Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

Laporan Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Pada 3 September


2012 , Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 telah mengadakanSambutan
Kemerdekaan Peringkat Sekolah di Dewan Seri Perling. Sambutan ini
diadakanadalah untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 55
pada tahun ini .
Sambutan yang gilang-gemilang itu telah dimulakan pada pukul 8 pagi.
Selain itu, sambutan ini juga telah dipimpin oleh Puan Engku Fazlina
selaku pengerusi majlis. Tetamukehormat, iaitu Yang Dipertua PIBG Sekolah
Kebangsaan Seri Perling 2 telahmenyempurnakan acara perasmian sambutan
kemerdekaan peringkat sekolah tahun 2012.Tidak ketinggalan juga, Puan
Maselah binti Mohd. Tahir, Guru Besar Sekolah KebangsaanSeri Perling 2 turut
menyampaikan sepatah dua kata . Acara pada hari itu dimulakan dengan
nyanyian lagu Negaraku, lagu kebesarannegeri Johor, lagu sekolah dan lagu 1
Malaysia.
Seterusnya, sambutan dimeriahkan lagidengan nyanyian hebat lagu Jalur
Gemilang dan 1 Malaysia dari Lim Kok Wing Universiti gabungan pelajarpelajar tahun 3 Cemerlang, 5 Cemerlang dan Pasukan Koir Sekolah Kebangsaan
Seri Perling 2. Terukir senyuman di bibir Para Guru Sekolah Kebangsaan
Seri Perling 2 apabila melihat persembahan tersebut.Usai sahaja persembahan
itu, para tetamu telah dijamu dengan sedikit santapan ringan yang telah ditaja
oleh Noor Aini and Family Catering.
Selepas itu, sambutan kemerdekaan diteruskan lagi dengan Pertandingan
Nyanyian Lagu Patriotik yang telahdiadakan di kantin sekolah. Terbukti
kehebatan Murid-murid Sekolah Kebangsan Seri Perling 2 kerana dapat
menyanyikan lagu patriotik dengan baik sekali. Pemenang tempat pertama
pertandingan ini telah diungguli oleh adik Siti Nur Diana dari kelas 5 Cerdas.
Setelah itu, Encik Idris, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah
Kebangsaan Seri Perling 2 bersama beberapa orang guru pergi ke kelas-kelas
untuk menyaksikan marhaban yang telah dipersembahkan oleh kelas-kelas yang
terlibat. Selain itu, Pertandingan Kelas Paling Patriotik turut diadakan sempena
Sambutan Kemerdekaan Tahun 2012. Guru-guru yang berkenaan akan menilai
kelas-kelas ini untuk mencari pemenang-pemenangnya.

Sambutan Kemerdekaan ini telah berakhir pada jam 1.20 tengah hari.
Puan Maselah selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2 menasihati
murid-murid sekolah iniagar menyemai dan menanam rasa cinta dan sayang
pada tanah air kita ,Malaysia.
Laporan disediakan oleh,
5 SEPTEMBER 2012
...........................................
.(ANIS AQILAH BINTI LATIF)
Setiausaha, Persatuan Kajian Tempatan
,Sekolah Kebangsaan Seri Perling 2

Anda mungkin juga menyukai