Anda di halaman 1dari 5

PENGARUH KEPADA MEDIA MASSA DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Budaya secara umumnya merujuk kepada cara hidup dan kebiasaan sesuatu masyarakat
merangkumi adat, kebiasaan, peraturan serta nilai-nilai hidup yang diamalkan sama ada
yang sudah mengalami perbauran dengan nilai asing atau yang masih kekal semula jadi. 1

Budaya barat pula sering kali dikaitkan dengan kebudayaan yang bersifat negatif, seperti
fahaman budaya tanding termasuk seks bebas, dadah dan alkohol. Tidak ketinggalan juga
fahaman atau pengaruh yang datang daripada media massa dan teknologi maklumat.

Perubahan-perubahan yang berlaku kini amat dirasai di mana dunia didedahkan dengan
pelbagai penemuan baru dan antara yang terkini dan tercanggih adalah dunia tanpa
sempadan.2 Dalam era globalisasi ini, media massa adalah medium bagi masyarakat kini
untuk berhubung, mencari maklumat, menyebar maklumat dan lain-lain sekali gus bertindak
sebagai alat aplikasi yang perlu disemak setiap hari. Media massa terbahagi kepada dua iaitu
media cetak seperti risalah, majalah dan akhbar manakala media elektronik pula seperti
internet, televisyen dan radio.

Media massa merupakan penyumbang utama kepada keruntuhan moral di kalangan belia.
Belia kini lebih mudah terjerumus dengan elemen budaya Barat berbanding budaya Timur
kerana beranggapan bahawa budaya Timur adalah sesuatu yang kolot. Manakala, budaya
Barat serba moden dan canggih melalui sistem langit terbuka.

Risalah, majalah dan akhbar adalah alat yang sama cara penerbitannya cuma mempunyai
perbezaan dari segi format, isi modal bacaan juga cara penulisan yang menarik minat

1 Sobri Sudin, M. H. (2002). Globalisasi & Budaya Politik di Malaysia. Penerbit@uum.edu.my.

2Mohd Azizuddin Mohd Sani, M. J. (2004). Globalisasi Dalam Perspektif : Isu dan Cabaram. Selangor Darul
Ehsan: IBS BUKU SDN BHD.
pembaca. Medium seperti ini sudah semakin kurang digunakan kerana timbulnya teknologi
baru yang memudahkan penyebaran dan penerimaan maklumat dengan pantas.

Antara salah satu alat media elektronik adalah internet. Internet merupakan satu instrumen
yang mempunyai kesan serampang dua mata. Dari satu aspek internet meluaskan ruang
untuk pengetahuan dan interaksi. Dari aspek lain pula internet boleh menjadi satu media
ancaman kepada pelbagai bidang kehidupan manusia. Internet merupakan satu teknologi
komunikasi yang membentuk perhubungan global melalui rangkaian-rangkaian berkomputer
(DeFleur & Dennis, 1998).3 Televisyen pula merupakan alat elektronik yang memaparkan
segala pengetahuan, iklan-iklan dan juga rancangan-rancangan yang menarik. Manakala,
radio ialah alat instrumen yang membekalkan maklumat tanpa perlu melihat tetapi perlu
fokus didengari.

Namun, masyarakat kini lebih banyak mendedahkan diri kepada internet berbanding media
lain. Pengguna internet semakin ramai dan semakin berleluasa terutamanya di kalangan
golongan terpelajar. Keupayaan internet menjangkau khalayak yang luas tidak dinafikan.4
Pengaruh yang datang daripada Internet juga banyak dan memberikan kesan maksima
dalam hidup individu tersebut.

Program-program televisyen khasnya, lebih mementingkan hiburan daripada maklumat.


Tayangan-tayangan filem Barat sebagai contohnya telah menolak unsur-unsur ketimuran
yang sebati dalam jiwa masyarakat. Adegan-adegan lucah hanyalah sebagai halwa mata
bagi mereka. Media boleh menjatuhkan dan menaikkan populariti seseorang dengan mudah
sekali. Sebagai contohnya, dalam rancangan realiti ‘American Idol’, bagaimana mudahnya

3Mohd Azizuddin Mohd Sani, M. J. (2004). Globalisasi Dalam Perspektif : Isu dan Cabaran. Selangor Darul Ehsan:
IBS BUKU SDN BHD.

4Mohd Azizuddin Mohd Sani, M. J. (2004). Globalisasi Dalam Perspektif : Isu dan Cabaran. Selangor Darul Ehsan:
IBS BUKU SDN BHD.
media menaikkan nama seseorang daripada tidak terkenal kepada seseorang selebriti yang
mempunyai pendapatan berjuta-juta setahun.

Tambahan, rancangan seperti BBC dalam penyebaran yang lebih mementingkan elemen
Barat atau dunia Inggeris di mata dunia antarabangsa berbanding dengan rancangan
tempatan kerana unsur-unsur yang didedahkan menarik minta pendengar.

Melalui majalah-majalah pula, artis-artis tempatan atau Barat menjadi contoh atau idola
kepada masyarakat untuk diikuti. Kandungan majalah dan gambar-gambar yang
memaparkan unsur pendedahan aurat yang keterlaluan serta menjolok mata semata-mata
untuk mengaut keuntungan yang maksimum yang boleh merosakkan minda para remaja.

Walaupun begitu, harus diakui bahawa dunia Barat dijadikan sebagai referensi dalam
mengembangkan ilmu pengetahuan dan teknologi. Barat dianggap mampu menyajikan
berbagai-bagai pertemuan baru secara dinamik dan varian sehingga memberikan
sumbangan yang besar terhadap sains dan teknologi moden. 5

Kebaikan dan keburukan pengaruh Barat terhadap media massa dan teknologi
maklumat

Kebaikan Keburukan
 Memudahkan penyebaran dan  Terlalu banyak maklumat sehingga
penerimaan maklumat dengan pantas tidak tahu yang mana maklumat atau
berita yang sahih.
 Memudahkan perhubungan antara  Tidak menapis adegan-adegan yang

5Prof. Dr. Mujamil Qomar, M. (n.d.). Epistemologi Pendidikan Islam dari Metode Rasional hingga Meteode Kritik.
Jakarta, Indonesia: Erlangga.
dua individu atau lebih. tidak sesuai ditonton oleh khalayak
umum.
 Dapat mengikuti perkembangan dan  Penyalahgunaan internet kepada hal-
penggunaan teknologi terkini hal yang boleh merosakkan minda
dan akidah
 Melahirkan masyarakat yang peka  Elemen ketimuran semakin
terhadap keadaan semasa. ditinggalkan.

Secara kesimpulannya, hegemoni atau pengaruh Barat dilihat membawa banyak keburukan
kepada negara Timur. Ia mempengaruhi negara Timur sedikit demi sedikit. Bahkan, ia
membawa elemen keinggerisan kepada negara Timur dan berkemungkinan akan menguasai
kembali negara ini. Selain itu, Barat mempunyai ideologi untuk merosakkan masyarakat
dunia sama ada dari segi sosial, politik mahupun ekonomi. Justeru, budaya Barat mulai
meresap dalam jiwa remaja. Barat lebih tertumpu dan fokus kepada remaja kini. Pengaruh
media massa yang dibawa oleh Barat menyentuh banyak dalam pergaulan bebas antara
lelaki dan perempuan. Mereka mudah untuk bergaul secara bebas walau hanya
menggunakan medium Internet atau aplikasi sosial untuk berhubung. Hal yang sedemikian
memuncakkan lagi tahap keberanian dan berkeinginan mencuba perkara baru seperti
mengenali orang asing dan tidak tahu usul-asalnya namun terus mempercayai individu
tersebut tanpa soal selidik.

Bibliography
(n.d.). Retrieved from http://documents.tips/documents/assignment-tamadun-islam-titas-hegemoni-
dan-globalisasi-barat.html#.

Mohd Azizuddin Mohd Sani, M. J. (2004). Globalisasi Dalam Perspektif : Isu dan Cabaram. Selangor
Darul Ehsan: IBS BUKU SDN BHD.

Prof. Dr. Mujamil Qomar, M. (n.d.). Epistemologi Pendidikan Islam dari Metode Rasional hingga
Meteode Kritik. Jakarta, Indonesia: Erlangga.

Sobri Sudin, M. H. (2002). Globalisasi & Budaya Politik di Malaysia. Penerbit@uum.edu.my.


Internet
http://documents.tips/documents/assignment-tamadun-islam-titas-hegemoni-dan-globalisasi
barat.html# (7/10/2016)

Anda mungkin juga menyukai