Anda di halaman 1dari 5

Teks ucapan Majlis Penutupan Bulan Kebangsaan 2022

Peringkat Sekolah SKTND

Sambut merdeka sekali setahun


Keringat tercurah pejuang berjasa
Malaysiaku merdeka 65 tahun
Itulah sejarah perjuangan bangsa

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara

Bismilllah........................

Assalamualaikum .......................salam sejahtera dan salam perpaduan.

Yg Berusaha Pn Hjh Norlida Bt Hj Mohd Noor, Guru Besar SK Taman Nusa Damai,

Yang Dihormati Pn Fadzilah bt Othman, Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Yg Dihormati En Shahrin bin Mat Saleh, GPK HEM.

Yg Dihormati Pn Nik Zuliana binti Nik Mohd Mokhtar , GPK KoKurikulum

Yang dihormati Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

 Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat-Nya pada pagi
yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk sama-sama berkumpul bagi Majlis Sambutan Penutupan
Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia dengan penuh kedamaian dan keamanan. Kedamaian dan keamanan ini
sebagai tanda bahawa negara ini berada dalam kestabilan politik dan kita mampu berkongsi muafakat untuk hidup
bersama . Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda bahawa para guru dan murid SK
Taman Nusa Damai dapat seiring dan sederap melangkah, dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar dan
beriiltizam tinggi untuk menjadi warganegara yang patriotik.

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon agar selamat

Dengan segala hormatnya menjemput, Ustaz Abdul Wafi Billah bin Mad Sobry untuk memimpin
bacaan doa.

Terima kasih diucapkan kepada , Ustaz Abdul Wafi Billah bin Mad Sobry yg telah memimpin bacaan

doa sebentar tadi.


UCAPAN GURU BESAR

Dini hari mengail ikan,

Dapat seekor ikan haruan,

Tuan pengetua  kita persilakan,

Sudilah kiranya memberi ucapan.

Dijemput Yang  Berusaha Hajah Norlida binti Hj Mohd Noor,  Guru Besar SK Taman Nusa Damai
untuk menyampaikan ucapan  dan seterusnya menutup rasmi Majlis Sambutan Bulan Kebangsaan
Peringkat Sekolah Tahun 2022.  Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada Yang  Berusaha Hajah Norlida binti Hj
Mohd Noor atas kesudian menyampaikan ucapan dan menutup rasmi Majlis Sambutan Bulan
Patriotisme Peringkat Sekolah Taman Nusa Damai tahun 2022

PERSEMBAHAN SAJAK

Hadirin sekalian,

Majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan deklamasi sajak yang bertajuk
“Keluarga Malaysia” oleh Adik Aidil Hakeem dari kelas 6 Permata Biru
Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.

Terima kasih atas persembahan deklamasi sajak yang menarik dan bersemangat
sebentar tadi

PERSEMBAHAN LAKONAN ‘PAHLAWANKU’

Majlis pada pagi ini akan diserikan lagi dengan persembahan lakonan oleh murid kelas
6 Permata Biru dan 6 Kejora Biru.

Persembahan ini bertajuk Pahlawanku. Kumpulan lakonan ini di bawah pimpinan


Cikgu Aida dan Cikgu Iffah. Marilah sama-sama kita saksikan.

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.


Terima kasih atas persembahan yang menarik dan
bersemangat sebentar tadi.

** Cikgu mohon, semua murid tidak membuat sebarang bunyi bising semasa
persembahan berlangsung.
ACARA PENYAMPAIAN HADIAH MURID PRA DAN TAHUN 4

Hadirin yang dikasihi sekalian, kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara penyampaian
hadiah kepada para pemenang bagi setiap pertandingan yang telah dilaksanakan sepanjang
sambutan Bulan Kemerdekaan yang lepas.

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang  Berusaha Hajah Norlida binti Hj Mohd
Noor,  Guru Besar SK Taman Nusa Damai diiringi GPK Kokurikulum Pn Nik Zuliana binti Nik Mohd
Mokhtar untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

BACA SENARAI NAMA PEMENANG.

Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang  Berusaha Hajah Norlida binti Hj Mohd
Noor,  Guru Besar SK Taman Nusa Damai atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para
pemenang sebentar tadi.

**** jika dah 9.15, umumkan rehat untuk murid pra dan murid tahun 4.

ACARA PENYAMPAIAN HADIAH MURID TAHUN 5 dan TAHUN 6

Hadirin sekalian,

Acara pada pagi ini, diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah untuk murid Tahun 5.

***Baca senarai pemenang hadiah pertandingan melukis dan teka silang kata

-Penyampaian hadiah pertandingan pakaian Tema Warna Jalur Gemilang (guru)

-penyampaian hadiah kepada pemenang Lagu Patriotik

Terima kasih diucapkan…

Persembahan Nyanyian Lagu Patriotik

Seterusnya, majlis menjemput Adik Irdina Darwisyah , Juara Pertandingan Nyanyian


Patriotik untuk menyanyikan lagu ‘Standing in the eyes’

Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan atas persembahan nyanyian yg sungguh merdu sebentar tadi.

Persembahan Tarikan Tum-Tum


Majlis hari ini terus diwarnai pelbagai persembahan- persembahan yang menarik dan
istimewanya dipersembahkan
sendiri oleh pelajar-pelajar kita yang terdiri daripada pelbagai
agama dan suku kaum. Perpaduan inilah yang akan menjamin
kemerdekaan negara Malaysia kita yang tercinta ini.
Bagi mewarnai lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan ini mempersilakan
persembahan Tarian Tum Tum di bawah Panitia Moral dan pimpinan Cikgu Nivashini
a/p Ramakrishnan

Majlis mempersilakan.
Terima kasih atas persembahan tarian yang cukup menarik sebentar tadi.

Pengumuman Kelas Terceria bertemakan Kemerdekaan

Penyampaian hadiah kepada Pemenang Pakaian Beragam Tahap 2


PENUTUP

Hadirin yang dihormati sekalian.

Disana-sini tembakan berbunyi,

Capai merdeka penuh berliku,

Marilah bersama kita menyanyi,

Lagu pertiwi lagu negaraku.

Pohon kerjasama kepada semua hadirin , berdiri tegak, mendengar dan sama-sama menyanyikan
lagu negaraku.

 Terima kasih diucapkan kepada semua

Sambutan Kemerdekaan terlaksana sudah, dengan itu mohon maaf dipinta andai tersilap bicara.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai