Anda di halaman 1dari 8

4.

Pengaruh Barat Terhadap Sosial Apabila disentuh tentang aspek sosial,kita akan memandang ia sebagai satu konsep dalam bidang sosiologi Perkataan sosial adalah berasal daripada perkataan Inggeris iaitu social.Terdapat dua makna umum bagi perkataan sosial dalam bahasa Inggeris iaitu social dan socialable.Dalam budaya dan masyarakat Inggeris,socialable bermaksud orang yang pandai bergaul dan berbuat baik kepada sesiapa sahaja.Orang tersebut dianggap baik pada pandangan masyarakat Inggeris.Bagi masyarakat Melayu pula,orang yang sosial adalah orang yang tidak baik kerana lazimnya golongan sosial melampaui batas-batas budaya Melayu. Barat banyak mempengaruhi dunia dari segi sosial dunia.Pengaruh yang paling kuat adalah segala urusan komunikasi antarabangsa sama ada dari segi ekonomi, politik dan terutamanya sosial menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi utama. Oleh itu,apabila bahasa Inggeris sudah diterima sebagai bahasa komunikasi, hiburan,makanan,dan imej yang datangnya dari Barat juga cepat menular ke seluruh dunia. a. Hiburan Pelbagai bentuk hiburan yang mencakupi muzik,filem, nyanyian dan sebagainya telah mempengaruhi dunia sehinggakan ada di antaranya telah ditiru terutamanya belia tanpa memikirkan buruk baik kesan dari penerimaan mereka. i) Muzik Kewujudan muzik-muzik berat seperti Heavy Metal,Black Metal, dan Punk yang bernada keras,syirik,dan mengajak manusia melakukan kemungkaran lazimnya disukai oleh remaja sehingga memesongkan akidah mereka.Selain itu,muzik seperti Hip-hop,Rock dan R&B pula banyak mendedahkan pendengarnya pada pergaulan bebas lelaki dan perempuan. Barat juga berjaya mengaut keuntungan berbilion Dolar dengan jualan album dan konsert bergerak di seluruh dunia.

ii)

Filem Filem dari barat selalunya dibikin dalam bentuk aksi,seram, lucah, futuristik, komedi dan romantik.Filem Hollywood banyak memomokkan tentang kuasa barat sebagai polis dunia yang menentang keganasan , penindasan dan jenayah.Selain itu,Barat juga menunjukkan kecanggihan teknologi mereka mengatasi kuasa lain.Lazimnya,hero filem yang ditampilkan kacak bagi menarik penonton wanita.

iii)

Kartun Kartun yang dibawa dari barat untuk tontonan kanak-kanak adalah seperti Tom & Jerry,Mickey Mouse,Sponge Bob,Pink Panther.Kebanyakkan cerita kartun berbentuk pengajaran namun berbeza dengan moral masyarakat barat sebenar.

iv)

Ikon hiburan (penyanyi dan pelakon) Imej ikon juga turut menjadi ikutan pendengar dan penonton seperti pakaian yang menjolok mata dan penggunaan dadah,arak dalam kehidupan seharian.Selain itu cara hidup ikon seperti gay ,lesbian,skin head, bersekedudukan juga turut mempengaruhi peminat-peminat mereka.

Menurut Zig Ziglar, pengaruh televisyen di Amerika Syarikat dianggap sebagai pemusnah kepada nilai-nilai kemanusiaan. b. Makanan

Western food dianggap makanan moden bagi masyarakat Timur.Kerana pengaruh moden inilah,restoran makanan segera yang mengetengahkan makanan barat muncul seperti cendawan selepas hujan.Di antara francais makanan yang terkenal di seluruh dunia ialah Mc Donald,Kentucky Fried Chicken (KFC),Kenny Rogers,Starbucks dan sebagainya.Selain itu,minuman seperti Coca -Cola,Pepsi,7-Up dan sebagainya juga menjadi minuman kegemaran dunia.Makanan dan minuman dari

Barat ini telah menenggelamkan akan keistimewaan makanan tradisional sendiri contohnya di negara kita, Malaysia.
c. Pakaian dan Aksesori dan kosmetik

Penjenamaan dari Barat sangat mempengaruhi fenomena fesyen dunia.Kemunculan pereka fesyen seperti Donna Karan,Calvin Klein,Kimora Lee Simmon dan aksesori seperti jam,tas tangan,barangan kemas,kasut dan sebagainya mempengaruhi golongan mewah.Manakala bagi golongan muda pula,jenama pakaian moden berjenama Levis,Lee Cooper,Texas,Adidas,Puma, Nike dan sebagainya dapat memenuhi cita rasa mereka.Kosmetik seperti Revlon, Maybelline,Avon,Tommy Hillfiger,Estee Lauder,Chanel dan sebagainya semakin mendapat tempat di kalangan penduduk dunia.penjenamaan Barat ini seumpama memberi kelas yang tersendiri kepada penggunanya.

5.Pengaruh Barat Terhadap Hak Asasi Manusia Hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh Barat pada hari ini adalah warisan dan kebudayaan masyarakat Eropah pada zaman dahulu.Golongan istana dan pihak gereja Katolik Rom suka menindas rakyat dengan sewenang-wenangnya.Mengikut pemikiran Barat,tiga hak asasi manusia yang paling dianugerahkan kepada mereka oleh Tuhan.
1. Hak yang pertama:- kehidupan

penting ialah kehidupan, kebebasan dan

mengejar kebahagiaan. Hak-hak ini penting bagi mereka dan merupakan hak yang

- membawa maksud bahawa setiap manusia berhak untuk hidup dan hak ini tidak boleh diambil daripadanya.Kemunculan tentang fahaman ini mungkin kesan daripada penindasan yang berlaku di Eropah pada satu masa dahulu di mana golongan istana dan Gereja mempunyai hak untuk membunuh sesiapa sahaja mengikut kehendak mereka tanpa sebarang pembicaraan 2. Hak yang kedua:- kebebasan - bermakna setiap manusia bebas untuk melakukan apa sahaja asalkan dia tidak menghalang dan mengganggu hak asasi orang lain.

3. Hak yang ketiga :-mengejar kebahagiaan - bermakna kebebasan untuk mengumpul harta.Pada masa dahulu,raja suka mengenakan cukai yang melampau dan Tanpa persetujuan rakyat. Tiga hak di atas lebih menjurus kepada hak individu yang seterusnya menolak pemikiran masyarakat pertengahan pada waktu itu yang menekankan kepentingan kumpulan lebih penting dari kepentingan individu. a) Hak Asasi dalam Demokrasi Hak asasi manusia juga semakin menular hasil cetusan ideologi demokrasi sehingga menafikan hak Tuhan sebagai asas perjuangan. Mereka menggunakan istilah hak asasi manusia bagi mengaburi mata masyarakat walaupun bertentangan dengan hak Tuhan. Ma Demokrasi barat adalah bertunjangkan kepada kebebasan dan hak asasi manusia seperti petikan dari cendekiawan berikut: This type of freedom is highly valued by the western societies and such it is highly protected by its own government. Under this belief, a man has the right to live his private life as he pleases. He has the right to marry or indulge in extra-marital affairs with any women as long it is done with consent or mutual consent. he has the right to eat, drink and wear whatever he pleases within the limits of the law. To them the concept about halal or haram doesnt exist when it comes to personal freedon. This system doesnt believe in religion at all. So today we see in the western world men and women living outside marriage, women make love with other women, men making love to another men, pornographic magazine and movies, sex phone lines, and nude bars, just to quote a few axample. Personal freedom is governed by Islam and this concept contradicts the commandments of Allah (swt) Atas sebab kebebasan inilah timbulnya keruntuhan akhlak di kalangan belia sehingga terdapat kes-kes pengguguran bayi,remaja mengandung tanpa berkahwin,penyakit berjangkit seperti AIDS,HIV,Sifilis dan ada di antara individu lain yang tidak berdosa menjadi mangsa contohnya kanak-kanak yang dijadikan pelakon dalam pornografi,isteri dan anak yang mengidap AIDS dari suami yang suka berzina dan sebagainya.

b) Konvensyen Geneva

Konvensyen Geneva diasaskan oleh Henri Dunant yang mendapat ilham daripada kekejaman yang disaksikannya dalam Pertempuran Solferino pada tahun 1859. Konvensyen ini yang diadakan di Geneva, Switzerland telah menetapkan piawai bagi undang-undang antarabangsa berkaitan kemanusiaan. Ia telah menggariskan hak-hak yang perlu dinikmati oleh semua manusia tanpa mengira bangsa mahupun agama, merdeka mahupun tawanan. Konvensyen Geneva Deklarasi ini diterima oleh seluruh masyarakat seluruh dunia yang inginkan keadilan dan kesejahteraan sejagat. Pada tahun 1977 dan 2005, terdapat tiga pindaan berasingan dalam Konvensyen Geneva. Penerimaan Konvensyen Pertama diikuti dengan penubuhan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah pada tahun 1863.Terdapat empat konvensyen yang telah dipersetujui dan diiktiraf oleh Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu:

Konvensyen 1 & 2
1. Anggota tentera yang sakit cedera (yang tidak bersenjata) tidak boleh diserang.

Mereka hendaklah dilayan dengan baik. Jika ditawan, mereka hendaklah dijaga dengan baik seperti pihak musuh menjaga anggota mereka sendiri yang cedera. 2. Pihak-pihak yang bersengketa hendaklah mengambil tindakan seberapa daya yang boleh mencari dan mengumpul mereka yang cedera dan sakit serta melindungi mereka daripada dianiaya. 3. Jika boleh, mereka yang mati hendaklah dikumpul dan dikebumikan atau dibakar dengan penuh penghormatan. Butir-butir diri mereka hendaklah diberi kepada agensiagensi yang berkenaan supaya saudara mara mereka boleh dihubungi. Barang kepunyaan mereka tidak boleh dicuri. 4. Anggota-anggota perubatan, sama ada berkhidmat dengan tentera, Palang Merah, atau mana-mana organisasi bantuan yang lain, tidak dianggap sebagai kombatan. Mereka tidak boleh diserang. Mereka dibenarkan merawat orang-orang yang sakit atau cedera tanpa gangguan. 5. Pasukan tentera boleh menahan anggota perubatan tentera dan guru agama tentera supaya mereka boleh digunakan untuk memberi rawatan perubatan atau

keperluan agama tawanan perang. Mereka tidak dianggap sebagai tawan perang, dan hendaklah dibebaskan bila khidmat mereka tidak diperlukan lagi. 6. Semua bangunan dan unit perubatan seperti hospital, ambulans dan kapal hospital hendaklah menggunakan lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah supaya dikenalpasti. Mereka tidak boleh diserang, dimusnah atau dihalang daripada menjalankan operasi mereka. 7. Salah guna lambang Palang Merah atau Bulan Sabit Merah adalah salah dari segi undang-undang.

Konvensyen 3
1. Semua tawanan hendaklah memberi nama, pangkat, tarikh lahir dan nombor

pengenalan. Maklumat ini hendaklah dihantar kepada kuasa-kuasa yang berkenaan supaya mereka dapat dikesan oleh kerajaan mereka. 2. Tawanan perang tidak boleh diseksa untuk mendapatkan maklumat. Mereka tidak boleh diancam (seperti mengurung, tidak diberi makanan) untuk mendapatkan maklumat. 3. 4. Tawanan perang hendaklah sentiasa diberi layanan yang baik. Mereka tidak Tawanan perang tidak boleh dihantar atau ditempatkan dalam kawasan yang boleh didera atau digunakan dalam eskperimen perubatan atau sains. terdedah kepada pertempuran. Keadaan hidup mereka (seperti makanan, perlindungan, pakaian) hendaklah sama baiknya dengan anggota-anggota tentera pihak musuh.
5.

Pakaian, makanan dan peraturan kesihatan hendaklah baik supaya tawan perang Tawanan perang hendaklah dibenar mengamalkan suruhan agama mereka. Tawan perang hendaklah dibenarkan beriadah, membaca dan bersukan. Tawanan perang yang sihat boleh ditugaskan membuat kerja yang ringan dan

berada dalam keadaan yang selesa. 6. 7. 8.

tidak merbahaya serta tidak mempunyai tujuan ketenteraan. Mereka hendaklah dibayar dengan bayaran yang berpatutan.
9.

Tawanan perang hendaklah dibenar menerima dan mengirim surat dan juga

menerima bungkusan barang (seperti makanan, pakaian, buku dan lain-lain).

10.

Tawanan perang hendaklah dibenar membuat aduan mengenai keadaan hidup

mereka atau hal-hal lain kepada wakil ICRC. Ini hendaklah dilakukan tanpa saksi, dan oleh seorang wakil yang dipilih oleh tawanan-tawanan perang. 11. 12. Tawanan perang yang tidak berdaya, sakit tenat atau sakit jiwa hendaklah Tawanan perang hendaklah dihantar pulang selepas tamat peperangan dihantar pulang.

Konvensyen 4
1. 2. 3.
4.

Mereka yang cedera, tua, kanak-kanak dan ibu mengandung hendaklah Rumah sakit awam dan anggotanya hendaklah dilindungi daripada serangan dan Laluan bebas hendaklah diberikan kepada peralatan dan bekalan perubatan dan Tindakan harus diambil oleh pihak bermusuhan untuk menentukan bahawa

dipindahkan dari kawasan pertempuran. dibenarkan menjalankan tugas mereka tanpa gangguan. juga keperluan bagi tujuan keagamaan. kanak-kanak yatim berusia 15 tahun ke bawah atau mereka dengan keluarga akibat peperangan diberi makanan, pelajaran, tempat tinggal dan pendidikan. 5. Orang-orang awam mestilah diberi layanan yang baik. Mereka berhak dihormati mengenai agama, adat dan kepercayaan mereka. Wanita tidak boleh dirogol, diserang atau dipaksa menjadi pelacur. 6. 7. 8. Adalah dilarang menggunakan paksaan terhadap orang awam untuk Mencuri harta awam atau mengambil tebusan adalah dilarang. Orang awam yang membuat kesalahan hendaklah dibicarakan di mahkamah. mendapatkan maklumat.

Kesemua perjanjian di atas adalah ilham dan usaha dari Barat berkaitan dengan kemanusiaan,namun malangnya,kebanyakkan perjanjian tersebut telah dilanggar oleh Barat sendiri misalnya menyerang negara-negara Islam dengan menimbulkan pelbagai isu yang memecah belahkan rakyat negara tersebut.Setelah itu,rakyat pula ditindas dengan sekatan

makanan,kanak-kanak dan wanita dirogol,dibunuh dan disiksa tanpa belas kasihan . Manakala tentera dan golongan lelaki ditangkap dan disumbat ke dalam penjara tanpa dibicara dan bukti-bukti yang jelas tentang kesalahan mereka.Misalannya di penjara Abu Gharib,Iraq dan penjara Guantanamo(telah ditutup)pelbagai kekerasan dan penyiksaan yang telah dilakukan oleh tentera Amerika kepada para banduan terutamanya yang beragama Islam dengan alasan bentuk soal siasat tersebut dibenarkan dalam risikan CIA.Dapat disimpulkan Barat ingin diiktiraf sebagai wira dunia namun barat juga adalah penjenayah utama dunia seperti pepatah melayu, harapkan pagar,pagar makan padi.

Anda mungkin juga menyukai