Anda di halaman 1dari 32

KULIAH 6:

EPISTEM OLO
GI
PENGENALAN

DEFINISI EPISTEMOLOGI

TIGA SYARAT ATAUPUN ELEMEN KNOWLEDGE AS JUSTIFIED TRUE

ISI BELIEF

KANDUNGA ALIRAN UTAMA DALAM TEORI EPISTEMOLOGI

N
TEORI KOHERENS, TEORI KORESPONDEN DAN TEORI PRAGMATIK

KAITAN DI ANTARA REVOLUSI SAINS YANG BERLAKU DI ABAD KE-17


DENGAN ALIRAN-ALIRAN UTAMA DI DALAM TEORI EPISTEMOLOGI
• Epistemologi ini adalah cabang falsafah
yang mengkaji tentang teori-teori ilmu
• apakah itu ilmu
• jenis-jenis ilmu

PENGENALA • had/batasan ilmu


• Dan salah satu konsep yang
N dipersetujui oleh ahli-ahli falsafah ialah
konsep justified true belief, singkatnya
JTB (kepercayaan berasas mengenai
sesuatu yang benar).
Perkataan epistemologi berasal daripada perkataan Inggeris

epistemologi adalah sesuatu teori ataupun kajian tentang ilmu (Theory of


knowledge)
DEFINISI
EPISTEM OLO Theoritical study of knowledge ialah satu kajian teoritis tentang ilmu, apakah sifat
ilmu itu dan apakah syarat-syarat yang boleh menjadikan sesuatu itu sebagai

GI
ilmu, khususnya ilmu yang sahih, yang boleh diterima sebagai ilmu yang
mempunyai syarat-syarat yang telah dipenuhi, yang menjadikannya sesuatu yang
berbeza daripada pandangan yang tidak berasas.

Dan apakah batasan-batasan sesuatu ilmu itu seperti yang dikaji oleh Immanuel
Kant sebagai misalnya tentang apa yang kita boleh ketahui dan apa yang kita
tidak boleh ketahui.
• Jadi ini semua berkisar di atas persoalan falsafah tentang
sifat ilmu itu sendiri dan percubaan-percubaan ahli-ahli
epistemologi untuk memberikan jawapan-jawapannya
supaya lebih jelas lagi apakah yang dimaksudkan dengan
ilmu itu dan apakah syarat yang perlu dipenuhi supaya
sesuatu itu boleh diterima sebagai ilmu yang sahih.
JUSTIFIED TRUE BELIEF TIGA SYARAT ATAUPUN
TIGA SYARAT ATAUPUN ELEMEN KNOWLEDGE AS
JUSTIFIED TRUE BELIEF KNOWLEDGE AS JUSTIFIED TRUE
BELIEF

i. Kepercayaan

ii. Kepercayaan mestilah benar

iii.syarat kepercayaan kita itu mestilah


mempunyai justifikasi ataupun berasas.
i.
KEPERCAYAAN

• mempunyai kepercayaan tentang apa yang kita pegang dan percayai


sebagai ilmu itu, misalnya kalau kita merujuk kepada sesuatu teori sains
dan kita anggap teori sains itu sebagai ilmu, maka kita mesti mempunyai
kepercayaan terhadapnya, kita mempercayai, misalnya kita ada ilmu fizik,
ada teori atom, maka kita mesti mempercayai akan teori atom itu, itu satu
syarat, satu kondisi.
• Apa yang kita percayakan itu mestilah
benar misalnya kalau kita percaya akan
teori atom itu, maka teori atom itu
yang mengatakan bahawa benda-
ii. benda bersifat jasad ataupun material
Kepercayaan terdiri daripada atom-atom yang kecil,
zarah-zarah kecil yang dipanggil atom
mestilah yang bergerak, kita mesti mempercayai
dan kepercayaan kita itu mestilah
benar benar.
SAMBUNGAN
KALAU TIDAK BENAR KEPERCAYAAN KITA ITU, MAKA TIDAK MUNGKIN IA
DITERIMA SEBAGAI ILMU.

BAYANGKAN KITA MENERIMA SESUATU ITU YANG PALSU SEBAGAI ILMU, MAKA
APAKAH MARTABAT ILMU JIKA IA MENERIMA KEPALSUAN SEBAGAI ILMU? JADI
SUDAH TENTULAH KITA TIDAK BOLEH MENERIMA KEPALSUAN SEBAGAI
MENJADIKAN SESUATU ILMU ITU. MAKA KERANA ITULAH KITA PERLUKAN
SYARAT YANG MENGATAKAN BAHAWA KEBENARAN MESTI ADA BAGI SESUATU
ITU UNTUK DITERIMA SEBAGAI ILMU, JADI KEPERCAYAAN ITU MESTILAH BENAR.
• Tetapi ini tidak mencukupi kerana hanya dengan mengatakan
bahawa ilmu itu terdiri daripada kepercayaan yang benar, ini
belum lagi menjadikannya ilmu, kerana apa? Kerana mungkin
kita mempunyai kepercayaan tentang sesuatu dan secara
kebetulan kepercayaan kita itu benar. Tetapi kita tidak mahu
mengatakan bahawa dengan itu kita mempunyai ilmu.
• Contoh yang mudah, di dalam peperiksaan ada satu jenis
peperiksaan yang diberi nama peperiksaan objektif ataupun
MCQ multiple choice question, jadi di situ ada soalan dan
kemudian ada pilihan sebagai jawapan. Pilihan seperti A, B, C
dan D.

SAMBUNNGAN • Dan kita diminta untuk memilih jawapan yang benar, ada
empat kemungkinan di situ, dan dari segi kebarangkalian ada
kebarangkalian 0.25 iaitu 25% bagi kita mendapat jawapan
yang benar secara tekaan, by guess work.
• Dan katalah seseorang itu memilih jawapan C, dan secara
kebetulan pula jawapan yang sebenar adalah C. Jadi dia
mempunyai kepercayaan yang benar iaitu dia percaya C adalah
jawapan yang betul dan didapati bahawa memang betul pun
jawapannya C. Tetapi bolehkah kita menganggap bahawa dia
seorang yang berilmu ataupun mengetahui, mempunyai ilmu
tentang apa yang disoalkan itu? Tidak! Kerana dia mendapat
jawapan yang betul dengan secara meneka.
• Jadi di sini kita perlu masukkan satu lagi syarat, iaitu
• iii. syarat kepercayaan kita itu mestilah mempunyai justifikasi
ataupun berasas.
• Itu yang dikatakan tadi justified true belief, iaitu kepercayaan
yang berasas mengenai sesuatu yang benar. Jadi kepercayaan
kita itu bukan kepercayaan buta, tetapi mempunyai asas dan
justifikasi, dan ia benar.
• Barulah lengkap konsepsi ilmu itu, dengan memasukkan
SAMBUNGAN ketiga-tiga elemen tadi.
• Kadangkala dikatakan bahawa ketiga-tiganya itu menjadikan
apa yang dikatakan necessary and sufficient conditions,
bermaksud setiap syarat itu mesti ada, ini menjadikan ia
necessary, maknanya kalau digugurkan mana-mana satu
syarat, maka ia bukan ilmu, iaitu ia tidak memenuhi ketiga-tiga
syarat yang dianggap mesti ada (iaitu necessary).
SAMBUNGAN
• Kemudian ada yang mengatakan bahwa tiga syarat ini sudah
cukup, mencukupi untuk kita menerima sesuatu itu sebagai
ilmu, iaitu selain daripada necessary ia juga sufficient.
Maksudnya, apa yang kita maksudkan bila kita kata sufficient
(memadai), ialah tiga syarat itu sudah memadai.
• Bermaksud bahawa kita tidak perlukan syarat keempat
sebagai tambahan, sudah cukuplah jika kita mengemukakan
tiga syarat itu yang terdiri daripada kepercayaan, kedua
kebenaran dan ketiga berasas ataupun justifikasi. Jadi, ahli-
ahli falsafah telah seolah-olah mempunyai satu persetujuan
ataupun consensus tentang konsepsi ilmu seperti ini iaitu
knowledge as justified true belief.
Terdapat dua aliran utama dalam teori epistemologi
iaitu aliran empirisisme dan aliran rasionalisme

ALIRAN i. Teori ataupun fahaman empirisisme(empiricism)

UTAMA mengatakan bahawa ilmu yang sahih itu diperolehi


melalui penggunaan deria yang lima ataupun
pancaindera.

DALAM TEORI
EPISTEMOLOGI
Kita ada deria penglihatan, yang melalui mata kita
melihat, dan kita mempunyai deria pendengaran,
telinga melaluinya kita mendengar, dan kita mempunyai
deria rasa melaluinya kita merasakan keenakan
makanan misalnya, deria sentuhan di mana kita
mengetahui samada sesuatu itu pepejal ataupun
benda lembut atau keras melalui sentuhan tangan kita.
SAMBUNGAN

Jadi ini semua adalah saluran-saluran yang memberikan kita sensation ataupun
sensasi misalnya sensasi melihat ataupun mendengar melalui pancaindera kita itu.
Dan bagi golongan empirisis, inilah yang merupakan sumber ilmu yang sahih,
bukan yang lain-lain, tetapi deria kita yang lima.

Dan pengesahan sesuatu ilmu juga ditentukan dengan merujuk kepada


pengalaman yang kita perolehi daripada deria kita. Misalnya kalau ditanya kepada
kita, mana awak tahu bahawa sekarang ini hujan sedang turun di luar sana?
Sedangkan masa itu kita berada di bilik.

Jadi untuk mengetahui samada kenyataan itu benar, kita pergi keluar atau melihat
melalui tingkap, dan lihat samada hujan sedang turun. Jadi kalau melalui
penglihatan kita, kita nampak hujan turun mencurah-curah. Maka sudah tentulah
kenyataan yang mengatakan bahawa hari ini hujan sedang turun adalah benar.
SAMBUNGAN
Pengesahan ilmu itu juga adalah melalui pancaindera atau
penglihatan kita yang menggunakan mata itu ia merupakan sejenis
pancaindera. Jadi di situ kita lihat bahawa golongan empirisis
menekankan akan peranan pancaindera di dalam penjanaan atau
penghasilan ilmu dan juga di dalam proses pengesahan ilmu atau
kepercayaan itu.

Antara ahli-ahli empirisis yang masyhur di abad ke-18 dulu di


Britain ialah ahli-ahli falsafah seperti John Locke dan David Hume.

Rata-rata mereka menganggap bahawa manusia ini pada masa


kelahirannya, masa manusia itu adalah seorang bayi lagi, mereka
lahir ke dunia ini tanpa apa-apa ilmu pengetahuan,
• dan dengan itu mereka menganggap bahawa keadaan seorang bayi yang baru lahir itu
seperti papan tulis yang kosong (tabula rasa), yang tidak mengandungi apa-apa catatan lagi,
• dan hanya melalui pendedahan kepada alam luaran, yang ditanggapi oleh pancaindera yang lima
itu, maka timbullah ilmu pengetahuan di dalam insan itu terhadap keadaan di sekelilingnya.
• Ia mula mengenali dunia kerana adanya masukan daripada luar kepada pancaindera atau organ-
organ yang mendirikan derianya itu.
• Itulah penjelasan mereka bagaimana ilmu itu wujud di dalam seseorang itu, mereka begitu
menekankan akan peranan pancaindera dalam penghasilan ilmu, ini fahaman empirisis.
ii. Rasionalisme adalah suatu fahaman mengenai teori ilmu yang mengatakan bahawa ilmu yang sahih
itu diperolehi bukan dengan penggunaan deria yang lima, bukan daripada aplikasi penggunaan deria
yang lima itu, tetapi sebaliknya ia terbit daripada penggunaan akal yang rasional.

Sifat akliah di dalam penjanaan teori ilmu inilah yang menjadi asas dan tonggak bagi fahaman
rasionalisme.

Berbeza dari empirisisme yang mengatakan bahawa ilmu itu terbit daripada deria kita yang lima
atau penggunaan deria kita yang lima, teori rasionalisme pula menyangkal pandangan ini dengan
mengatakan bahawa deria kita boleh menipu kita.

Misalnya kita melihat sesuatu itu tetapi sesuatu yang kita lihat itu berbeza daripada reality yang
sebenarnya. Contohnya kita melihat sudu yang dimasukkan ke dalam segelas yang berisi air dan
kelihatan seolah-olah sudu itu bengkok di dalam gelas yang berisi air itu.
• Sedangkan hakikatnya sudu itu tidak bengkok, cuma kelihatan bengkok. Jadi bagi pihak
rasionalis mereka mengatakan ini menunjukkan bahawa deria kita tidak semestinya
memberikan gambaran yang sebenar tentang apa yang terdapat di dalam alam ini.
• Keadaan ini bagi mereka boleh dielakkan atau diperbetulkan dengan penggunaan akal yang
rasional.Akal yang rasional lah yang boleh memberikan kita ilmu dan kebenaran yang sejati.
• Penekanan mereka ini menunjukkan bahawa mereka mementingkan akal yang rasional di dalam
penghasilan dan juga pengesahan ilmu itu.
• Umpamanya kita mengkritik dengan secara rasional akan kesilapan sesuatu teori dan dengan
itu membolehkan kita mengemukakan suatu teori yang betul dan tepat dengan menggunakan
hujah-hujah yang rasional. Jadi ini adalah fahaman rasionalisme.
TEORI KOHERENS,TEORI KORESPONDEN DAN
TEORI PRAGMATIK
• i.Teori kebenaran koresponden (teori kebenaran kesepadanan).
• Bermaksud kebenaran sesuatu pernyataan atau ayat itu adalah ditentukan oleh samada
apa yang dinyatakan oleh ayat atau kenyataan itu adalah sepadan atau serupa dengan
apa yang terdapat di luar sana iaitu hakikat yang terdapat di dalam alam nyata itu.
• Samada hakikat itu adalah sepertimana yang digambarkan oleh pernyataan itu.
• Contohnya, apabila saya membuat satu pernyataan bahawa sekarang ini hujan sedang turun
dengan lebatnya di luar bilik kuliah ini, ayat itu dianggap benar sekiranya hakikatnya adalah
sekarang ini hujan sedang turun di luar bilik kuliah ini.
• Tetapi sekiranya ayat yang mengatakan bahawa hujan sedang turun di luar sana tidak
bersamaan dengan hakikat yang terdapat iaitu tidak ada hujan yang turun di luar sana, maka
ayat yang menyatakan bahawa sekarang ini hujan sedang turun di luar sana dianggap palsu.
• Jadi di situ kebenaran bergantung kepada samada yang dinyatakan oleh ayat atau pernyataan
itu adalah serupa atau bersamaan dengan hakikat yang terdapat di luar sana seperti yang
digambarkan oleh ayat atau pernyataan itu. Jadi itu yang dimaksudkan dengan teori kebenaran
koresponden.
• ii. Teori kebenaran koherens (keselarasan) ini merujuk kepada kriteria yang digunakan
untuk menentukan samada sesuatu pernyataan itu benar atau palsu.
• Berbeza daripada teori kebenaran koresponden, di mana kebenaran pernyataan itu
ditentukan dengan membandingkan apa yang dinyatakan oleh ayat itu dengan apakah
hakikat yang terdapat di luar sana yang digambarkan oleh pernyataan itu.
• Jika ada kesamaan, maka ayat itu dianggap benar.
• Tetapi di dalam teori koherens, berbeza sedikit, kerana kebenaran sesuatu pernyataan itu ditentukan
bukan dengan membandingkan ayat atau pernyataan itu dengan hakikat yang terdapat di luar sana, tetapi
di sini apa yang dilakukan adalah dengan kita menghubungkaitkan dan mencari hubungan di antara
sesuatu ayat itu dengan ayat-ayat yang berkaitan dengannya dan melihat samada terdapat konsistensi
atapun sebaliknya percanggahan di antara ayat-ayat tersebut.
• Sekiranya pernyataan itu adalah konsisten atau selari ataupun tidak ada percanggahan dengan ayat-ayat
yang lain, yang diterima sebagai benar, maka pernyataan atau ayat itu boleh diterima sebagai benar.
• Di sini kebenaran itu ditentukan bukannya dengan membandingkan ayat itu dengan hakikat yang terdapat,
tetapi sebaliknya dengan membandingkan ayat itu dengan ayat-ayat yang lain yang berkaitan dengannya
dan diterima sebagai benar.
• Contohnya, pernyataan seperti John adalah pembunuh si mati.
• Ayat ini untuk menentukan samada ia benar atau palsu, kriteria yang digunakan di sini adalah dengan
membandingkan atau mengaitkan ayat ini dengan ayat-ayat yang lain yang ada hubungan dengannya.
• Contohnya, ayat atau pernyataan seperti cap jari John terdapat pada senjata yang digunakan di dalam
pembunuhan itu. Jadi, ayat ini, katalah sudah diterima sebagai benar, kerana bukti ada menunjukkan
bahawa ada cap jari John terpadat pada senjata yang digunakan.
• Jadi kita lihat di sini bahawa kenyataan seperti John adalah pembunuhnya dan kenyataan cap jarinya
terdapat pada senjata yang digunakan. Itu tidak ada percanggahan, kerana jika John-lah yang melakukan
pembunuhan itu, sudah tentulah cap jarinya terdapat pada senjata yang digunakan.
• Jadi selaras atau konsisten di antara kedua-dua kenyataan tersebut.
• Satu lagi kenyataan yang berkenaan di sini yang berkaitan ialah kenyataan seperti kenyataan
John adalah orang yang terakhir dilihat keluar daripada tempat kejadian oleh saksi-saksi yang
boleh dipercayai.
• Jadi, jika benar bahawa John adalah orang yang terakhir yang dilihat keluar daripada premis
tersebut, maka sudah tentulah kenyataan seperti itu adalah konsisten dan tidak
bercanggah dengan ayat yang mengatakan bahawa John adalah pembunuhnya.
• Jadi dengan itu adanya kekonsistenan (consistency) di antara ayat-ayat tersebut, maka
kenyataan bahawa John adalah pembunuh si mati boleh diterima sebagai benar. Jadi itulah yang
dimaksudkan dengan eori kebenaran koherens.
SAMBU NGA N

• iii. teori kebenaran pragmatik, apa yang penting di sini ialah, samada sesuatu tindakan yang kita lakukan
itu yang berasas kepada konsep-konsep yang digunakan seperti konsep-konsep di dalam ilmu sains
misalnya, dapat menghasilkan sesuatu yang praktikal atau yang nyata, dan mempunyai kegunaan dan
sebagainya.
• Maksudnya tindakan yang membawa kepada tindakan yang berkesan, contohnya, di dalam teori sains
seperti teori atom, untuk mengetahui sesuatu kenyataan yang berhubung dengan teori atom itu adalah
benar atau tidak, maka kita lakukan eksperimen-eksperimen contohnya, berasaskan kepada teori
tersebut.
• Jika eksperimen-eksperimen itu menghasilkan sesuatu yang positif, iaitu keputusan yang dihasilkan oleh
eksperimen itu menunjukkan apa yang diramalkan oleh teori itu misalnya adalah benar, iaitu kita dapat
keputusan eksperimen yang mengesahkannya, maka teori atom itu diterima sebagai benar.
SAMBU NGA N

• Kebenaran itu adalah kerana ia dapat menghasilkan sesuatu yang bersesuaian dengan apa yang
diramalkan oleh teori itu, ataupun sekiranya konsep-konsep teori atom itu dapat
menghasilkan teknologi yang baru yang hanya boleh dihasilkan dengan penggunaan teori
atom misalnya.
• Jadi, teknologi baru itu adalah sesuatu yang praktikal dan ia terhasil atas tindakan kita yang
menggunakan konsep atom itu untuk menghasilkan sesuatu teknologi, misalnya teknologi bom
atom, berasaskan kepada teori atom.
• Jadi di sini kebenaran teori itu mungkin tidak boleh ditentukan atau disahkan secara
langsung dengan membandingkannya dengan reality, kerana realitinya adalah bersifat
mikroskopik iaitu tidak kelihatan oleh deria kita.
SAMBU NGA N

• Jadi bagaimana untuk menentukannya?


• Menentukannya dengan cara samada kesan praktikal teori itu adalah seperti yang
diramalkan oleh teori, sama juga seperti contoh yang lain yang mungkin lebih mudah
yang bukan dalam konteks sains dan teknologi seperti konsep atau fahaman kita
mengenai angin.
• Apakah yang kita maksudkan dengan angin? Jadi, jika kita terima konsep angin,
maka ia akan membawa kepada suatu jangkaan kesan-kesan angin,

SAMBU NGA N

• Misalnya pokok akan tumbang jika angin kuat, dan sebagainya. Itu menunjukkan
bahawa ada kesan yang nyata hasil daripada penerimaan kita terhadap konsep angin
tadi.
• Dengan itu, maka kita boleh mengesahkan bahawa wujud angin itu kerana kepercayaan
kita akan kewujudan angin itu terbukti dengan nyatanya dengan adanya fenomena
seperti tumbangnya pokok yang ditiup oleh angin ataupun kesan-kesan lain seperti
orang boleh ditolak dengan adanya angin yang kuat dan sebagainya.
• Jadi ini yang dimaksudkan dengan pragmatik iaitu kesan terhadap sesuatu yang nyata
dan praktikal.
KAITAN TEORI EPISTEMOLOGI D AN PENJANAAN
ILMU
• Teori-teori epistemologimempengaruhiproses penjanaanilmu khususnya ilmu-
ilmu seperti ilmu sains tabi’i (natural sciences) dan juga ilmu sains sosial.
• Teori epistemologi mempunyai kaitan dengan penjanaan ilmu seperti ilmu sains tabi’i
iaitu
natural sciences seperti fizik, kimia dan biologi.
SAMBU NGA N

• Ilmu-ilmu tersebut mengandungi dua sifat epistemologi yang utama, iaitu ia bersifat
rasionalis dan juga bersifat empirisis.
• Jadi di sini wujud kaitan antara teori epistemologi, iaitu fahaman rasionalisme dan fahaman
empirisisme dengan ilmu sains tabi’i yang mengandungi ciri-ciri tersebut.
• Contohnya, apabila kita menjalankan eksperimen, di dalam kajian sains, kita dapati bahawa
ini adalah satu bentuk pemikiran empirisis di mana pembuktian melalui penggunaan deria kita
iaitu deria penglihatan dan sebagainya diguna di dalam proses pencerapan untuk mendapatkan
data bagi menyokong sesuatu teori saintifik itu.

SAMBU NGA N

• Jadi penggunaan deria di dalam pengutipan data dan membuat cerapan dan sebagainya, ini adalah contoh
penggunaan kaedah empirikal di dalam sains yang didasari oleh teori epistemologi yang beraliran
empirisis.
• Kalau kita lihat sifat-sifat ilmu yang terdapat di dalam ilmu sains iaitu penggunaan kaedah kuantitatif dan
kaedah matematik, kita lihat bahawa matematik itu adalah suatu ilmu yang dihasilkan melalui pemikiran
yang rasional, dan ini merupakan suatu yang bersifat rasionalis, iaitu pengaruh epistemologi rasionalisme
di dalam menghasilkan ilmu sains yang menggunakan ilmu matematik itu.
• Ilmu matematik adalah contoh ilmu yang dihasilkan melalui penggunaan kaedah rasionalisme itu, iaitu
berfikir secara logikal, rasional, tanpa melibatkan penggunaan deria dalam penghasilan ilmu matematik.
• Kita lihat juga di dalam ilmu sains banyak menggunakan ilmu matematik yang dikaitkan dengan
pendekatan rasionalisme. Jadi, itulah hubungannya.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai