Anda di halaman 1dari 4

PENUTUP BULAN BAHASA 2018

1.
Yang Berusaha Cikgu Zaidi Abdul Hamid, Guru Besar SK Agama MIS Miri,

Yang dihormati, Penolong Kanan Pentadbian, Cikgu Fauzia,

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Ustaz Mohamad Nazimi,

Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Sarbini Osen,

Guru Penyelaras Minggu Bahasa Melayu Cikgu Hafizawati,

rakan-rakan guru, dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam Malaysia Baharu

2.
Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, Tuhan yang
Maha Agung, Maha Tinggi kerana dengan limpah kurniaNya serta kehendakNya jua maka
kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan
ini bagi Majlis Penangguhan Minggu Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah
2018. Syukur juga kerana dengan izinNya kita dapat melaksanakan beberapa program dan
aktiviti yang telah dirancangkan.

Cincin suasa tersemat di jari


Hiasan tersohor dato Bahaman
Bahasa kebangsaan indah terperi
Menjulang martabat zaman berzaman

3.
Memulakan majlis, satu penghayatan bersama...

Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Ibu
Pertiwiku dan Lagu Sekolah.

#######

Ucapan terima kasih buat semua hadirin dan dipersilakan duduk.


4.
Lebat kecemi pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Untuk itu majlis dengan penuh takzim mempersilakan Al Fadhil ustaz Azwandy untuk
mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

#######

Terima kasih diucapkan kepada Al Fadhil ustaz Azwandy.

5.
Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Lagu bahasa jiwa bangsa berkumandang sudah
Bingkisan ucapan menyusul pula

Rakan-rakan guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Cikgu Zaidi
Abdul Hamid, Guru Besar SK Agama MIS Miri untuk menyampaikan bingkisan kata, ucapan
penangguhan Minggu Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

##########

Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha
tuan guru besar.

6.
Sebelum kita meneruskan acara majlis pada pagi ini. Kita akan dipertontonkan dengan
persembahan multimedia yang memaparkan pelbagai aktiviti dan pertandingan sempena
Minggu Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah 2018. Dipersilakan.

##########

Hadirin sekalian,

Begitulah tadi persembahan multimedia yang memaparkan pelbagai aktiviti dan


pertandingan sempena Minggu Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah 2018.
7.
Kita teruskan majlis dengan untaian kata madah bicara kilauan sukma, sama-samalah kita
hayati bait-bait kata deklamasi sajak.

Majlis mempersilakan murid-murid tahun 3 Dinamik untuk mendeklamasikan sajak dengan


judul Menjunjung Janji Menyanjung Budi. Dipersembahkan.

***

Demikian tadi puitisnya bahasa. Terima kasih kepada murid tahun 3 Dinamik.

8.
Seterusnya, kita tiba ke acara penyampaian hadiah,

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu
Fauzia, untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang untuk murid tahap 1.

..................................................

Terima kasih diucapkan kepada yang Penolong Kanan Pentadbian, Cikgu Fauzia.

9.
Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan persembahan nyanyian dari murid-murid kelas
4 Dinamik dengan lagu yang diberi judul Burung Kecilku, dipersilakan.

***

Terima kasih kepada murid-murid kelas 4 Dinamik dengan lagu yang diberi judul Burung
Kecilku yang telah mereka samapaikan.

10.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput semula Yang Berusaha Cikgu Zaidi Abdul
Hamid, Guru Besar SK Agama MIS Miri, untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang untuk murid tahap 2.

..................................................

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Cikgu Zaidi Abdul Hamid, Guru Besar SK
Agama MIS Miri.
Adat nan baharu berubah-ubah
Adat manusia mengandung salah
Keputusan pertandingan diketahui sudah
Ada menang ada yang kalah.

Tahniah dan syabas kepada para pemenang, yang kalah usah menjerut rasa, cuba lagi di lain
masa, di lain acara.

11.
Setelah tamatnya penyampaian hadiah itu tadi, kini marilah kita saksikan persembahan yang
terakhir iaitu Persembahan Treater dari murid-murid kelas 4 Bestari. Teater ini diberi tajuk
"Mencari Melur"Dipersilakan.

########

Begitulah aksi drama Persembahan Treater dari murid-murid kelas 4 Bestari yang telah
dipersembahkan tadi. Sungguh berbakat. Untuk pengetahuan semua, teater ini telah
dibimbing oleh Cikgu Asnizah merangkap Guru Kelas 4 Betari itu tadi. Tahniah dan syabas
untuk yang terlibat.

12.
Majlis kita sampai di penghujungnya, pihak majlis memohon mengambil sedikit kesempatan
waktu dipenghujung ini untuk menyata dan menyampaikan sejuta kalungan bunga terima
kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
memastikan majlis permai pada pagi nan ceria ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Dengan itu majlis diakhiri dengan ucapan ribuan terima kasih.


Sekian, Wassalamualakum wbt

Anda mungkin juga menyukai