Anda di halaman 1dari 1

NAMA: FATIN SHARIHAH BINTI SHAHALI

NO. MATRIKS: 151025

Sastera rakyat atau Folk literature membawa maksud satu bentuk kesusasteraan yang lahir
dalam kalangan masyarakat Melayu zaman silam yang dikenali sebagai masyarakat
tradisional. Pelbagai takrifan tentang sastera rakyat dalam konteks dunia folklor yang
diberikan oleh sarjana Timur dan Barat. Menurut William Thom, Folklore adalah tradisi lisan
yang tebahagi kepada dua iaitu Folktale dan Folk Performance. Folk yang bermaksud
sekumpulan masyarakat yang berkongsi nilai yang sama. Manakala Lore pula bermaksud
bahan material yang dimiliki oleh masyarakat seperti cerita penglipur lara, mitos, lagenda.
Manakala, performances pula seperti Makyong, Wayang kulit dan banyak lagi. Seorang
sarjana folklore dari Barat, Alan Dundes (1965) pernah membayangkan situasi di mana cerita
lisan atau folklore itu akan sampai kepada khalayak dengan penggunaan teknologi baharu.
Pada pandangan beliau, teknologi itu tidak akan mengubah makna folklore tetapi hanya
mengubah cara penyampaian kepada khalayak generasi baharu sahaja. Fungsi penting folklor
dalam menonjolkan budaya warisan sesuatu bangsa pula dapat dikaitkan dengan aspek
hiburan, pengesahan budaya (cultural legitimacy), dan pemasyarakatan.
Peranan folklore yang pertama ialah,b agi kesusasteraan melayu ia berfungsi untuk memberi
pengajaran. Para sasterawan melalui karya-karya mereka akan memberi pengajaran melalui hasil
karya kesusasteraan mereka yang mana banyak menyingkapkan tentang nilai-nilai murni dalam
kehidupan. Sebagai contoh yang kita dapat lihat ialah Pantun Nasihat dan Seloka Pak Pandir. Karya-
karya ini banyak menjadi rujukan kepada masyarakat dalam kehidupan seharian. Oleh itu, perkara ini
jelas menyebabkan warisan budaya orang Melayu dapat ditonjolkan dengan baik.

Selain itu, folklore juga berkait rapat dengan kemasyarakatan. Di mana, folklore ini banyak
diceritakan di kampong-kampung dan sebagainya. Ia sekali gus mengeratkan hubungan
masyarakat dan juga menyebarkan cerita tersebut ke pelbagai tempat. Fungsi penglipur lara
amat lah besar bagi folklore ini kerana ia menjadi agen penghubung antara masyarakat dan
cerita folklore itu sendiri. Sebagai contoh, penglipur lara akan pergi ke pelbagai kampong
untuk menceritakan pelbagai folklore kepada masyarakat di situ. Justeru, ia sekali gus dapat
menonjolkan warisan budaya sesuatu bangsa, iaitu bangsa Melayu kepada banga bukan
Melayu di setiap kampun atau tempat ia membuat persembahan.
Akhir sekali, Folklor menjadi sangat berfaedah bagi tujuan melihat aspek-aspek budaya tradisional
sesuatu masyarakat. Ia akan berguna untuk diperhatikan bagaimana masyarakat itu menjalani
kehidupan mereka merentasi zaman. Tradisinya memiliki fungsi kawalan sosial, fungsi nilai-nilai
yang mengawal kehidupan anggota masyarakatnya; sebagaimana yang terdapat dalam pantun, syair,
peribahasa, perumpamaan, gurindam, seloka, nazam, pepatah, petitih, perbilangan adat, dan undang-
undang Melayu lama. Oleh itu, ia jelas menunjukkan bahawa folklore ini dapat menonjolkan lagi
warisan budaya sesuatu bangsa.

Kesimpulannya, folklor memainkan perana yang amat pening kepada warisan budaya sesuatu
bangsa. Hal ini demikian kerana, Kekayaan warisan folklor ini dapat menggambarkan akal
minda masyarakat kita dan nilai keagamaan masyarakat sepanjang zaman.

Anda mungkin juga menyukai