Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA GOTONG-ROYONG

SEKOLAH KEBANGSAAN GUNONG NGELI, SIMUNJAN 4 SEPTEMBER 2013 UNIT KOKURIKULUM SK GUNONG NGELI

DISEDIAKAN OLEH: NUR AZALILAWATI BINTI JARAIE Setiausaha Kokurikulum Sekolah

1.0 PENGENALAN

Kebersihan merupakan aspek penting yang perlu dijaga oleh setiap insan, baik dari segi kebersihan tubuh badan,pakaian dan tempat. Sekolah adalah tempat di mana murid menghabiskan setengah hari dari masa siangnya untuk menuntut ilmu.Maka,kebersihan juga perlu dijaga untuk menjamin keselesaan dan tumpuan murid pada pelajaran juga dapat dikekalkan. Apabila persekitaran bersih,guru-guru dan murid-murid dengan senang hati untuk berkhidmat dan belajar di sekolah. Sehubungan dengan itu,Unit Kokurikulum dengan kerjasama

Jawatankuasa 3K (Keselamatan,Kebersihan,dan Keceriaan) telah merancang untuk mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan

sekolah.Diharapkan, melalui aktiviti gotong-royong ini dapat menyemai nilainilai murni di kalangan murid-murid sekolah untuk menjaga kebersihan

kawasan sekolah.Program ini juga salah satu pengisian aktiviti kokurikulum pada sebelah petang yang melibatkan murid Tahap 2.Bagaimanapun,murimurid Tahap 1 juga dilibatkan sama dengan program memandangkan jumlah murid yang sedikit memerlukan penglibatan mereka bagi menambah bilangan ahli gotong-royong sekolah.

2.0 OBJEKTIF

2.1 2.2 2.3

Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih dan ceria Melaksanakan amalan kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah Meningkatkan kesedaran dan komitmen warga sekolah terhadap

kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakan di sekolah 2.4 Menggembeling tenaga dan idea yang bersepadu dalam

merealisasikan keberkesanan aktiviti.

3.0 TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN Tarikh cadangan : 4 September 2013 (Sabtu) Tempat Masa Pakaian : Tapak perhimpunan sekolah : 2.30 petang- 5.00 petang : Pakaian sukan

4.0 CADANGAN AKTIVITI & BIDANG TUGAS 4.1 Pembersihan Longkang dan Parit Tugas membersihkan longkang dan parit ini dilakukan adalah sebagai satu usaha untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes yang dikhuatiri akan memberi kesan kepada warga sekolah terutamanya murid.Selain itu,ia adalah untuk memastikan aliran air sentiasa lancar dan tidak tersumbat oleh sampah sarap atau daun-daun yang gugur. 4.2 Tapak perhimpunan dan koridor bangunan dan persekitaran sekolah Bagi yang membersihkan di kawasan ini, mereka akan menyapu dan mengumpul sampah di sekitar koridor bangunan.Tapak perhimpunan pula akan dipastikan bersih daripada sampah sarap. 4.3 Kelas Setiap kelas akan diagihkan mengikut guru-guru kelas dan dibantu oleh murid untuk membersih dan menceriakan setiap kelas yang telah ditetapkan. 4.4 Tandas Tandas guru dan tandas murid akan dibersihkan oleh beberapa orang murid dengan dibantu oleh pekerja swasta tetap sekolah.

4.5

Bilik Guru Ubah suai kedudukan tempat duduk guru.Diwujudkan tempat duduk tetamu di hadapan pintu masuk.Fail dan dokumen perlu disusun dengan teratur.
2

5.0

JAWATANKUASA AKTIVITI DAN KUMPULAN MENGIKUT AGIHAN KAWASAN KETUA DAN KUMPULAN YANG TERLIBAT

BIL.

KAWASAN Longkang dan Parit 1.Longkang hadapan koridor bilik guru,koridor kelas Pemulihan,serta koridor Tahun 3 dan 4 2.Parit di belakang blok Tahun 2,parit bersebelahan tapak perhimpunan. Tapak Perhimpunan dan Kawasan Koridor 1.Kawasan Tapak Perhimpunan sekolah

1. En. Siaw Foon Jin (K) 2. Encik Ulik ak Mina 3. En Danial ak Reban 4. Murid lelaki Tahun 6

1.

1.En Gerunsin Abi (K) 2.Pn Saadiah binti Lias 3. Pn Dyg Siti Zadyah bt Awg Sidon 4. Murid-murid lelaki Tahun 1,2,3

2.

2. Koridor Bilik Guru, Koridor blok Tahun 3 dan Tahun 4,dan Koridor kelas Pemulihan 3. Memungut sampah di kawasan sekolah

1. Semua guru kelas mengikut kelas masing-masing. Kelas 3. 1. Semua kelas Tahun 1 hingga Tahun 6 i) Tahun 1-Pn Juliana Ambak, ii) Tahun 2- Pn Zubaidah bt Sipiek iii) Tahun 3- En Khaidir bin Suhaili iV) Tahun 4- Pn Nur Azalilawati bt Jaraie v) Tahun 5- Pn Norhayah bt Wasli

vi) Tahun 6- En Amizarizal bin Robat 2. Semua murid perempuan mengikut kelas masing-masing Tandas 1. Tandas guru lelaki dan guru perempuan 2. Tandas murid Bilik Guru 1. Meja guru 5. 2. Pejabat 3. Meja makan 1. Pn Misiah 2. Pn Helena 3. Murid lelaki Tahun 5 Pn Lunong Murid lelaki Tahun 4

4.

7.0

TENTATIF PROGRAM MASA AKTIVITI Ketibaan guru-guru dan murid Taklimat agihan tugas dan kawasan Gotongroyong bermula Minum petang Bersurai

2.30 petang 2.35 petang 2.45 petang 4.30 petang 5.00 petang

8.0

SUMBER KEWANGAN/ANGGARAN PENDAPATAN Sumbangan diperolehi daripada: a) Unit Kokurikulum Sekolah = RM 120.00

9.0

ANGGARAN PERBELANJAAN a) Murid b) Guru c) Staf Sekolah = 77 orang = 11 orang = 4 orang __________ Jumlah = 92 orang

9.1 Makan dan minum untuk minum petang a) Makan = kuih (3x RM 0.25) Jumlah = Rm 0.75

b) Minum = Sirap ( 1 x RM0.30) Jumlah = RM 0.30 Keseluruhan : 94 x RM1.05 = RM 96.60

JUMLAH BESAR UNTUK MAKANAN = RM 96.60

9.2 Anggaran perbelanjaan bagi peralatan Bil Peralatan Harga Jumlah (RM) 4.40

1.

Plastik Beg Sampah

2 x RM2.20

2.

Sabun Pencuci

2 unit x RM7.00

14.00

3.

Span

12 unit x Rm 0.40

4.80

Jumlah keseluruhan peralatan

23.20

JUMLAH KESELURUHAN PERBELANJAAN (Makanan + Peralatan) RM94.30 + RM25.60 = RM 119.80

10.0 PENUTUP Diharap semua pihak yang terlibat akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan gotong royong sekolah pada kali ini dan mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.

Disediakan oleh: ... (NUR AZALILAWATI BINTI JARAIE) Setiausaha Unit Kokurikulum SK Gunong Ngeli,Simunjan

Disemak oleh, .... ( EN. KHAIDIR BIN SUHAILI ) GP Kokurikulum SK Gunong Ngeli,Simunjan

Disahkan oleh,

.... ( PN MISIAH BINTI NEN ) Guru Besar SK Gunong Ngeli,Simunjan

Anda mungkin juga menyukai