Anda di halaman 1dari 9

HKN 204 – Kritikan Sastera, Media dan Budaya

SEMESTER 2, SIDANG AKADEMIK 2021/2022

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

TUGASAN

Dengan merujuk kepada kritikan feminis, huraikan cara citra wanita di bawah
penguasaan patriarki dihadirkan dalam novel Gadis Pantai (2003) karya
Pramoedya Ananta Toer atau kisah Tun Fatimah dan Tun Kudu dalam Sulalatus
Salatin (terbitan 2005) oleh Tun Seri Lanang.

NAMA: FATIN SHARIHAH BINTI SHAHALI

NO. MATRIKS: 151025

NAMA PENYELIA: DR. WAN HASMAH BINTI WAN TEH

1
Isi Kandungan

No. Isi kandungan Muka Surat (m/s)


1. Pengenalan 3–4
2. Isi
 Isi 1 4–5
 Isi 2 5–6

 Isi 3 6–7

 Isi 4 7

3. Kesimpulan 8
4. Rujukan 9

2
1.0 Pengenalan

Gadis Pantai merupakan kisah seorang anak gadis yang lahir di sebuah kampung nelayan
di Jawa Tengah, Kabupaten Rembang, yang kemudian dalam karya ini gadis tersebut.
Suatu hari pada awal abad dua puluh ketika Gadis Pantai berusia empat belas tahun,
seorang utusan pembesar di Keresidenan Jepara Rembang datang merisik tempat
kediaman orang tua Gadis Pantai. Sejak saat itu Gadis Pantai harus meninggalkan semua
yang dikenalnya setelah berkahwin dengan bangsawan itu. Gadis pantai telah dinikahkan
dengan seorang penguasa wilayah setempat yang pada masa itu setiap penguasa residen
disebut dengan Bendoro. Tidak seperti pada umumnya pernikahan, Gadis Pantai ketika
dinikahkan tidak berjumpa langsung dengan calon suaminya sendiri, tetapi dengan
sebilah keris. Sehari setelah menikah, Gadis Pantai akan dibawa ke bandar, iaitu tempat
kediaman Bendoro, penguasa yang telah menikahinya yang belum pernah dilihat seumur
hidupnya. Pramoedya Ananta Toer atau yang nama panggilan Pram adalah salah satu
sasterawan hebat di Indonesia. Beliau telah menghasilkan lebih dari 50 karya dan
diterjemahkan dalam 41 bahasa asing. Beliau juga telah menghasilkan artikel, puisi,
cerpen, dan novel sehingga melambungkan namanya sejajar dengan para sasterawan
dunia. Teori merupakan pegangan kita dalam memperjelaskan tentang sesuatu bidang
ilmu. Feminisme merupakan pendekatan teori yang diperkenalkan oleh masyarakat
barat.Dalam kajian sastera, pendekatan Feminisme bertujuan untuk memahami
peranan,kedudukan dan keterlibatan wanita dalam kesusasteraan. Terdapat pelbagai jenis
kritikan Feminisme dan antara yang paling popular adalah Feminisme Ginokritik yang
dipopularkan oleh Elaine Showalter. Kritikan ini menyusuri peranan wanita sebagai
pembaca (Women as reader and consumer) dan wanita sebagai penulis (women as
writer). Dalam buku Feminisme Dalam Sastera Melayu yang ditulis oleh Siti Khariah
Mohd Zubir pula telah memperlihatakan peranan dan perjuangan golongan wanita dari
pelbagai aspek kehidupan sama ada dari segi pembangunan ekonomi,sosial mahupun
keterlibatan wanita dalam politik negara. Patriarki merupakan sistem di mana lelaki
memegang tampuk kekuasan dan dominan dalam pentadbiran manakala wanita ialah
orang bawahan. Sistem pemerintahan patriarki ini meletakkan lelaki sebagai jalur utama
dalam mewarisi tampuk pemerintahan seperti sistem pemerintahan Korea Utara yang
meletakkan anak lelaki pertama sebagai penguasa seterusnya setelah kematian
pemerintah. Lelaki berkuasa bukan sahaja dari segi politik, tetapi juga moral, dan

3
mempunyai hak keistimewaan dalam perundangan. Terdapat beberapa cara citra wanita
di bawah penguasaan patriarki dihadirkan dalam novel Gadis Pantai (2003).

2.0 Cara citra wanita di bawah penguasaan patriarki dihadirkan dalam novel Gadis
Pantai (2003).
2.1 Citra Wanita yang ditindas dan tidak dihormati oleh kaum lelaki
Cara citra wanita yang pertama yang dihadirkan dalam novel Gdis Pantai ini ialah citra
wanita yang ditindas dan tidak dihormati oleh kaum lelaki. Di dalam novel ini, telah jelas
menunjukkan citra wanita yang ditindas melalui watak utama, Gadis Pantai yang ditindas
oleh . Sebagai contoh:
“"Persetan!" seorang lain lagi mendesis. "Dikiranya kami ini maling
kelaparan dari kampung nelayan?””
(Pramoedya Ananta Toer:2003, 90)
Contoh di atas menunjukkan agus-agus yang menghina Gadis Pantai dengan kata-kata
kesat yang tidak elok apabila mereka dituduh mencuri wang kebajikan rumah walau pun
Gadis Pantai itu merupakan tuan rumah kepada tempat mereka mengaji. Ini telah
membuktikan bahawa wanita kampung sememangnya tidak akan dihormati oleh kaum
bangsawan terutamanya kaum lelaki walau pun mereka mempunyai jawatan yang lebih
tinggi daripada mereka. Selain itu, seorang pengganti kepada mBok, iaitu Mardinah juga
tidak menghormati Gadis Pantai kerana dia menganggap Gadis Pantai ini masih lagi
gadis kampung nelayan yang hina berbanding dirinya yang merupakan gadis bandar.
Sebagai contoh,
“Setidak-tidaknya dia scbangsa kuli.”

(Pramoedya Ananta Toer:2003, 102)

Petikan di atas menunjukkan bahawa pembantu rumah Gadis Pantai sendiri tidak
menghormatinya hanya kerana mereka lahir di persekitaran yang berbeza, iaitu Mardinah
di bandar dan Gadis Pantai di kampung nelayan. Mardinah menghina Gadis Pantai dan
mengatakan bahawa dia itu setaraf sahaja dengan kuli atau orang bawahan. Oleh itu,
jelaslah bahawa terdapat citra wanita yang tidak dihormati oleh kaum lelaki dan wanita
sendiri yang telah dimunculkan dalam novel Gadis Pantai ini.
2.2 Citra Wanita yang dinafikan haknya oleh kaum lelaki

Citra yang seterusnya ialah citra wanita yang dinafikan haknya oleh kaum lelaki. Di
dalam novel ini, pengarang telah melahirkan citra wanita yang dinafikan haknya oleh

4
kaum lelaki melalui watak Gadis Pantai serta bekas isteri Bandero. Hal ini demikian
kerana, kedua-dua isteri Bandero telah dihalau dari rumah setelah mereka melahirkan
anak dan Bandero juga tidak membenarkan Gadis Pantai berjumpa dengan anak yang
lahir dari darah dagingnya sendiri sebaliknya dia menghalaunya keluar dan memberi
pampasan dalam bentuk harta seperti barang kemas, beras dan sebagainya untuk ganti
rugi. Sebagai contoh:

“Lupakan bayimu. Anggap dirimu tak pernah punya anak.”

(Pramoedya Ananta Toer:2003, 115)

Contoh tersebut jelas menunjukkan penafian hak seorang ibu kepada


anaknya yang dibuat oleh Bendoro kepada Gadis Pantai. Bendoro telah menghalau keluar
Gadis Pantai apabila dia selesai melahirkan anak perempuannya dan tidak membenarkan
Gadis Pantai untuk berjumpa atau membawa anaknya pulang ke kampungnya. Perkara
yang sama juga berlaku kepada bekas isteri Bendoro. Keadaan ini jelas menunjukkan
penafian hak bersuara wanita sahaya untuk mempertahankan diri mereka. Maka, jelaslah
bahawa citra wanita yang dinafikan haknya oleh kaum lelaki juga merupakan cara citra
wanita di bawah pemerintahan patriaki diwujudkan dalam novel Gadis Pantai.

2.3 Citra Wanita yang berbeza darjat


Citra yang ketiga ialah citra wanita yang berbeza darjat. Pengarang telah jelas
menunjukkan perbezaan darjat antara golongan bangsawan dan golongan sahaya di
bawah pemerintahan patriaki. Hal ini demikian kerana, kebanyakkan kaum lelaki akan
menghina dan tidak menghormati wanita yang berasal dari kampung atau golongan
sahaya, akan tetapi, mereka akan menghormati dan mendengar kata wanita yang berada
di dalam kalangan orang bangsawan. Sebagai contoh:
“"Aa, mengerti aku sekarang!" dan diteruskan dengan nada menggugat, "mengapa tak
kau taruh dia di kamar dapur? Tidak patut! Tidak patut ! Lihatlah aku. Kau kira patut kau
tempatkan dia di bawah satu atap dengan aku?" "Beribu ampun, Mas Ayu."”
(Pramoedya Ananta Toer:2003, 210)
Contoh di atas jelas menunjukkan citra wanita yang berbeza darjat. Hal ini demikian
kerana, di dalam petikan ini, Bandero menurut kata-kata wanita bangsawan yang bernama
Mas Ayuitu yang menyuruhnya supaya tiada kelibat wanita pun di dalam ruang rumah itu
sewaktu dia datang bertandang walau pun mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan.
Di sini, kita dapat lihat pengarang menulis perbezaan darjat yang berlaku di antara wanita

5
yang mempunyai harta dengan wanita golongan sahaya ini. Betapa besarnya kuasa wanita
bangsawan itu sehinggakan lelaki hebat seperti Bandero juga tunduk kepadanya dan
membuatkan Gadis Pantai tertanya-tanya akan siapakah wanita itu. Justeru itu, jelaslah
bahawa citra wanita di bawah pemerintahan patriaki yang berbeza darjat ini telah
ditonjolkan oleh pengarang di dalam novel Gadis Pantai.
2.4 Citra Wanita yang hidup untuk mengabdikan dirinya kepada lelaki
Citra yang terakhir ialah citra wanita yang hidup untuk mengabdikan dirinya kepada
kaum lelaki. Di dalam novel ini, pengarang telah jelas menunjukkan citra wanita ini
melalui watak utama Gadis Pantai. Hal ini demikian kerana, hampir kesemua watak
wanita di dalam novel itu mengabdikan dirinya kepada lelaki. Sebagai contoh:
“... dia merupakan bagian pengabdian seorang sahaya kepada Bendoro. Dahulu ia dapat
bicara bebas kepada siapapun, bisa menyinggung mastabat Bendero atau siapa saja. Kini
tak dapat ia bicara dengan siapa ia suka.” (:2003, 64)
Contoh di bawah menunjukkan keluhan daripada Gadis Pantai. Petikan ini jelas
menunjukkan bahawa jika seseorang wanita itu menjadi isteri kepada Bendoro, maka
mereka tidak boleh keluar dari kawasan rumah agam tersebut. Mereka juga tidak boleh
menyoal keberadaan suami mereka, serta mereka juga tidak boleh bercakap dengan
sesiapa pun walau pun dengan golongan Bujang atau pembantu rumah. Mereka seakan-
akan dikurungkan di sangkar tanpa bebas terbang ke tempat yang mereka mahu. Selain
itu, martabat wanita di dalam novel ini terus menerus menurun apabila melihat contoh di
bawah.
“...Seorang Bendoro dengan isteri orang kebanyakan tidaklah dianggap sudah beristri,
sekalipun telah beranak selusin. Perkahwinan demikian hanyalah satu latihan buat
perkahwinan sesungguhnya dengan wanita dari karat kebangsawanan yang setingkat...”
(Pramoedya Ananta Toer:2003, 62)
Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Gadis Pantai dan wanita-wanita yang senasib
dengannya, tidak dianggap sebagai seorang isteri kepada Bendoro tersebut dan
perkahwinan mereka hanya satu latihan sahaja kepada golongan Bendoro sebelum
mereka berkahwin dengan golongan setaraf dengan mereka. Keadaan ini jelas
menunjukkan kedudukan wanita kampung atau wanita dari golongan biasa ini di mata
kaum lelaki Bendoro ini. Mereka dilayan seperti boneka yang hanya perlu menurut apa
sahaja suami mereka kata dan mereka juga dilarang untuk melawan. Jika mereka
melawan, suami mereka akan menggunakan sentimen keagamaan untuk membetulkan
perkara salah yang telah mereka lakukan. Justeru itu, jelaslah bahawa cara citra wanita
6
yang mengabdikan hidupnya kepada kaum lelaki ini merupakan salah satu cara citra
wanita di bawah pemerintahan patriaki yang dilahirkan oleh pengarang di dalam novel
Gadis Pantai.

3.0

7
3.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, novel Gadis Pantai ini merupakan sebuah novel feminisme yang
menunjukkan ketidakadilan yang berlaku pada kaum wanita di Indonesia. Novel ini
merupakan novel inspirasi penulis kepada kisah neneknya. Namun begitu, pengarang
tidak dapat menulis watak Gadis Pantai ini dengan baik dan hanya membiarkan watak
utama menjadi lemah dari mula hingga ke akhir penceritaan. Perkara ini jelas
menunjukkan bahawa pengarang tidak memahami dan tidak mengalami peristiwa seperti
di dalam novel tersebut kerana gender pengarang itu adalah lelaki. Di dalam novel itu
juga, pengarang telah menunjukkan kekuasaan seorang lelaki sehinggakan seorang pun
wanita tidak dapat melawan kata mereka. Menurut Norhayati Binti Ab. Rahman (2005),
salah satu kelebihan karya-karya penulis wanita ialah karya mereka lebih peka kepada
pengalaman dan identiti diri wanita itu sendiri sama ada baik yang bersifat biologi,
psikologi, budaya, mahupun bahasa wanita. Hal ini demikian kerana penulisan mereka
dikatakan sepenuhnya berpusat kepada wanita (women centered). Maka, mereka
mempunyai kebebasan untuk melukiskan segala aspek kewanitaan yang berpaksi kepada
pengalaman mereka sebagai unsur utama dalam karya. Oleh itu, setiap pengarang
terutamanya pengarang lelaki perlu cakna akan isu feminisme ini. Hal ini kerana, isu ini
perlu dipandang pada sudut positif dan bukannya negatif seperti tanggapan masyarakat
lain. Teori ini muncul kerana ingin memperjuangkan hak-hak wanita seperti hak dalam
pendidikan, dalam pekerjaan dan sebagainya. Walaupun zaman kini telah berubah,
namun, wanita di seluruh dunia masih bertungkus-lumus dalam memperjuangkan hak
mereka.

8
4.0 Rujukan
1. Pramoedya Ananta Toer. (2003). Gadis Pantai. Indonesia: Lentera Dipantara.
2. Yan Ming & Fan Qi. (2012). Kritikan Feminis dalam Kesusasteraan Timur dan Barat: Satu
Perbandingan. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 3(2), 119 – 129. Retrieved
on 10 Jun 2022 from
http://journalarticle.ukm.my/6308/1/J.Terjemahan_32_JUN_201208new.pdf8.pdf
3. Saravanan P. Veeramuthu. (2018). Perempuan Serpihan Malam: Naratif Pengalaman Di
Landskap Kehidupan. Journal of Education and Social Sciences, 11(1), . Retrieved on 25
May 2022 from https://www.jesoc.com/wp-content/uploads/2019/01/JESOC-
KC11_206.pdf
4. Mana Sikana. (2021, October 24). Sastera Feminisme martabatkan wanita. Sinar Harian
Online. Retrieved on 28 Mei 2022 from
https://www.sinarharian.com.my/article/168479/KHAS/Pendapat/Sastera-feminisme-
martabatkan-wanita

Anda mungkin juga menyukai