana? Sedangkan masa itu kita berada di bilik. Jadi untuk mengetahui samada
kenyataan itu benar, kita pergi keluar atau melihat melalui tingkap, dan lihat samada hujan
sedang turun. Jadi kalau melalui penglihatan kita, kita nampak hujan turun mencurah-
curah.
• Maka sudah tentulah kenyataan yang mengatakan bahawa hari ini hujan sedang turun
adalah benar.
• Dan ini disahkan melalui pancaindera atau penglihatan kita yang menggunakan mata iaitu
sejenis pancaindera.
• Golongan empirisis menekankan akan peranan pancainderadi
dalam penjanaan atau penghasilan ilmu dan juga di dalam proses
pengesahan ilmu atau kepercayaan itu.

• Antara ahli-ahli empirisis yang masyhur di abad ke-18 dulu di


Britain ialah ahli-ahli falsafah seperti John Locke dan David Hume

• Anggapan sewaktu bayi - dilahirkan ke dunia ini tanpa apa- apa


ilmu pengetahuan dan dianggap sebagai papan tulis yang kosong
(tabula rasa), yang tidak mengandungi apa-apa catatan lagi, dan
hanya melalui pendedahan kepada alam luaran, yang ditanggapi
oleh pancaindera yang lima itu
• Dari sini timbullah ilmu pengetahuan di dalam insan itu terhadap
keadaan di sekelilingnya. Ia mula mengenali dunia kerana adanya
masukan daripada luar kepada pancaindera atau organ-organ yang
mendirikan derianya itu.
TEORI RASIONALISME
• Teori ini berbeza daripada fahaman Empirisisme, walaupun kedua-dua ini
merupakan dua aliran utama dalam teori Epistemologi atau teori ilmu. Kalau
kita lihat dari segi sejarahpun, ini adalah dua teori yang dikemukakan oleh
ahli-ahli falsafah.

• Ikut fahaman ini -ilmu yang sahih itu diperolehi bukan dengan penggunaan
deria yang lima, sebaliknya ia terbit daripada penggunaan akal yang
rasional.

• Misalnya kita melihat sesuatu itu tetapi sesuatu yang kita lihat itu berbeza
daripada realiti yang sebenarnya. Contohnya kita melihat sudu yang
dimasukkan ke dalam segelas yang berisi air dan kelihatan seolah-olah sudu
itu bengkok di dalam gelas yang berisi air itu.
• Hakikatnya sudu itu tidak bengkok, hanya kelihatan bengkok. Jadi bagi pihak rasionalis mereka
mengatakan ini menunjukkan bahawa deria kita tidak semestinya memberikan gambaran yang
sebenar tentang apa yang terdapat di dalam alam ini.

• Keadaan ini bagi mereka boleh dielakkan atau diperbetulkan dengan penggunaan akal yang
rasional.

• Akal yang rasional lah yang boleh memberikan kita ilmu dan kebenaran yang sejati. Penekanan
mereka ini menunjukkan bahawa mereka mementingkan akal yang rasional di dalam penghasilan
dan juga pengesahan ilmu itu

• Umpamanya kita mengkritik dengan secara rasional akan kesilapan sesuatu teori dan dengan itu
membolehkan kita mengemukakan suatu teori yang betul dan tepat dengan menggunakan hujah-
hujah yang rasional. Jadi ini adalah fahaman Rasionalisme.
TEORI KEBENARAN KORESPONDEN
/KESEPADANAN
Di dalam teori ini , apa yang dimaksudkan adalah kebenaran sesuatu pernyataan atau ayat itu adalah
ditentukan oleh samada apa yang dinyatakan oleh ayat atau kenyataan itu adalah sepadan atau serupa
dengan apa yang terdapat di luar sana iaitu hakikat yang terdapat di dalam alam nyata itu

Contohnya, apabila saya membuat satu pernyataan bahawa sekarang ini hujan sedang turun dengan
lebatnya di luar bilik kuliah ini, ayat itu dianggap benar sekiranya hakikatnya adalah sekarang ini hujan
sedang turun di luar bilik kuliah ini.

Tetapi sekiranya ayat yang mengatakan bahawa hujan sedang turun di luar sana tidak bersamaan dengan
hakikat yang terdapat iaitu tidak ada hujan yang turun di luar sana, maka ayat yang menyatakan bahawa
sekarang ini hujan sedang turun di luar sana dianggap palsu.

Jadi di situ kebenaran bergantung kepada samada yang dinyatakan oleh ayat atau pernyataan itu adalah
serupa atau bersamaan dengan hakikat yang terdapat di luar sana seperti yang digambarkan oleh ayat
atau pernyataan itu. Jadi itu yang dimaksudkan dengan teori kebenaran koresponden.
TEORI KOHERENS

• Teori ini merujuk kepada kriteria yang digunakan untuk menentukan samada sesuatu pernyataan itu benar atau palsu.

• Ianya berbeza dengan teori kebenaran koresponden, di mana kebenaran pernyataan itu ditentukan dengan membandingkan apa
yang dinyatakan oleh ayat itu dengan apakah hakikat yang terdapat di luar sana yang digambarkan oleh pernyataan itu

• Kebenaran mengikut teori ini ialah sesuatu pernyataan itu ditentukan bukan dengan membandingkan ayat atau pernyataan itu
dengan hakikat yang terdapat di luar sana, tetapi dengan dengan menghubungkaitkan dan mencari hubungan di antara sesuatu
ayat itu dengan ayat-ayat yang berkaitan dengannya dan melihat samada terdapat konsistensi atapun sebaliknya percanggahan di
antara ayat-ayat tersebut.

• Sekiranya pernyataan itu adalah konsisten/selari/tidak ada percanggahan dengan ayat-ayat yang lain, yang diterima sebagai
benar, maka pernyataan atau ayat itu boleh diterima sebagai benar.
1 2 3 4 5

Di sini kebenaran itu Ayat ini untuk menentukan Jadi, ayat ini, katalah sudah Jadi di sini kenyataan Itu tidak ada percanggahan,
ditentukan bukannya samada ia benar atau palsu, diterima sebagai benar, seperti John adalah kerana jika John-lah yang
dengan membandingkan kriteria yang digunakan di kerana bukti ada pembunuhnya dan melakukan pembunuhan
ayat itu dengan hakikat sini adalah dengan menunjukkan bahawa ada kenyataan cap jarinya itu, sudah tentulah cap
yang terdapat, tetapi membandingkan atau cap jari John terpadat pada terdapat pada senjata yang jarinya terdapat pada
sebaliknya dengan mengaitkan ayat ini dengan senjata yang digunakan. digunakan. senjata yang digunakan.
membandingkan ayat itu ayat-ayat yang lain yang
dengan ayat-ayat yang lain ada hubungan dengannya.
yang berkaitan dengannya Contohnya, ayat atau
dan diterima sebagai benar. pernyataan seperti cap jari
Contohnya, pernyataan John terdapat pada senjata
seperti John adalah yang digunakan di dalam
pembunuh si mati. pembunuhan itu.
Jadi, ayat ini, katalah sudah diterima sebagai benar, kerana bukti ada menunjukkan bahawa ada cap jari John
terpadat pada senjata yang digunakan. Jadi di sini kenyataanbahawa John adalah pembunuhnya dan kenyataan cap
jarinya terdapat pada senjata yang digunakan. Itu tidak ada percanggahan, kerana jika John-lah yang melakukan
pembunuhan itu, sudah tentulah cap jarinya terdapat pada senjata yang digunakan.

Jadi, jika benar bahawa John adalah orang yang terakhir yang dilihat keluar daripada premis tersebut, maka sudah
tentulah kenyataan seperti itu adalah konsisten dan tidak bercanggah dengan ayat yang mengatakan bahawa John
adalah pembunuhnya.

Jadi dengan itu adanya kekonsistenan (consistency) di antara ayat-ayat tersebut, maka kenyataan bahawa John
adalah pembunuh si mati boleh diterima sebagai benar. Jadi itulah yang dimaksudkan dengan eori kebenaran
koherens.
Di dalam teori ini - apa yang penting di sini ialah,
samada sesuatu tindakan yang dilakukan itu yang
berasas kepada konsep-konsep yang digunakan
seperti konsep- konsep di dalam ilmu sains
misalnya, dapat menghasilkan sesuatu yang
praktikal atau yang nyata, dan mempunyai
Teori kegunaan dan sebagainya.
• Maksudnya tindakan yang membawa kepada tindakan yang

Pragmatik berkesan, contohnya, di dalam teori sains seperti teori atom,


untuk mengetahui sesuatu kenyataan yang berhubung dengan
teori atom itu adalah benar atau tidak, maka kita lakukan
eksperimen- eksperimen contohnya, berasaskan kepada teori
tersebut.
• Jika eksperimen-eksperimen itu menghasilkan sesuatu yang
positif, iaitu keputusan yang dihasilkan oleh eksperimen itu
menunjukkan apa yang diramalkan oleh teori itu misalnya adalah
benar, iaitu kita dapat keputusan eksperimen yang
mengesahkannya, maka teori atom itu diterima sebagai benar
• Kebenaran itu adalah kerana ia dapat menghasilkan sesuatu yang
bersesuaian dengan apa yang diramalkan oleh teori itu, ataupun
sekiranyakonsep-konsep teori atom itu dapat menghasilkan
teknologi yang baru yang hanya boleh dihasilkan dengan
penggunaan teori atom misalnya. Jadi, teknologi baru itu adalah
sesuatu yang praktikal dan iaterhasil atas tindakan kita yang
menggunakan konsep atom itu untuk menghasilkan sesuatu
teknologi,misalnya teknologi bom atom, berasaskan kepada teori
atom.
• Kebenaran itu adalah kerana ia dapat menghasilkan sesuatu yang
bersesuaian dengan apa yang diramalkan oleh teori itu, ataupun
sekiranyakonsep-konsep teori atom itu dapat menghasilkan
teknologi yang baru yang hanya boleh dihasilkan dengan
penggunaan teori atom misalnya. Jadi, teknologi baru itu adalah
sesuatu yang praktikal dan iaterhasil atas tindakan kita yang
menggunakan konsep atom itu untuk menghasilkan sesuatu
teknologi,misalnya teknologi bom atom, berasaskan kepada teori
atom.

• Jadi bagaimana untuk menentukannya? Menentukannya dengan


cara samada kesan praktikal teori itu adalah sepertiyang
diramalkan oleh teori, sama juga seperti contoh yang lain yang
mungkin lebih mudah yang bukandalam konteks sains dan
teknologi seperti konsep atau fahaman kita mengenai angina
Teori & Sains

Teori epistemology dan penjanaan ilmu seperti ilmu sains tabi’I, iaitu natural sciences seperti fizik,
kimia dan biologi adalah berkaitan.

Ilmu-ilmu tersebut, ia mengandungi dua sifat epistemology yang utama, iaitu ia bersifat rasionalis
dan juga bersifat empirisis.

Contohnya, apabila kita menjalankan eksperimen, di dalam kajian sains, kita dapati bahawa ini
adalah satu bentuk pemikiran empirisis di mana pembuktian melalui penggunaan deria kita iaitu
deria penglihatan dan sebagainya diguna di dalam proses pencerapan untuk mendapatkan data bagi
menyokong sesuatu teori saintifik itu
• Jadi penggunaan deria di dalam pengutipan data dan membuatcerapan dan
sebagainya, ini adalah contoh penggunaan kaedah empirikal di dalam sains
yang didasarioleh teori epistemology yang beraliran empirisis.

• Hal ini juga boleh dilihat segi sifat-sifat ilmu yang terdapat di dalamilmu
sains iaitu penggunaan kaedah kuantitatif dan kaedah matematik, didapati
bahawa matematik itu adalah suatu ilmu yang dihasilkan melalui pemikiran
yang rasional, dan ini merupakan suatu yang bersifat rasionalis, iaitu
pengaruh epistemology rasionalisme di dalam menghasilkan ilmu sains yang
menggunakan ilmu matematik itu
• Ilmu matematik adalah contoh ilmu yang dihasilkan melalui penggunaan
kaedah rasionalisme itu, iaitu berfikir secara logikal, rasional, tanpa
melibatkan penggunaan deria dalam penghasilan ilmu matematik. Kita lihat
juga di dalam ilmu sains banyak menggunakan ilmu matematik yang
dikaitkan dengan pendekatan rasionalisme. Jadi, itulah hubungannya.
• Terdapat kaitan dengan sejarah sains,walaupun topik
kita adalah mengenai fahaman falsafah dalam bentuk
Kaitan epistemology - nama Revolusi Sains, yang telah
membawa kepada satu perubahan yang agak radikal

Epistemology dan penting di dalam perkembangan sains, di mana


pengaruhnya hingga hari ini dapat dilihat dan terkesan.

dan Revolusi • Perbandingan natara Sains di abad ke-17 dengan sains


Sains Abad sebelumnya, maka kita dapat melihat bahawa sebelum
abad ke-17 sains itu tidak bersifat eksperimental, iaitu
teori-teori di dalam sains tidak dibuktikan
17 kebenarannya atau tidak dapat pengesahan melalui
kajian-kajian eksperimen.
• Ahli-ahli falsafah seperti Plato dan Aristotle mempunyai
fahaman- fahaman mereka yang berbeza tentang apakah sifat
alam tabi’i ini yang sebenarnya. Namun mempunyai
penyokong-penyokongnya yang tersendiri dan tidak ada suatu
teori yang diterima oleh semua pihak.

• Jadi di sini kenapa keadaan ini wujud adalahkerana teori atau


faham Epistemologi yang digunakan adalah berdasarkan kepada
pendekatan atau kaedah rasionalisme, iaitu penghujahan
secara intelektual dan rasional, itu menjadi asas kepada
penerimaan sesuatu teori.

• Sebaliknya di abad ke-17, terdapat perubahan transformasi di


dalam penghasilan ilmu sains, iaitu terdapat kriteria yang kedua
yang digunakan iaitu kaedah eksperimen dan ini
melambangkan atau mencirikan apa yang kita terima tadi
sebagai fahaman Empirisisme di dalam epistemologi.
• Ini bermaksud bahawa di abad ke-17, sains itu berubah daripada suatu ilmu yang dihasilkan
melalui pendekatan rasionalisme semata-mata atau pendekatan rasionalis kepada suatu ilmu
yang mengandungi kedua-dua aliran Epistemologi, iaitu yang bersifat rasionalis dan juga empirisis

• Ini bermakna suatu ilmu yang begitu dipercayai dan begitu kukuh kedudukannya, iaitu ilmu sains,
yang bukan sahaja didasari oleh satu aliran, iaitu rasionalis, tetapi juga bergabung dengan aliran
kedua, iaitu Empirisis

• Dengan adanya penggabungan kaedah rasionalis dan empirisis dalam penghasilan ilmu, maka
kita dapat melihat akan hasilnya di dalam bentuk ilmu sains tabi’i yang diterima umum dan dilihat
akan impak dan hasilnya, iaitu ilmu- ilmu yang diterima dan membuahkan hasil seterusnya dalam
bentuk teknologi moden.
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai