Anda di halaman 1dari 6

1) PUNCA KERUNTUHAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR IPT

Ingin mencuba sesuatu yang baru.

Hal ini dapat memberikan suatu kepuasan apabila merasakan sesuatu yang baru itu
menyeronokkan dan seterusnya akan melakukan perkara tersebut berulang kali.Oleh
yang demikian akan menyebabkan mereka ini terlibat dalam gejala sosial. Perkara ini
boleh ditonjolkan oleh seseorang yang berada dalam keemosian iaitu mungkin mereka
yang berada dalam kesusahan atau menghadapi masalah yang kritikal.Mereka akan
melakukan perkara seperti merokok,menghisap dadah,berfoya-foya di kelab malam dan
sebagainya akibat ingin melepaskan stress.

Kejutan budaya.

Budaya ini sering terjadi apabila mahasiswa yang berasal dari kampung yang jauh
di pedalaman dan seterusnya berada jauh daripada ibu bapa.Ini akan individu tersebut
mudah terhasut dengan kawan-kawan dari bandar. Hal ini kerana mereka seolah-olah
telah bertukar fikiran ke arah perkara yang mereka tidak biasa lakukan sewaktu berada di
kampung dahulu seperti cara pemakaian, personaliti dan juga tingkah laku serta bahasa
pertuturan yang digunakan di kolej IPT.

Kurangnya pemantauan daripada ibu bapa.


Apabila ibubapa tidak memainkan peranan mereka sebagai pendidik, maka anak
mereka pun lebih mudah untuk terjerumus ke lembah yang tidak elok kerana mereka
tidak dibimbing dengan cara yang betul. Ibubapa sepatutnya memberikan nasihat yang
baik dan menjadi contoh teladan kepada anak-anak mereka dengan cara yang betul dan
bermanfaat.
Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya.
Perkara ini sering berlaku kerana berkawan dengan rakan yang berkelakuan
negatif.Rakan rakan yang sedemikian akan sering mencabar individu tersebut dalam
melakukan perkara yang negatif ini.Hal ini boleh menyebabkan pelajar tersebut akan
berasa tercabar dan sekaligus akan terikut dengan budaya negatif seperti
merokok,menghisap dadah dan bergejala sumbang.

Pengaruh media massa


Media massa merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian
remaja dan ia banyak memberikan kebaikan seperti dapat mencari
maklumat di hujung jari, tetapi juga boleh mempengaruhi seseorang
terutamanya golongan remaja ke arah negatif secara diam. Cerita -cerita
yang berunsurkan keganasan atau seks sebegini dapat mempengaruhi
dan merangsang remaja untuk meniru aksi -aksi negatif itu, dan
hasilnya, keruntuhan akhlak remaja semakin menjadi -jadi.

Terlalu leka dengan hiburan dunia

Ini akibat daripada mahasiswa yang hendak berfoya-foya dengan mengunakkan


wang ringgit yang telah diberikan oleh ibu bapa mereka untuk pergi ke kelab
malam untuk melepaskan segala tekanan stress yang dihdapi di universiti.
2)Bukti dan Pencerahan Keruntuhan Akhlak Dalam Kalangan Pelajar IPT

Para Siswi ingin mencuba


berkelakuan seperti lelaki untuk
merokok di kawasan kampus

Para Siswa merempit di luar


kampus

CENSORED

Penyalahgunaan dadah yang


dibawa ke pusat pengajian
3)Kesan keruntuhan akhlak terhadap pelajar IPT

Dipandang hina oleh masyarakat

Individu akan dipandang hina oleh masyarakat sekeliling kerana perbuatan mereka, masyarakat
tidak lagi menyanjung akhlak dan keperibadian individu berkenaan. Masyarakat akan sering
memperkatakan tentang perbuatan yang telah dilakukan oleh beliau.

Hilangnya pegangan dan kepercayaan terhadap agama

Disebabkan oleh perbuatan yang dilakukan oleh individidu berkenaan, pegangan agamanya akan
semakin menipis. Kepercayaan terhadap illahi serta ketakutan dalam melakukan perbuatan yang
dilarang oleh Allah akan semakin menipis. Tiada lagi wujud perasaan takut terhadap balasan
yang akan diterima atas perbuatan yang dilakukan dan kemurkaan Allah disebabkan terhadap
perbuatan berkenaan.

Wujudnya tekanan perasaan dan emosi

Individu yang melakukan zina contohnya akan sentiasa mengalami tekanan perasaan dan emosi
dan pastinya tidak wujud kedamaian didalam hati mereka. Emosi mereka akan sentiasa berada
dalam keadaan yang tidak stabil dan tekanan pastinya wujud terutamanya dari keluarga dan
masyarakat.

Kadar penyakit bahaya semakin tinggi

Pelbagai penyakit juga pasti akan wujud dan menular kiranya remaja pada hari ini tidak tahu
menjaga akhlak mereka. Penyakit berjangkit dan merbahaya serti AIDS, Hepetetis B, Kanser dan
sebagainya akan mudah merebak. Mereka yang terlibat dalam gejala dadah pasti akan mudah
mendapat penyakit HIV, dan begitu juga mereka yang mengamalkan perbuatan homoseksual dan
meminum arak akan mengundang pelbagai penyakit yang merbahaya.
Masyarakat akan sentiasa bersangka buruk

Masyarakat akan sentiasa berprasangaka buruk terhadap individu berkenaan. Tidak wujud lagi
kepercayaan dalam masyarakat terhadap individu berkenaan. Ke mana saja serta apa yang
dilakukan oleh individu berkenaan akan sentiasa dicurigai dan wujudnya satu prasangka yang
buruk terhadap individu berkenaan.

4)Cara-cara menangani masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar IPT

Mendekatkan diri kepada Tuhan

Individu tersebut perlulah sering melakukan perkara serta ibadah yang boleh mendekatkan diri
kepada tuhan seperti solat,zikir dan membaca Al-Quran.Hal ini dapat menimbulkan rasa
keinsafan dan rendahdiri.Disamping itu, dapat mengelakkan diri daripada sebarang gejala
negative atau masalah disiplin.

Mengamalkan cara hidup yang sihat

Individu hendaklah melakukan aktiviti yang dapat meluangkan masa dengan melakukan perkara
yang berfaedah seperti beriadah bersama keluarga atau rakan-rakan.Selain itu,individu boleh
mengamalkan cara pemakanan yang sihat agar hal ini boleh menjamin fizikal dan mental yang
berkualiti serta menghindarkan diri daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti najis
dadah,seks bebas dan sebagainya.

Mendapatkan dorongan serta nasihat

Individu janganlah berasa malu dalam berkongsi masalah yang dihadapi.Hal ini boleh dielakkan
dengan meluahkan segala masalah kepada Ibu bapa,rakan-rakan serta pihak kaunseling. Pihak-
pihak yang demikian akan memberi dorongan serta nasihat kepada individu yang bermasalah dan
sekaligus dapat mengurangkan tekanan serta dalam hidup individu.Oleh itu,individu berkenaan
dapat melahirkan keyakinan diri dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Anda mungkin juga menyukai