Anda di halaman 1dari 2

LANGKAH MENGATASI HEGEMONI BARAT DARI ASPEK BUDAYA DAN PEMIKIRAN

Pengaruh barat secara umumnya boleh didefinisikan sebagai gerakan pembaratan dan
penjajahan fikiran yang dilancarkan kepada sesebuah negara yang mempunyai tujuan yang nyata
iaitu menundukkan negara itu kepada kuasa imperialis dengan meleburkan nilai-nilai,
memesongkan pengertian agama dan memusnahkan tunjang dan asas-asas penting yang menjadi
amalan dan pembentukan keperibadian seseorang. Akibatnya, mereka akan kehilangan identiti.
Mereka akan menghayati budaya dan cara hidup barat dalam kehidupannya. Pengaruh ini bukan
sahaja merosakkan jati diri seseorang itu, malahan boleh menyebabkan akidahnya menjadi goyah.
Misalnya, pengaruh seks bebas, homoseksual, black metal, punk, hedonism dan skin head.

Dunia pada hari ini semakin berlakunya perubahan terutamanya dari aspek budaya,
ekonomi, pemikiran dan sebagainya. Budaya barat ini dilahirkan secara material dan bukan
material dalam kehidupan individu dan kelompok. Sebahagian besar yang menerima kesan
globalisasi budaya ini ialah golongan muda. Kesan daripada perubahan ini yang boleh kita
perlihatkan seperti budaya pemakaian semakin mengikut gaya barat sehingga melupakan asal usul
ketimuran dalam diri mereka.

Oleh itu, setiap individu termasuk mana-mana agensi di negara ini perlu memikirkan
langkah-langkah dalam mengatasi hegemoni Barat ini. Antaranya ialah Lembaga Penapisan Filem
(LPF) harus menapiskan filem-filem Barat yang mempunyai unsur negatif untuk mengekalkan
budaya ketimuran Malaysia. Tidak dinafikan penonjolan budaya yang ditampilkan dalam filem
Barat banyak terselit adegan ganas, perang, dadah dan arak, lucah, tidak sopan sehingga menjadi
ikutan remaja. Unsur-unsur sebegini tidak harus menjadi sumber hiburan yang ditonjolkan dalam
filem. Hal ini demikian kerana golongan remaja amat mudah untuk terpengaruh dengan perkara
yang berbentuk hiburan dan kebebasan. Walau bagaimanapun, filem-filem barat yang mendorong
kepada nilai-nilai pengajaran dan pendidikan harus digalakkan di Negara kita. Sebagai contoh
filem ‘the good doctor’ mengesahkan kehidupan seorang doktor yang mempunyai autisma yang
menjalani susah senang hidupnya sendiri dan pelbagai contoh teladan yang dapat kita pelajari
melalui filem tersebut. Justeru itu tidak semua budaya barat mendatangkan keburukan, hanya diri
sendiri saya yang harus menilai baik buruk suatu perkara.
Seterusnya, para pendakwah haruslah bijak dalam mengatur strategi untuk memantapkan
iman para remaja dengan menerangkan bahawa agama Islam bukanlah agama yang membebankan
atau menyusahkan mereka malahan Islam adalah satu-satunya agama yang suci. Apabila mereka
tiada mempunyai pegangan agama, mereka lebih gemar meniru budaya luar terutama budaya barat
yang mereka anggap moden dan terkini. Peranan pendakwah adalah amat penting dalam
memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang ajaran Islam dan pelaksanaannya dalam
kehidupan seharian. Konsep Tauhid perlu diterapkan dalam setiap aspek kehidupan individu
Muslim. Kaedah dan pendekatan perlu dipelbagaikan bagi memaksimum keberkesanan dakwah.
Sebagai contoh mengadakan kem kesedaran, kempen mendalami ilmu agama dan program-
program kesedaran akhlak bagi menangani hegemoni barat.

Selanjutnya, ibu bapa juga hendaklah mengawal aktiviti anak-anak agar mereka tidak
terpengaruh dengan perkara yang tidak berfaedah. Sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W yang
bermaksud: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua orang tuanyalah yang
menjadikan dia beragama Yahudi, Nasrani atau Majusi”. (hadis riwayat Bukhari). Pertama adalah
tegas dalam mendidik ilmu agama contohnya solat (Syed Omar bin Syed Agil Al-Attas, 2003, p.
86). Hukuman diberikan sebagai pengajaran anak-anak bagi menerapkan betapa pentingnya
menunaikan solat. Dengan solat, anak-anak dapat mengetahui tanggungjawab mereka terhadap
penciptanya. Hal ini dapat melahirkan generasi yang bersiplin dan bertanggungjawab tanpa
terpengaruh dengan budaya negatif.

Tuntasnya, semua pihak hendaklah sama-sama bangkit dalam menangani hegemoni barat
ini. Pengaruh ini amat berbahaya kepada para remaja di Malaysia kerana boleh mendatangkan
kesan negatif bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada Negara. Usaha dan tanggungjawab
masyarakat dalam mengharmonikan Negara merupakan salah satu langkah menghapus hegemoni
barat. Pepatah ada menyatakan pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Setiap rakyat
Malaysia ialah aset negara yang dimana semua rakyat hendaklah mengukuhkan perpaduan dan
pegangan agar tidak terpengaruh dengan gejala mahupun budaya barat.

Anda mungkin juga menyukai