Anda di halaman 1dari 3

Cara Mengatasi Kesan Teknologi Moden

Tanpa kita sedar sebenarnya dunia yang hanya sementara ini terlalu pantas untuk kita kecapi
kemodenannya. Gaya hidup kini nyata telah berubah dari semasa ke semasa. Percakapan, gaya
hidup dan sosial dalam masyarakat kini nyata telah berubah dengan wujudnya peranti-peranti
komunikasi seperti telefon dan tablet dalam kehidupan seharian mereka. Hasil daripada teknologi
sebeginilah telah merubah landskap kehidupan kita terutamanya pergaulan seharian.
Anak muda masa kini lebih terdedah kepada kepada aplikasi-aplikasi yang membawa mereka
jauh daripada dunia sebenar. Seharian hidup menggunakan gajet-gajet untuk melakukan aktiviti
seharian amat sukar untuk dihindari. Dengan menawarkan aplikasi-aplikasi menarik, golongan
remaja masa kini sukar untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga. Sesetengah
daripada ibu bapa mereka juga terdedah kepada teknologi tetapi mereka masih boleh simpulkan
sebagai golongan minority dalam melayari alam teknologi moden kini.
Mari kita memperhalusi dan lihat dalam konteks yang berbeza tentang bagaimana cara untuk
menangkis kesan teknologi moden ini dalam kehidupan kita. Sebenarnya teknologi moden ini
cukup bermanfaat jika kita menggunakannya dengan penuh berhemah. Malah, teknologi moden
ini jugalah telah membawa kita ke suatu dimensi yang baru dimana pelbagai ciptaan wujud untuk
memudahkan kerja seharian kita. Penemuan penawar penyakit misalnya adalah contoh terbaik
hasil daripada teknologi moden. Tetapi kita perlu sedar, disebalik faedah teknologi ini
tersembunyinya impak negatif yang membawa kesan yang boleh menjejaskan kehidupan kita
sebagai umat manusia. Dengan memiliki niat-niat tertentu, baik mahupun buruk mereka tidak
terkecuali dalam memanipulasikan teknologi moden itu sebagai suatu medium untuk
menghilangkan sifat-sifat kemanusiaan. Justeru itu, kita seharusnya peka dalam menangani
implikasi teknologi moden ini bagi menghindarkan diri dari terus terjerumus kedalam dunia
gelap pemodenan. Dengan ini terdapat garis panduan dan cara untuk kita mengatasi kesan buruk
teknologi moden.

Dalam melayari arus pemodenan ini, kita haruslah berbalik kepada agama Islam itu sendiri
dimana mengajar kita untuk menjadi umat yang tinggi akhlak dan peribadinya. Elemen-elemen
Islam perlulah kita tonjolkan supaya akhlak atau budaya hidup umat manusia seiring dengan
perkembangan teknologi moden itu sendiri. Terdapat beberapa contoh nilai yang harus kita
terapkan kedalam generasi masyarakat sekarang seperti :
1. Nilai Moral
Nilai moral merupakan antara nilai yang terpenting dalam menghasilkan masyarakat yang
berwibawa dan cerdas. Nilai asas sebegini memainkan peranan yang penting dalam
memperjuangkan kebenaran dan nilai ini haruslah dipertingkatkan di dalam masyarakat dewasa
kini. Dengan sifat sebeginilah masyarakat akan mudah terdidik untuk membezakan keburukan
dan kebaikan teknologi dalam kehidupan seharian mereka
2. Nilai Kerohanian
Nilai ini merupakan elemen terpenting dalam membentuk masyarakat yang gemilang dalam
menongkah arus pemodenan teknologi pada masa kini. Ianya menjadi benteng yang ulung bagi
membina kekuatan, ketahanan dan peribadi seseorang. Masyarakat pada hari ini seharusnya tahu
akan kesan teknologi moden boleh membawa kemudaratan jika tidak membendung akan
penggunaannya. Justeru itu, jika masyarakat dapat mnyerapkan nilai ini kedalam kehidupan
mereka tidak mustahil Malaysia mampu untuk menghasilkan masyarakat yang dipandang tinggi
oleh mata masyarakat dunia.
3. Nilai Murni
Nilai murni yang baik dapat membina keharmonian dan menguatkan lagi pembangunan individu
serta masyarakat. Kejujuran, kesetiaan dan keadilan merupakan nilai penting dalam memupuk
masyarakat menjadi modal insan yang berjaya. Masyarakat seharusnya tahu hak-hak penggunaan
laman web sebagai medium untuk menyebarkan berita. Justeru jika mereka terdidik dengan nilai
ini mereka sedar apakah berita yang disebarkan itu menambah nilai murni kepada masyarakat
ataupun sebaliknya.

Anda mungkin juga menyukai