Anda di halaman 1dari 36

(IMPAK GLOBALISASI TERHADAP MASYARAKAT DI MALAYSIA)

ISLAM AND ASIAN CIVILIZATION


(CTU551)

PREPARED BY:
MOHAMAD HARITH ZIKRIE BIN AZHAR
(2019217922)
AIDA BINTI ZAMRI
(2019853348)
NOR NABILAH BINTI MOHAMAD KAMIR
(2019868306)
AQILAH BINTI ABD AZIZ
(2019819726)

PREPARED FOR:
USTAZAH BASYIRAH BINTI YAHAYA
PERAKUAN PELAJAR

“Kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang kami
serahkan adalah hasil kerja kami sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana
sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya.
kami sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar atau disyaki melanggar perakuan yang
dibuat boleh dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib ACIS”

Mohamad Harith Zikrie Bin Azhar Aida Binti Zamri

Aqilah Binti Abd Aziz

NabilahBinti Mohamad Kamir


ISI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN M/S

1 Pengenalan 1-2

2 Penyataan Masalah 3-5

3 Objektif Kajian 6

4 Kajian Literatur 7-8

5 Metologi Kajian 9-11

6 Dapatan Kajian dan Perbincangan 12-24

7 Rumusan dan Kesimpulan 25-26

8 Bibliografi 27-28

9 Lampiran 29-33
1.0 PENGENALAN
Globalisasi didefinisikan sebagai proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang
sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Menurut Kamus
Dewan, fenomena ini merupakan fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi
perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala
menurut pandangan ilmuan barat pula, globalisasi ini merupakan proses kehidupan yang serba
luas dan infiniti merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat misalnya seperti politik,
sosial dan ekonomi.

Proses ini merupakan fenomena sejagat yang telah diberi perhatian oleh semua masyarakat.
Malahan, pembangunan di negara-negara sedang membangun kebanyakannya telahpun
dipengaruhi oleh negara-negara barat yang memiliki teknologi yang tinggi. Istilah ini bukanlah
istilah yang kabur lagi kerana ia boleh difahami melalui kesannya yang sedikit sebanyak telah
mempengaruhi umat islam.

Sedar atau tidak sedar, kita kini berada dalam dunia siber dan dunia tanpa sempadan. Inilah
yang dikatakan zaman globalisasi dimana teknologi maklumat seolah-olah mengambil alih dan
menjadi agen utama perubahan gaya hidup manusia. Tatkala itu, dalam menelusuri arus
globalisasi dunia era pasca modenisasi ini, dilihat masih ada lagi umat manusia yang terikat
dengan fahaman agama, budaya, dan kepercayaan masing-masing sebagai asas membentuk jati
diri manusia. Pelbagai isu dan masalah yang berkaitan umat Islam, yang berkembang dalam era
globalisasi, menjadi isu terpenting untuk dikaji.

Gelombang baru globalisasi tersebut kini kian tersebar meluas ke dunia termasuklah dunia
islam. Selepas era penjajahan dunia barat keatas dunia Islam, arus baru pula disasarkan. Kali ini
penyebarannya lebih menfokuskan ideologi dan gaya hidup yang banyak mengelirukan umat
Islam sehingga ada yang terperangkap dan jauh terpesong dari landasan yang dibawa agama
Islam.

1
Ramai golongan pemikir dan ahli politik sering mengutarakan pandangan dan sikap apabila
membahaskan isu globalisasi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa globalisasi ada kesan baik dan
buruknya, namun masyarakat Islam tidak seharusnya menerima secara bulat-bulatnya.

Jika dilihat dari pelbagai sudut secara lebih mendalam, banyak penyelewengan fatwa adalah
berpunca daripada kecenderungan masyarakat untuk mengikuti cara-cara pemikiran Barat.

Sesungguhnya, ada sesetengah umat Islam yang lebih cenderung dan suka mengikut pola
fikirhidup orang Barat. Mereka menganggap barat merupakan anutan yang harus dicontohi dan
diteladani berdasarkan kemajuan peradaban dan pola pemikirannya yang sedikit sebanyak
memberi kesan dari aspek politik, ekonomi, dan gaya hidup mereka. Sehinggakan pemikiran
kita tentang peradaban dan hukum hakam kita yang bertentangan dengan barat dianggap cacat,
ketinggalan zaman dan tidak sempurna.

Yusuf Al-Qaradhawi, seorang cendekiawan Islam memberi pandangan bahawa segala sesuatu
yang datang dari barat itulah yang baik dan benar, dan segala yang bertentangan dengan barat
adalah mengelirukan.

Kajian ini dijalankan bertujuan membincangkan tentang pengaruh globalisasi dan gaya hidup
barat terhadap masyarakat Islam dari aspek gaya hidup yang lazim mereka lakukan khususnya
pada masa sekarang. Bagi sesiapa juga yang memahami sifat agama Islam sebagai agama yang
paling universal bukanlah suatu perkara yang meghairankan sekiranya ia muncul sebagai
pencetus dan penggerak utama globalisasi pada masa lampau mahupun pada masa akan datang.

Namun menurut Yusuf Al-Qaradhawi, kini, masyarakat Islam terpengaruh untuk


mengamalkan gaya hidup Barat yang datang melalui pelbagai perantaraan terutamanya media
dan alat-alat teknologi maklumat.

Akibat pengaruh media massa, orang ramai makin terpengaruh dan mula menuju ke arah
budaya Barat iaitu memilih gaya hidup, ekonomi, budaya, dan politik malah agama sekalipun
mereka tukar mana yang sesuai dengan nafsu dan budaya Barat.

2
2.0 PERNYATAAN MASALAH

Melihatkan kepada globalisasi yang sedang berlaku pada era zaman moden masa kini,
terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh masyarakat zaman kini terutamanya umat islam.
Ini kerana remaja merupakan golongan yang paling mudah terjejas dan terkesan daripada impak
globalisasi ini. Ini menyebabkan mereka mudah untuk terikut ikut akan budaya barat yang telah
diimplikasikan dalam diri mereka hingga melupakan agama, budaya dan adat resam dalam
masyarakat.

Secara tidak langsung, ia telah mengubah gaya hidup dan cara berfikir remaja ke arah
bertentangan dari apa yang diajarkan oleh agama islam. Dengan ini telah tercetus kepada
lahirnya remaja yang tidak bersahsiah dan secara perlahan lahan merosakkan diri para remaja itu
sendiri.

Dengan ini, tercetusnya idea untuk membut kajian tentang kesan kesan daripada globalisasi
terhadap masyarakat islam zaman kini. Impak yang paling ketara yang boleh kita lihat adalah
dari segi sosial, pakaian, makanan dan pemikiran. Masyarakat islam kini terutamanya remaja
amat mudah terpengaruh akan budaya barat yang dibawa oleh globalisasi.

Menurut artikel daripada remajadimalaysia.blogspot.com , budaya barat boleh ditakrifkan


sebagai gerakan pembaratan dan penjajahan fikiran yang dilancarkan kepada sesebuah negara
yang mempunyai tujuan yang nyata iaitu menundukkan negara itu kepada kuasa imperialis
dengan meleburkan nilai-nilai, memesongkan pengertian agama, dan memusnahkan tunjang dan
asas-asas penting yang menjadi amalan dan pembentukan keperibadian seseorang.

Antara budaya- budaya barat yang telah meresap ke dalam budaya masa kini dan telah
menjadi ikutan bagi para remaja sekarang adalah budaya punk, pengaruh blackmetal, budaya
hedonisme dan pengaruh skinhead.

Faktor penyumbang kepada tersebarnya budaya tidak sihat ini adalah tidak lain dan tidak
bukan ialah pengaruh media massa impak daripada kerancakan perkembangan teknologi dan
telekomunikasi yang dibawa oleh globalisasi. Marican dan Mohamed (1995) menyatakan
bahawa pengaruh media massa ke atas gejala sosial remaja sememangnya ketara, maksud media
massa di sini adalah surat khabar, majalah, radio, televisyen dan tayangan video. Majalah-

3
majalah barat memaparkan gejala-gejala negatif seperti keganasan, pronografi, dan budaya hidup
yang tidak sihat seperti “black metal”, “punk”, dan sebagainya.

Kesemua ini telah menjadi bahan bacaan dan tontonan yang amat digemari oleh remaja.
Kebudayaan Barat kini melimpah-ruah di Malaysia melalui media baru dan lama. Tidak
dinafikan tamadun negara ini diancam oleh imperialisme budaya Amerika. Filem dan siri
televisyen Amerika mengetengahkan gaya ikutan (role model) yang menjadi ikutan rakyat
negara ini terutama remaja dan belia.

Kesan yang jelas dari segi sosial dapat dilihat dari segi akhlak. Keruntuhan akhlak bukanlah
satu benda yang asing di Malaysia. Isu seperti mencuri, pergaulan bebas, pengambilan pil ectasy
dan lain-lain telah menjadi perkara biasa yang semakin merisaukan. Budaya berzina juga telah
menjadi perkara yang terlalu biasa sehinggakan kita dapat melihat terdapat begitu banyak kes
pembuangan bayi hasil dari perzinaan yang berlaku.

Menurut Berita Harian Timbalan Perdana Menteri berkata statistik Polis Diraja Malaysia
(PDRM) merekodkan sejumlah 577 kes pembuangan bayi bagi tahun 2014 sehingga 2018.
Beliau juga berkata, antara punca pembuangan bayi adalah kehamilan luar nikah dan kehamilan
remaja.

Perkembangan fesyen yang semakin pesat pada masa kini juga telah memberikan impak yang
besar terhadap perubahan cara berpakaian umat islam pada masa kini. Kewujudan fesyen yang
yang menjolok mata dan mempunyai unsur kebaratan dikatakan telah menjadi trend dan ikutan
masyarakat zaman kini terutamanya bagi kaum wanita. Brand brand yang mewah dan terkenal
seperti Gucci, Padini, Balenciaga dan Fendi seringkali menjadi kegemaran masyarakat kini tanpa
memikirkan soal aurat asalkan jenama yang mereka kenekan adalah daripada jenama yang
terkenal dan mengikut trend.

Bahkan, perkembangan dalam dunia model telah mempengaruhi masyarakat untuk mengikuti
fesyen fesyen yang dikenakan oleh model model dan dijadikan sebgaai contoh untuk mereka
berfesyen dalam sehari hari. Majalah-majalah barat kerap mengenakan pakaian pakaian yang
menjolok mata seperti majalah ‘Playboy’. Menurut Dr Zulaida Mat Said (2017), ada juga dari
mereka yang ingin mengikuti fesyen yang dikenakan oleh selebriti kegemaran mereka yang

4
ditonjolkan melalui filem-filem barat yang pastinya jelas tidak sesuai dengan norma masyarakat
islam di Malaysia.

Menurut artikel yang ditulis oleh Dr Roseline Yap, Nutritionist & Council Member, Nutrition
Society of Malaysia (2019), tabiat makan dan proses membuat keputusan kita banyak ditentukan
oleh aplikasi telefon pintar, rancangan televisyen dan media sosial. Antara buktinya, mengambil
gambar makanan untuk

Instagram sebelum makan, beratur panjang untuk membeli makanan atau minuman yang
sedang hangat dalam talian. Ini adalah demi untuk meraih jumlah ‘like’ dan komen yang banyak
semata-mata. Walaupun golongan muda adalah golongan yang celik IT, namun mereka lebih
mudah cenderung dan tergoda untuk mencuba makanan-makanan yang viral. Kebanyakan dari
makanan yang viral adalah terdiri daripada makanan yang tidak sihat seperti teh boba, mi ramen
pedas, ayam goreng berkeju, dan pelbagai trend makanan lain.

Menurut artikel yang ditulis oleh Dr Saodah Abd Rahman, media merupakan ejen yang paling
penting yang mampu untuk menyebarkan ideologi, ilmu pengetahuan, perniagaan dan budaya.
Semuanya adalah terpulang kepada individu itu sendiri sama ada mahu menjadikan kemudahan
kemajuan ini kearah yang positif atau pun negatif. Untuk menangkis daripada masyarakat islam
terpengaruh dengan budaya negatif, umat islam seharusnya memainkan peranan dalam
menyebarkan ajaran islam yang sebenar melalui media secara lebih aktif dan kreatif.

Selain itu, para ibu bapa juga haruslah mengawasi penggunaan media sosial anak-anak
mereka. Namun, setiap individu itu sendiri juga harus lebih bijak dalam menggunakan
kemudahan media ini untuk menyebarkan dan melakukan perkara- perkara kebaikan sahaja yang
boleh meningkatkan keimanan agar tidak mudah terpengaruh akan ideologi yang tidak sihat dan
merosakkan. Kerjasama dari semua pihak untuk membanteras gejala negatif ini boleh dikatakan
sebagai jihad nahi munkar yang disarankan oleh islam.

5
3.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Kajian dilakukan untuk mengenal pasti sejauh manakah pengaruh globalisasi mampu
untuk mempengaruhi masyarakat kini.

2. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti impak positif dan negatif yang wujud
kesan daripada pengaruh globalisasi dan hegemoni barat terhadap gaya hidup masyarakat islam.

3. Kajian ini bertujuan untuk melihat bagaimanakah media massa yang terhasil dari
globalisasi mampu untuk mengubah cara hidup masyarakat islam masa kini dalam menjalani
kehidupan harian.

4.0 KAJIAN LITERATUR

6
Kajian ini akan membincangkan literatur yang merangkumi penjelasan dan pandangan
daripada tokoh-tokoh tertentu yang dibuat oleh sarjana dan pengkaji-pengkaji yang terdahulu
tentang impak perubahan globalisasi kepada masyarakat terutama dari segi aspek
pemikiran,social,fesyen dan makanan.

Kajian ini penting bagi mengenal pasti pengaruh globalisasi terhadap masyarakat islam
supaya pihak berwajib seperti pihak kerajaan, pihak bukan kerajaan(NGO) dan pihak berwajib
yang lain dapat mengenalpasti dan mengembangkan budaya islam terhadap dunia luar.

Laporan Ruhaiza Rusmin (2017) dalam akhbar Harian Metro menyatakan bahawa pengaruh
globalisasi tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat pada abad 21. Pengaruh globalisasi ini
telah meliputi pelbagai aspek seperti politik,ekonomi dan pendidikan.

Arus globalisasi ini telah mengubah sistem pendidikan di negara menjadi lebih maju dan dan
berkualiti bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan tinggi,bertanggungjawap serta
berakhlak mulia.

Pengaruh globalisasi dan budaya Barat dalam masyarakat sejagat telah menunjukkan
perubahan sosial dan berlaku peningkatan jenayah di negara kita. Hal ini kerana, budaya Barat
yang mengamalkan hidup secara bebas telah menarik minat masyarakat islam untuk melakukan
hal yang bertentangan islam seperti berjudi dan minum arak.

Menurut Husni (2015) menyatakan ramai masyarakat islam terpengaruh dengan budaya barat
akibat globalisasi yang datang dalam pelbagai bentuk perantaraan seperti media dan alatan
elektronik. Peradaban yang rapuh akan melemahkan masyarakat islam dan memberikan kesan
negatif dalam kehidupan sejagat.

Malah Osman Bakar (2008) telah mengemukakan fenomena globalisasi haruslah dikaji lebih
terperinci baik buruknya demi kemakmuran rakayat di negara ini. Segala kebaikan daripada arus
globalisasi haruslah dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat manakala keburukannya haruslah
dicegah dan dihindari sebaik mungkin.

Dalam pada itu Jasmi, K. A. & Nur Amirah Mohd Rashid (2008) turut menegaskan bahawa
islam tidak melarang untuk mengikuti peredaran zaman globalisasi tetapi haruslah berpada-pada

7
dan mengikuti syariat Islam. Hal ini kerana Islam adalah agama yang sempurna dan ianya
bersifat menyeluruh iaitu meliputi dalam semua aspek kehidupan.

Farid Sufian Shuaib (2007) menyatakan globalisasi juga telah mempengaruhi undang-undang
di Malaysia. Aliran pengaruh dan perubahan yang berlaku tidak saksama menyebabkan Malaysia
berdepan kerumitan dwisistem perundangan.Undang-undang Islam jugalah yang
mengetengahkan keadilan dan haruslah dibangunkan.

Sebagai kesimpulannya, islam tidak menolak secara bulat-bulat terhadap perbaharuan yang
dijalankan sebaliknya mestilah mempunyai asas pengetahuan yang sebaiknya bagi menangani
apa jua situasi yang bakal dihadapi nanti.Nilai dan akhlak dalam islam meliputi seluruh aspek
kehidupan. Kefahaman dan keupayaan individu muslim terhadap ajaran islam yang menyeluruh
mampu menjadikan mereka rasional dalam membuat sesuatu pertimbangan dalam mana-mana
situasi dan juga menghadapi pemasalahan keruntuhan akhlak terutamanya dalam arus globalisasi
masa kini.

8
5.0 METODOLOGI KAJIAN

Definisi Metodologi Kajian

Metodologi kajian merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan


menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian.
Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik
tertentu digunakan. Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas atau
lebih terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses
kajian.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat metodologi membawa maksud sistem yang
merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan atau disiplin. Maksud
lain metodologi ialah kaedah, jalan, teknik, gaya, ragam, rentak, corak dan sistem. Metodologi
juga bermaksud ilmu tentang metod atau disiplin yang digunakan semasa melakukan kajian
tertentu untuk mencapai tujuan tertentu. Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang
paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi
menjawab permasalah kajian.

5.1 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk tinjauan. Ianya penting bagi sesuatu kajian sebagai
panduan untuk memastikan objektif kajian tercapai dan seterusnya menjawap persoalan
kajian.

5.2 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian merupakan satu alat yang digunakan oleh penyelidik ketika menjalankan
sesuatu penyelidikan. Instrumen kajian digunakan sebagai asas bagi memperoleh data
seperti mana yang dikehendaki untuk mencapai objektif kajian. Instrumen kajian dilakukan
untuk mendalami lebih mendalam konsep berkaitan persepsi,keterangan latar belakang dan
segala sumber yang berkaitan. Kaedah yang digunakan ialah kaedah dokumentasi,soal
selidik dan internet.

9
5.3 PENGUMPULAN DATA

Metod ini ialah usaha-usaha yang dilakukan dengan mengumpulkan data dan mentafsirkan
data-data tersebut. Data ini disusun dengan sistematik agar kajian yang dijalankan akan
memberikan pemahaman yang jelas dan nilai yang bermutu.

i. Dokumentasi

Penggunaan metod ini, lebih menjuruskan kepada kaedah pengumpulan maklumat, data
yang melibatkan tentang kesan globalisasi, analisis artikel, jurnal-jurnal dan sumber internet.
Pengkaji menggunakan kaedah ini bagi membincangkan dengan lebih terperinci tentang
pengaruh dan impak globalisasi terhadap masyarakat. Penghayatan ini perlu diadun dan
dicerna dalam diri masyarakat supaya menjadi benteng pertahanan kendiri bagi menangani
arus globalisasi masa kini.

ii. Borang Soal Selidik

Satu borang soal selidik di atas talian yang dipanggil “google form” telah dilakukan dalam
proses pengumpulan data. Borang soal selidik ini dibina mengikut prinsip Keep It Short and
Simple (KISS) iaitu mengemukakan soalan yang mudah difahami dan ringkas.

iii. Internet

Kaedah internet diaplikasikan bagi membantu dalam menyempurnakan kajian ini. Penkaji
melayari laman sesawang berkaitan tajuk yang dipilih. Selain itu, borang soal selidik telah
diedar melalui kaedah internet bagi memudahkan urusan dan senang diedar kepada
responden.

5.4 ANALISIS DATA

Setelah semua data dikumpulkan, penulis akan melakukan analisis menggunakan beberapa
metod. Pengkaji akan menghubungkait anatara data yang dikumpulkan dengan fakta yang
berlaku. Antara metod yang digunakan dalam analisis data ialah:

10
a. Metod komparatif : Metod ini digunakan bagi membandingkan data dan maklumat yang
diperoleh dari pelbagai sumber berkaitan tajuk yang dikaji.
b. Metod induktif : Penghasilan artikel ini juga melihat kepada perincian kajian secara
terperinci bermula dari konsep umum globalisasi.
c. Metod deduktif : Bagi menganalisis dan melakukan penulisan berdasarkan pola berfikir
bagi mencari bukti pengaruh dan impak globalisasi kepada masyarakat dengan skop yang
dikaji.

5.5 PENUTUP

Berdasarkan penerangan yang terperinci yang telah dinyatakan, pengkaji telah berusaha untuk
mengikuti metodologi dan prosedur yang telah digariskan sebaik mungkin. Hal ini bagi
memastikan kajian yang dijalankan ini mencapai objektif yang telah ditetapkan.

11
6.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam dapatan kajian yang dijalankan, bahagian ini membincangkan analisa data dan
memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada soal selidik yang telah diisi
oleh responden.

6.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

6.1.1 Jantina

Untuk mengkaji persepsi pelajar, seramai 18 orang terdiri daripada pelajar pelajar daripada
UiTM sendiri. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek jantina dan umur
yang dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah.

Jantina Nilai Peratus


Lelaki 3 17%
Perempuan 15 83%
Jadual 1 : Jantina

Jantina

17%

Lelaki
Perempuan

83%

Rajah 1 : Jantina

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 18 orang responden, seramai 3 orang (22.2 %)
adalah terdiri daripada responden lelaki, manakala bakinya sebanyak 15 orang ( 72.2% ) adalah

12
responden perempuan. Terdapat perbezaan jurang yang besar dalam pemilihan jantina responden
ini kerana mungkin segelintir lelaki tidak berminat untuk ditanyakan mengenai isu sesama .
Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada Jadual 1 dan Rajah 1 di atas. Kajian ini adalah
melihat persepsi pelajar di UiTM mengenai pengaruh globalisai dari sudut pandangan mereka
sendiri. Oleh yang demikian jantina yang dipilih perlulah seimbang agar jawapan yang diperoleh
tidak memihak kepada satu gender sahaja.
6.1.2. Umur

Umur Nilai Peratus


11-19 0 0%
20-29 18 100%
30-39 0 0%
40-49 0 0%
Jadual 2 : Umur
(Sumber - Google Form, 2020)

Rajah 2 : Umur

(Sumber - Google Form, 2020)

Berdasarkan hasil kajian, daripada 18 orang responden yang disoal selidik, seramai 18 orang
terdiri daripada jarak umur yang dekat iaitu 20-29 (100%). manakala tiada responden dari
peringkat umur selain daripada 20-29 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2 dan Rajah 2 di

13
atas. Tujuan kami melatakkan Responden yang berbeza usia ini adalah untuk kami melihat
padangan dan cara mereka adakah hampir sama ataupun tidak.

6.2 ANALISA TERHADAP PERSEPSI RESPONDAN MENGENAI IMPAK GLOBALISAI


DARI SUDUT MAKANAN DAN FESYEN.

Pada bahagian ini responden telah diutarakan 9 soalan utama dimana yang telah dikhususkan
kepada pelajar UiTM sahaja. Soalan – soalan ini juga tertumpu kepada pendapat para responden
dari sudut pemilihan makanan dan fesyen.

6.2.1 Persetujuan Pelajar Mengenai Fesyen Tanpa Menitik beratkan Aurat.


Seramai 15 responden bersamaan 83.3% memilih untuk sangat setuju manakala baki memilih
untuk kurang setuju dan tidak setuju sama sekali bagi soalan yang pertama. Purata kebanyakkan
responden setuju bahawa remaja pada masa kini mudah terikut dengan apa yang digayakan oleh
selebriti Barat kegemaran mereka sehingga mereka mengabaikan perintah untuk menutup aurat
dengan sempurna. Menutup aurat dan bertudung adalah dua perkara yang berbeza. Menutup
aurat haruslah dengan pakaian yang longgar, tidak jarang, tidak singkat, tidak ketat, tidak
menampakkan leher, rambut dan dada. Sedangkan sesetengah daripada mereka menganggap
apabila bertudung mereka sudap pun menutup aurat tetapi dengan cara yang berbeza. Kenyataan
ini dipetik dari sebuah buku yang berjudul “Aurat di bawah Bumbung”

Rajah 1
(Sumber - Google Form, 2020)

14
Bagi soalan 2 , seramai 8 responden bersamaan (44.4%) memilih untuk hampir setuju apabila
soalan Masyarakat hendaklah selalu mengikuti trend semasa yang sedang tular supaya mereka
tidak ketinggalan zaman ditanyakan. Ini kerana, memandangkan dunia fesyen sekarang ini
dilihat gah dan menarik jadi mereka tidak mahu di lapuk dek zaman. Walaupun bertudung ,
mereka juga ingin tampil moden dan menawan walaupun mereka belum cukup sempurna
menutup aurat.

Rajah 2
(Sumber - Google Form, 2020)

Bagi soalan 3 , seramai 9 responden bersamaan (50%) memilih untuk sangat setuju manakala
baki 7 responen bersamaan (38.9%) yang setuju dan 2 responden bersamaan (11.1%) yang tidak
setuju sama sekali . Soalan yang telah ditanyakan ialah adakah betul cara berpakaian akan
memberikan kesan kepada cara mereka pertuturan dan bergaul.Maruah seseorang dapat dinilai
dalam tiga aspek iaitu cara berpakaian, percakapan dan pergaulan. Jika elok ketiga-tiga ini, maka
dikatakan kita ada harga diri dan bermaruah pada pandangan masyarakat serta mulia di sisi Allah
SWT. Islam selalu menekankan soal berpakaian dan cara berpakaian turut digariskan supaya
kelihatan sopan, tidak jarang menampakkan susuk badan, tidak menyerupai pakaian lelaki atau
sebaliknya selain mengelak pakaian mempunyai simbol merujuk kepada agama lain.Islam selalu
menekankan soal berpakaian dan cara berpakaian turut digariskan supaya kelihatan sopan, tidak
jarang menampakkan susuk badan, tidak menyerupai pakaian lelaki atau sebaliknya selain
mengelak pakaian mempunyai simbol merujuk kepada agama lain. Jika aurat didedahkan maka

15
jatuh maruah seseorang itu. Kenyataan ini dipetik dari sebuah artikel online Fiqih Jihad .
https://fitrahislami.wordpress.com/2012/02/13/pakaian-dan-percakapan-mencerminkan-peribadi-
seseorang-muslim/

Rajah 3
(Sumber - Google Form, 2020)

Bagi soalan 4 , hampir kesemua responden bersetuju bahawa pakaian muslim yang sopan dan
menutup aurat dapat memberikan contoh teladan yaneg baik kepada masyarakat luar. Pada
soalan 5 , kami bertanyakan mengenai jenis fesyen yang para responden minati , terdapat
pelbagai jenis citarasa yang tersendiri. Dunia fesyen era yang semakin moden, ia telah menjadi
satu gaya hidup atau cara hidup untuk semua orang dalam semua lapisan masyarakat.
Perkembangan fesyen tidak boleh dielak atau dinafikan tetapi umat Islam perlu bijak memilih
fesyen yang sesuai mencerminkan keperibadian mereka sebagai Muslim yang mementingkan
kebersihan, kemas dan menutup aurat.

16
Rajah 4
(Sumber - Google Form, 2020)

Rajah 5
(Sumber - Google Form, 2020)

Bermula dari soalan 6, kami mengubah soalan ke arah makanan pula untuk mengetahui sama
ada responden mempunyai pendapat yang sama atau tidak. Bagi soalan 6, kesemua responden
bersetuju bahawa Masyarakat sering terpengaruh untuk mencuba makanan yg menjadi trend
masa kini, ini kerana mereka tidak mahu ketinggalan zaman dan pasti mereka mempunyai sifat
ingin tahu sama ada makanan itu lazat ataupon tidak . Sebagai contoh Ramen dari Korea dan
juga yang sedang tular iaitu minuman Boba. Trend persembahan makanan yang unik atau berciri
‘hipster’ ini kebiasaannya akan viral di media sosial, dalam cubaan menggamit pengunjung yang

17
rata-ratanya golongan remaja di ibu kota. Kenyataan ini dipetik oleh sebuah portal online , Astro
Awani. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/trend-makanan-hipster-keterlaluan-192730

Rajah 6
(Sumber - Google Form, 2020)

Bagi soalan 7, 17 responden bersamaan (100%) memilih untuk sangat bersetuju bahawa
kebanyakan dari makanan yang menjadi trend adalah makanan yang tidak sihat dan
memudaratkan diri ini kerana , sebahagian dari makanan itu ialah terlampau manis dan jika
dimakan setiap hari mereka boleh jatuh sakit seperti kencing manis dan contoh lain seperti
Ramen yang terlampau pedas boleh menyebabkan mereka terkena appendix dan penyakit
penyakit krokik yang lain.

18
Rajah 7
(Sumber - Google Form, 2020)

Bagi soalan 8, seramai 13 responden bersamaan (72.2%) memilih untuk sangat setuju ,
manakala baki daripada itu memilih setuju dan tidak setuju sama sekali. Pada soalan ini , kami
bertanyakan kepada mereka adakah dengan makan makanan yang sedang trend ini hanya untuk
menunjuk semata mata supaya terbukti yang mereka sedang mengikuti trend dan purata
responden sangat bersetuju dgn penyataan tersebut.

Rajah 8
(Sumber - Google Form, 2020)

19
Bagi terakhir , seramai 15 responden bersamaan dengan ( 83.3%) sangat bersetuju bahawa
rakyat Malaysia lebih teruja untuk merasa makanan dari luar negara berbanding makanan dari
dalam negara sebagai contohnya makanan Korea ini kerana , mereka mungkin sudah bosan
dengan makanan di negara sendiridan ingin meneroka makanan dari negara luar . Pada masa
yang sama , mereka juga terpengaruh oleh drama drama Korea yang mereka tonton kerana
makanan yang mereka makanan nampak menyelerakan oleh kerana itu , mereka mempunya sifat
ingin tahu mengenai rasa makanan itu.

Rajah 9
(Sumber - Google Form, 2020)

20
6.2.2 Persepsi Responden Terhadap Pengaruh Globalisasi kepada Pemikiran dan Sosial.
Bagi soalan yang pertama, seramai 16 responden bersamaan dengan ( 88.9%) memilih
untuk sangat bersetuju bahawa remaja di Malaysia pada masa kini sangat mudah
terpengaruh dgn budaya yg negatif dan kurang bermoral, dan purata lebihan memilih tidak
bersetuju. Ini kerana , mereka terlampau mudah dipengaruhi oleh artis artis idola mereka
yang puratanya berasal dari Korea.Industri hiburan dari Korea Selatan atau dikenali sebagai
K-Pop semakin mendapat tempat di hati para Peminat di Malaysia. Kenyataan ini disokong
oleh sebuah portal online yang menyatakan bahawa ada segelintir peminat tegar K-Pop
tekah mewujudkan “Agama Baru” yang bertuhankan K-Pop Info Meecks iaitu sebuah portal
online. https://meecks.com/2020/05/06/dah-terpesong-terlalu-fanatik-dgn-artis-korea-
peminat-wujudkan-agama-baru-bertuhankan-k-pop/

Rajah 1
(Sumber - Google Form, 2020)

21
Bagi soalan 2 , seramai 13 responden bersamaan ( 76.5%) memilih untuk sangat setuju
bahawa jika mereka terlampau mengikuti trend semasa , pegangan agama mereka akan
berkurangan di mana mereka lebih suka melanggar peraturan agama mereka seperti pergaulan
bebas , tidak menutup aurat dengan sesuka hati tanpa rasa serba salah. Hal ini kemungkinan
kerana , cara mereka berpakaian dan bergaul memainkan peranan yang penting kerana ia
menunjukkan cerminan diri kita sendiri.

Rajah 2
(Sumber - Google Form, 2020)

Bagi soalan 3, seramai majoriti 7 responden bersamaan ( 38.9%) memilih tidak bersetuju
dengan mereka hendaklah mengikuti pemikiran negara barat supaya kita akan bersikap dengan
lebih terbuka dan 6 responden memilih untuk hanya bersetuju , ini bermakna , mereka mahu
menyeimbangkan pemikiran negara barat dengan negara sendiri supaya tidak terlalu tersasar
dari pangkal asal usul.

Rajah 3
(Sumber - Google Form, 2020)

22
Bagi soalan 4, Yang disoal kepada para responden ialah sama ada remaja akan menjadi
lebih kreatif dan berinovatif kerana penguasaan dalam pelbagai bidang ilmu yang luas sebagai
contoh perkembangan dalam industri fesyen, pembangunan dan sebagainya telah mendapat
persetujuan yang majoriti , ini kerana jika pelajar mempunyai ilmu yang luas , mereka akan
dapat menguasai pelbagai bidang. Telah mendapat pilihan majoriti untuk sangat bersetuju dengan
seramai 12 responden bersamaan dengan (66.7%)

Rajah 4
(Sumber - Google Form, 2020)

23
Bagi soalan yang terakhir , seramai 15 responden bersamaan ( 83.3%) memilih untuk
sangat setuju untuk apabila mereka menguasai pelbagai jenis bahasa selain daripada bahasa
Melayu seperti bahasa Inggeris , Cina dan Perancis , mereka akan mudah untuk mendapat
pekerjaan. Ini kerana , pada alam pekerjaan mereka akan berdepan dengan pelbagai jenis
bangsa , jadi penguasaan dalam pelbagai jenis bangsa amatlah penting.

Rajah 5
(Sumber - Google Form, 2020)

24
7.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan melalui kajian yang telah dijalankan, terdapat segelintir masyarakat
yang masih terikat dengan trend terkini yang pada zahirnya boleh merosakkan akidah dan akhlak
mereka kesan globalisasi sedang berkembang pesat pada hari ini. Bukan setakat itu sahaja,
terdapat juga masyarakat yang berpendapat isu semasa ini bukanlah faktor utama kepada
keruntuhan akhlak mereka. Adapun, apabila ditanya berkaitan isu ini, majoriti daripada mereka
sekadar memberi alasan bahawa mengikuti trend terkini adalah sekadar untuk berseronok tanpa
mengambil kira akan hukum-hakam yang diterapkan oleh agama Islam. Bahkan, mereka yang
mengikuti gaya hidup serta budaya terkini kerana ingin bermegah-megah dan riak semata-mata
untuk meraih pujian dari khalayak masyarakat di sekeliling mereka. Oleh itu, sudah tentu perkara
sedemikian, mestilah dihentikan sebelum keadaan bertambah buruk sekaligus memberi kesan
kepada ajaran yang dibawa oleh agama Islam.

Sudah terang lagikan bersuluh, arus globalisasi ini seolah-olah menjadi satu penghalang kepada
umat Islam untuk terus istiqamah dalam usaha memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih
baik. Perkembangan dunia fesyen dan kemajuan alat komunikasi membendung generasi
sekarang untuk sentiasa terus maju kehadapan dalam pelbagai aspek tidak kiralah sama ada dari
segi fizikal, mental, rohani mahupun jasmani. Namun, kebanyakan generasi masa kini tersilap
langkah. Mereka sanggup mengikuti trend terbaru dan terkini tanpa memikirkan perkara halal
dan dan haram, kemudaratan diri serta imej agama Islam hanya disebabkan mereka tidak mahu
dianggap ketinggalan zaman dan buta teknologi seiring dengan perkembangan arus globalisasi
yang berkembang dengan sangat pesat hari ini.

Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan
kesan serta menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup bersendikan adat,
tatasusila, dan penghayatan agama. Saranan agama Islam untuk menjadikan Al-Quran sebagai
tempat sebaik-baik rujukan kepada segenap umat manusia khususnya umat Islam amat penting
untuk dipraktikkan dalam menjalankan kehidupan seharian mereka agar setiap perkara yang
dilakukan tidak sekadar diambil mudah serta sekali-kali tidak betentangan dengan fatwa dan
ajaran yang dibawa oleh agama Islam. Namun, masih ramai lagi yang tidak peduli akan saranan
tersebut. Hal ini mengakibatkan mereka lebih mudah terpengaruh dengan isu semasa tanpa
memikirkan kesan-kesan yang bakal menjejaskan diri mereka sendiri, agama, dan negara.

25
Meskipun perkembangan teknologi masa kini dilihat memberikan begitu banyak kelebihan
kepada masyarakat masa kini dan sumbangan kepada kemajuan di sesebuah negara, namun,
mereka mestilah sentiasa berwaspada terhadap kesan-kesan yang boleh menjejaskan nama baik
agama Islam. Masyarakat mestilah mengkaji terlebih dahulu setiap maklumat yang diterima agar
tidak mengikuti isu semasa tersebut secara membabi buta sahaja. Ibu bapa juga memainkan
peranan yang sangat penting dalam menjadi “Role Model” kepada anak-anak dalam membentuk
sahsiah diri mereka sebelum perkara sebegini menjadi lebih teruk. Pengawasan terhadap
perubahan tingkah laku generasi masa kini mestilah didtitikberatkan agar mereka sedar bahawa
trend terkini bukanlah segala-galanya dalam kehidupan. Diharap agar semua umat Islam yang
terdiri daripada generasi masa muda hari ini akan terus mara kehadapan dengan menjadikan
agama sebagai teras paling utama untuk berjaya bukan sahaja di dunia, tetapi juga diakhirat
kelak.

26
8.0 BIBLIOGRAFI

Ahmad Md Aros, Ahmad Zaki Haji Latiff et al. (2015). Tamadun Islam dan Tamadun Asia
(TITAS) (Edisi 3). Universiti Teknologi Mara: Oxford Fajar.

Akhmad Jenggis, P. (2012). 10 Isu Global di Dunia Islam. Yogyakarta: NFP Publishing.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2000). Kamus Dewan (Edisi 3). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Editor Yadim. (2015). Majalah Dakwah Yadim: Pengaruh media terhadap pemikiran dan jiwa
umat Islam. http://www.yadim.com.my/v2/pengaruh-media-terhadap-pemikiran-dan-
jiwa-umat-islam/

Farid Sufian Shuaib. (2007). Kesan Globalisasi terhadap Undang-undang Islam di Malaysia.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Husni bin Muhammad Harun. (2015). Pengaruh Globalisasi Terhadap Masyarakat Islam
Mengikut Pandangan Yusuf Al-Qaradhawi. Universiti Putra Malaya.

Irwan Shafrizan Ismail (Jun 28,2019), Kes pembuangan bayi serius – TPM.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/578922/kes-pembuangan-bayi-
serius-tpm

Jasmi, K. A. & Nur Amirah Mohd Rashid (2008) Kesan Negatif globalisasi terhadap wanita
Islam dan penyelesaiannya in Isu Wanita Dalam Perundangan Islam. Skudai, Johor Baru:
Universiti Teknologi Press, pp. 108-129.

Masalah remaja (2010). Retrieved from http://remajadimalaysia.blogspot.com/2010/10/budaya-


barat.html

Osman Bakar.(2008). Pengaruh Globalisasi terhadap Peradaban. Jurnal Peradaban-Jurnal


Rasmi Pusat Dialog Peradaban. Universiti Malaya.

Roseline, Y. (2019). Pengaruh Negatif Media Sosial Kepada Tabiat Makan.


https://mypositiveparenting.org/ms/2019/11/21/pengaruh-negatif-media-sosial-pada-
tabiat-makan/

27
Ruhaiza, R. (2017, Januari 30). Impak Globalisai. Harian Metro.
https://www.hmetro.com.my/node/201657/amp.

Zulaikha, S. (2017). Pengaruh Fesyen Pemakaian Barat dalam Kalangan Remaja di Malaysia.
https://prezi.com/b4glrmi-dfqg/pengaruh-fesyen-pemakaian-barat-dalam-kalangan-
remaja-di-malaysia/

9.0 LAMPIRAN

28
29
30
31
32
33

Anda mungkin juga menyukai