Anda di halaman 1dari 12

SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN

TAMADUN ASIA

CABARAN UMAT ISLAM DALAM ERA MODEN (TAJUK 1)

1.0 PENGENALAN ISLAM

Islam adalah agama yang terakhir yan diturunkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi
Muhammad S.A.W sebagai nabi dan rasul yang terakhir untuk menjadi pedoman hidup
seluruh umat manusia sehingga akhir zaman. Terdapat tiga pengertian yang dapat
difenisikan mengenai Islam diantaranya ialah dari segi bahasa dan Istilah dan. Dari
sudut bahasa, Islam ditakrifkan sebagai tunduk,menyerah,sejahtera dan patuh.
Manakala dari segi istilah syarak, Islam ialah tunduk, taat dan patuh kepada perintah
Allah s.w.t. seperti yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, Islam telah berada di kemuncak


kecermelangan dan berkembang pesat sehingga pernah menguasai satu pertiga dunia
serta wilayahnya memanjang dari selatan China di Timur dan ke pantai Lautan Atlantik
di Barat ,dari selatan Paris membawa ke Irian Jaya Indonesia. Allah SWT
mengurniakan umat Islam mendiami kawasan yang paling subur serta mereka juga
berada di tengah laluan antarabangsa yang menjadikan rantau Islam menjadi idaman
semua pihak.

Menurut Anita M.Weiss, (1994) Islam pada zaman moden masa kini berhadapan
dengan pelbagai cabaran , samada luaran mahupun dalaman. Umat Islam juga sering
bedepan dengan dilemma dan kecelaruan budaya yang akan mempengaruhi pemikiran
mereka dalam situasi untuk mempertahankan tradisi atau melakukan perubahan
modenisasi pada zaman yang serba moden ini. Tambahan pula,dengan keaadaan
dunia masa ini mengalami krisis berdarah yang semakin berleluasa dan sering
dikaitkan dengan kebangkitan golongan pelampau agama. Rentetan dari peristiwa
sebegini ia sering dikaitkan dengan ajaran agama, dan turut melibatkan semua agama
besar di dunia antaranya ialah agama Islam. Secara tidak langsung ia akan
medatangkan impak yang besar kepada umat islam dalam era yang serba moden ini.
SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN
TAMADUN ASIA

2.0 BUDAYA HENDONISME DI KALANGAN UMAT ISLAM


2.1 PENGENALAN HENDONISME

Dalam era globalisasi pada masa kini, hiburan merupakan sebahagian daripada
kehidupan seharian manusia, terutamanya golongan muda- mudi dalam kalangan umat
islam. Dalam Islam,tidak menghalang apa jenis hiburan selagi mana tidak bercanggah
dengan syariat Islam. Hiburan yang terlalu memudaratkan boleh ditakrifkan sebagai
budaya hendonisme. Hendonisme ialah satu ideology yang mengukur sesuatu
kebenaran itu melalui keseronokan. Menurut Kamus Dewan (2005), hendonisme adalah
pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan dan kesenangan
hidup. Ideologi ini lahir daripada asas sekularisme yang menolak fahaman agama
dalam kehidupan manusia. Fahaman ini tercetus daripada asas sekularisme yang
menolak fahaman agama dalam kehidupan manusia. Kemunculan aliran sekularisme
yang secara jelas bersifat anti agama dan berasaskan hawa nafsu sedikit sebanyak
telah menghancurkan pemikiran umat Islam. Kesan daripada menjadikan akal sebagai
tunjang kehidupan, timbul pelbagai aliran pemikiran dalam masyarakat mengikut acuan
tersendiri seperti Komunisme, Kapitalisme, Liberalisme, Pluralisme dan Hendonisme.

Contoh kesan budaya hendonisme ini adalah timbulnya sikap pentingkan


kemewahan, peningkatan kes jenayah, keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja,
keruntuhan institusi kekeluargaan, peningkatan masalah gejala sosial, dan lahirnya
masyarakat yang terlalu obsess dengan duniawi .

Pengaruh dan budaya hendonisme pada umat zaman ini telah menguasai minda
dan pemikiran masyarakat terutamanya golongan remaja. Keadaan ini akan menjadi
kudis dan ancaman kepada agama, masyarakat dan negara pada masa akan datang
sekiranya keadaan ini tidak diatasi. Budaya ini bukan sahaja bertentangan dengan adat
resam dan budaya masyarakat melayu yang mementingkan kesopanan dan kesusilaan,
malah bertentangan dengan ajaran agama.
SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN
TAMADUN ASIA

Oleh yang demikian , Islam sangat memandang serius mengenai pemikiran-


pemikiran yang cuba meracuni umat Islam. Sekiranya pemikiran-pemikiran ini tidak
diatasi dan dikawal ,ia mampu merosakkan aqidah umat Islam. Mohd Fauzi (2002),
Aqidah berfungsi sebagai tonggak seluruh perancangan hidup manusia khususnya
yang menyentuh aspek perancangan ummah.

Jika tidak mempunyai pegangan Akidah yang utuh, akan menyebabkan sesiapa
sahaja mudah diracuni dan diresapi dengan serangan pemikiran yang dilancarkan ke
atas umat Islam. Umat Islam sering di kritik kerana corak kehidupan dan budaya umat
Islam tidak selari dengan kehendak modenisasi. Mereka berpendapat bahawasanya
umat Islam perlu mengikut budaya barat untuk turut berada dalam kelompok bangsa
maju tersebut. Jika tidak, umat Islam akan terus dipandang sebagai masyarakat kelas
ketiga yang mempunyai mentaliti yang rendah.
SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN
TAMADUN ASIA

3.0 ISU-ISU DAN CARA MENGATASI BUDAYA HENDONISME DIKALANGAN


UMAT ISLAM

3.1 KERUNTUHAN INSITUSI KEKELUARGAAN

Dalam pembentukan sesebuah masyarakat dan negara keluarga merupakan


satu kompenen yang penting. Tanpa institusi kekeluargaan, pembentukan sesebuah
Negara tidak akan sempurna. Titik permulaan dalam mendidik anak-anak mengikut
syariat islam merupakan dari Ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa perlu menjadi qudwah
hasanah (contoh teladan yang baik) kepada anak supaya membesar sebagai insan
berakhlak mulia. Jika anak dibesarkan tanpa pembinaan akhlak yang baik, mereka lebih
mudah terpengaruh perkara negatif kerana keadaan itu mirip kepada gaya hidup
berkeluarga yang dilaluinya.

Main Factor (faktor utama) yang menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan


ialah penceraian dan poligami. Disebabkan faktor-faktor tersebut jiwa seorang
anak( remaja) akan memberontak dan seterusnya memberi tekanan jiwa kepada
mereka. Menurut Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh (2017) melalui Latifah Arifin, ilmu
kekeluargaan Islam sepatutnya menjadi agenda penting disampaikan secara adil dan
saksama kepada semua lapisan masyarakat dalam konteks pembangunan hari ini,
khususnya mereka yang berdepan krisis keluarga. Sikap ibu bapa yang sambil lewa
dan kurang peka akan aktiviti anak-anak serba sedikit akan memberi peluang kepada
anak-anak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.Dewasa ini, kebanyakkan
ibu bapa hanya mementingkan keselesaan duniawi dan wang ringgit sehingga
mengabaikan kebajikan anak-anak. Rentetan dari sikap ibu bapa tersebut, anak-anak
semstinya tidak mendapatkan perhatian dan belaian kasih sayang daripada ibu bapa.
Sehubugan dengan itu anak-anak akan mengambil langkah dragstik dengan berpoya-
poya demi keseronokan untuk melupakan perkara tersebut.
SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN
TAMADUN ASIA

Bagi mengatasi masalah ini peranan ibu bapa amat penting, ini kerana ibu bapa
perlu menyuntik nilai-nilai islam di dalam diri anak-anak. Dalam era yang moden ini,
perkara ini adalah penting, kerana masyarakat islam pada masa ini kurang menerapkan
nilai-nilai islam dalam diri remaja yang kian membesar. Penerapan nilai-nilai islam di
dalam diri anak mesti dilaksanakan sejak kecil lagi kerana merekalah akan menjadi
pewaris agama yang suci dan perlu memahami dan cintakan Islam sejak dari kecil lagi.

3.2 PENGARUH MEDIA SOSIAL DAN HIBURAN

Generasi muda amat penting dalam pembangunan ummah dan negara kerana generasi
ini menjadi harapan untuk menjadi barisan pelapis untuk menerajui dan kempimpinan
negara. Mutakhir ini, kebanyakkan generasi muda termakan dengan hidangan hiburan
yang melampau-lampau yang akan mengakibatkan mereka lalai. Disamping itu juga,
generasi ini menjadikan gossip-gossip artis, filem-filem terbaru di pawagam,lagu-lagu
baru dan pelbagai topik lain sebagai pemula bicara. Kudis ini bukan sahaja dari
golongan muda-mudi yang kurang berpendidikan , malah kudis ini merebak kepada
golongan pelajar-pelajat Intsitut Pengajian Tinggi.Trend ini telah dijadikan sebagai
panduan dari segi cara kehidupan harian mereka dan di cetuskan melalui penampilan
fizikal, tutur kata dan trend semasa para remaja zaman ini.

Penyebab utama budaya ini menular dikalangan remaja ialah kurang didikan
agama yang mendalam dan kerapuhan iman. Darah muda selalu dikaitkan dengan
keseronokan dan menganggap masa muda perlu di isi dengan hiburan dan
keseronokan duniawi tanpa mengambil kira dosa atau pembalasan tuhan diatas
perbuatan mereka.

Cara untuk mengatasi permasalahan ini, adalah dengan cara gerakan dakwah
yang mempunyai unsur-unsur moden dan mengikut arus semasa. Antara contoh-contoh
dakwah yang dapat dilaksanakan adalah , mewujudkan rancangan televisyen teladan
berunsurkan dakwah dalam lawak. Dengan adanya program sebegini ia dapat menarik
para remaja untuk menonton sambil menerima dakwah dari ustaz-ustaz yang terpilih.
SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN
TAMADUN ASIA

4.0 FAKTOR-FAKTOR PENULARAN HEDONISME

Menurut Ismail Ibrahim,(1996) membincangkan bahawa akan timbul pelbagai


cabaran dan masalah dalam merealisasikan wawasan 2020. Masalah dan cabaran
yang timbul ini terlalu sukar untuk dibendung dan seolah-olah tidak terbendung kerana
terlalu cepat, pantas dan ruang lingkup yang besar untuk diatasi. Dua perkara yang
dinyatakan oleh beliau mampu menggugat moral dan etika yang ingin dipupuk bagi
mencapai wawasan 2020 iaitu kebendaan dan seks begitu mudah meresap ke dalam
jiwa masyarakat kini. Secara tidak langsung dapat diketahui bahawa masyarakat kini
sudah mula menunjukkan mereka kini sedang dipengaruhi oleh budaya Barat Faktor-
faktor tersebut seperti berikut :

i ) Penjajahan

Alwi Haji Abdullah (2005) menjelaskan bahawa sewaktu penjajahan berlaku


dasar budaya Barat dilaksanakan berselindung disebalik istilah ‘pemodenan’, kemajuan
dan pembangunan. Disebalik istilah inilah Barat berselindung untuk menyebarkan nilai-
nilai kehidupan, pemikiran, pendidikan, kemahiran teknologi dan sejarah Barat. Proses
“pemodenan” atau “pengeropahan” inilah yang mengekalkan kesinambungan
cengkaman pengaruh Barat. Dalam merealisasikan penjajahan budaya ini, nilai-nilai
tamadun Barat dijadikan ukuran sejagat ke atas tanah jajahan dan dalam masa yang
sama turut berlaku pemaksaan idea, ideologi, nilai, pegangan amalan dan gaya hidup
Barat. Tidak hairanlah jika sebuah negara bekas jajahan Barat mengamalkan apa yang
ditinggalkan oleh penjajah mereka.
SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN
TAMADUN ASIA

Penjajahan menurut Zakaria Stapa (1999) ialah penjajahan pemikiran dan gaya
hidup pasca moden. Ini bermakna faham, pemikiran dan gaya hidup pasca moden satu
bentuk ancaman yang besar kepada umat Islam. Unsur-unsur sekularisme disebarkan
dalam berbentuk kecanggihan, kehebatan teknologi maklumat, komputer, teknologi
telekomunikasi dan satelit. Ini adalah kerana semua teknologi tersebut diberi nafas oleh
Barat.yang secara asasinya tidak selari dengan roh dan semangat tamadun Islam,
maka kemudahan dan manfaat yang dibawa oleh teknologi tersebut membawa juga
bersama ancaman kepada pegangan akidah dan penghayatan akhlak umat Islam.
Hasilnya, masyarakat Islam menganggap budaya hedonistik sebagai satu perkara yang
sudah menjadi adat dalam kehidupan mereka dan dari sini muncullah gejala-gejala
negatif sebagaimana yang sering tersiar melalui dada-dada akhbar mahupun penulisan
yang berkaitan dengan gejala ini.

ii) Globalisasi

Globalisasi menyebabkan dunia menjadi semakin mengecil dan masyarakatnya


menjadi saling bergantungan. Apa yang berlaku di satu rantau mempunyai kesan di
rantau lain. Mohd Yusof (1996) Ia juga boleh ditakrifkan sebagai dunia tanpa
sempadan, perkampungan dunia dan langit terbuka. Faktor berlakunya globalisasi ialah
ledakan teknologi maklumat dan telekomunikasi yang tinggi dan canggih. Globalisasi
boleh meninggalkan kesan terhadap pemikiran dan gaya hidup. Globalisasi
membolehkan pemindahan nilai dan cara berfikir serta cara bertindak dari satu daerah
ke satu daerah dunia yang lain. Barat menggunakannya untuk memindahkan nilai
mereka dalam bidang falsafah, pemikiran, ekonomi kapitalis dan kebudayaan
hedonisme (pegangan hidup mementingkan keseronokan) secara serentak ,Pusat
Dakwah Islamiah Brunei (2005)

iii) Media massa

Banyak penulisan sebelum ini yang membicarakan mengenai peranan media massa
dalam menyebarkan fahaman atau apa sahaja. Banyak kajian dan penulisan yang
menunjukkan bahawa media massa sebagai wasilah hedonisme .Mustaffa Kamil Ayub
(1994) telah menyatakan bahawa media massa mampu melakukan perkara yang sukar
SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN
TAMADUN ASIA

dilakukan oleh manusia. Ia boleh menemui, bersemuka dan berkomunikasi tanpa had
dengan pelbagai bangsa. Apa yang berlaku di media massa biasanya mempengaruhi
penontonnya lebih-lebih lagi jika sesuai dengan kehendak nafsu dan tidak ada kawalan.
Kemajuan teknologi media massa dalam beberapa hal akibat daripada kurangnya
kawalan juga boleh membawa ke arah kerendahan budi dan adab. Akibatnya berlaku
pembocoran budaya yang kurang sihat berlaku secara meluas dalam media massa di
Malaysia. Atas alasan ingin tahu, mahu up to date dan darah muda para belia, pelajar
apatah lagi yang kurang didikan agama memudahkan bertambahnya kes-kes
keruntuhan akhlak. Unsur-unsur yang dipaparkan juga kebanyakannya berunsur
hedonistik atau nilai gaya kebendaan yang boleh menarik perhatian orang ramai agar ia
sentiasa mendapat tempat dalam masyarakat. Syed Mahadzir (2000) Oleh itu, media
massa telah membawa suatu budaya baru dalam masyarakat terutamanya kepada
generasi muda. Budaya ini diolah daripada media yang saban hari mengambil tempat
ibu bapa sebagai satu tempelan kepada pembetukan peribadi,Ummu Yusof (2000)

iv) Hiburan

Manusia suka kepada berhibur bagi menenangkan fikiran dan menghilangkan


tekanan. Ledakan hedonisme melalui hiburan yang paling besar di negara ini ialah
apabila bermulanya program hiburan berbentuk realiti seperti Akademi Fantasia. Hafiz
Hamzah(2004) mengatakan program realiti TV, Akademi Fantasia (AF) benar-benar
meledakkan pangaruh yang luar biasa di kalangan penonton rancangan televisyen
tanah air. Kemunculan Akademi Fantasia buat pertama kalinya di siaran Astro pantas
menjadi tajuk perbualan orang ramai tidak kira tua atau muda. Jelasnya hiburan
memang cukup sinonim dengan sanubari yang menginginkan keseronokan dan
kegembiraan lebih-lebih lagi hiburan itu adalah hiburan yang serasi dengan jiwa
kebiasaanya remaja yang sedang mencari identiti mereka. hiburan dan hedonisme
memang berkait rapat.

Keempat-empat faktor tersebut merupakan pemangkin gejala hedonisme yang


terbesar di dunia umat Islam kini namun ia sebenarnya bukanlah menjadi masalah bagi
dunia Barat yang memang sudah sebati dengan nilai tersebut.
SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN
TAMADUN ASIA

5.0 KESIMPULAN

Aliran pemikiran yang didalangi oleh Barat biasanya mempunyai agenda yang
tersendiri yang pada kebiasaannya bertujuan melemah, merosak dan menghancurkan
umat Islam. Justeru itu, masyarakat Islam mahupun bukan Islam yang ada kini perlu
diadakan sesuatu bentuk perlindungan yang mantap bagi memelihara kesucian fitrah
mereka agar sejajar dengan tuntutan masyarakat yang berakhlak dan paling penting
selari dengan kehendak Islam.

Pendekatan demi pendekatan perlu dilakukan saban hari bagi melindungi


manusia dari terjerumus ke lembah nafsu kebinatangan yang pada realitinya perkara ini
ditentang oleh semua golongan yang masih berpegang kepada nilai kebaikan dan
kesopanan. Individu, masyarakat dan negara yang boleh mengawal sebarang ideologi
yang negatif akan terhindar daripada masalah seperti yang semakin membarah kini.

Oleh yang demikian, akar kepada budaya hendonisme ini mesti dileburkan dari
jiwa masyarakat Islam,dan menjadi kewajipan utama kepada para golongan agamawan
untuk terus memikul tanggungjawab untuk mendidik generasi yang akan datang
suapaya nilai-nilai Islam dapat ditanam sekaligus disemai dalam jiwa setiap generasi
muda yang dahagakan tarbiyah rohani.
SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN
TAMADUN ASIA

6.0 RUJUKAN

Alwi Abdullah. 2005. Tradisi Pemerintahan Islam & Kolonialism dan Sejarah Alam

Melayu. Kuala Lumpur : Darul Fikir SDN. BHD.

Anita M. Weiss (1994), ‘Challenges for Muslim Women in a Postmodern World,’ dalam

Akbar S Ahmed dan Hastings Donnan, Islam, Globalization and Postmodernity,

London: Routledge.

Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh (2017). Transformasi Keluarga Islam

https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2017/10/340063/transformasi-

keluarga-islam

Hafiz Hamzah. 2004. Akademi Fantasia Khayalan Melayu Baru. Al-Islam.

September : 369

Ismail Ibrahim. 1996. Isu Akhlak : Tanggungjawab Bersama. Dlm. Siti Fatimah Abdul

Rahman(pnyt). Membangun Fitrah Kehidupan, hlm 87. Kuala Lumpur : Institut

Kefahaman Islam Malaysia(IKIM)

Kamus Dewan (2005)

Mohd Yusof Hussain 1996. Gobalisasi media massa dan teknologi maklumat : Cabaran
SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN
TAMADUN ASIA

para pendakwah. Kertas Kerja Ijtima’ Ulama SeMalaysia Kali Ke-8. Kota Bharu,

Kelantan, 26 Oktober.

Mustafa Kamil Ayub. 1994. Menangani Cabaran Membina Kecemerlangan Tamadun

Ummah. Petaling Jaya : Budaya Ilmu SDN. BHD

Pusat Da’wah Islamiah. 2005. Membina Umat Mandiri. Cetakan Pertama. Brunei

Kementerian Hal Ehwal Ugama

Syed Mahadzir Syed Ibrahim. 2000. Sikap Masyarakat dalam Menghadapi Karenah

Remaja. Dakwah. Jun : 274

Ummu Yusof. 2000. Pengaruh Media dan Budaya Gengsterisme. Dakwah.

November : 276

Wawasan Open University ,Pegajian Islam:Pengertian Islam, Iman Dan Ihsan

https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/pengertian-islam-iman-dan-ihsan/

Zakaria Stapa. 1999. Pendidikan Islam dan Ancaman Masa Kini. Pemikir.

Julai- September.
SADN 1013 TAMADUN ISLAM DAN
TAMADUN ASIA

Anda mungkin juga menyukai