Anda di halaman 1dari 11

SKRIP PENGACARAAN

MAJLIS APRESIASI PANGLIMA 2023

PENGUMUMAN KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan,
P1
Yang dihormati Datuk Balwinder Singh A/L Guruwah
Singh ke Dewan Kuliah Utama.

P1
Tetamu jemputan dan para hadirin dipersilakan
mengambil tempat

KATA SALUTASI

Salam sejahtera kami ucapkan,


P1 Para hadirin semua jemputan;
Selawat dan salam kami junjungkan,
Ke hadrat Nabi Rasul pilihan.

Ke pekan kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah,
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah

Bismillahirahmanirahim

Yang dihormati, Datuk Balwinder Singh A/L Guruwah


Singh,
Pengarah Urusan Syarikat BIZ-GUARDS

Yang Berusaha , Cikgu Haslelawati Binti Rahim@Umar,


Pengetua SMK Tungku Panglima Besar

Yang berusaha, Encik Dzolkifli Bin Md Isa,


1
Yang diPertua PIBG SMK Tunku Panglima Besar,

Yang dihormati, para tetamu jemputan khas

Yang berusaha, barisan pentadbir SMK Tunku Panglima


Besar,

Guru-guru Kanan Bidang ,

Guru cemerlang,

Guru-guru Kaunselor

Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Tungku Panglima Besar

Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Apresiasi Panglima


2022

Para guru, ibu bapa, seterusnya hadirin dan hadirat yang


dimuliakan.

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam


sejahtera dan salam perpaduan Malaysia.

P2
NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekelian,

Majlis akan dimulakan dengan nyanyian lagu NegaraKu


dan lagu Negeri Kedah. Diminta seluruh warga dewan
untuk berdiri.

Selesai nyanyian …

Hadirin dipersilakan duduk.

2
P1 BACAAN DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Sebagai pembuka tirai atur cara, majlis menjemput dan


mempersilakan saudara Muhammad Irfan Bin Mohd
Redzwan untuk memimpin bacaan doa agar majlis kita
diberkati hendaknya. Dipersilakan.

(Bacaan doa)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa
itu tadi.

Semoga pimpinan doa tadi diberkati Allah hendaknya.

UCAPAN ALUAN DAN SELAMAT DATANG

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

P1 Allah jua yang dipuji, dengan lidah dan hati, kerana


dengan limpah dan izin-Nya, membolehkan kita
berkumpul pada pagi yang berbahagia ini.

Dalam suasana ceria penuh harmoni, dari Dewan Kuliah


Utama , Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, majlis
berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada
tetamu-tetamu kehormat, tuan-tuan dan puan-puan ke
majlis penuh bersejarah pada hari ini.

3
UCAPAN PENGETUA

Hadirin yang dirahmati,


Sesungguhnya, kejayaan dan kecemerlangan seseorang
individu tidak diukur dengan hanya pencapaian luaran
semata-mata tetapi adalah sejauhmana kejayaan itu
mampu memberikan sumbangan kembali kepada orang
di sekelilingnya.
P2
Tinggi burung terbang di angkasa,
Bunga mekar dipetik peraih,
Majlis bermula restu diminta,
Ucapan aluan mengambil alih.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu


Haslelawati Binti Rahim@Umar , Pengetua SMK Tunku
Panglima Besar untuk menyampaikan ucapan alu-aluan
serta laporan . Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

>>>> Ucapan Pengetua <<<<

Majlis mengucapkan terima kasih atas rangkaian ucapan


aluan yang penuh bermakna daripada pengetua sebentar
tadi.

P1 UCAPAN PERASMIAN
4
Hadirin yang dikasihi sekelian,

Kejayaan bukanlah milik mutlak seseorang tetapi adalah


himpunan doa, harapan dan sumbangan insan-insan
yang berdiri teguh, berjalan seiringan untuk membantu
dalam mencapai kecemerlangan. Ibu bapa, guru-guru
dan rakan taulan jangan dilupakan saat diri berada di
puncak gemilang.

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Kini, majlis menjemput dengan penuh takzimnya,


Yang Berhormat Datuk Balwinder Singh A/L Guruwah
Singh untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Majlis Apresiasi Panglima tahun 2022. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

>>>>> Ucapan Perasmian <<<<

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-


tinggi penghargaan atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Warga dewan yang dikasihi sekelian,

Majlis menjemput Cikgu Haslelawati Binti


Rahim@Umar ke pentas untuk menerima mock
check daripada Datuk Balwinder Singh yang
bermurah hati untuk memberi sumbangan kepada
PIBG SMK Tunku Panglima Besar.

>>> PENYERAHAN MOCK CHECK <<<

5
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Datuk
Balwinder Singh atas sumbangan yang diberikan yang
pasti banyak membantu dalam pembangunan sekolah
kelak.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekelian,


Seterusnya, kita bakal menyaksikan tanyangan video
montaj sempena Majlis Apresiasi Panglima pada hari ini.

Sama-sama kita saksikan.

PERSEMBAHAN NYANYIAN

Sirih pinang sirih berlipat,


Diambil sehelai dibawa pergi,
Tampak joget indah dilihat,
Menjadi tatapan majlis berseri.
P1
Hadirin yang dihormati,

Seterusnya pula, sama-sama kita saksikan persembahan


nyanyian. Justeru, majlis mempersilakan saudari Ummie
Putri Maisarah Binti Muhammad dengan lagunya “The
Climb”

>>>>NYANYIAN 1 BERMULA<<<<

Majlis merakam ucapan terima kasih atas persembahan


yang menghiburkan itu tadi.

P2 PENYAMPAIAN ANUGERAH
6
Hadirin yang dimuliakan,

Kini tibalah masa yang dinantikan iaitu upacara


penyampaian anugerah

Bagi menyempurnakan majlis,


dijemput Yang berhormat Datuk Balwinder Singh A/L
P1 dan P2 Guruwah Singh diiring oleh Cikgu Haslelawati Binti
berganti- Rahim@Umar , Pengetua SMK Tunku Panglima Besar
ganti untuk upacara penyampaian anugerah. Majlis
mengikut mempersilakan.
kesesuaia
n
Penyampaian Anugerah Kecemerlangan dimulakan
dengan mempersilakan dengan

1. Anugerah Terbaik Tingkatan 5 dan Terbaik dalam


mata pelajaran Tingkatan 5

>> rujuk senarai penerima

2. Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2019

>> rujuk senarai penerima

3. Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2020

>> rujuk senarai penerima

4. Anugerah Pelajar Cemerlang 2021

>>rujuk senarai penerima

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Datuk


Balvinder Singh atas kesudian menyampaikan anugerah
kepada penerima sebentar tadi. Dengan ini, majlis
mempersilakan Cikgu Haslelawati Binti Rahim@Umar
untuk menyampaikan cenderahati sebagai tanda
kenangan kepada Datuk Balvinder Singh.

7
Hadirin sekelian,

Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah


berikutnya. Dengan ini, majlis menjemput dan
mempersilakan Encik Zulkiefli Bin Md Isa, Yang Dipertua
PIBG SMK Tunku Panglima Besar untuk menyampaikan
anugerah kepada para penerima. Dipersilakan.

Dipersilan penerima anugerah bagi

1. Terbaik Tingkatan 1
>> rujuk senarai

Seterusnya,

2. Terbaik Tingkatan 2
>>rujuk senarai

Seterusnya,

3. Terbaik Tingkatan 3
>>rujuk senarai

Seterusnya,

4. Terbaik Tingkatan 4 DAN Terbaik Mata Pelajaran


Tingkatan 4

>> rujuk senarai

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik


Zulkifli Bin Md Isa atas kesudian menyampaikan
anugerah kepada penerima sebentar tadi.

8
Hadirin yang dihormati sekelian,

Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Cikgu


Azaman Bin ……….. Pegawai SIP PLUS Pejabat
Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu untuk
menyampaikan anugerah kepada para penerima
seterusnya. Dipersilakan.

Dipersilakan Penerima Anugerah Cemerlang Hal Ehwal


Murid (HEM) 2022/2023

>> rujuk senarai

Seterusnya,

Anugerah Cemerlang Kokurikulum 2022/2023

Dipersilakan ,

>>rujuk senarai

Berikutnya, disampaikan anugerah Peningkatan Gred


Purata Mata Pelajaran Terbaik Tahun 2021

Dipersila…

>>rujuk senarai penerima panitia

Seterusnya, disampaikan Sijil Penghargaan kepada


Agensi Luar

Dipersila,

>>rujuk senarai agensi luar

9
PERSEMBAHAN KEDUA

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekelian,

Kita bakal disajikan dengan satu lagi persembahan


nyanyian duet yang akan dipersembahkan oleh saudara
Mohamad Ronal Fardenand Bin Norbakri dan Wan
Muhammad Suzairie Bin Wan Rohaime yang akan
mendendangkan dua buah lagu yang berjudul Dinda dan
lagu Pencinta Wanita. Semoga terhibur.

Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan


yang sangat menghiburkan sebentar tadi.

PENUTUP

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekelian,

Dengan berakhirnya persembahan pelajar sebentar tadi,


maka selesailah juga majlis kita pada hari ini.

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini,
yang elok bawalah balik,
yang tak elok tinggallah di sini

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Dengan ini saya (sebut nama)

Jumpa lagi dalam Majlis Apresiasi Panglima pada tahun


hadapan.

Salam Takzim, Salam Hormat dan Assalammualaikum.

10
Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang
dihormati Datuks Balwinder Singh A/L Guruwah Singh
dan semua tetamu jemputan untuk meninggalkan majlis.

11

Anda mungkin juga menyukai