Anda di halaman 1dari 15

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (UW00202)

SEMESTER I, SESI 2018/2019

SEKSYEN 2

TAJUK TUGASAN

Ancaman Globalisasi Terhadap Masyarakat Islam Dan Bukan Islam: Satu Kajian
Globalisasi

DISEDIAKAN UNTUK

Dr.Syamsul Azizul Bin Marinsah

DISEDIAKAN OLEH

BIL NAMA MATRIK NO. NO.TELEFON TANDATANGAN


1 NURUL IZZAH BINTI BN18110177 019-5347400
MOHAMMAD SAFRI
2 NURSYAFIRAH BINTI BS18160640 014-6514610
SUMPIN
3 SUZANIH EMBOK BK18110207 019-5070646
ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan
2.0 Ciri-ciri ancaman globalisasi
3.0 Ancaman globalisasi
4.0 Peranan dalam menangani ancaman globalisasi
4.1)Peranan umat Islam
4.2)Peranan umat bukan Islam
5.0 Kesan ancaman globalisasi
5.1)Ekonomi
5.2)Sosial
5.3)Politik
6.0 Penutup

RUJUKAN
1.0 Pengenalan

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang
sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi negara1. Perkembangan ini
mewujudkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan
perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.

Menurut kamus dewan, globalisasi juga merupakan sebagai fenomena yang menjadikan
dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan
teknologi maklumat2 .Manakala menurut cendiakawan barat pula, mentakrifkan bahawa
globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala
aspek kehidupan seperti politik, sosial, ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh manusia di
dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa
sempadan.

Ruangan bagi dunia semakin kecil daripada yang asal pada era globalisasi kini. Hal ini
kerana, ledakan teknologi maklumat yang pesat dan pantas merupakan medium utama
kepada agenda globalisasi ini. Pada hari ini juga kita dapat merasakan apakah itu globalisasi.
Dunia pada hari ini bukan saja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalisasi
menjangkau sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari
segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat.3

Selain itu, globalisasi juga dirujuk sebagai perpindahan nilai, terutamanya cara
masyarakat berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang
lain4.Globalisasi yang diberikan erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat
dipertikaikan lagi oleh sesiapapun. Hakikatnya sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi
globalisasi ini sudah wujud. Fenomena globalisasi juga boleh dikiaskan sebagai gelombang
yang melanda dunia.

1
Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama
tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara.Melalui proses ini,
dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah
negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi
pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet,media elektronik,dan teknologi siber.
2
Menurut Kamus Dewan,globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia
mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi
maklumat.
3
Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalisasi menjangkau
sempadan ekonomi,teknologi ,bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari segenap aspek
kehidupan sesebuah masyarakat
4
Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir & gaya
bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yang lain.
2.0 Ciri-ciri ancaman globalisasi

Ancaman globalisasi adalah satu bentuk cabaran kepada sesebuah negara kerana
terdapat pelbagai bentuk ancaman antaranya dalam bentuk langsung ataupun tidak
langsung. Ancaman dalam bentuk lansung dapat dilihat dalam keadaan sedar ataupun tidak
sedar. Hal ini dapat dilihat selepas kebangkitan intifadah ke-2 rakyat Palestin pada tahun
2000. Selain itu, serangan menara berkembar WTC di Washington pada 11 september 2001.
Kebangkitan rakyat Palestin dapat dipintas oleh barat pada tahun 2000 kerana keinginan
menentang keganasan.Namun begitu, barat menggunakan cara seperti itu untuk menjajah
umat Islam di Afghanistan dan di Iraq.

Karen Armstrong menyatakan bahawa beliau pernah membuat jangkaan pada 2000
bahawa sekiranya umat islam merasa ditindas, dan agama mereka diserang, golongan
fundemantalist Islam akan melakukan perkara yang ganas dalam bentuk yang baru5. Hal ini
kerana bagi mempertahankan agama dan menolak campur tangan kuasa luar yang tidak
bertanggungjawab.Walaupun umat Islam sering mendapat serangan-serangan pemikiran,
namun umat Islam tidak dilanda sekularisasi. Earnest Gellner menyatakan 100 tahun yang
lalu, pegangan umat Islam tidak terancam dan keyakinan terhadap agama bertambah6.

Ancaman dalam bentuk tidak lansung pula dapat dilihat menerusi remaja sekarang yang
semakin kekurangan nilai-nilai moral, dan jati diri. Hal ini kerana budaya-budaya luar yang
meracuni fikiran remaja dan perbuatan perbuatan yang tidak sihat Contohnya seperi seks,
cara berpakaian yang tidak sopan dan sebagainya.Pada tahun 1991, bermulanya masyarakat
dunia seramai satu billion orang yang menaiki kapal terbang untuk sampai ke destinasi yang
dituju dalam kata lain mengelilingi dunia. Ancaman globalisasi juga boleh dilihat di melalui
peristiwa di Amerika, telah disediakan peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat
Amerika iaitu seramai 3 juta bilangan orang yang disediakan peluang mendapatkan kerja
oleh syarikat- syarikat asing.

Pelajar-pelajar daripada 150 negara luar melanjutkan pelajaran di Amerika dalam


anggaran seramai 400,00 orang pelajar bagi menuntut ilmu pengetahuan untuk berkhidmat
kepada negara mereka pada masa depan.Kebanyakan seluruh negara menggunakan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa pertama atau bahasa kedua. Contohnya, dalam bidang pendidikan
yang subjek wajib setiap pelajar mengambilnya.Pengusaha makanan segera Mcdonalds
membuka 10,500 buah restoran di seluruh dunia7.

5
Karen Armstrong(2001), Islam: A Short History, London:Phoenix Press,h.159
6
Ernest Gellner (1994), ‘Foreword’, dalam Akbar S Ahmed dan Hastings Donnan, Islam,
Globalization and Postmodernity, London: Routledge, h. xi.
7
Hashim Haji Musa .(2001).,Merekonduksi Tamadun Melayu Islam Ke Arah Pembinaan
Sebuah Tamadun Dunia Alaf Ketiga, (Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti
Malaya, 2001 ), hlm. 1-5
3.0 Ancaman Globalisasi

Pada era globalisasi ini, terdapat pelbagai ancaman yang dihadapi oleh masyarakat di
dunia. Antara ancaman-ancaman globalisasi yang dihadapi oleh masyarakat di dunia ialah
ancaman dalam ekonomi, pendidikan, dan politik. Hal ini dikatakan demikian kerana,
globalisasi ekonomi merujuk kepada sempadan ekonomi negara-negara di dunia yang
semakin runtuh dan seluruh dunia menjadi satu unit yang boleh dihubungkan dengan cepat,
mudah, pantas dan rapat. Globalisasi ekonomi juga dikenali sebagai dunia tanpa sempadan
dalam perdagangan dunia. Seterusnya, globalisasi pendidikan mewujudkan trend yang
berbeza tentang bentuk baharu pengantarabangsaan pendidikan tinggi, kesan kewujudan
persaingan hebat antara negara dan kewujudan pelbagai blok wilayah dan perdagangan.
Negara- negara membangun sedar bahawa rakyat harus mempunyai daya saing yang tinggi
agar mereka mampu bersaing pada peringkat antarabangsa. Selain itu, globalisasi dalam
konteks politik sering dikaitkan dengan aspek sosial dan ekonomi iaitu jika fenomena
globalisasi dicetuskan oleh mekanisme pasaran, maka reaksi politik adalah penting.

Globalisasi merupakan satu ideologi politik kapitalisme baru yang dirangka oleh negara
kaya dan negara maju. Ini menimbulkan masalah ketidaktentuan ekonomi, krisis ekonomi,
pengawalan ekonomi global, ketidakseimbangan pertukaran asing dan merupakan satu
arahan baru politik oleh negara kaya seperti Amerika Syarikat, Britain dan negara Eropah
yang memberi kesan buruk kepada perkembangan ekonomi dan politik global. Bentuk
globalisasi yang menonjolkan kekuatan ekonomi merupakan sesuatu yang amat penting dan
mampu menentukan masa depan sesuatu negara. Munculnya syarikat-syarikat multinasional
seperti Coca Cola, Pizza Hut, MCdonald, Nestle, datang daripada kuasa besar dunia seperti
Amerika Syarikat, United Kingdom, dan Jepun. Telah melopori penguasaan ekonomi asia.
Globalisasi ekonomi juga ialah satu kod undang-undang ekonomi seragam yang dipraktikkan
dan digunakan oleh seluruh masyarakat dunia.Ianya berlaku dalam tiga aspek utama iaitu
perdagangan, kewangan dan pelaburan. Apabila globalisasi berlaku di dalam Ketiga-tiga
aspek ini,kesan terhadap dasar-dasar kerajaan yang mengawal ekonomi asing daripada
mempengaruhi ekonomi tempatan semakin longgar dan terpaksa mengikut rentak ekonomi
yang asind dan pada akhirnya terpaksa meminggirkan ekonomi tempatan.Akibatnya berlaku
perubahan dengan mudah terhadap teknolologi di mana mata wang boleh dipindahkan,
mata wang mudah diniagakan dan saham boleh dibeli dengan mudah.
Globalisasi telah membawa kesan positif dan negatif dalam pelbagai aspek kehidupan
manusia, salah satunya ialah pendidikan. Ini adalah kerana pendidikan adalah salah satu
bidang yang banyak mempengaruhi persekitaran dan perubahan pesat di seluruh dunia
selain ekonomi. Menurut perdana menteri Kuwait, Sheikh Al-Mohamad Al-Ahmad Al Sabah
mengariskan pendidikan juga sebagai cabaran globalisasi. Kata beliau, ada sesetengah
negara Islam maju dalam pendidikan, latihan dan penyelidikan saintifik, tetapi masih banyak
yang ketinggalan. Menurut beliau lagi negara Islam akan terus tecicir daripada arus
pembangunan perdana masa kini jika gagal dalam menyelesaikan ancaman kedua ini kerana
pendidikan merupakan asset kepada kemajuan teknologi, komunikasi, serta penjana
kemajuan8.

Globalisasi juga menyediakan platform untuk semua orang tanpa mengira bangsa,
kaum, warna kulit, status, latar belakang kehidupan seseorang secara adil dalam mana-
mana bidang9.Pendidikan ini sangat penting untuk kemajuan seseorang insan. Ancaman
dalam pendidikan antaranya ialah budaya sekolah tidak menyokong peluang pembelajaran
cara global. Perubahan pesat dalam pendidikan juga ancaman globalisasi. Pendidikan dunia
yang terbuka kerana universiti asing dibenarkan menubuhkan cawangan mereka di merata-
rata tempat. Penguasaan pelajar dalam bidang teknologi dan komunikasi semakin
meningkat. Ini kerana pada usia muda pelajar sudah bijak menggunakan teknologi yang ada
seperti kemudahan gadjet.

Pada era globalisasi kini, dunia bukan saja tidak bersempadan geografi tetapi
pengaruh globalisasi melebih sempadan ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, politik dari
aspek kehidupan masyarakat10.Ancaman terbesar dalam sudut politik adalah hegemoni
barat. Hegemoni membawa maksud pengaruh didominasikan oleh sesebuah negara
terhadap negara lain dengan menggubal undang-undang bagi mengelakkan struktur
penjajahan terhadap rakyat peribumi. Hegemoni juga diterima sebagai sesuatu yang
wajar11.Pihak yang didominasikan tetap taat terhadap kepimpinan kelompok penguasa ini
kerana pihak dominan sentiasa memperjuangkan dan mempertahankan nilai-nilai dan

8
Mengenai bidang pendidikan pula, menurut beliau, ia melibatkan cabaran untuk membuat
pelaburan termasuk dalam bidang latihan dan penyelidikan saintifik, bidang yang penting
untuk pembangunan modal insan. Katanya, ada sesetengah negara Islam maju dalam
bidang pendidikan, latihan dan penyelidikan saintifik, tetapi masih banyak yang ketinggalan.
Negara Islam jelas beliau, akan terus tercicir daripada arus pembangunan perdana masa kini
jika mereka terus gagal menyelesaikan cabaran kedua tersebut, kerana pendidikan
merupakan `aset' kepada kemajuan teknologi, komunikasi dan penyelidikan saintifik serta
penjana kemajuan.
9
Globalisasi juga menyediakan platform untuk semua orang tanpa mengira bangsa, kaum,
warna kulit, status dan latar belakang untuk bersaing secara adil dalam mana-mana bidang.
ideologi hegemoni. Perpindahan maklumat dengan pantas, Barat dapat menguasai media
dan komunikasi Barat dan memberi implikasi terhadap dunia seperti Cable News Network
(CNN), dan British Broad-Casting Corporation (BBC)10 .Globalisasi politik juga sudah tersebar
dengan luas ke seluruh dunia dengan kehebatan penawaran ilmu dan teknologi komunikasi
yang mampu menyebarkan maklumat dengan luas. Hal ini kerana, pada dunia kini politik
antarabangsa didominasikan sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar yang
secara tidak langsung menggambarkan dominsi dunia Barat.

10
Proses globalisasi pada hari ini menjadi peluang keemasan bagi kuasa-kuasa barat untuk
mengekalkan hegemoni mereka. Dengan kepantasan perpindahan maklumat kini, barat
dapat menguasai media dan komunikasi barat dan memberi implikasi terhadap dunia seperti
Cable News Network (CNN) dan British Broad-Casting Corporation (BBC). wartawan-
wartawan tempatan juga menunggu dan menggunakan berita daripada media barat.
4.0 Peranan dalam menangani ancaman globalisasi
4.1)Peranan umat Islam

Seperti yang telah dibincangkan,ancaman globalisasi dapat ditangani dengan lebih


efektif, sama ada melalui kaedah yang positif atau sebaliknya.Kaedah positif11 lebih
membawa manfaat kepada masyarakat kerana secara tidak langsung dapat menangani
ancaman dan memberi kebaikan tanpa kita sedari.Oleh itu peranan pelbagai pihak amatlah
diperlukan, salah satunya ialah peranan umat Islam12 kerana agama Islam merupakan satu
agama yang suci,bersih dan bukannya Islam liberal13.

Peranan yang dapat dilakukan oleh umat Islam ialah memanfaatkan globalisasi yang
tersedia ada.Cara untuk memanfaatkan globalisasi ini dengan cara memberikan kefahaman
yang lebih mendalam terhadap orang luar tentang Islam secara lebih terbuka
faktanya,mahupun melalui media sosial yang dikuasai global pada masa kini ataupun secara
depan-depan dalam kalangan masyarakat .Secara tidak langsung,ancaman yang dihadapi
dapat bertukar menjadi satu faedah untuk umat Islam dan semua masyarakat. Sebagai
contoh,dalam cabaran pendidikan seperti mana yang kita ketahui,ancaman globalisasi
terhadap pendidikan amatlah mendalam,ianya telah mengusai pemikiran generasi baru yang
sentiasa minat akan benda baharu.Oleh tu pihak pendidikan,haruslah meemainkan peranan
dalam memastikan ilmu yang diterapkan masih berlandaskan Islam dan syariah14.

_____________________
11
kaedah positif adalah cara yang menumpukan ke arah keupayaan dan bukan ketidakupayaan.
http://www.myhealth.gov.my/pemikiran-positif/
12
Definisi : agama yg disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW; masuk ~ menjadi orang yg beragama
Islam; orang (umat) ~ orang (umat) yg beragama Islam; rukun ~ teras yg terdiri drpd lima perkara yg
wajib diamalkan oleh setiap umat Islam; ~ baka a) Islam kerana keturunan; b) orang Islam yg tidak
patuh kpd agama; mengislamkan 1. memasukkan seseorang ke dlm agama Islam, menjadikan
beragama Islam: orang Perlak itu pun diislamkan oleh Fakir Muhammad; 2. mengkhatankan,
menyunatkan: ia hendak ~ anak sulungnya; 3. menjadikan patuh kpd atau menyesuaikan dgn ajaran
(ciri-ciri dsb) agama Islam; keislaman hal atau keadaan yg berkaitan dgn Islam. (Kamus Dewan Edisi
Keempat)
13
Islam Liberal adalah satu fahaman sesat yang berpunca dari sifat tidak yakin diri,merasa rendah diri
(inferiority complex) dan mengagung-agungkan gaya pemikiran Barat oleh segolongan orang Islam.
Menurut Kamus Dewan (DBP. Kuala Lumpur 1994), perkataan Liberal didefinisikan sebagai “1.
(bersifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (misalnya menentang hak-
hak keistimewaan kaum bangsawan), (fahaman) bebas. 2. bersifat atau berpandangan bebas,
berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya).”
https://fastnote.wordpress.com/2011/04/18/apa-itu-islam-liberal/
14
Definisi : sesuatu yg berkaitan dgn hukum-hukum Islam: mahkamah ~ mahkamah yg
mengurus hal-hal yg berkaitan dgn hukum-hukum agama Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Oleh itu,umat islam dapat menangani ancaman globalisasi dari segi pendidikan dengan cara
memantapkan ilmu pengetahuan am mahupun ilmu Islam15 seperti ilmu akidah.Secara tidak
lansung,agama Islam akan lebih dihormati dengan wujud golongan bangsawan dalam Islam.

Selain itu,langkah ini turut mengekalkan perjuangan tokoh-tokoh Islam


terdahulu.Seperti mana yang kita ketahui,agama Islam memang terkenal dengan tokoh-
tokoh yang termashur di mata dunia.Nabi Muhammad S.A.W17 merupakan salah satu
pemimpin yang berjaya dan dari dahulu lagi, perjuangan beliau sentiasa ditentang oleh
pelbagai pihak, jika dilihat sebenarnya perkara ini sama dengan perkara yang kita lalui
sekarang.Oleh itu,tiada sangkalnya lagi untuk umat Islam meneruskan peranan bagi
menangani ancaman globilisasi ini.

Di samping itu, umat Islam haruslah menghalang akan kemasukan ajaran daesh yang
berleluasa di negara-negara ASEAN sekarang ke dalam diri umat Islam masing-
masing,ancaman Daesh ini paling ditakuti untuk tersemai dalam diri generasi sekarang.Hal
ini kerana Daesh merupakan salah satu kumpulan yang berasalnya dari puak Bani Hassan18
yang bermula dari Palestin,kumpulan ini turut dikenali sebagai militan Daesh yang boleh
menyebabkan kesesatannya seseorang umat Islam.Menurut pandangan Utusan Borneo
online19, Daesh merupakan kumpulan yang lebih memfokus terhadap negara yang
menjalankan hubungan diplomatik bersama negara Thailand dan negara yang mempunyai
penduduk agama Islam yang lebih ramai.Terdapat banyak peristiwa yang telah mencoret
nama baik Islam hasil daripada perjuangan militan Daesh ini.Perjuangan mereka menjadi
lebih mudah dengan kemodenan globalisasi pada zaman kini.Oleh itu,sebagai Umat
Islam,fahaman diri masing-masing dan keteguhan terhadap agama Islam perlulah
diperkukuhkan.Perketatkan keselamatan juga perlu bagi menghalang penglibatan Daesh
ini.Oleh itu,semua pihak perlulah berkongkalikung bagi mengatasi salah satu ancaman
globalisasi ini.

____________________________

15
Menurut Syah Waliyullah juga membagi ilmu pengetahuan ke dalam dua kelompok yaitu : 1). Ilmu
al husuli, yaitu ilmu pengetahuan yang bersifat indrawi, empiris, konseptual, formatif aposteriori dan
2). Ilmu al huduri, yaitu ilmu pengetahuan yang suci dan abstrak yang muncul dari esensi jiwa yang
rasional akibat adanya kontak langsung dengan realitas
16
ilahi.https://uharsputra.wordpress.com/filsafat/islam-dan-ilmu/
17
S.A.W, Sallallahualaihiwasallam. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sallallahualaihiwasallam
18
Melalui Utusan Online:
http://www.utusan.com.my/mega/agama/kenali-sejarah-awal-8232-pengasas-daesh-1.390935
19
Utusan Online terbitan 14 Julai 2016 : http://www.utusan.com.my/rencana/utama/daesh-
ancaman-serantau-1.354378
4.2)Peranan umat bukan Islam

Memandangkan globlisasi ini satu prospektif yang meluas, semua masyarat diperlukan
untuk berkongkalikung dalam mengatasi ancaman globalisasi, umat yang bukan beragama
Islam turut di perlukan.Antara langkah yang dapat dilakukan dari segi ekonomi,pihak luar
yang bukan beragama Islam, perlu menyalurkan kewangan negara ke arah yang lebih
bermanfaat, sesetengah masyarakat berpendapat kewangan negara kini telah disalurkan
secara membazir dan pembazirannya tidak disedari seperti derasnya air di sungai
mengalir.Hal ini dapat dibuktikan dengan penyumbangan duit ke arah tidak bermanfaat
seperti pembelian The Equanimity yang berdasarkan nama Low Taek Jow atau dikenali
sebagai Jho Low20, lebih mendukacitakan, kapal ini dikatakan mempunyai hubungkait
dengan 1MDB.Oleh itu,pihak yang terlibat telah pun cuba untuk menyelesaikan masalah ini
dengan cara yang terbaik.Sebagai jalan penyelasaian yang dilakukan oleh pemimpin baru
kita,kapal tersebut telah pun disita dan bukannya lagi berada dalam pengawalan negara
Malaysia lagi.

Dari segi politik,peranan umat bukan Islam ialah memastikan kestabilan politik negara
sentiasa terjamin.Dalam hal ini,langkah ini bukan sahaja melibatkan pemimpin negara
semata-mata,ianya memerlukan penglibatan semua masyarakat, mahupun Islam dan bukan
Islam.Memandangkan pimimpin negara kita iaitu Tun Dr.Mahathir Mohamad21 telah
menjadikan politik negara penuh dengan pelbagai pemimpin negara yang berbilang
agama,hal ini secara tidak langsung menjadikan langkah ini tergolong dalam peranan umat
bukan Islam.Langkah ini dapat dikukuhkan dengan cara pemimpin dan rakyat berkerjasama
dalam keamanan negara.Pihak terlibat haruslah mengelakkan gejala-gejala tidak sihat masuk
ke dalam negara kita.Sebagai contoh,pihak kerajaan haruslah menapis gejala-gejala tidak
sihat untuk dilangsungkan dalam negara seperti pesta-pesta yang boleh membawa
kerosakan akhlak bagi umat Islam mahupun yang bukan Islam.Secara tidak
langsung,masyarakat dalam negara akan memahami jika diberi penjelasan lebih mendalam
diberikan tentang kesan gejala tersebut.

__________________________________

20
Merupakan ahli perniagaan,ahli usahawan dan pembiayai aset Malaysia :
https://ms.wikipedia.org/wiki/Low_Taek_Jho
21
Merupakan pemimpin negara Malayssia yang memerintah buat kali kedua :
https://en.wikipedia.org/wiki/Mahathir_Mohamad
5.0 Kesan ancaman globalisasi
5.1)Ekonomi

Globalisasi dan deregulasi yang dipelopori oleh negara-negara barat yang bertujuan
untuk meningkatkan perniagaan, perdagangan dan pemasaran antarabangsa.Negara-negara
barat juga berusaha meningkatkan akaun semasa dan akaun modal bagi keseimbangan
ekonomi negara masing masing.Sistem ekonomi ialah satu institusi sosial yang berkaitan
dengan barangan pengeluaran, pengagihan, perkhidmatan dan sebagainya. Sistem ekonomi
bersangkut paut dengan barangan pengeluaran, pengagihan, perhidmatan dan sebagainya.
Sistem ekonomi terdiri daripada manusia dan institusinya.Globalisasi juga dikatakan sebagai
penguasaan negara-negara barat secara manulatif iaitu “kolonialisme baru” Contohnya
hubungan manusia dengan sumber produktif.Antara kesan-kesan globalisasi adalah seperti
berlakunya pasaran bebas dan kemasukan modal asing.Contohnya berlaku daripada pelbagai
negara seperti Kanada Amerika Syarikat Utara, Jepun di Asia, Australia dan New Zealand di
Oceania

Terdapat banyak negara-negara luar yang menyedari betapa pentingnya deregulasi


pada tahun 1960 dan 1970 an11. Contohnya yang berlaku di Amerika Syarikat. Sejak
perubahan teknologi, Amerika Syarikat bukan lagi pemonopoli yang tulin. Malah “regulation”
dianggap menghalang industri industri daripada mengeluarkan harga-harga keluaran yang
lebih murah. Hal ini menyebabkan regulasi kurang diminati berbanding deregulasi.
Contohnya perhidmatan penerbangan industri Amerika Syarikat12. Mengalami krisis
kewangan dan kegawatan ekonomi. Contohnya pengintegrasian sesebuah negara dalam
global menyebabkan sesebuah negara itu terdedah kepada pelarian modal. Hal ini
mengakibatkan kemiskinan kepada negara tersebut. Negara tersebut juga akan mengambil
masa dan waktu yang lebih untuk memajukan semula negaranya dengan bergantung

11
Menurut Bronfenbrenner, Sichel dan Gardner “ The main purpose of deregulation are to
increase competition and to open up business and professions to newcomer, the outsider,
the new process. Deregulation is also designed to break down artificial and functionless walls
separating one ocupation or business from another, in the interest of interindustry and
interproduct competition. The key arguments here are the opening up of closed markets ,
accelerating process of technical change and creative destruction and eliminating convenient
refuges from competition “. Economics , Houghton Miffin Co., Massachusets, 1987, hal. 785.

12
Bronfenbrenner, Sicnhel, dan Gardner, Ekonomics, hal.715 : Ismail Awang. (1999). “
Peranan Ekonomi Islam Dalam Era Globalisasi” dalam N.Mustapha Hj. N. Hassan,et al ( eds
), Globalisasi:Peranan Ekonomi dan Kewangan Islam, IKIM, hal. 141-142.
dengan kuasa pembekal modal. Namun begitu, bergantung kepada pemikiran yang lebih
kreatif dan inovatif dalam mencari jalan penyelesaian. Kejatuhan ekonomi Jepun,
memberikan kesan kepada negara-negara di rantau ini termasuk Amerika Syarikat dan
China. Hal ini kerana kestabilan matawang yen Jepun dianggap penting kepada negara-
negara rantau13.

5.2)Sosial

Dalam globalisasi sosial, merujuk kepada budaya dan agama. Budaya bermaksud
pengaturan, pertukaran dan pernyataan simbol yang merangkumi citarasa, gaya hidup,
kepercayaan dan sebagainya. Hal ini menyebabkan dunia menjadi homogen dengan pakaian,
minuman, kenderaan, informasi, teknologi dan makanan14. Globalisasi budaya dilakukan
secara sistematik di negara-negara yang membangun.Contohnya, fesyen-fesyen yang terkini
yang diperkenalkan oleh negara barat kebanyakannya boleh menghakis budaya cara
pemakaian seperti pakaian yang tidak sopan. Amerika Syarikat terkenal dengan penyebaran
budaya konsumer di seluruh dunia yang dipanggil sebagai “McDonaldisation of society.

Selain itu, globalisasi budaya ini berlaku melalui penyebaran maklumat melalui berita,
media elektronik dan satelit. Contohnya setiap daripada masyarakat setiap negara
mendapatkan maklumat daripada siaran televisyen. Penyiaran televisyen telah mewujudkan
perkampungan global.Penyebaran maklumat dan pelbagai telah membawa masuk peniruan
budaya luar ke dalam negara ini. Contohnya gaya hidup, peradaban dan sikap atau sifat
yang keterlaluan dan melampau. Terutamanya remaja yang sering terlibat dengan seks
bebas, pembunuhan, kekurangan nilai nilai murni dalam diri dan menghakis jati diri Asia
Timur sebagainya. Hal ini disebabkan daripada siaran televisyen satelit daripada Barat.
Wujudnya konsumerisme15.Pertuturan dalam bahasa inggeris juga digunakan secara meluas
dari segi pendidikan, bidang akademik dan sebagainya.Kekejaman dan kekacauan turut
berlaku dalam perkhawinan, kekeluargaan dan agama16.

13
Ismail Awang, “Peranan Ekonomi Islam” hal. 150-151
14
www.indonesiamu.com ,tarikh capaian 11 November 2018

15
Norani Othman. (2001). Malaysia menangani globalisasi : peserta atau mangsa ,et al,
op.cit. hlm 52.
16
Dewan Masyarakat, Januari 1995, hlm 15-16
5.3)Politik

Politik bermaksud pengaturan sosial bagi pemusatan dan penggunaan samaada


mempunyai kuasa dalam negara. Dalam menggunakan kuasa, terdapat penggunaa
pemaksaan dan pemantauan secara sistematik melalui badan-badan berkuasa seperti
tentera, polis dan sebagainya.Antara kesan globalisasi terhadap politik ialah kebebasan
tersekat.Hal ini menyebabkan masyarakat dunia seolah-olah menerima semua yang datang
daripada Barat.Selain itu, menimbulkan ketidakpuasan hati masyarakat dunia kerana
kekayaan yang tidak diberi sama rata serta ketaksamaan17.

Bagi pihak Jepun,ramai golongan terpelajar dihantar di Jerman, British, dan Perancis
untuk mempelajari selok belok pentadbiran yang boleh diterapkan dalam negara.Sistem
feudal turut dihapuskan.Bagi sistem hierarki sosial yang ketat di zaman Tokugawa
dihapuskan.Golongan samurai kehilangan hak untuk menggunakan pedang samurai pada
september 1871,mereka kehilangan hak sebagai pahlawan kerana pada masa itu kerajaan
sudah mula mengharamkan pemakaian pedang oleh samurai pada Mac 187618.

Pendudukan Amerika ( SCAP ) di Jepun menunjukkan kepada pihak Jepun mengenai


transformasi dan proses demokrasi yang membolehkan Jepun menggubal perlembagaan dan
sistem berparlimen. Contohnya maharaja tidak lagi mempunyai kuasa dan hanya menjadi
simbol dan lambang kepada negara. Selain, maharaja cuma berkuasa dalam melantik secara
rasmi Perdana Menteri dan Ketua Hakim.Parti politik Jepun turut menggunakan parti
konservatif19.

17
Malcom Waters. (1946), Globalization,lbth, hlm. 23

18
Richard Story, op.cit,hlm. 50
19
Lbid, hlm. 56
6.0 Penutupan

Secara kesimpulannya ancaman globalisasi mampu memberikan impak yang amat


besar dalam kehidupan kita,sama ada memberi kesan yang baik ataupun kesan yang buruk
terhadap umat Islam mahupun yang bukan Islam.Melalui segala perbincangan dalam
pengenalan, ciri-ciri, ancaman, peranan, dan kesan globalisasi, ianya memberi peluang
kepada diri masyarakat sendiri sama ada ingin menilainya dengan cara tersendiri dan
mempratikkannya dalam kehidupan seharian.Secara umumnya ancaman globalisasi ini
menjadikan negara lebih kehadapan dengan cara yang baru.Oleh itu, pemikiran terkini juga
haruslah lebih terbuka terhadap dunia realiti, akan tetapi masih ada yang berfikiran
berlandaskan perkara yang betul sahaja tanpa melihat aspek sampingannya.Akhir kata,
kajian ini perlulah diteruskan bagi memastikan arus permodenan dapat menjadikan negara
Malaysia sebuah negara yang maju dan bukannya negara yang hanya maju pada wawasan
negara semata-mata.
RUJUKAN & LAMPIRAN

1. Utusan online ( 2007). Lima cabaran globalisasi . laman sesawang dicapai 29


oktober 2018,
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0529&pub=utusan_mala
ysia&sec=persidangan&pg=pr_01.htm
2. Karen Armstrong(2001), Islam: A Short History, London:Phoenix Press,h.159
3. https://fastnote.wordpress.com/2011/04/18/apa-itu-islam-liberal/
4. Norani Othman. (2001). Malaysia menangani globalisasi : peserta atau mangsa
,et al, op.cit. hlm 52.

5. kaedah positif adalah cara yang menumpukan ke arah keupayaan dan bukan
ketidakupayaan. http://www.myhealth.gov.my/pemikiran-positif/
6. Suganthi Munsami (2015). Globalisasi dalam Pendidikan. Laman sesawang dicapai
29 oktober 2018.
http://suganthimunsami.blogspot.com/p/globalisasi-dalam-pendidikan.html
7. fazkuruni (2016). Hegemoni Barat dan Globalisasi. Laman sesawang dicapai 29
oktober 2018.
http://fazkuruni.blogspot.com/2016/10/hegemoni-barat-dan-globalisasi-
realiti.html
8. Jumali (2011). Apakah globalisasi. Laman sesawang dicapai 2 november 2018
https://fastnote.wordpress.com/2011/05/17/apakah-globalisasi/

Anda mungkin juga menyukai