Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH AKADEMIK 2021

Hadirin sekalian
Majlis kita akan dimulakan sebentar sahaja lagi. Diminta untuk mematikan mikrofon
anda untuk kelancaran majlis. Terima kasih.

Melati kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah di pohon cemara;

Assalamualaikum mulanya kata,

Saya sembah pembuka bicara.

Yang berbahagia, Dato’ Haji Azri bin Jaafar, YDP PIBG Sekolah Kebangsaan
Nakhoda Muhammad Taib
Yang Berusaha Puan Zainab binti Ahmad, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan
Nakhoda Muhammad Taib
Yang berusaha Puan Fatimahwati binti Samsudin ,Guru Penolong Kanan
Pentadbiran.
Encik Mohd Hasri bin Hassan – Guru Penolong Kanan Hem
Encik Mohd Khairuddin bin Mohd Noor , Penolong Kanan Kokurikulum
Seterusnya guru-guru, ibu bapa dan para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah ...
Marilah terlebih dahulu sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi
kerana dgn limpah kurnia, taufik dan keizinannya, dapat sama-sama kita
menjayakan Majlis Apresiasi Murid peringkat sekolah bagi tahun 2021 pada pagi ini.

Hadirin dan hadirat sekalian, sesungguhnya kita berasa bertuah kerana diberi
kesempatan untuk melaksanakan majlis ini secara bersemuka walaupun hanya
dilakukan secara tertutup dan kecil-kecilan.

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon agar selamat.

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan,

Ustaz Assif bin samsudin


Untuk melafazkan bacaan doa. Dipersilakan.
Amin amin ya rabbal alamin. Terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin sekalian,

Dini hari mengail ikan,


Dapat seekor ikan haruan,
YDP PIBG kita persilakan,
Sudilah kiranya memberi ucapan.

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia


Dato’ Haji Azri bin Jaafar, YDP PIBG SK Nakhoda Muhammad Taib untuk
menyampaikan bingkisan kata, dan sekaligus merasmikan Majlis Apresiasi Murid
Tahun 1 hingga 5 SK Nakhoda Muhammad Taib 2021. Dipersilakan.

Terima kasih Dato’, atas ucapan perasmian penutupan sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara penyampaian Anugerah Akdemik
Tahun 1 hingga 5 untuk sesi 2021.

Dengan itu dijemput Puan Guru Besar untuk mengiringi Dato’ Haji Azri bin Jaafar,
YDP PIBG SK Nakhoda Muhammad Taib untuk menyampaikan hadiah.
Dipersilakan.

Kita mulakan dengan hadiah mata pelajaran peningkatan akademik.


( sebut nama pemenang)

Hadirin sekalian,
Seterusnya kita teruskan dengan hadiah pencapaian terbaik.
( sebut nama pemenang)

Demikian tadi penerima hadiah pencapaian terbaik 2021. Seterusnya kita lanjutkan
dengan hadiah tunas harapan.
(sebut nama pemenang)

Seterusnya kita teruskan dengan hadiah kehadiran penuh. Untuk kategori ini,
kehadiran dikira daripada………
( sebut nama pemenang)

Demikian tadi pemenang bagi setiap kategori. Tahniah di atas kecemerlangan anda.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Selain daripada anugerah peningkatan akademik tadi, terdapat satu lagi
penyampaian hadiah iaitu penyampaian hadiah pertandingan mewarna dan
deklamasi sajak sempena karnival kokurikulum anjuran Fakulti Pembangunan
Manusia UPSI.

Dengan itu, majlis mempersilakan Puan Fatimahwati binti Samsuddin Guru penolong
Kanan Pentadbiran untuk mengiringi Puan Guru Besar untuk menyampaikan hadiah.

Dimulakan dengan hadiah pertandingan mewarna prasekolah Ibnu Sina (sebut


pemenang),

hadiah pertandingan mewarna prasekolah Ibnu Khaldun (sebut pemenang),

hadiah pertandingan mewarna prasekolah Ibnu Hayyan (sebut nama),

hadiah pertandingan mewarna Tahun 1 Ibnu Sina (sebut nama),

hadiah pertandingan mewarna Tahun 2 Ibnu Sina (sebut nama),

hadiah pertandingan mewarna Tahun 3 Ibnu Sina (sebut nama),

hadiah pertandingan mewarna Tahun 3 Ibnu Khaldun (sebut nama),

hadiah pertandingan mewarna Tahun 4 Ibnu Sina (sebut nama),

hadiah pertandingan mewarna Tahun 5 Ibnu Sina (sebut nama),

hadiah pertandingan mewarna Tahun 6 Ibnu Sina (sebut nama),

hadiah pertandingan mewarna Tahun 6 Ibnu Khaldun (sebut nama).

Demikian tadi pemenang bagi pertandingan yang dianjurkan. Tahniah kepada para
pemenang. Yang belum menang boleh cuba lagi di masa akan datang.

Hadirin sekalian

Ucapan sudah, pengumuman pemenang pun sudah. Dengan itu berakhirlah Majlis
Apresiasi Murid tahun 1 – 5 untuk sesi 2021. Pada pukul 10.30 pagi nanti akan
menyusul pula Majlis Graduasi tahun Enam Bagi sesi 2021.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru, ibubapa dan murid atas
kehadiran dan kerjasama.

Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera.

Dipersilakan tetamu untuk menjamu selera. Majlis kita seterusnya akan bermula
pada pukul 10. 30 pagi.

Anda mungkin juga menyukai