Anda di halaman 1dari 6

MAJLIS MALAM JASAMU DIKENANG SMK MADAI 2011 Mengumumkan ketibaan En.

Zamri Bin Pehakan, Pegawai Pelajaran Daerah Kunak. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara, Pemanis kalam selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. dan salam sejahtera. Yang dihormati, Pegawai Pelajaran Daerah Kunak, En. Zamri Bin Pehakan, Yang berusaha, Pengetua SMK Madai, En. Masnon Maswan, Yang Dipertua PIBG, En. Ismail Rugasan, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Cik Lana Mole, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Yakari Sulong, Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam, En. Lajahuri Lajahidi, Guru Penolong Kanan Sidang Petang, En. Azali Mat Piah, Pengerusi Kelab Staf, Pn. Hasnah Binti Mohd. Badawe, Guru-guru yang diraikan, seterusnya tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat yang dikasihi sekalian. Selamat Datang Ke Malam Jasamu Dikenang SMK Madai Tahun 2011. Alhamdullilah.. segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadratNya kerana dengan izin dan kurniaNya, dapatlah kita sama-sama berkumpul pada malam yang sungguh berbahagia ini yang pastinya meninggalkan sejuta kenangan buat kita semua sebagai malam Jasamu Dikenang Hari Guru SMK madai untuk tahun 2011. Tuan-tuan dan puan-puan / hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Bagi memberkati majlis kita pada malam ini, majlis mempersilakan Ustaz Abdul Aziz b. Sulaiman untuk mengetuai bacaan doa. Majlis mempersilakan sat -Perarakan masuk VIP ke dewan syin

syin

Amin Amin Ya Rabbal Alamin semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita pada malam ini akan sentiasa diberkati dan dilindungi olehNya. Kalau tuan pikat cemara, Buatlah bara bakar selasih, Sudilah tuan jamu selera, Hidangan mesra pengikat kasih. Majlis mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan untuk menjamu selera dan menikmati hidangan yang telah disediakan (Kepada hadirin yang ingin membuat persembahan diharap dapat membuat makluman di meja MC) Hadirin hadirat yang dihormati sekalian, Seterusnya, marilah kita sama-sama mendengar ucapan daripada Pengetua SMK Madai, Encik Masnon Bin Maswan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan itu tadi semoga kita dapat menghayati intipati yang terkandung didalamnya. Hadirin sekalian, Majlis pada malam ini diteruskan lagi dengan menyaksikan persembahan dari pelajar-pelajar KRK SMK Madai. Terima kasih di atas persembahan itu tadi. Untuk makluman, persembahan ini dipimpin oleh Puan Sumranie Mohd Saneh. sat

Majlis diteruskan dengan sesi cabutan bertuah. Bagi menyempurnakan majlis, dijemput Guru Penolong Kanan Sidang Petang, En. Azali Mat Piah diiringi oleh En. Selmat Yusop untuk membuat cabutan dan

menyampaikan hadiah. Dipersilakan. Cabutan bertuah yang Pertama dimiliki oleh ... Cabutan bertuah yang Kedua dimiliki oleh ... Cabutan bertuah yang Ketiga dimiliki oleh ... Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada GPK Sidang Petang di atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi. Tanpa membuang masa kita teruskan dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan yang telah diadakan sempena hari guru. Bagi menyempurnakannya, majlis dengan segala hormat menjemput Guru Penolong kanan Pentadbiran, Cik Lana Mole diiringi En. Lajahuri Lajahidi untuk naik ke pentas bagi menyampaikan hadiah. Majlis mempersilakan Bagi acara badminton: Tempat kedua disandang oleh rumah sukan ZUHAL (Dijemput En. Iswanto Hussein) Manakala johan disandang oleh rumah sukan MARIKH (Dijemput En. Abdul Salam Ujang) Bagi acara bola tampar: Tempat kedua disandang oleh rumah sukan PLUTO (Dijemput Cik Lincih Dollah) Johan bagi acara Bola Tampar disandang oleh rumah sukan ZUHAL (Dijemput Cik Lana Mole) Bagi acara teh tarik: Tempat kedua disandang oleh rumah sukan UTARID (Dijemput En. Nawali Sahali) Johan bagi acara teh tarik disandang oleh rumah sukan PLUTO (Dijemput En. Suparman Lasing) Terima kasih diucapkan kepada Cik Lana diatas kesudian untuk menyampaikan hadiah itu tadi. syin

Majlis diteruskan dengan sesi cabutan bertuah yang kedua. Bagi menyempurnakan majlis, dijemput YDP PIBG En. Ismail Rugasan diiringi oleh Puan Hasnah Mohd Badawe untuk membuat cabutan dan menyampaikan hadiah. Dipersilakan. Cabutan bertuah yang Pertama dimiliki oleh ... Cabutan bertuah yang Kedua dimiliki oleh ... Cabutan bertuah yang Ketiga dimiliki oleh ... Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada YDP PIBG di atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi. Bagi menyempurnakan penyampaian hadiah bagi pertandingan memasak, dengan ini dijemput Pengetua SMK Madai, En. Masnon Maswan dengan diiringi oleh En. Yakari Sulong untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Tempat kedua disandang oleh rumah sukan PLUTO (Dijemput Pn. Maribi Rahmat) Johan bagi pertandingan memasak disandang oleh rumah sukan UTARID (Dijemput Ustzh Che Hasliza Che Roza) Bagi pertandingan futsal: Tempat kedua disandang oleh rumah sukan UTARID (Dijemput En. Samri Chongo) Manakala johan disandang oleh rumah sukan ZUHAL (Dijemput En. Selamat Yusof) Dan sekarang diumumkan keputusan keseluruhan.. Tempat keempat disandang oleh rumah sukan MARIKH (Dijemput En. Azali Mat Piah) Tempat ketiga disandang oleh rumah sukan PLUTO (Dijemput En. Lajahuri Lajahidi) Naib johan disandang oleh rumah sukan UTARID (Dijemput En. Nawali Sahali) Dan johan disandang oleh rumah sukan ZUHAL (Dijemput En. Selamat Yusof) syin

Kini tibalah saat yang kita nantikan, keputusan bagi fesyen pakaian yang memenuhi tema kita pada malam sat ini iaitu Fesyen Glame

Bagi kategori lelaki disandang oleh __________________ Bagi kategori perempuan disandang oleh _______________________ Tahniah kepada semua pemenang, bagi yang tidak berjaya cuba lagi tahun depan Kita teruskan lagi acara kita , iaitu penyampaian cenderamata untuk guru dan staf SMK Madai yang akan berpindah dan telah pada tahun ini Untuk itu, majlis menjemput: 1) 2) 3) 4) En. Abdul Aziz Ahmad Encik Amin Abdullah Ong Pn.Sarina Goran En. Ag. Hazaman Ag. Hashim

Terima kasih diucapkan kepada Pengetua SMK madai, En Masnon Bin Maswan di atas kesudian menyampaikan cenderakenangan sebentar tadi. Untuk makluman hadirin sekalian, _____________________ 1) Pn. Umi Rona Paijan 2) Pn. Fazidah Jamaan 3) Cik Noor baizurah Bidin Tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin dan hadirat sekalian,.. Acara kita diteruskan lagi dengan sesi cabutan bertuh yang terakhir Dan menyempurnakan majlis, dijemput PPD Kunak, En. Zamri Bin Pehakan diiringi oleh Cik Lana Mole untuk membuat cabutan dan menyampaikan hadiah Dipersilakan. Pemenang cabutan bertuah adalah ____________________ Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Zamri Pehakan di atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian Majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput guru ataupun staf yang ingin membuat persembahan..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.. sat Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka berakhirnya sudah majlis Malam Jasamu Dikenang SMK Madai bagi tahun 2011. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada para tetamu jemputan, guru-guru, staf SMK madai seterusnya hadirin hadirat di atas kesudian menghadiri majlis kita pada malam ini semoga kemeriahan majlis pada malam ini akan dapat kita raikan lagi pada tahun hadapan insyaallah.. sebelum itu, terimalah serangkap pantun dari kami.

Unggas menari di awan tinggi, Saling berkejar mencari pasangan Salah silap harap maafi, Malam indah jadi kenangan.

Sekian.. wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi dan selamat malam..

Anda mungkin juga menyukai