Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN REFLEKTIF SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN KE-56 PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN GUNONG NGELI.

Satu mesyuarat staf telah diadakan pada 20 Ogos 2013 bagi membincangkan tentang sambutan Merdeka ke-56 untuk peringkat sekolah.Di dalam mesyuarat tersebut,Guru Besar telah melantik guru-guru mengikut persetujuan sebulat suara daripada semua guru.Beliau bercadang untuk mengadakan sambutan Ambang Merdeka bermula dari 26 Ogos hingga 30 Ogos 2013 dan program tersebut sebagai salah satu dari aktiviti rasmi sekolah pada tahun ini.Walaupun program ini dijalankan secara sederhana dan tertutup atas sebab sukar untuk mendapatkan kos perbelanjaan, sekurang-kurangnya murid-murid di sekolah ini dapat merasai bagaimana suasana sambutan Merdeka dijalankan di sekolah-sekolah. Bermula dari hari Selasa tersebut,guru-guru bertungkus-lumus untuk mencari bahan-bahan dan maklumat yang boleh digunakan untuk menjayakan program tersebut.Bahan-bahan bagi setiap program yang akan dijalankan pada minggu tersebut disediakan oleh Panitia-panitia yang terlibat. Sememangnya masa yang agak suntuk dan terhad,tidak sampai seminggu menyebabkan guru-guru agak kelam-kabut dalam penyediaan sambutan merdeka pada tahun ini.Tambahan pula,ini merupakan tahun pertama warga sekolah mengadakan sambutan Merdeka dengan pengisian program untuk murid-murid berbeza dengan tahun yang sudah,yang hanya mengadakan sambutan merdeka dengan laungan merdeka sebanyak 7 kali dan nyanyian lagu-lagu patriotik dalam perhimpunan rasmi sekolah. Guru-guru kelas pula sibuk melatih murid-murid yang ingin turut serta dalam pertandingan yang akan dijalankan pada minggu tersebut.Mereka juga sentiasa mengingatkan murid-murid supaya menyediakan peralatan seperti pensel dan k rayon untuk pertandingan mewarna yang akan dijalankan pada hari Isnin.

26 Ogos 2013 (ISNIN) Masa: 1000-1200 Tempat: Bilik darjah Program: Pertandingan Mewarna sempena Merdeka Sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan seperti biasa pada awal pagi sehingga pada waktu rehat.Selepas waktu rehat,guru-guru yang masuk ke kelas mengagihkan kertas kepada setiap murid tanda bermulanya pertandingan mewarna Merdeka.Setiap murid SK Gunong Ngeli,dari murid Pra Sekolah sehingga murid Tahun 6 terlibat di dalam pertandingan tersebut. Pertandingan mewarna dijalankan selama 2 jam bagi memberi peluang kepada murid untuk melakukan yang terbaik dengan hasil kerja mereka.Namun,apa yang mengecewakan,terdapat di kalangan murid yang tidak bersungguh-sungguh dalam hasil kerja mereka.Mungkin kerana ada di kalangan mereka tidak minat dalam mewarna sehingga menyebabkan hasil dari kerja murid yang tidak memuaskan.Walau bagaimanapun,terdapat juga hasil lukisan tersebut turut menunjukkan kesungguhan murid dalam mewarna terutamanya murid murid perempuan.Jadi,tidak hairanlah johan pertandingan mewarna bagi Tahap 1 dan Tahap 2 pada tahun ini dimonopoli oleh muridmurid perempuan.

27 Ogos 2013 (SELASA) Masa: 0715-1230 Tempat: Dewan Serbaguna SK Gunong Ngeli,Simunjan Program:Pertandingan Koir lagu Patriotik,Deklamasi sajak kemerdekaan,dan nyanyian solo lagu-lagu Patriotik. Pada sebelah pagi,beberapa orang guru serta dibantu oleh murid Tahun 3 dan Tahun 4 sama-sama membuat pembukaan dewan untuk program yang akan dijalankan pada hari ini. Di antara tugas yang perlu dijalankan adalah mengalih meja dan kerusi serta mengosongkan bilik kelas Tahun 3 dan Tahun 4 bagi dijadikan tempat untuk semua program Ambang Merdeka yang akan dijalankan bermula dari hari Selasa hingga Jumaat.Ternyata sangat mudah untuk mengarahkan murid-murid mengemas dewan dan membersihkan tapak sambutan.

Papan tulis kelas Tahun 3 (juga dikenali dewan serbaguna sekolah)ditulis dengan tajuk aktiviti pada hari tersebut Pertandingan Deklamasi Sajak ,Koir dan Nyanyian Lagu-Lagu Patriotik sempena Merdeka ke-56.Sesekali terasa seronok meninggalkan tugas mengajar untuk sementara waktu dalam meluangkan masa untuk persiapan dewan bagi program yang akan dijalankan selepas rehat. Setelah loceng bagi menandakan waktu rehat telah tamat berbunyi,murid-murid diarah untuk masuk ke dalam dewan.Cikgu Saadiah bt Lias dengan senang hati bersetuju untuk menjadi pengacara aktiviti pada hari tersebut.Aktiviti dimulai dengan pertandingan Koir yang disertai oleh muridmurid Tahap 1.Bagi pertandingan koir ini,murid Tahap 1 yang terdiri daripada Tahun 1,Tahun 2 dan Tahun 3 dipecahkan kepada lima kumpulan yang terdiri daripada gabungan murid Tahun 1,2 dan 3 yang dinamakan Hang Tuah,Hang Jebat,Hang Lekir,Hang Lekiu dan Hang Kasturi.Semua kumpulan bertanding untuk menyanyikan lagu Jalur Gemilang.Kumpulan yang seragam dan bersemangat dalam menyanyikan lagu tersebut,dikira pemenang. Tamat sahaja pertandingan Koir,Pn Saadiah binti Lias mengumumkan pertandingan deklamasi sajak Merdeka bagi untuk Tahun 3 dan Tahap 2.Walau bagaimanapun,pertandingan ini hanya disertai oleh Tahun 4 sahaja dari Tahap 2 memandangkan tiada penyertaan dari Tahun 5 dan murid Tahun 6 diarahkan untuk fokus kepada persediaan menghadapi UPSR. Terdapat 9 penyertaan daripada murid dalam pertandingan mendeklamasikan sajak.Pertandingan ini merupakan julung-julung kalunya pertandingan puisi diadakan.Masih terdapat banyak kelemahan pada persembahan murid yang perlu diperbaiki.Ada yang lupa pada bait-bait sajak sendiri,membaca sajak seperti intonasi pantun,malah ada yang hanya berdiri kaku,kelu tanpa suara di hadapan hadirin.Ini menimbulkan suasana lucu melihat kerenah murid yang bertanding. Selepas selesai penyertaan dalam aktiviti sajak,program disambung dengan pertandingan nyanyian solo lagu-lagu patriotik Tahap 2. Penyertaan nyanyian ini disertai oleh lima peserta dari Tahun 4 dan tiga peserta dari Tahun 5.Kebanyakkan murid memilih lagu yang sama iaitu Lagu Jalur Gemilang, Tanggal 31,dan Warisan.Pertandingan ini diiringi dengan alunan lagu dalam bentuk minus one.

28 Ogos 2013( Rabu) Masa: 0715-1230 Tempat: Dewan Serbaguna SK Gunong Ngeli,Simunjan Program: Mewarna Jalur Gemilang Beramai-ramai Kuiz Merdeka (Tahap 2) Pada sebelah pagi ,murid dari Tahun 1 hingga murid Tahun 6 dikumpulkan di dalam dewan serbaguna.Murid-murid disusun dengan teratur dan menghadap wajah rakan masing-masing.Setiap murid diagihkan kertas yang mengandungi Jalur Gemilang.Tepat pada pukul 7.20 pagi,murid-murid serentak mewarna Jalur Gemilang tersebut.Dalam kesempatan itu,guru-guru yang berada di dewan menghias backdrop untuk Majlis Sambutan Ambang Merdeka. Selesai sahaja mewarna jalur gemilang,murid-murid diagihkan dengan lidi.murid-murid melekatkan kertas yang diwarna masing-masing pada lidi.hasil kerja murid tersebut akan digunakan oleh murid sendiri pada majlis sambutan Ambang Merdeka pada hari Jumaat.Pn Dayang Siti Zadyah selaku Penolong Kanan 1,sempat memberitahu kepada murid bahawa Jalur Gemilang yang dihasilkan oleh murid adalah gambaran banyak mana yang murid buat,itulah hasil yang murid dapat.Ternyata,ia menimbulkan kesedaran kepada murid,sehingga ada di kalangan mereka yang cuba memperbaiki jalur gemilang yang telah mereka warnakan sebelumnya. Selepas rehat,pertandingan kuiz bagi Tahap 2 dijalankan.Pertandingan ini menggabungkan murid Tahun 4,5 dan 6 dalam setiap kumpulan.Kuiz dijalankan secara pusingan dan bergilir-gilir antara ahli dalam kumpulan. Timbul pelbagai insiden lucu semasa pertandingan kuiz dijalankan.Ada di kalangan kumpulan yang tanpa segan silu bertengkar dalam kumpulan kerana tidak sependapat dan ada pula yang selalu tersasul dalam menyebut gelaran-gelaran tertentu tokoh-tokoh Negara.Ini menimbulkan suasana dewan yang gamat dengan gelak ketawa guru-guru dan murid-murid yang menjadi penonton.Hasil dapatan daripada kuiz tersebut,ternyata kedudukan sekolah murid yang terletak di luar bandar tidak menjadi masalah apabila murid-murid masih peka dengan sejarah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam negara yang didiami murid itu sendiri.

29 Ogos 2013 (Khamis) Masa: 0715-1230 Tempat: Dewan Serbaguna SK Gunong Ngeli,Simunjan Program: Raptai penuh Majlis Sambutan Merdeka ke-56 Raptai penuh bermula pada pukul 8.30 pagi,agak lewat dari yang ditetapkan kerana menanti hujan teduh.Dalam raptai tersebut,guru besar memainkan peranan penting apabila beliau sendiri turun padang untuk mengatur kedudukan murid-murid menghadap tiang bendera sekolah serta menyanyi bersama-sama murid apabila lagu kebangsaan dan lagu Warisan dimainkan.

30 Ogos 2013 (Jumaat) Masa: 0715-1230 Tempat: Dewan Serbaguna SK Gunong Ngeli,Simunjan Program: Majlis Sambutan Ambang Merdeka ke-56 Langit masih mendung,hujan baru berhenti menitis.Perbarisan tetap dijalankan bermula dari sebelah kanan sekolah hingga masuk ke dalam dewan dengan alunan lagu Inilah Barisan Kita .Mengikut rancangan,murid akan bembuat perbarisan masuk ke kawasan sekolah dan berkumpul menghdap tiang bendera sekolah.Oleh kerana cuaca yang masih mendung,murid terus masuk ke dalam dewan dan semua aktiviti luar dewan dijalankan di dalam dewan. Majlis dimula dengan nyanyian lagu Negaraku,Ibu Pertiwiku,dan Warisan.Adik Asyraf dari Tahun 4 ijemput untuk melaungkan laungan Merdeka sebanyak 7 kali. Selepas itu,bacaan doa bagi memohon keberkatan majlis dibaca oleh Encik Khaidir bin Suhaili.Guru-guru dan murid mengambil tempat masing-masing. Oleh kerana Guru Besar menghadiri Majlis penutupan Kem M otivasi dan Ramah tamah Aidilfitri di SK Telagus Jeruk,maka Penolong Kanan 1,Puan Dyg Siti Zadyah memberi ucapan sekaligus merasmikan majlis Sambutan Ambang Merdeka. Majlis disambung dengan persembahan dari Johan nyanyian solo Lagu-Patriotik,iaitu adik Michelle David dengan nyanyian lagu Warisan. Sejurus tamat nyanyian,Pn Dyg Siti Zadyah menyampaikan hadiah kepada pemenang nyanyian solo lagu Patriotik iaitu adik Elexsion Annius di tempat

ketiga,adik Mourincia Ancy Chong di tempat kedua dan adik Michelle di tempat pertama. Selepas itu,pengacara majlis menjemput adik Adida selaku johan deklamasi sajak merdeka untuk mendeklamasikan sajaknya yang bertajuk Merdekakah kita? .Adik Adida dan pemenang kedua iaitu adik Asyraf Ubai dan adik Hasnita di tempat ketiga turut menerima hadiah selepas persembahan sajak tersebut. Penyampaian hadiah turut disampaikan dengan menjemput guru-guru lain bagi kategori pertandingan mewarna,kuiz merdeka ,koir lagu patriotik dan hadiah kejutan untuk murid-murid yang lahir pada bulan Ogos.Kumpulan Hang Jebat,iaitu Johan Koir Lagu Patriotik dijemput untuk menyanyikan lagu Jalur Gemilang sebagai persembahan terakhir dari murid dalam majlis tersebut. Sebagai penutup majlis sambutan Ambang Merdeka,guru-guru dan murid-murid sama-sama menyanyikan empat buah lagu patriotik,iaitu Jalur Gemilang,Tanggal 31, Keranamu,dan Warisan. Apa yang dapat disimpulkan,masih terdapat kelemahan yang boleh dan perlu diperbaiki bagi menjayakan program sambutan Merdeka pada masa akan datang.Antaranya ialah persediaan untuk mengadakan sambutan merdeka yang dijalankan selama seminggu perlulah dirancang lebih awal sekurang-kurangnya 2 minggu lebih awal supaya tidak menimbulkan suasana yang kelam kabut dalam persiapan program.Mungkin pada tahun ini sambutan tersebut bertembung dengan cuti pertengahan penggal ke-2 menyebabkan perancangan dan persiapan untuk sambutan Merdeka dibuat dalam tempoh jangkamasa yang pendek dan agak kelam-kabut. Walau bagaimanapun,kerjasama guru-guru sangat mengagumkan dalam menjayakan program ini.Masing-masing menjalankan tanggungjawab yang digalas tanpa perlu menunggu arahan dari pentadbir.Walaupun modal tidak mencukupi,ternyata kerjasama dan toleransi dari guru-guru dapat mengurangkan masalah-masalah yang timbul yang boleh merosakkan perjalanan program.Program ini sedikit sebanyak menambah eratkan hubungan kami guru-guru dan staf walaupun hanya terdapat 14 staf termasuk guru-guru di dalam sekolah Sekolah Kebangsaan Gunong Ngeli.

Anda mungkin juga menyukai