Anda di halaman 1dari 29

FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI

FALSAFAH ILMU ( HNF3012 )


SEMESTER 1 : 2017/2018
________________________________________________________
TAJUK
( SEJARAH PERKEMBANGAN FALSAFAH ILMU )
________________________________________________________

KUMPULAN DUA ( 2 )

NAMA AHLI KUMPULAN :


1. MOHAMMAD. SHAHIR BIN MOHAMMAD RAMLI
( D20171076435 )

2. NUR ATHIRAH LIM BINTI ABDULLAH


( D20171079616 )

3. SITI RAHMAH BINTI MOHD. YUSOFF


( D20171076404 )

4. ZAFIRAH BINTI RAHMAT


( D20171076403 )

NAMA PENSYARAH
MUHAMMAD HASBI BIN ABDUL RAHMAN
SEKAPUR SIREH

‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬.......

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, dengan limpah kurnia dan izinnya, dapat kami menyiapkan
tugasan yang diberikan. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada En.
Muhammad Hasbi bin Abdul Rahman selaku pensyarah Falsafah Ilmu ( HNF3012 ) kerana
banyak membantu dan memberikan tunjuk ajar bagi memudahkan lagi untuk kami
menyelesaikan tugasan yang diberi.

Banyak dugaan dan cabaran yang kami hadapi untuk menyiapkan tugasan ini. Namun
dengan bantuan dan sokongan rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberikan motivasi,
bimbingan serta perkongsian maklumat secara berterusan juga banyak membantu dalam
menyiapkan tugasan ini.

Jutaan terima kasih juga kepada keluarga tersayang iaitu suami dan anak-anak serta
ibu bapa yang tidak jemu memberikan sokongan serta iringan doa agar kami tidak mudah
patah semangat serta jemu dalam meneruskan perjuangan dalam pembelajaran ini.Semoga
Allah jua yang membalasnya dengan kebaikan.

Sekian, terima kasih


ISI KANDUNGAN

SEJARAH PERKEMBANGAN FALSAFAH ILMU


SEKAPUR SIREH
1. PENDAHULUAN 1
1.1. Makna Sejarah 1–2
1.2. Garis Masa Sejarah Manusia 2–3

2. SEJARAH FALSAFAH BARAT 3-4


2.1. Peringkat Awal ( 600 SM – 300 M ) 4
2.1.1. Zaman Pra Yunani Kuno 4
2.1.2. Zaman Yunani Kuno 4 -5
2.1.3. Zaman Keemasan Yunani 5
2.1.4. Zaman Helinistis Romawi 5-6

2.2. Zaman Pertengahan ( 400 – 1500 M ) 6


2.2.1 Zaman Paderi ( abad 4 – 9 M ) 6-7
2.2.2 Zaman Skolastikisme ( abad 10 – 13 M ) 7
2.2.3 Zaman Kebangkitan Pemikiran Averoisme ( abad 13 M ) 7-8
2.2.4 Zaman Renaissance ( 1400 – 1600 M ) 8–9

2.3. Zaman Moden 9 – 10

2.4. Zaman Kontemporari ( abad 20 dan seterusnya ) 10 – 11

2.5. Tokoh Falsafah Barat 11 - 13

3. SEJARAH FALSAFAH TIMUR


3.1. Sejarah Falsafah Cina 13
3.1.1. Ciri-ciri Falsafah Cina 13 - 14
3.1.2. Perkembangan Falsafah Cina 14 – 15
3.1.3. Tokoh Falsafah Cina 15 - 17

3.2 Sejarah Falsafah India 17


3.2.1. Aliran dan Sub Aliran 17 - 20
3.2.2. Perkembangan Falsafah India 20

4. SEJARAH FALSAFAH ISLAM 20 – 22


4.1 Tokoh Falsafah Islam 23 - 25

5. KESIMPULAN 25

BIBLIOGRAFI
SEJARAH PERKEMBANGAN FALSAFAH ILMU

1.0 PENDAHULUAN

Falsafah ilmu tidak bermula dari sifar. Ia bermula dari satu titik permulaan sehigga
bercambah dan bersambung, sesuai dengan perkembangan dan kesesuaian pada masa
berkenaan. Kajian ini akan menceritakan sejarah perkembangan ilmu falsafah dalam empat
tradisi utama di dunia iaitu dari falsafah Barat, falsafah India, falsafah Cina dan falsafah
Islam. Perkembangan ini amat penting untuk melihat sejarah kelahiran dan perkembangan
ilmu falsafah secara holistic atau menyeluruh agar analisis seimbang mampu di hasilkan
dengan tidak hanya melihat falsafah itu semata- mata produk Yunani kuno dan
dikembangkan oleh Barat moden. Kesannya peranan dan sumbangan tokoh-tokoh falsafah
klasik dalam tradisi India, Cina dan Islam telah secara sengaja atau tidak sengaja
ditenggelamkan dan hilang daripada rekod perbincangan mengenai falsafah dan
ketamadunan. Dari kesemua tradisi sejarah yang telah dinyatakan di atas, tradisi sejarah
falsafat Barat dapat dilihat paling banyak mempengaruhi perkembangan ilmu falsafah moden
sebagaimana yang kita kenal sekarang ini.

Sebagai pendahuluan, makna sejarah dan garis masa sejarah manusia akan disingkap
secara ringkas . Seterusnya kajian ini akan menganalisis dan merungkai sejarah
perkembangan falsafah menurut keemat-empat falsafah dari Negara Barat, Negara India,
Negara Cina dan Negara Islam .

1.1 Makna Sejarah

Sejarah ialah penafsiran tentang peristiwa masyarakat dan tamadun lepas. Istilah sejarah
berasal daripada Bahasa Arab “syajarah” yang bererti pohon atau pokok kerana konsep
sejarah berkait dengan salasilah keluarga yang berbentuk akar pokok. Istilah ini dipadankan
dengan istilah inggeris history yang berasal daripada bahasa Greek historia, “satu cerita
tentang seseorang,” dan berkongsi etimologi dengan kata inggeris story. 1911(Encyclopedia
Britannica) menyatakan bahawa sejarah dengan maksud lebih luas ialah semua yang telah
berlaku, bukan hanya semua fenomena kehidupan manusia, tetapi juga tentang dunia
semulajadi. Segala yang mengalami perubahan , seperti yang di tunjukkan oleh sains moden
bahawa tidak ada yang statik mutlak; oleh itu, seluruh alam semesta dan setiap bahagiaannya
mempunyai sejarah. Menurut Harry St Truman sejarah bermaksud “ Tiada yang baru di

1
kecuali yang anda tidak tahu. Menurut John W. Gardner sejarah takkan kelihatan sejarah
apabila ada yang hidup melaluinya. Bagi Norman causins Sejarah ialah sistem amaran awal
yang luas.

Seringkali sejarah hanya dianggap sebagai suatu disiplin ilmu yang mempunyai suatu
himpunan fakta dan nombor yang menggambarkan peristiwa-peristiwa lampau yang telah
berlalu. Secara literal, sejarah bermakna suatu disiplin ilmu yang mesti melalui proses kajian,
pencarian , penyiasatan sehingga ditemui kebenaran, sama ada bersifat sementara atau mutlak
yang wujud di sabalik sesuatu peristiwa atau kejadian yang berlaku dalam kehidupan
manusia. Elemen ‘metahistory’ atau apa yang tersirat di sebalik rekod-rekod sejarah
seharusnya dinilai berasaskan pelbagai pendekatan sistematik termasuk tekstual dan sosio-
historikal kontekstual yang akan menyerlahkan situasi sebenar atau yang paling dekat dengan
tafsiran yang benar terhadap peristiwa yang telah berlaku. Oleh yang demikian kritikan
internal dan eksternal terhadap apa jua rekod sejarah yang ditulis amat penting dalam
membuat penilaian semula yang lebih objektif terhadap sesuatu peristiwa yang telah berlaku.

1.2 Garis Masa Sejarah Manusia

Manusia dari segi islam bermaksud insan atau basyar merupakan salah satu objek utama
yang dibicarakan, terutama yang menyangkut asal-usul dengan konsep penciptanya,
kedudukan manusia dan masyarakat, serta tujuan hidup. Hal tersebut merupakan sesuatu yang
wajar kerana Al-Quran memang diyakini oleh kaum muslimin sebagai firman Allah yang
ditujukan kepada dan untuk manusia.

Berbicara mengenai asal-usul manusia berarti berbicara mengenai penciptaan kerana


hanya ada asumsi dasar mengenai alam, termasuk manusia, yakini diciptakan atau ada dengan
sendirinya. Penciptaan adalah asumsi dasar bagi seluruh perbicaraan mengenai asal-usul yang
diyakini bukan saja dalam islam, melainkan juga dalam agama-agama lain. Dalam hal
penciptaan manusia, Al-Quran menggunakan beberapa kata yang digunakan juga untuk
menunjuk penciptaan alam pada umumnya. Kata-kata tersebut adalah bara’a, khalaqa, dan
fathara.

Apa jua peristiwa yang berlaku dalam sejarah manusia perlu ditimbang dengan neraca
yang benar. Benar atau tidak sesuatu neraca yang digunakan bergantung pula kepada
pandangan alam tradisi yang mewakili kerencaman kaedah serta aliran berfikir masyarakat

2
dalam setiap tradisi yang berbeza. Namun suatu asas yang penting dalam menilai sejarah
adalah penentuan garis masa sejarah manusia itu sendiri.

Tradisi yang mempunyai garis masa sejarah manusia yang jelas akan memberikan
makna yang benar terhadap apa jua perkembangan manusia termasuk pembinaan tamadun
serta perkembangan falsafah dalam tradisi masing-masing. Sebagai contoh awal, dalam
konteks sejarah perkembangan falsafah, rata-rata merujuk kepada tradisi flasafah yunani
kuno yang dikatakan bermula sekitak 600 tahun sebelum masihi yang bermula dengan
Thales, Anaximander, Anaximenes dan Pythagoros. Seterusnya tradisi falsafah barat
diunggul oleh trio emas yang itu Socrotes, Plato dan Aristotle. Tetapi, sekiranyan
perbandingan dilakukan dengan garis masa tradisi falsafah India dan Cina, tokoh-tokoh
agung falsafah dari kedua-dua tradisi ini sebenarnya muncul di era yang hampir sama bahkan
lebih awal. Confucious (Kung Fu Tze) contohnya, meninggal dunia pada 479 SM. Ketika itu
Socrotes yang lahir pada tahun 470 SM baharu berusia 9 tahun. Falsafah nilai dan etika dalam
kehidupan yan diperjuangkan oleh Confucious melalui siri-siri perkumpulan dan
pengajarannya jauh lebih awal diperkenalkan tentang bagaimana seorang manusia sepatutnya
hidup ( ought to live )

Semenjak dari awal lagi terdapat perbezaan yang ketara antara orientasi sejarah
falsafah Timur ( falsafah India, Cina dan Islam ) dengan orientasi sejarah falsafah Barat.
Tradisi sejarah falsafah India dan Cina lebih memperlihatkan perhatiannya yang besar pada
masalah-masalah keagamaan, moral etika serta cara-cara untuk mencapai keselamatan hidup
manusia di dunia dan keselamatan sesudah kematian. Sedangkan tradisi sejarah falsafah Barat
semenjak dari awal menumpukan kepada permasalahan mencari unsur induk yang dianggap
sebagai asal mula segala sesuatu atau alam semesta seperti Thales (sekitar 600 SM)
menganggap bahawa air merupakan asal usul segala sesuatu. Dalam kajian ini, perbincangan
akan dimulakan dengan tokoh dari falsafah Barat, falsafah Timur dan falsafah Islam.

2.0 SEJARAH FALSAFAH BARAT

Menurut Ahmad Sunawari Long (2006) dalam Noor Hisham Md Nawi, sejarah
perkembangan falsafah barat boleh dibahagikan kepada empat peringkat umum iaitu
Peringkat Awal (Ancient Philosophy), Zaman Pertengahan, Zaman Moden, dan Zaman
Kontemporari. Walaupun falsafah dibezakan dengan zaman tersebut, namun dari segi
sifatnya ia tetap sama iaitu mengutamakan akal dalam mencari kebenaran.

3
2.1 PERINGKAT AWAL (600SM - 300M)

Apabila berbincang atau berbicara mengenai asal usul falsafah, ianya tidak akan terlepas
daripada membincangkan falsafah Yunani Kuno dan aliran yang dianutinya. Peringkat ini
bermula seawal abad ke-6 S.M di Yunani. Pada peringkat awal ini, perkembangan falsafah
boleh dibahagikan kepada kepada beberapa peringkat perkembangan iaitu :

2.1.1 Zaman Pra Yunani Kuno ( zaman batu )


Pada abad ke -6 SM di Yunani mula lahirnya falsafah. Timbulnya falsafah di tempat
itu disebut suatu peristiwa ajaib ( the greek miracle ). Ada beberapa faktor yang
sudah mendahului dan seakan-akan mempersiapkan lahirnya falsafah di Yunani.
Pada bangsa Yunani, terdapat satu mitologi yang kaya serta luas. Mitologi inì
dapat dianggap sebagai perintis yang mendahului falsafah, kerana mitos-mitos ini
merupakan percubaan bangsa Yunani untuk mengerti serta mengenal alam.
Mitos-mitos ini telah memberi jawapan kepada pertanyaan yang hidup dalam
hati manusia suatu ketika dahulu : Dari mana dunia kita? Dari mana kejadian dalam
alam? Apa sebab matahari terbit, lalu terbenam lagi?. Melalui mitos, manusia mencari
keterangan tentang asal usul alam semesta dan kejadian-kejadian yang berlaku.
Pada abad ke-6 SM mulai berkembang suatu pendekatan yang sama sekali
berlainan. Sejak saat itu orang mulai mencari berbagai jawapan rasional berkaitan
alam semesta. Logos (akal,budi,rasio) mengganti mitos. Dengan demikian falsafah
dilahirkan.

2.1.2 Zaman Yunani Kuno

Pada zaman Yunai Kuno (Pra-socrates), sebelum kemunculan dua tokoh utama ahli
falsafah Yunani iaitu Plato dan Aristotle terdapat tiga isu utama iaitu hakikat dan
perubahan, akal dan etika yang menjadi persoalan pokok dalam falsafah yunani yang
menjadi asas kepada corak dan pemikiran terkemudian.

2.1.2.1 Permasalahan hakikat dan perubahan

4
Sepanjang period 600-450 S.M. pemikiran falsafah Yunani memberi
penumpuan utama kepada persoalan ‘mencari jawapan sebenar mengenai
hakikat alam ini’. Kecenderungan baru masyarakat Yunani ini melahirkan
beberapa tokoh ahli falsafah, Antaranya ialah : Thales,Anaximander,
Anaximenes, Heraclitus of Ephesus dan Parmenides of Elea.

2.1.2.2 Permasalahan akal


Peringkat kedua, perbincangan falsafah Yunani berubah daripada persoalan di
sekitar alam fizik kepada perbincangan alam akal. Dua tokoh utama yang
membincangkan perkara ini pada zaman Pra-Socrates ialah Pythagoras dan
Anaxagoras.

2.1.2.3 Permasalahan etika

Dua ilmu baru muncul iaitu retorika dan dialektika yang dikenal pasti boleh
mendorong kearah pencapaian taraf kehidupan yang tinggi dalam
masyarakat.Lahirnya golongan Sophis (asalnya bermaksud orang yang
mempunyai hikmah dan kemahiran termasuk penyair, doktor dan pemerintah).

2.1.2 Zaman Keemasan Yunani


Menurut Noor Hisham Md Nawi, pada zaman ini manusia memiliki kebebasan untuk
mengungkapkan idea atau pendapatnya (Socrates (469 SM ), Plato (428 SM ),
Aristotle ( 384 SM ). Walaupun Socrates tidak meninggalkan sebarang penulisan,
pemikirannya banyak mempengaruhi pemikir Yunani yang lain termasuklah
muridnya Plato. Plato dan Aristotle menulis dalam banyak bidang meliputi logik,
epistemologi, teologi, etika, politik, ontologi, dan psikologi.

2.1.3 Zaman Helinistis Romawi


Pada zaman Alexander Agung (359-323 SM) sebagai penguasa terbesar Romawi dan
Macedonia dengan kekuatan militan yang besar sehingga menguasai Yunani, Mesir
hingga Syria.
Pada masa itu berkembang sebuah kebudayaan trans nasional yang disebut
kebudayaan Helinistis, kerana kekuasaan Romawi yang luas membawa kebudayaan

5
Yunani tidak terbatas lagi pada kota-kota Yunani sahaja, tetapi mencakupi seluruh
wilayah yang di takluk oleh Alexander Agung.
Dalam bidang falsafah tetap berkembang, namun pada saat itu tidak ada ahli
falsafah yang terkenal kecuali Plotinus. Pada masa ini muncul beberapa aliran iaitu
stoisisme, epikurisme, skeptisisme, elektisisme dan neoplatonisme.

2.2 ZAMAN PERTENGAHAN (400 – 1500 M)

Zaman Abad Pertengahan mempunyai perbezaan dengan abad sebelumnya. Perbezaan itu
terletak pada dominasi agama. Timbulnya agama Kristian pada awal abad Masihi membawa
perubahan besar terhadap kepercayaan keagamaan. Falsafah Barat Abad Pertengahan juga
dapat dikatakan sebagai “abad gelap”.

Pada zaman ini kebesaran kerajaan Romawi runtuh, begitu juga dengan peradaban
yang diasaskan oleh logik ditutup oleh gereja dan digantikan dengan logik keagamaan. Hal
ini berbeza dengan pandangan Yunani Kuno yang mengatakan kebenaran dapat dicapai oleh
kemampuan akal. Pada zaman ini juga akademik Plato di Athens ditutup meskipun ajaran
Aristotle tetap dapat dikenal.

Ahli falsafah pada zaman ini mewakili tiga kelompok agama utama dunia iaitu Islam,
Yahudi dan Kristian. Mereka berada dalam dilema sama ada untuk mengutamakan agama
atau falsafah atau mengharmonikan kedua-duanya. Falsafah pada zaman ini boleh
dibahagikan kepada tiga zaman utama iaitu:

2.2.1 Zaman Paderi ( abad 4 – 9M )

Falsafah ini dikenali sebagai falsafah Patristik. Zaman ini mengalami dua tahap iaitu :

2.2.2.1 Permulaan agama Kristian. Setelah mengalami pelbagai kesukaran


terutama mengenai falsafah Yunani, maka agama Kristian memantapkan diri,
memperkuat gereja dan menetapkan dogma-dogma (kepercayaan yang
dipegang oleh agama ).

2.2.2.2 Falsafah Agustinus. Beliau adalah seorang ahli falsafah yang terkenal
pada zaman tersebut dan melihat dogma-dogma sebagai suatu keseluruhan.

Para paderi pada masa ini hampir semua bersifat para teologi, sehingga aktiviti ilmiah
terkait dengan aktiviti keagamaan. Semboyan yang berlaku pada masa ini ialah abdi agama
(ancilla theologia).

6
Memang pada saat itu tindakan gereja sangat membelenggu kehidupan manusia
sehingga manusia tidak lagi memiliki kebebasan untuk mengembangkan potensi yang
terdapat dalam dirinya. Para ahli fikir pada saat itu pun tidak memiliki kebebasan
berfikir. Apabila terdapat pemikiran-pemikiran yang bertentangan dengan ajaran gereja,
orang yang mengemukakan akan mendapat hukuman berat.

2.2.2 Zaman Skolastikisme ( abad 10-13 M )

Istilah Skolatik adalah kata sifat yang berasal dari kata “school”, yang
bermaksud sekolah. Jadi, skolastik bererti aliran atau yang berkaitan dengan
sekolah. Perkataan skolastik merupakan corak khas dari sejarah falsafah abad
pertengahan.

Menurut Noor Hisham Md Nawi (2016) seseorang digelar ‘skolastik’ apabila


dia melalui pendidikan berbentuk trivium ( grammer, dialektika dan retorika )
dan quadrivium ( aritmatik, geometri, muzik dan astronomi ) di sekolah-sekolah
biara. Zaman ini mengandungi tiga tahap iaitu :

2.2.2.1 Zaman Skolastik Awal. Ia ditandai dengan pembentukan yang lahir


kerana hubungan yang rapat antara agama dan falsafah.

2.2.2.2 Zaman Skolastik Puncak. Ia ditandai oleh keadaan yang dipengaruhi


oleh Aristotle akibat kedatangan ahli falsafah Arab dan Yahudi, Terutama
melalui Avicena ( Ibnu Sina ), Averos ( Ibnu Rushd ) dan Maimonides.

2.2.2.3 Zaman Skolastik Akhir. Ia ditandai dengan pemikiran kefalsafahan


yang berkembang ke arah nominalisme iaitu aliran yang berpendapat bahawa
universalisme tidak memberi sebarang petunjuk tentang aspek yang sama dan
yang umum mengenai wujudnya sesuatu perkara.

2.2.3 Zaman Kebangkitan Pemikiran Averoisme ( abad 13 M)

Averoisme merupakan istilah yang digunakan untuk menunjukkan penafsiran


filsafat Aristoteles yang dikembangkan Ibnu Rusyd oleh pemikir-pemikir Barat-
Latin, atau juga disebut sebagai gerakan intelektual yang berkembang di Barat
pada abad ke 13-17.

Pemikirannya terus berkembang di Eropah dengan diterjemahnya buku-buku


Rusyd dari bahasa Arab ke bahasa Latin dan Ibrani, selanjutnya menggoncangkan

7
sosio-religius yang selama ini telah merantai akal mereka dengan kebijakan
gereja.

Pengaruh Ibnu Rusyd ini semakin menunjukkan bentuknya dengan munculnya


gerakan Averoisme di Barat yang cuba untuk mengembangkan gagasan-gagasan
Ibnu Rusyd yang rasional dan ilmiyah. Pada mulanya istilah ini dimaksudkan
sebagai bentuk penghinaan terhadap pendukungnya. Tidak seorang pun yang
berani dengan tegas menyatakan dirinya sebagai pendukung Averoisme. Barulah
setelah masa Johannes Jandun (1328) yang pertama kali menegaskan dirinya
secara terbuka sebagai pengikut Averoisme dan diikuti oleh Urban dari Bologna
(1334) serta Paul dari Venesia (1429), para pendukung pemikiran Ibnu Rusyd
yang lainnya mulai berani secara terang-terangan menyatakan pendirian mereka.

Tokoh yang terkenal sebagai pelopor Averoisme adalah Siger de Brabant


(1235-1282) dan diikuti oleh murid-muridnya seperti Boethius de Decie, Berner
van Nijvel dan Antonius van Parma. Para mahasiswa tersebut mempelajari,
meneliti dan menela’ah karya-karya ulasan Ibnu Rusyd terhadap filsafat
Aristoteles. Landasan rasionalis yang dikembangkan Ibnu Rusyd ternyata sangat
menarik perhatian mereka. Timbul kesedaran di kalangan sarjana-sarjana Barat
untuk mengoptimalkan penggunaan akal dan meninggalkan fahaman-fahaman
yang bertentangan dengan semangat rasional.

2.2.4 Zaman Renaissance (1400 - 1600 M)


Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau
menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap
pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains, sastera dan seni
klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada ketika
itu.
Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke 14
sehingga pertengahan abad ke 16. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak
ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia.
Zaman kebangkitan atau kelahiran semula dan pemulihan budaya masyarakat
Eropah. Hasil daripada Renaissance telah membuka jalan kepada kelahiran
pelbagai aliran baru Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme, rsionalisme,
nasionalisme dan absolutisme.

8
Kemunculan aliran pemikiran yang mementingkan kebebasan akal seperti
aliran baru Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme, rasionalisme,
nasionalisme dan absolutisme berani mempersoalkan kepercayaan dan cara
pemikiran lama yang diamalkan selama ini secara langsung melemahkan
kekuasaan golongan feudal.
Melahirkan tokoh-tokoh pemikir seperti Leonardo de Vinci yang terkenal
sebagi pelukis, pemuzik dan ahli falsafah serta jurutera. Michelangelo merupakan
tokoh seni, arkitek, jurutera, penyair dan ahli anotomi.
Renaissance telah melahirkan masyarakat yang lebih progresif dan wujud
semangat inquiri sehingga membawa kepada aktiviti penjelajahan dan
penerokaan.

2.3 ZAMAN MODEN

Menurut Asmoro Achmadi (1997) , dari segi sejarah, zaman falsafah moden dianggap
bermula di Barat sejak tercetusnya krisis di Zaman Pertengahan ( Middles Ages / Dark Ages )
selama dua abad ( abad ke-14 dan ke-15 ) dengan munculnya gerakan Renaissance.

Rasionalisme adalah suatu aliran pemikiran yang muncul dalam era falsafah moden di
dunia Barat. Di dalam Ensiklopedia Falsafah ( Encyclpedia og Philosophy ), dinyatakan
bahawa perkataan rasionalisme adalah berasal dari perkataan Latin iaitu “ratio” yang
memberi makna “reason” dalam bahasa Inggeris.

Rasionalisme adalah istilah yang merujuk kepada beberapa pandangan dan gerakan
idea, terutamanya yang merupakan pandangan falsafah ataupun program yang memberi
penekanan kepada kuasa akal pra-pengalaman untuk mencapai intipati kebenaran tentang
dunia (priori) dan dalam masa yang sama cenderung untuk menganggap sains tabi’I secara
asasnya adalah sesuatu pra-pengalaman yang baru.

Dalam zaman moden, tokoh rasionalisme yang dikira sebagai yang mula-mula
mencetuskannya adalah Rene Decartes, dan diikuti Spinoza dan Leibniz.

Menurut Noor Hisham Md Nawi dan Nurul Hudani Md Nawi (2016), pada abad ke-
18, aliran Empirisisme muncul dan mendakwa bahawa ilmu bersifat aposteriori (pengetahuan
yang ada selepas bertemu pengalaman). Antara tokoh utama aliran ini ialah John Locke,

9
George Berkeley dan David Hume. Empirisisme adalah sebuah orientasi falsafah yang
berhubungan dengan kemunculan ilmu pengetahuan moden dan metode ilmiah.

Pada abad ke-19, dunia Barat melihat kemunculan gerakan Romantisme dan Pasca
Kantianisme. Kemunculan gerakan Romantisme adalah akibat daripada reaksi terhadap
falsafah rasionalisme, empirisme serta pengaruh pemikiran golongan libertaria dan egilitaria
Revolusi Perancis. Di samping itu, kemunculannya didorong oleh perasaan marah dan
simpati terhadap peperangan berbentuk saudara di Negara Perancis, England, dan Jerman.

2.4 ZAMAN KONTEMPORARI ( ABAD 20 DAN SETERUSNYA )

Di antara ilmu khusus yang dibicarakan oleh ahli falsafah, bidang fizik menempati
kedudukan yang paling tinggi. Menurut Traut fizik dipandang sebagai dasar ilmu
pengetahuan yang subjeknya mengandungi unsur-unsur fundamental yang membentuk alam
semesta juga menunjukkan bahawa secara sejarahnya hubungan antara fizik dengan falsafah
terlihat dalam dua cara.

Pertama, persepsi ahli falsafah mengenai metode fizik, dan dalam interaksi antara
pandangan subtasional tentang fizik ( misalnya ; tentang materi, kuasa, konsep, ruang, dan
waktu ). Kedua, ajaran falsafah tradisional yang menjawab fenomena tentang materi, kuasa,
ruang, dan waktu. Dengan demikian, sejak dahulu sudah ada hubungan yang erat antara
falsafah dan fizik.

Menurut Noor Hisham Md Nawi dan Nurul Hudani Md Nawi (2016), Pragmatisme
adalah mazhab pemikiran falsafah ilmu yang dipelopori oleh D.S Peirce, William James,
John Dewey, George Herbert Mead, F.C.S Schiller dan Richard Rorty. Tradisi Pragmatisme
muncul atas reaksi terhadap tradisi idealis yang dominan yang menganggap kebenaran
sebagai entity abstrak, sistematik dan refleksi dari realiti. Pragmatisme berhujah bahawa
falsafah ilmu seharusnya meninggalkan ilmu pengetahuan transcendental dan
menggantikannya dengan aktiviti manusia sebagai sumber pengetahuan.

Perkembangan terakhir aliran falsafah zaman kontemporari adalah munculnya


pelbagai aliran baharu deperti vitalisme, fenomenologi, eksisitensialisme, falsafah analitis,
strukturalisme dan pasca modenisme. Tokoh-tokoh utama aliran ini ialah Jasques Derrida,

10
Michaek Foucault, Francois Lyotard dan ramai lagi. Mereka menyuarakan betapa pentingnya
perubahan dilakukan dalam kehidupan dunia oden yang telah mengalami pelbagai kegagalan.

Pasca Moden menentang pandangan dunia moden yang menganggap realiti itu
disusun mengikut hokum-hukum akal fikiran dan percaya bahawa realiti itu tidak teratur
dengan sesuatu yang mutlak tidak dapat diketahui daripadanya.

2.5 TOKOH FALSAFAH BARAT

2.5.1 SOCRATES

Bagi Socrates, falsafah bukanlah isi, bukan hasil, dan bukan juga ajaran yang
berdasarkan dogma yang tidak boleh dibantah, melainkan fungsi yang hidup. Falsafahnya
mencari kebenaran, dia tidak mengajarkan, melainkan membantu mengeluarkan apa yang
tersimpan di dalam jiwa orang.Dalam mencari kebenaran, Socrates menggunakan hobinya
iaitu selalu bertanya. Dia bertanya sana-sini, kemudian di fahaminya dengan baik apa yang
telah dia pertanyakan. Maka jalan yang ditempuhnya dengan kaedah induksi dan definisi.
Induksi menjadi dasar definisi. Induksi yang dimaksud Socrates adalah dengan
membandingkan secara kritis.

Socrates juga mengatakan tentang keadilan, menurutnya keadilan adalah


melaksanakan apa yang menjadi fungsi/pekerjaan sendiri sebaik-baiknya tanpa mencampuri
fungsi/pekerjaan orang lain (the practice of minding one’s own business).

11
  Socrates diakhir – akhir hidupnya banyak memperkatakan tentang akhirat dan hidup
yang abadi kelak dibelakang hari. Dia mempercayai adanya akhirat, dan hidup yang abadi
dibelakang hari itu, begitu juga tentang kekalnya roh. Socrates berpendapat bahwa roh itu
telah ada sebelum manusia, dalam keadaan yang tidak kita ketahui. Biarpun, roh itu telah
bertali dengan tubuh manusia, tetapi diwaktu manusia itu mati, roh itu kembali kepada
asalnya semula.

2.5.2 PLATO

Plato telah dilahirkan dalam kalangan Aristokrat di Athens pada tahun 427 SM.
Kehidupan zamannya dipenuhi oleh suasana kekacauan politik. Di Bandar tersebut kerajaaan
demokrasi telah dijatuhkan oleh kumpulan oligarki yang zalim pada tahun 411 SM. Ia
kemudiannya digantikan oleh kerajaan demokrasi pada tahun 403 SM yang mengongkong
kebebasan berfikir yang telah dibawa oleh Socrates. Ketidakstabilan politik dan tekanan
golongan imperialisme telah mencorakkan penulisan Plato tentang politik.
Selepas Sembilan tahun kematian Socrates, Plato telah mengembara ke Mesir
kemudiannya ke Magna Gracesia dimana beliau telah bertemu dengan ahli-ahli falsafah
Phytogarean. Beliau kemudiannya kembali ke tempat asalnya dengan mengasaskan institut
pengajian yang dinamakan Academy. Plato meninggal pada tahun 348 SM. Semasa
penaklukan Philip ke atas Bandar Athens.(Brehier 1962, 88-89)
Adalah tidak benar anggapan yang mengatakan bahawa Plato hanya menekankan
aspek taakulan lebih dari segalanya. Apa yang ditekankan oleh beliau ialah dalam sesuatu
teori manusia hendaklah menggunakan akal fikirannya atau menumpukan kepada aktiviti
taakulan di samping merujuk kepada pengalaman bersifat praktikal. Namun apa yang lebih

12
ditekankan oleh beliau ialah hanya melalui proses pemikiran yang jitu lagi sistematik, maka
seseorang boleh menggunakan akal dengan sebaik yang mungkin.
Walau bagaimanapun berbeza dengan ahli-ahli falsafah yang lain, penulisan beliau
disampaikan didalam tiga bentuk utama iaitu drama, diskusi atau dialog dan pendedahan
secara berterusan (continuos exposition), yang meliputi berbagai subjek perbincangan.

3.0 SEJARAH FALSAFAH TIMUR

Sejarah Falsafah Timur akan difokuskan kepada perbincangan antara Sejarah Falsafah Cina
dan juga Sejarah Falsafah India yang mewakili tradisi falsafah Timur.

3.1 SEJARAH FALSAFAH CINA


Menurut Noor Hisham Md Nawi dan Nurul Hudani Md Nawi (2016), falsafah Cina
merupakan falsafah tertua di dunia. Ianya berteraskan kepada tiga tema utama iaitu
keharmonian, toleransi dan prikemanusiaan. Keharmonian adalah jalan tengah antara dua
ekstrem dalam konteks hubungan antara sesama manusia, manusia dengan alam dan manusia
dengan syurga. Toleransi pula melibatkan keterbukaan terhadap pendapat-pendapat peribadi
dan sikap kedamaian. Prikemanusiaan adalah asas paling penting kerana manusia adalah
pusat falsafah cina.
Menurut Suffian Mansor (2003), sistem feudalisme dikesan dengan kemunculan
Dinasti Chou. Apabila sistem feudalisme merosot dan membawa era tidak stabil serta kacau
bilau dalam Dinasti Chou, munculnya Seratus Aliran Pemikiran (Hundreds Schools) yang
merupakan perkembangan pelbagai aliran falsafah yang cuba mewujudkan kedamaian dan
keamanan di China. Kemunculan Seratus Aliran Pemikiran merujuk golongan cerdik pandai
China mengajar penduduk Cina tentang idea-idea yang baik untuk memulihkan keadaan di
China ketika itu. Golongan pemerintah juga mencari kaedah sesuai untuk mencari
kedamaian dan menyatupadukan bangsa Cina.

3.1.1 CIRI-CIRI FALSAFAH CINA


Menurut Noor Hisham Md Nawi dan Nurul Hudani Md Nawi (2016), ciri-ciri Falsafah Cina
lebih antroposentris dan pragmatis yakni berkecenderungan mengutamakan pemikiran praktis
berkenaan masalah dan kehidupan seharian. Pendek kata, ia lebih cenderung mengarahkan
diri pada persoalan-persoalan dunia. Antara ciri-ciri utama Falsafah Cina ialah :

13
1- Tidak memisahkan antara teori dan pelaksanaannya.Pemikiran spekulatif kurang
mendapat tempat dalam tradisi falsafah Cina.
2- Berorientasikan 'humanisme' iaitu manusia dan perilakunya dalam masyarakat serta
peristiwa-peristiwa kemanusiaan menjadi perhatian utama sebahagian besar tokoh-
tokoh falsafah Cina.
3- Etika dan kerohanian menyatu secara padu. Etika sebagai intipati kehidupan manusia
dan tujuan hidup. Manakala kerohanian seseorang dinilai melalui moral dan etikanya
dalam kehidupan sosial, kenegaraan dan politik.
4- Kesetaraan dan persamaan antara sesama manusia mendapat perhatian besar.
Persoalan peribadi juga tidak diabaikan walaupun mementingkan persoalan manusia
sebagai makhluk sosial.
5- Bersikap optimistis dan demokrasi yang membuat bangsa Cina toleran terhadap
pemikiran yang aneka ragam dan tidak cenderung memandang sesuatu secara hitam
putih.
6- Agama tidak penting berbanding dengan kebijaksanaan berfilsafat.
7- Penghormatan tinggi diberikan kepada aspek kemanusiaan dan individu dalam
falsafah perundangan dan politik.

3.1.2 PERKEMBANGAN FALSAFAH CINA


Perkembangan falsafah Cina terbahagi kepada empat peringkat zaman iaitu:
i. Zaman Klasik (600-200 SM)
Muncul aliran pemikiran Konfusianisme (etika), Taoisme (mencapai kebahagiaan
dunia dan akhirat), Mazhab Yin-Yang (timbal balik yang terdiri dari lima unsur asal
iaitu api, air, tanah, logam dan kayu), Mohisme (cinta universal), Ming Chia,
Daoisme, Dialektisisme dan legalisme. Menurut Fung Yu-Lan (2006),
Konfusianisme dikenali sebagai Ju chia atau aliran Pujangga. Ju bermaksud
'literatus' (golongan pujangga atau sarjana).
Tao-te Chia (Taoisme) bermakna Aliran Jalan dan Kuasanya. Tao (jalan)
memusatkan matafizik dan falsafah sosial. Te (virtue-nilai budi pekerti) lebih baik
diterjemahkan sebagai power (kuasa). Mohisme atau Mo Chia ialah aliran yang
terikat rapat dengan displin yang ketat. Ming Chia atau aliran Nama. Golongan ini
berminat terhadap perbezaan “nama” dan “hakikat” serta hubungan antara kedua-
duanya. Fa Chia atau legalisme. Perkataan Cina Fa bermaksud kaedah atau undang-
undang.
14
Menurut Suffian Mansor (2003), Mazhab Yin-Yang terdiri dari dua konsep
yang berlawanan sifat. Yin merupakan prinsip wanita atau betina, malam, sejuk, gelap
dan negatif. Yang pula membawa prinsip lelaki atau jantan, siang, panas, cerah dan
positif.

ii. Zaman Pembauran / Neo-Taoisme Dan Buddhisme (200SM-1000M)


Menurut Noor Hisham Md Nawi dan Nurul Hudani Md Nawi (2016), zaman ini
brmula dengan kemasukan Buddhisme dari India. Zaman ini lebih tertumpu kepada
alam pemikiran falsafah Cina sehingga melahirkan aliran baharu Buddhisme iaitu
Ch’an Buddhisme.

iii. Zaman Neo-Konfusianisme (1000-1900)


Zaman ini merujuk kepada gerakan-gerakan yang muncul untuk mengembalikan
ajaran Konfusius yang asal.

iv. Zaman Moden (1900-sekarang)


Pemikiran falsafah Cina banyak dipengaruhi pemikiran Barat seperti aliran Pragmatis.
Pada tahun 1950, falsafah Cina dipengaruhi oleh pemikiran Marx, Lenin dan Mao Ze
Dong.

3.1.3 TOKOH FALSAFAH CINA

LAO TSE

Lao Tzu dikenali sebagai Laozi atau Lao Tse, iaitu seorang ahli falsafah Cina yang
terkenal dengan hasil karyanya “Tao Te Ching”. Sebagai pengarang “Tao Te Ching”, beliau

15
dianggap sebagai pengasas Taoisme. Dalam Taoisme, beliau sering disembah sebagai dewa
dan dipanggil sebagai Taishang Laojun, atau “One of The Three Pure Ones”. Berdasarkan
tradisi Cina, Lao Tzu hidup dalam abad ke-6 SM. Tarikh lahir dan tarikh kematian Lao Tzu
tidak dapat dikenal pasti dengan tepat kerana terdapat pelbagai pendapat mengenainya. Salah
satu pendapat mengatakan bahawa Lao Tzu hidup pada 551-479 SM. Lao Tzu dilahirkan di
Henan, China. Beliau merupakan tokoh utama dalam tradisi Cina dan kedua-dua golongan
iaitu golongan bangsawan dan rakyat biasa menganggap beliau dalam keturunan mereka.
Sepanjang sejarah, karya-karya beliau telah diterima umum.
Dalam tradisi Cina, Lao Tzu dianggap sebagai pengarang yang terkenal “Tao Te
Ching” atau “Daodejing”. Kisah terawal Lao Tzu ditemui dalam Rekod History Grand (Shiji)
yang ditulis oleh ahli sejarah Cina, Sima Qian (145-86 SM). Shiji mengandungi beberapa
cerita yang berkaitan dengan Lao Tzu. Salah satu ceritanya, Lao Tzu dikatakan hidup
sezaman dengan Confucius (551-479 SM). Dipercayai bahawa Lao Tzu adalah seorang
pegawai di arkib imperial dan menulis sebuah buku dalam dua bahagian sebelum berlepas ke
Barat. Dalam cerita kedua, Lao Tzu dikatakan hidup sezaman dengan Confucius dan menulis
buku dalam 15 bahagian. Cerita lain pula mengatakan bahawa Lao Tzu merupakan ahli
sejarah yang hebat dan ahli astrologi Lao Dan yang tinggal pada zaman pemerintahan Duke
Xian Qin. Dalam satu legenda popular, Lao Tzu dikatakan telah dilahirkankan apabila ibunya
telah merenung kepada bintang yang jatuh.
“Daodejing” adalah salah satu karya yang paling penting dalam asal usul alam
semesta China. Seperti ahli falsafah Cina kuno yang lain, Lao Tzu menjelaskan idea-idea
beliau melalui percanggahan, analogi, pembahagian kata purba, pengulangan, simetri dan
irama. Menurut “Daodejing”, Dao (Tao) adalah sumber mistik dan ideal semua kewujudan.
Tao ini ghaib, tidak unggul tetapi amat kuat dan sangat merendah diri serta merupakan punca
segala perkara. Turut diterangkan bahawa manusia tidak mempunyai tempat yang istimewa
dalam Tao dan hanya salah satu daripada manifestasinya yang banyak. Rakyat mempunyai
keinginan dan kehendak bebas. Oleh itu, mereka boleh mengubah sifat mereka sendiri.
Hasil karya Lao Tzu yang terkenal ialah Tao Te Ching. Tao Te Ching ini ditulis
dalam dua buah buku. Buku pertama iaitu Tao Ching dan yang kedua Te Ching. Selain Tao
Te Ching (The Classic of Tao and its Power) Lao Tzu juga menghasilkan beberapa penulisan
lain untuk menyampaikan hasil pemikirannya. Antara hasil tulisannya ialah :-
1)      The Tao Te Ching of Lao Tzu
2)      The Ways of Life According to Lao Tzu

16
3)      Lao Tzu’s Tao Te Ching
4)      Tao Te Ching The Corner Stone of Chinese Culture
5)      Tao Te Ching The Classic of The Way and Virtue

3.2 SEJARAH FALSAFAH INDIA


Menurut Noor Hisham Md Nawi dan Nurul Hudani Md Nawi (2016), tradisi falsafah India
berkaitrapat dengan perkembangan agama Hindu yang berteraskan kitab-kitab suci agama
yang dikenali dengan kitab Veda. Perkembangan falsafah India dapat diklasifikasikan kepada
dua aliran utama iaitu aliran ortodoks (Astika Darsana) dan aliran heterodoks (Nastika
Darsana). Kelahiran kedua-dua aliran ini berhubungkait dengan epistemologi agama Hindu
khususnya yang berkaitan dengan kepercayaan dan keyakinan terhadap kebenaran kitab-kitab
Veda. Perbezaan di antara kedua-dua aliran pemikiran dan pendekatan ini berlaku kerana
sistem ortodoks menerima authoriti kitab Veda manakala sistem heterodoks pula hanya
menerima Upanishads sebagai sumber ilmu yang berautoriti. Aliran ortodoks (Astika)
terbahagi kepada enam aliran pemikiran iaitu Nyaya, Vaisheshika, Aliran Sankhya, Yoga,
Mimamsa dan Vedanta manakala aliran heterodoks (Nastika) terdiri daripada tiga bahagian
iaitu aliran Lokayata @ Carvaka, aliran Jainisme dan aliran Buddhisme.

3.2.1 ALIRAN DAN SUB ALIRAN


Aliran Ortodoks (AstikaDarsana)
i. Nyaya : Aliran yang menitikberatkan persoalan epistemologi. Terdapat empat
perkara dalam sumber ilmu yang sahih iaitu persepsi, inferens, perbandingan dan
penyaksian. Juga mengandungi empat perkara dalam sumber ilmu tidak sahih iaitu
ingatan, syak wasangka, keyakinan yang salah dan hujah hipotetikal. Perkataan Nyaya
bermaksud pemikiran yang membawa kepada kesimpulan. Menurut Aliran Nyaya,
manusia cenderung untuk membuat  kesimpulan  melalui sebab dan hujah-hujah
( Murty, 2013). Pengasas Aliran Nyaya ini adalah Gautama dengan karya beliau yang
dipanggil sebagai Nyaya Sutra.

ii. Vaisheshika : Aliran Vaisesika pada awalnya mendapat nama daripada perkataan
visesa yang bermaksud “khas”. Aliran ini hanya dua iaitu persepsi dan inferens.
Dalam proses mendapat ilmu pengetahuan, aliran ini mengiktiraf enam kategori
(padartha) ilmu iaitu jirim (substance), sifat (quality), pergerakan fizikal (activity),

17
ciri umum (generality), ciri khusus (particularly) dan diwariskan (inherence). Aliran
ini dengan menggunakan bantuan akal yang dimiliki telah membuat satu senarai
kategori yang berkaitan dengan sesuatu yang boleh diterima oleh akal seperti bahan,
sifat seperti deria-deria, angka magnitud, keberasingan, penjarak dan penghubung,
jangka masa panjang atau pendek, berat timbangan dan lain-lain. Malah diri atau self
yang dianggap tidak atomik mempunyai sifat-sifat seperti sedih, kecewa dan lain-lain.

iii. Sankhya : Perkataan Sankhya membawa maksud pemantulan iaitu pemantulan


falsafah, ini kerana Aliran Sankhya merupakan falsafah yang tertua dalam falsafah
India atau dikenali sebagai Hinduisme Klasik. Aliran ini berpegang kepada konsep
dualism ruh (purusha) dan jasad fizikal (prakriti). Prakriti merupakan sebab utama
asas kewujudan dunia material. Manakala kewujudan purusha tidak bergantung
kepada apa-apa sebab. Aliran ini berpandangan bahawa ruh tidak mengalami sebarang
perubahan pada zatnya tetapi boleh memerhati dan merasai segala perubahan yang
berlaku pada jasad fizikal.

iv. Yoga : Aliran ini diasaskan oleh Patanjali. Istilah yoga dalam bahasa Sanskrit, berasal
dari kata yuj, memberikan banyak makna seperti mengawal, menggalas dan
menyatukan. Yuj juga membawa maksud "penyatuan", yang bermakna "penyatuan
dengan alam" atau "penyatuan dengan Sang Pencipta". Penganut aliran Yoga
menerima tuhan sebagai yang Maha Sempurna,kekal abadi, pemilik hikmah dan unsur
yang paling tinggi dalam meditasi. Aliran ini amat mementingkan amalan Yoga yang
mengandungi lapan unsur iaitu Yama, Niyama, Asana, Pranayama, Dharana, Dhiyana
dan Samadi. Yoga diamalkan oleh masyarakat India untuk menghubungkan dirinya
dengan tuhan. Oleh sebab itu, yoga dikatakan sebagai aktiviti atau pergerakan yang
berhubung kait dengan ‘aplikasi spiritual’ disamping membantu pengikutnya
menyucikan jiwa dan membantu mereka dalam meditasi.Yoga juga memperkenalkan
konsep tuhan.

v. Mimamsa : Perkataan “Mimamsa” berasal daripada Bahasa Sanskrit yang bermaksud


“to consider, examine, or investigate”. Istilah ini juga bermaksud "keinginan untuk
berfikir," dan menandakan pertimbangan, pemeriksaan, atau penyiasatan untuk
menegakkan kewibawaan kitab-kitab Veda dan aspek ritualnya. Penganut aliran ini
berpandangan bahwa terdapat sumber ilmu wujud dalam dua perspektif; sumber
18
langsung (direct) dan sumber tidak langsung (indirect). Sumber langsung merujuk
kepada ilmu yang diperolehi melalui pancaindera dengan syarat pancaindera
seseorang berfungsi dengan sempurna. Pancaindera hanya menjawab persoalan
kewujudan sesuatu objek, bukannya hakikat objek tersebut yang jawapannya boleh
diperolehi melalui pengalaman terdahulu dan kesimpulan logik. Aliran ini juga
menerima sumber ilmu dalam bentuk inferens, perbandingan, penyaksian dan
kenyataan postulat.

vi. Vedante : Perkataan Vedanta terdiri daripada “Veda” yang melambangkan kitab-
kitab Veda dan “anta” yang bererti “end”, manakala Vedanta membawa maksud “the
end of the Vedas” (Bernard 1999, 116). Aliran ini berpegang kepada sumber utama
iaitu Upanishads. Doktrin aliran Vedante klasik membincangkan persoalan seputar
Brahman yang merujuk kepada unsur yang kekal abadi, tertinggi, hakikat agung dan
sebab utama kepada kewujudan makhluk. Di zaman pertengahan, muncul aliran
pemikiran yang pelbagai dalam menghuraikan hakikat Brahman dan kewujudan
seumpama Advaite Vedante, Vishishtadvaita dan Dvaita.

b. Aliran Heteredoks (Nastika Darsana).


i. Lokayata / Carvaka : Lokayata bermaksud pemikiran yang menjadi pegangan
masyarakat secara umum dimana masyarakatnya menganut fahaman ateisme dan
materialisme (golongan ateis dan materialis). Persepsi merupakan sumber ilmu yang
benar dan menolak testimoni dan inferens. Ia juga bersikap skeptikal terhadap
karma, kehidupan semula (reincarnation) dan teologi. Roh, tuhan dan kehidupan
selepas mati dianggap tidak wujud kerana aliran ini tidak mempercayai kewujudan
tuhan. Aliran  ini mempercayai bahawa unsur-unsur material seperti udara, air, api
dan tanah telah memiliki sifat-sifat yang pasti dan melalui sifat-sifat unsur tersebut
telah bergabung dan membentuk dunia ini.

ii. Jainisme : Aliran ini berpegang kepada fahaman ateistik yang menolak ketuhanan.
Ia menerima testimoni dan inferens sebagai sumber ilmu. Falsafah Jainisme adalah
berdasarkan kebenaran-kebenaran yang abadi dan sejagat.

19
iii. Buddhisme : Diasaskan oleh Siddhartha Gautama (Buddha-seorang yang
sedar/bangkit ‘the awakened one’). Beliau bersikap skeptikal terhadap sumber-
sumber ilmu yang berasal dari domain metafizik dan akal (teori). Sumber ilmu
diperoleh daripada pengalaman individu, hujahan inferens dan meditasi falsafi.

3.2.2 PERKEMBANGAN FALSAFAH INDIA


Perkembangan falsafah India terbahagi kepada empat zaman.

i. Zaman Veda (1500-600SM)


Bermula dengan kedatangan bangsa Arya di India. Kitab suci disebut Veda,
Brahmana dan Upanisad. Zaman ini belum dapat disebut sebagai zaman falsafah
dalam erti kata sebenarnya. Beberapa asas falsafah terdapat pada Brahmana dan
Upanisad tetapi secara tidak sistematik.

ii. Zaman Wiracarita (600SM - 200M)


Dikenali sebagai zaman hikayat cerita-cerita kepahlawanan. Ia merangkumi
perkembangan Upanisad yang tertua dan sistem-sistem falsafah (darsyana).

iii. Zaman Sutra-sutra (200 – sekarang)


Konsep-konsep pemikiran menjadi banyak sehingga sukar untuk disederhanakan serta
perlu membuat rangkuman yang pendek dan ringkas.

iv. Zaman Skolastik (200 – sekarang)


Muncul tokoh-tokoh besar dengan teori masing-masing yang tersendiri seperti
Kumarila, Sankara, Ramanuja, Jayanta dan Udayana.

Secara keseluruhannya, falsafah India membawa seseorang kepada realisasi cita-cita tertinggi
dalam agama dan kehidupan yang terkandung di dalamnya empat ajaran iaitu kenyataan
tertinggi, jiwa, karma dan kelepasan.

4.0 SEJARAH FALSAFAH ISLAM

Terhadap beberapa pendekatan dalam menanggapi sejarah falsafah islam. Pendekatan


pertama mengaitkan falsafah Islam sebagai lanjutan falsafah muslim peripatetic atau

20
dikaitkan dengan tradisi falsafah yang mengadaptasi aliran Aristotelian neo plato. Pendekatan
ini meletakkan zaman al-khindi pada abad ke-9 M sebagai permulaan falsafah islam dan
berlanjutan sehingga ke zaman Ibnu Rush pada akhir abad ke- 12 M. Berdasarkan pendekatan
ini, sebahagian besar penulisan mengenai falsafah Islam akan menampilkan tokoh-tokoh
zaman klasik dan pertengahan seumpama al-Kindi, al- Farabi, Ibn Sina,al-Ghazali, Ibn Rushd
dan ramai lagi.

Terdapat juga pendekatan yang mengaitkan falsafah Islam dengan tradisi kenabian
dan orang-orang soleh terdahulu dengan menggunakan istilah hikmah. Sebagai contoh,
keilmuan Nabi Idris a.s dalam pelbagai bidangilmu (termasuk matematik, logik, dan
astronomi) dikaitkan dengan asas ilmu falsafah. Demikian juga susuk seorang tokoh yang
dikenali sebagai Lukman al-Hakim juga dikaitkan dengan hikmah dan kebijaksanaan.
Demikian juga perdebatan yang hangat antara istilah falsafah dan hikmah serta hubungan
atau persamaan antara keduanya.

Dalam penulisan in, penulis mengambil sikap bahawa falsafah menurut perspektif Islam
seharusnya difahami daripada konsep-konsep dalam pandangan alam Islam yang dipancarkan
oleh al-Quran. Meskipun benih-benih falsafah atau hikmah telah wujud lama dalam ajaran
wahyu kenabian melalui kitab dan suhuf serta ilham orang yang soleh, ‘al-Hikmah’ atau
kebijaksanaan diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Proses penurunan wahyu
semenjak dari Mekah hingga ke Madinah menyimpan kronologi pembentukan pemikiran dan
pandangan masyarakat muslim pada waktu itu. Malahan istilah hikmah disebut 20 kali dalam
al-Quran dan maknanya sepadan dengan kata sophy atau Sophia. Menurut Hamid Fahmi
(2005), kronologi semenjak penurunan wahyu hingga terbentuknya tradisi keilmuan dan
intelektual Islam dapat dibahagikan kepada tiga tahap sebagaiimana berikut :

1. Tahap penurunan wahyu


Ia terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat Mekah yan terbahagi pula kepada
dua tahap iaitu tahap awal Mekah (Konsep ketuhanan dan keimanan) dan tahap akhir
Mekah ( konsep yang lebih luas dan absrak seperti ilmu, nubuwwah dan ibadah).
Tahap ini sangat penting kerana ia membentuk pandangan alam baharu. Seterusnya
tahap Madinah yang memperkatakan tentang kehidupan bermasyarakat atau konsep-
konsep sosial.

21
2. Tahap penjelasan konsep
Masyarakat Islam mula menyedari bahawa wahyu yan diturunkan mengandungi
sturktur dasar worldview ilmiah seperti susunan konsep tentang kehidupan,
ilmu,etika,halal,haram,wujud,tafsir,ta’wil dan lain-lain. Tahap ini penting kerana ia
menunjukkan wujudnya susunan pengetahuan dalam fikiran umat Islam ketika itu.

3. Tahap kelahiran sturktur konsep keilmuan Islam


Kelahiran sturktur konsep keilmuan Islam melahirkan tradisi keilmuan dalam islam
seperti sekelompok sahabat Nabi yang digelar sebagai Ashab al-Suffah di Madinah.
Hasil dari kegiata tersebut melahirkan ramai pakar dalam pelbagai bidang ilmu seperti
hadith (Abu Hurairah), tafsir (al-Zuhri) dan banyak lagi. Kegiatan awal pengkajian
wahyu dan hadith dilanjutkan oleh generasi berikutnya dalam bentuk yang lain. Tidak
sampai dua dekad muncul pelbagai ilmuan yang terkenal dalam pelbagai bidang
pengajian keagamaan seperti Qadi Surayh, Abu Hanifah, Abu Yusuf dan yang lain.
Fiqh dianggap sebagai induk kepada segala ilmu dalam Islam yang kemudian
melahirkan pelbagai disiplin ilmu lain seperti ilmu kalam, hadith, tafsir, falak dan
sebagainya. Setiap bidang tersebut mempunyai metod berfikir yang tersendiri seperti
metode isnad dalam hadith, metode tafsir-ta’wil dalam tafsir, metede qias dalam fiqh
dan lain-lain. Demikian juga wujud pemikiran spekulatif mengenai perkara metafizik
dalam kalam dan tasawuf. Ini bermakna umat islam telahpun memiliki pemikiran
falsafahmereka sendiri sebelum bertemu dengan falsafah pemikiran yunani

Dalam kontek ini, falsafah yunani hanya berperanan dalam memperkayakan lagi tradisi
falsafah islam. Apabila orang islam berhadapan dengan falsafah Yunani, orang muslim tidak
mengalami sebarang masalah malahan mereka melakukan aktiviti ilmiah seperti komentar
,kritikan,pengubahsuaian dan pengantian dalam pelbagai konsep dalam pemikiran falsafah
Yunani. Menurut Hamid Fahmi (2009) walaupun mereka mengambil manfaat daripada
pemikiran asing , namun semua semua di lakukan dengan berhati-hati. Akar falsafah islam
bukan berasal dari Yunani tetapi konsep wahyu yang di jabarkan oleh Hadith dikembangkan
oleh intektual Islam.

22
4.1 TOKOH FALSAFAH ISLAM

4.1.1 IBNU KHALDUN

Tokoh Abd Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Kaldun ataupun lebih dikenali dengan Ibn
Khaldun merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 1332 - 1395.

Nama sebenar Ibnu Khaldun ialah Abdul al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun al-
Hadrami. Nama Khaldun berasal dari keturunan Khalid bin Uthman iaitu seorang tentera
Yaman yang pernah bergabung dengan tentera Andalusia. Semasa di Andalusia, nama Khalid
bertukar kepada Khaldun. Di lahirkan pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal pada 17
Mac 1406 di Kaherah, Mesir.

Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan Morocco dan pada
tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam Castile "the
Cruel of Castile".

Karya teragungnya iaitu Muqaddimah bermula sebagai penulisan mengenai sejarah


orang-orang Arab dan Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai
pemahaman sejarah, politik, dan ekonomi. Ibn Khaldun juga mempercayai bahawa perkara
yang di kurniakan Allah boleh dibuktikan secara empirikal (secara pengalaman dan kajian)..

Dalam segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubungkaitnya dengan
tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka,
menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan ke atas harga dan keuntungan, menolak

23
cukai yang tinggi, menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada
kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri

4.1.2 IBNU SINA

Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian peringkat
awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu, beliau turut
mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh, dan perubatan.

Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi
beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun
mahaguru ilmu tersebut.

Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub
Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam
bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais
(Mahaguru Pertama).

Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul al-Adwiyat al-
Qalbiyyah ("The Remedies of the Heart") yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam
buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan
cara untuk mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu
perubatan sahaja, tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik,
astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama. Ini dapat diperhatikan dalam
sebuah lagi kitab agung beliau berjudul Kitab al-Syifa (Bahasa Arab: ‫فاء‬UU‫اب الش‬UU‫ )کت‬yang
memuatkan penulisan berkaitan sains dan falsafah.

24
Di samping menjadi puncak dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki
kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu logik (mantik) sehingga digelar "Guru Ketiga"
dibelakang Aristotle dan al-Farabi. Dalam bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan
ratusan karya termasuk kumpulan risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.

Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina
mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat
bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu pernah
dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan mengenai
sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka dan angka itu
berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan
fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan
Nasrani.

5.0 KESIMPULAN

Kefahaman yang tepat mengenai sejarah perkembangan falsafah sangat penting untuk
membantu seorang memahami dunia falsafah dengan lebih tepat. Setiap tamadun melahirkan
falsafah yang tersendiri yang mewarnai perjalanan pemikiran manusia. Kebenaran dan
kebijaksanaan sentiasa menjadi buruan manusia di sepanjang sejarah kehidupan mereka
walaupun tidak semua pihak menghargainya. Berdasarkan perbincangan sebelumnya ,
pandangan yang menyatakan bahawa falsafah Islam berasal dari falsafah yunani tidak boleh
di terima. Falsafah Islam berasal dari wahyu dan diperkaya oleh unsure-unsur asing yang
tidak bertentangan dengan Islam. Jesteru, kita melihat tokoh seperti Iman al-Ghazali adalah
antara cendiakawan yang menyerang falsafah yunani. Ringkasnya mengetahui sejarah
perkembangan falsafah adalah sebahagian daripada kefahaman dunia falsafah itu sendiri.

25
BIBLIOGRAFI

1.0 Sumber Rujukan Buku :

1. Abdul Rahman Haji Abdullah. 2005. Wacana Falsafah Ilmu: Analisis Konsep-


Konsep Asas &   Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur : Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

2. Fung Yu Lan, Penterjemah Lim Kim Hui, Sejarah Ringkas Falsafah Cina, 2006,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

3. Noor Hisham MD Nawi / Nurul Hudani MD Nawi, Wacana Falsafah Ilmi (Dinamika
dan Perspektif, 2016

4. Allahyarham Dr. Haron Din, Manusia dan Islam

5. Dr Munzir Hitami, Revolusi Sejarah Manusia, Perang Rasul sebagai Agen Perubahan

6. Suffian Mansor, Tamadun China, 2003, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

2.0 Sumber rujukan internet :


https://icasparamadinauniversity.wordpress.com/.../ringkasan...

Anda mungkin juga menyukai