Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SMK MADAI 2007 Memeng: Terang sungguh sinar rembulan, Kemilau cahaya

menerangi insan, Ramadhan dilalui dengan kesabaran, Syawal disambut penuh kesyukuran. Keed: Ayu si dara tersenyum simpul, Teruna memandang penuh harapan, Malam ini kita berkumpul, Sama meraikan hari lebaran. Memeng: Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Yang Berusaha, Pegawai Pelajaran Daerah Kunak, En. Hj. Suharpi Lasundang, Pengetua SMK Madai, En. Justin b. Rumpod, Pengetua SMK Kunak, En. Zamli Mantamin, Pengetua SMK Kunak Jaya, En Zamri Pehakan, Penolong Kanan Pentadbiran, Cik Lana bt. Mole, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Selamat b. Yusuf, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, En. Gabra Hj. Shafie, Yang DiPertua PIBG SMK Madai, En. Ismail Rugasan, barisan guru-guru SMK Madai dan seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Selamat datang ke Majlis Sambutan Hari Raya SMK Madai bagi tahun 2007. Keed: AlhamdulillahSegala puji bagiNya kerana dengan kurniaan yang diberikan, dapatlah kita sama-sama berkumpul pada malam ini bagi merayakan bulan Syawal yang mulia ini. Syukur jua dipanjatkan ke hadratNya kerana kita berpeluang untuk sama-sama berkongsi kegembiraan setelah sebulan kita berpuasa dan berjaya mengharungi pelbagai dugaan dengan kesabaran di bulan Ramadhan al-mubarak. Hadirin dan hadirat sekalian, Bagi memulakan majlis pada malam ini, marilah kita sama-sama mendengarkan ucapan daripada Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Madai, En. Justin b. Rumpod. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Madai, En. Justin b. Rumpod. Semoga dengan ucapan itu tadi dapatlah kita sama-sama menghayati intipati yang terkandung di dalamnya.

Mrs. Memeng & Miss Keed

Memeng: Hadirin dan hadirat sekalian yang dihormati sekalian, Untuk memberkati majlis kita pada malam ini, dan bagi memanjatkan rasa kesyukuran ke hadratNya, majlis mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Abd. Aziz bin Sulaiman untuk membacakan doa. Majlis mempersilakan. Terima kasih atas bacaan doa itu tadi. Hadirin dan hadirat sekalian, Kemeriahan majlis pada malam ini akan diserikan lagi dengan dendangan lagu-lagu merdu oleh staf SMK Madai yang pastinya menjajikan persembahan yang menghiburkan anda semua. Bagi memulakan persembahan, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Madai, En. Justin b. rumpod untuk mendendangkan dua buah lagu pilihan beliau iaitu Keed: Begitulah tadi kemerduan dendangan dua buah lagu yang telah dinyanyikan oleh Yang Berusaha Tuan Pengetua. Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Sementara kita didendangkan dengan bermacam lagu dan persembahan yang menarik, majlis dengan segala hormatnya menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk menjamu selera dan menikmati hidangan yang telah tersedia. Dipersilakan. Seterusnya, majlis mempersilakan guru-guru yang ingin menyumbangkan lagu untuk membuat persembahan. Majlis mempersilakan. Memeng: Hadirin sekalian, Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu acara penyampaian hadiah bagi tiga kategori yang dipertandingkan pada malam ini. Kategori-kategori tersebut ialah Kategori Pakaian Paling Kemas (Lelaki), Kategori Pakaian Paling Anggun (Perempuan) dan Kategori Family Paling Sedondon. Sebelum itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Madai, En. Justin b Rumpod dengan diiringi oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Cik Lana bt. Mole untuk naik ke pentas bagi menyampaikan hadiah. Majlis mempersilakan. Bagi kategori Pakaian Paling Kemas (Lelaki), dimenangi oleh .. .

Mrs. Memeng & Miss Keed

Ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Madai, En. Justin b. Rumpod dan Penolong Kanan Pentadbiran, Cik Lana bt. Mole dan tahniah kepada pemenang. Keed: Seterusnya bagi kategori Pakaian Paling Anggun (Wanita), majlis menjemput Yang DiPertua PIBG SMK Madai, En. Ismail Rugasan dengan diiringi oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, EN. Selamat b. Yusuf untuk menyampaikan hadiah. Bagi kategori Pakaian Paling Anggun (Wanita), dimenangi oleh .. Ribuan terima kasih kepada Yang DiPertua PIBG SMK Madai, En. Ismail Rugasan dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Selamat b. Yusuf dan tahniah diucapkan kepada pemenang kategori itu tadi. Memeng: Kini hanya tinggal sebuah lagi hadiah dan sudah pasti kita ternanti-nanti siapakah gerangan yang akan membawa pulang hadiah bagi kategori Family Paling Sedondon ini. Untuk menyempurnakan upacara penyampaian hadiah, majlis berbesar hati menjemput Yang Berusaha Pegawai Pelajaran Daerah Kunak, En. Hj. Suharpi Lasundang dengan diiringi oleh Yang Berusaha Pengetua SMK Madai, En. Justin b. Rumpod untuk naik ke pentas. Majlis mempersilakan. Bagi kategori Family Paling Sedondon tahun 2007, pihak juri sebulat suara memilih keluarga Tuan/Puan sebagai pemenang pada malam ini. Tahniah diucapkan kepada pemenang dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Pegawai Pelajaran Daerah Kunak, En. Hj. Suharpi Lasundang dan Yang Berusaha Pengetua SMK Madai, En. Justin b. Rumpod. Keed: Hadirin dan hadirat sekalian, Dengan berakhirnya penyampaian hadiah / persembahan itu tadi, maka berakhirlah sudah Majlis Sambutan Hari Raya SMK Madai tahun 2007. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para tetamu jemputan, staf SMK Madai seterusnya hadirin sekalian di atas kesudian menghadiri majlis yang tidak seberapa ini. Mohon maaf di atas segala kekurangan dan kecacatan sepanjang majlis ini berlangsung. Semoga kemeriahan majlis pada malam ini akan dapat kita rayakan lagi pada Syawal yang berikutnya. Insya Allah. Sebelum itu, terimalah dua rangkap pantun dari kami. Keed: Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam peti, Kalau ada silap dan salah, Jangan disimpan di dalam hati.

Mrs. Memeng & Miss Keed

Memeng: Kalau ada sumur di ladang, Bolehlah kami menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Tahun hadapan berjumpa lagi. Sekian..wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Mrs. Memeng & Miss Keed

Anda mungkin juga menyukai