Anda di halaman 1dari 10

TEKS PENGACARA MAJLIS APRESIASI SK SAMBIR

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia EN Habari bin Bakar Pegawai Daerah Asajaya, diiringi Pn Fatimah
binti Matjiri, Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan serta tetamu khas yang lain. Hadirin dipohon
berdiri.

Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk..

BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T

Yang Berbahagia En Habari Bin Bakar Pegawai Daerah Asajaya..


Yang Berusaha Pn Fatimah binti Matjiri Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan,
Yang Berusaha Tn Haji Issnu Bin Dollah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sambir,
Yang Berusaha _______________________________ , Guru Besar/ wakil Sekolah Kebangsaan Sebandi Matang,
Yang Berusaha ________________________________ , Guru Besar/ wakil Sekolah Kebangsaan Sebandi Ulu,
Yang Dihormati En. Samsudin bin Uas, Guru Penolong Kanan pentadbiran,
En Barawi bin Leman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En Mohamad Ali bin Yusup, Penolong Kanan ko Kurikulum
Yang Dihormati Kopral Rohah binti Kulai, Pegawai perhubungan sekolah, IPD Kota Samarahan,
Yang Dihormati En Masyarif bin Kadir, Ketua kampung, Kampung Sambir
Yang Dihormati En Taip bin Gondah, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sambir.
En Ikhwan Bin Busenak, Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Sambir
Tuan Haji Mohd Taha bin Sulai, Imam Masjid Assolihin, kampung Sambir.
Guru-guru SK Sambir, murid-murid,
seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang Hari ini menanam jagung,


Sirih dari Pulau Mutiara Dibawa ke Kuching bersama peria,
Pemanis kata selamat datang Hari ini kita berkampung,
Awal Bismillah pembuka bicara Meraikan majlis penuh ceria

Selamat datang ke Majlis Apresiasi Pelajar SK SAMBIR 2017.

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya
maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan kejayaan pelajar SK Sambir
dalam bidang pelajaran dan ko kurikulum.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin sekalian kerana sudi
menghadirkan diri ke majlis ini, terutamanya kepada Yang Berbahagia EN Habari bin Bakar ,pegawai Daerah
Asajaya, dan Yang Berusaha Puan Fatimah bt Matjiri, wakil PPD Samarahan, kerana sudi meluangkan masa
dan memilih untuk menghadirkan diri ke majlis kami ini walaupun banyak urusan rasmi lain yang lebih
memerlukan perhatian dan kehadiran beliau. Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi
meluangkan masa untuk memberi sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Semoga usaha kita
semua diberkati Allah.
BIL ACARA CATATAN
1 NYANYIAN LAGU
Sebagai pembuka acara, majlis menjemput KOIR SK SAMBIR untuk menyanyikan 3 buah
lagu iaitu lagu negaraku,lagu ibu pertiwiku, dan lagu sekolah. Koir ini di bawah
pimpinan Yang DiPertua PIBG, En Taip bin Gondah. Untuk pengetahuan semua, Yang
Dipertua PIBG telah mencipta lagu baru sekolah dan lagu sekolah ini pertama kali di
pendengarkan kepada umum. Majlis mempersilakan

Hadirin dan Hadirat di jemput berdiri


__________________________________(Nyanyian)

Terima kasih atas nyanyian lagu itu tadi .


Hadirin dan Hadirat di jemput duduk.
2 BACAAN DOA

Hadirin yang dimuliakan,


Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita menadah
tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Adik Haiqal Fathurrahman
Bin Kamal Ludin. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih

Bunga mawar cantik tersemat Tangan ditadah penuh inayah,


Dipetik gadis di tepi titi Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Doa dibaca memohon Rahmat Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga Majlis sentiasa diberkati Moga tercerna minda kelas pertama.

3 UCAPAN ALUAN GURU BESAR


Seterusnya, majlis mempersilakan, Yang Berusaha Tuan Haji ISSNU BIN DOLLAH, Guru
Besar SK Sambir, untuk menyampaikan ucapan aluan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
************(Ucapan GB.)
Ucapan terima kasih kepada Tuan Haji ISSNU BIN DOLLAH, Guru Besar SK SAMBIR atas
ucapan itu tadi.
UCAPAN YDP
Majlis diteruskan dengan menjemput yang dihormati En Taip bin Gondah Yang DiPertua
4 PIBG Sk Sambir untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.
************(Ucapan YDP.)
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Taip bin Gondah, Yang dipertua PIBG
Sk Sambir atas ucapan itu tadi.
5 UCAPAN PERASMIAN

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya…


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya..
Tak lengkaplah majlis jika tiada perasminya..

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berbahagia EN Habari bin Bakar, Pegawai daerah
Asajaya, untuk menyampaikan ucapan perasmian Majlis Apresiasi Pelajar SK SAMBIR
2017. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
--------
Majlis menjemput Yang Berusaha Pn Fatimah binti Matjiri, Wakil Pegawai Pendidikan
Daerah Samarahan serta Yang Berusaha Tuan Haji Issnu Bin Dollah mengiringi Yang
Berbahagia EN Habari bin Bakar ke atas pentas untuk sama-sama merasmikan Majlis
Apresiasi Pelajar Sk Sambir dengan memukul gong sebanyak 3 kali..

_______________
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang
Berbahagia En Habari bin bakar serta Puan Fatimah binti Matjiri atas kesudian
menyempurnakan acara perasmian itu tadi.
6 PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN & SIJIL PENGHARGAAN

Acara seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada pelajar..

Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Dihormati En Berawi bin Leman, Pen
Kanan HEM SK sambir, mengiringi Yang Berusaha Tuan Hj. ISSNU bin Dollah. Guru
besar sk sambir ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.

Kita mulakan dengan Sijil Penyertaan PRA SEKOLAH 2017.. (Lampiran)


Mempersilakan………..

Seterusnya penyampaian sijil berhenti sekolah untuk murid tahun 6/2017


(Lampiran)
Mempersilakan….

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Issnu B. Dollah dan En Barawi bin Leman
atas kesudian menyampaikan sijil kepada pelajar-pelajar sebentar tadi.

Hadirin dan Hadirat Sekalian..

Saban tahun pihak sekolah menyediakan pelbagai anugerah khas untuk menjadi
galakan sekaligus teladan kepada semua murid. Ini bukan sahaja dapat membantu
mereka untuk menjadi lebih berdisiplin, malah, ini akan menjadi tunggak untuk
mereka menjadi lebih berjaya pada masa akan datang.
Majlis turut memberi penghargaan kepada para pelajar yang memegang jawatan dan
mengawal disiplin sekolah..
Acara seterusnya adalah penyampaian sijil penghargaan kepada Pengawas Sekolah,
Pengawas Perpustakaan, Ketua Kelas dan Penolong ketua kelas 2017..

Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Dihormati En Mohammad Ali bin Yusup, PK
Kokum Sk Sambir, mengiringi Yang Berusaha En Samsuddin bin Uas. PK Pentadbiran
sk sambir ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.

Penerima Sijil Pengawas Sekolah.(Lampiran)


Mempersilakan ……

Penerima Sijil Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas..(Lampiran)


Mempersilakan ……

Penerima Sijil Pengawas perpustakaan Sekolah.. (Lampiran)


Mempersilakan…

Terima kasih diucapkan kepada En Samsudin bin Uas dan En Ali bin Yusup atas
kesudian beliau menyampaikan sijil kepada pelajar-pelajar sebentar tadi.

Kecemerlangan yang dicipta dalam bidang Ko kurikulum adalah hasil daripada


usaha gigih yang berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti
membuahkan kejayaan dan kecemerlangan.. Semoga penghargaan ini akan menjadi
pencetus semangat untuk terus berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

seterusnya adalah penyampaian sijil penghargaan bagi sumbangan pelajar dalam


bidang ko kurikulum.

Terlebih dahulu, majlis menjemput YDP PIBG Sk Sambir, En Taip bin Gondah , di
iringi oleh En Ikhwan Bin Busenak, Naib Yang Dipertua PIBG ke atas pentas untuk
menyempurnakan acara. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

penyampaian sijil Bagi Penyertaan Ko Kurikulum.. penerimanya ialah.. (Lampiran)

Mempersilakan ..
Seterusnya penyampaian sijil untuk penyertaan dalam pertandingan bola sepak
kategori 12 tahun kebawah peringkat daerah..
Mempersilakan (Lampiran)…

Seterusnya majlis menjemput adik Muhammad Wafiq bin Hip yang telah menyertai
-aktiviti Karnival akademi tunas bawah 12 tahun peringkat negeri,
-aktiviti pembangunan bola sepak yayasan Sarawak dan JPN sarawak zon selatan
peringkat negeri dan
-aktiviti Kuching Age Group swimming championship ( District Level).. di
persilakan..

Tahniah diucapkan kepada semua penerima sijil


Terima kasih diucapkan YDP PIBG Sk Sambir, En Taip bin Gondah dan En Ikhwan Bin
Busenak atas kesudian menyampaikan sijil kepada pelajar-pelajar sebentar tadi.
Persembahan Murid

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


bagi meneruskan acara kita pada pagi ini,
marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan nyanyian dan gerakan
daripada murid-murid pra sekolah kasih sk sambir . Lagu yang di persembahkan
berjodol “A ram sam sam song goodbye song”. Persembahan ini di bawah pimpinan
Puan Siti Zauwiyah binti Hadzlee. Pembantu pengurusan murid pra sekolah sk
sambir. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

************(Persembahan).

Terima kasih kepada murid-murid pra sekolah yang telah membuat persembahan
sebentar tadi.
Penyampaian Hadiah

Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian,


Hari apresiasi yang diraikan saban tahun ini, antara lain mengundang objektif untuk
menjadi paksi kepada para pelajar bagi mengukir kecemerlangan dalam segenap
bidang pendidikan terutamanya dalam akademik dan ko kurikulum.

Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk pelajar terbaik


mengikut kelas dan penyampaian anugerah pelajar terbaik mengikut matapelajaran.

Terlebih dahulu majlis menjemput Yang Dihormati Kopral Rohah binti Kulai,
Pegawai perhubungan sekolah, IPD Samarahan mengiringi Yang Berusaha Puan
Fatimah binti Haji Matjiri, Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Samarahan untuk
menyempurnakan majlis

Penerima hadiah kedudukan terbaik pra sekolah kasih sk sambir..


Tempat ke 3…Tempat ke 2 …Tempat Pertama… (Lampiran)

Penerima hadiah kedudukan terbaik kelas Tahun 1 Sabar..


Tempat ke 3…Tempat ke 2 …Tempat Pertama… (Lampiran)

Penerima hadiah kedudukan terbaik kelas Tahun 2 amanah..


Tempat ke 3…Tempat ke 2 …Tempat Pertama…(Lampiran)

Penerima hadiah kedudukan terbaik kelas Tahun 3 Maju..


Tempat ke 3…Tempat ke 2 …Tempat Pertama… (Lampiran)

Penerima hadiah kedudukan terbaik kelas Tahun 4bijak..


Tempat ke 3…Tempat ke 2 ..Tempat Pertama… (Lampiran)

Penerima hadiah kedudukan terbaik kelas Tahun 5 ikhtiar..


Tempat ke 3….Tempat ke 2 …Tempat Pertama… (Lampiran)

Penerima hadiah kedudukan terbaik kelas Tahun 6 Rajin..


Tempat ke 3…Tempat ke 2 ….Tempat Pertama… (Lampiran)
Terima kasih diucapkan kepada Puan Fatimah binti Hj Matjiri dan kopral rohah binti
kulai atas kesudian menyampaikan sijil dan hadiah kepada pelajar-pelajar sebentar
tadi.

Seterusnya penerima anugerah pencapaian mata pelajaran terbaik mengikut tahun

Terlebih dahulu majlis sekali lagi menjemput Yang Berusaha En Samsudin bin Uas,
Penolong Kanan Pentadbiran Sk Sambir, Mengiringi Tuan Haji Issnu bin Dollah guru
besar Sk Sambir, untuk menyempurnakan acara

Penerima terbaik dalam mata pelajaran Pra Sekolah Kasih


 ADIK IZZ ZETTY DANIA BINTI SALLEHI untuk mata pelajaran Bahasa melayu
dan pendidikan Seni..
 ADIK ALIAH DARWISYAH BINTI INDERA untuk Mata Pelajaran Bahasa
Inggeris dan Pendidikan Islam..
 ADIK NUR ZAHIRAH BINTI AZZRIE untuk Mata Pelajaran Matematik dan
sains..
 ADIK DAMIA NUR AMANINA BINTI ELIUS penerima Kehadiran penuh ke
sekolah..

PENERIMA TERBAIK DALAM MATA PELAJARAN TAHUN 1


 MOHAMAD QAYYIM ADEEB BIN MARZATILASWAT untuk mata pelajaran
Bahasa Melayu pemahaman dan bahasa Inggeris Penulisan
 NURUL NAZIERA BINTI ABDULLAH FAISAL untuk mata pelajaran Bahasa
Melayu Penulisan dan Pendidikan Islam.
 TIARA AYUNI BINTI ABDULLAH untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris
Pemahaman dan Pendidikan Jasmani
 NUR SOLEHAH BATRISYIA BINTI HUSSEIN untuk mata pelajaran matematik,
bahasa arab komunikasi, pend. Kesihatan dan Pend kesenian
 NURUL IZZATI FATINI BINTI ABU SAMAH untuk mata pelajaran sains dan
pendidikan Jawi

PENERIMA TERBAIK DALAM MATA PELAJARAN TAHUN 2


 DAMIA QURRATU ‘AINI BINTI ELIUS untuk mata pelajaran Bahasa melayu
pemahaman, bahasa inggeris pemahaman dan pendidikan kesihatan.
 MAIZATUL DANIA NAJWA BINTI ZAINAL untuk mata pelajaran bahasa
melayu penulisan, bahasa inggeris penulisan, bahasa arab komunikasi,
pendidikan islam, dunia muzik dan dunia seni visual.
 MUHAMMAD SHAH AMIRUL MUKMIN BIN MOHAMMAD ALI untuk mata
pelajaran jawi dan pendidiakan jasmani
 MUHAMMAD DANIEL ARRAZY untuk mata Pelajaran Sains
 FAZRUL ALFY HAZIQ BIN MOHAMAD AZAMAN untuk
matapelajaranMatematik
PENERIMA TERBAIK DALAM MATA PELAJARAN TAHUN 3

 NURRISHA NAZWA BINTI RAHMAN Untuk mata pelajaran Bahasa melayu


pemahaman, bahasa inggeris pemahaman, bahasa inggeris penulisan dan
pendidikan islam.
 ANISYA SHAFIYA BINTI SURIA Untuk mata pelajaran Bahasa Melayu
Penulisan, Dunia Sains dan Teknologi dan pendidikan jasmani..
 NAJIHAH HUDZWAH BINTI ZAINUDIN Untuk mata pelajaran Matematik,
bahasa arab komunikasi dan Jawi
 NURUL AIN NASUHA BINTI JAMAHARI Untuk mata pelajaran Pend kesihatan
 IRSYAD KHALMANI BIN KHAIMI Untuk mata pelajaran Dunia muzik
 NUR INNASHA SYAKIERA RAFAZIE BINTI ABDULLAH Untuk mata pelajaran
Dunia Seni Visual

PENERIMA TERBAIK DALAM MATA PELAJARAN TAHUN 4


 MUHAMMAD FAIZ BIN ABU SAMAH untuk mata pelajaran Bahasa Melayu
Pemahaman dan penulisan, Bahasa Inggeris penulisan, bahasa arab
komunikasi, Pendidikan Islam.
 NUR JAZMIZA BINTI JUNAIDI untuk mata pelajaran bahasa Inggeris
penulisan, pendidikan jawi, dunia muzik dan teknologi maklumat dan
komunikasi.
 NURSYADATUL ASHIKIN AHMAD JUNAEDI BINTI ABDULLAH untuk mata
pelajaran Matematik, dunia sains dan teknologi, pend kesihatan, reka bentuk
dan teknologi dan sejarah.
 MOHAMAD QAYYUM ANIQ BIN MARZATILASWAt untuk mata pelajaran
pendidikan jasmani
 MOHAMAD RAQIMIE BIN MOHAMAD RAZI untuk mata pelajaran dunia seni
visual

PENERIMA TERBAIK DALAM MATA PELAJARAN TAHUN 5


 RABI’ATUL ADAWIYAH BINTI MOHTAR untuk mata pelajaran Bahasa melayu
pemahaman dan penulisan, Bahasa Inggeris pemahaman dan penulisan,
pendidikan islam, pendidikan jasmani, pendidikan seni visual, teknologi
maklumat dan komunikasi, reka bentuk dan teknologi, dan sejarah.
 MUHAMMAD DANIEST ASHYRAF BIN MOHD FADZLEE untuk matapelajaran
sains dan pendidikan kesihatan
 ANNURYL-AINA BINTI RAHMAN untuk mata pelajaran bahasa arab
komunikasi dan pend jawi..
 MUHAMMAD SYAHIRAN HARRAZ AZFAR BIN ABDULLAH untuk mata
pelajaran matematik
 AINUL ZARA BINTI ABDUL AZIZ untuk mata pelajaran pend. Muzik.

PENERIMA TERBAIK DALAM MATA PELAJARAN TAHUN 6


 NUR INSYIRAH MASTURA BINTI ABDUL RAHMAN untuk mata pelajaran
bahasa melayu penulisan, bahasa inggeris pemahaman, pendidikan islam,
pendidikan kesihatan, dunia muzik dan dunia seni visual.
 AINNUR SYAFIQAH BINTI MOHD FADZLEE untuk matapelajaran sains,
bahasa arab komunikasi, pendidikan jawi, teknologi maklumat dan
komunikasi serta rekabentuk dan teknologi.
 ARIFAH AWATIF BINTI ARIFIN untuk mata pelajaran matematik dan sejarah.
 HAIQAL FATURRAHMAN BIN KAMAL LUDIN untuk mata pelajaran bahasa
melayu.
 NUR EKIN BATRISYIA BINTI DESA untuk mata pelajaran bahasa inggeris
penulisan.
 AHMAD TAUFIQ BIN YUSOP untuk mata pelajaran pend. jasmani

Tahniah di ucapkan kepada pelajar yang berjaya pada tahun ini..

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Issnu bin
Dollah dan En Samsudin bin Uas, di atas kesudian menyempurnakan acara itu tadi.

Acara seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk kategori
peningkatan di dalam kelas dan kedudukan terbaik dalam kelas kafa..
Pemilihan untuk kategori ini adalah berdasarkan peningkatan keputusan
peperiksaan pelajar dari awal tahun hingga ke peperiksaan akhir tahun.

Terlebih dahulu, sekali lagi majlis menjemput Yang Di hormati en taip bin gondah
mengiringi Yang Di Hormati En Masyarif bin Kadir, ketua kampung, Kampung
sambir, ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.

Peningkatan terbaik dalam kelas


(Lampiran)
Kedudukan terbaik dalam kelas kafa
(Lampiran)

Terima kasih diucapkan kepada En Masyarif bin Kadir dan En Taip bin gondah atas
kesudian beliau menyampaikan sijil kepada pelajar-pelajar sebentar tadi.
PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS..

Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian,


Acara seterusnya adalah penyampaian anugerah khas
Pemilihan anugerah ini adalah berdasarkan pencapaian akademik yg cemerlang,
sahsiah yang terpuji,hubungan baik antara rakan dan guru, mempunyai ciri2
kepimpinan yg baik dan mempunyai rekod kehadiran yang baik.

Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha Tuan Hj. ISSNU bin Dollah, Guru
besar sk sambir , mengiringi Yang Berbahagia En Habari bin Osman.. Pegawai
Daerah Asajaya ke atas pentas untuk menyempurnakan acara. Dipersilakan.

Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk OLAHRAGAWAN SK


SAMBIR 2017. Pelajar ini mewakili sekolah sehingga peringkat bahagian dalam
sukan bola sepak selama 3 tahun berturut-turut, Mewakili sekolah dalam acara
olahraga dan menyertai choral speaking. Penerima Olahragawan 2017 sk sambir
ialah Ishral Raqib bin Taib..
Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk OLAHRAGAWATI SK
SAMBIR 2017. Pelajar ini mewakili sekolah sehingga peringkat bahagian dalam
acara merentas desa, Mewakili sekolah dalam acara olahraga peringkat daerah dan
menyertai choral speaking. Penerima Olahragawati 2017 sk sambir ialah Didie Nur
Syahmina bt Syafudin..

Seterusnya, penyampaian hadiah dan sijil penghargaan untuk PELAJAR CEMERLANG


DALAM BIDANG KO KURIKULUM. Murid ini ialah anak sulung daripada 5 org adik
beradik yang semuanya lelaki.. anak kepada sepasang suami isteri yang tinggal di
Kpg Sebandi Matang. Ayahnya seorang Pegawai bomba dan ibunya seorang kerani.
Meryertai pelbagai aktiviti kokurikulum sehingga peringkat negeri, mewakili
sekolah dalam aktiviti choral speaking, Pernah menyertai kuching age group
swimming championship peringkat daerah, menyertai karnival akademi tunas
bawah 12 tahun peringkat negeri, terpilih menyertai pambangunan bola sepak
anjuran yayasan dan JPN Sarawak zon selatan, dan terpilih menyertai kejohanan
bola sepak 7 sebelah peringkat bahagian 2016..Penerima pelajar cemerlang dalam
bidang ko kurikulum tidak lain dan tidak bukan.. adik Wafiq bin hip. Majlis
mempersilakan,

Seterusnya PENERIMA ANUGERAH PELAJAR HARAPAN 2017, Murid ini ialah anak
kedua daripada 4 org adik beradik.. anak kepada sepasang suami isteri yang tinggal
di Kpg Sambir. Ayahnya seorang buruh dan ibunya seorang surirumah. Seorang anak
yang baik, taat kepada kedua ibubapanya. Murid ini adalah menjadi harapan
keluarga dan sememangnya beliau sudah pandai berdikari sejak usia muda lagi.
Murid ini sentiasa mendapat tempat pertama dalam kelas bermula dari tahun 1
hinggalah kini. Pelajar ini telah mendapat 10 matapelajaran terbaik pada
peperiksaan akhir 2017. Penerima pelajar harapan 2017 Sk sambir tidak lain dan
tidak bukan.. adik Rabiatul adawiyah binti mohtar. Majlis mempersilakan..
-------
Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia En Habari bin bakar dan Tuan Haji
Issnu bin Dollah atas kesudian beliau menyampaikan sijil kepada pelajar-pelajar
sebentar tadi.

PERSEMBAHAN MURID

Untuk meneruskan majlis, kita akan menyaksikan persembahan choral speaking


yang bertajuk “Our days in school”. Kumpulan choral speaking ini di bawah
pimpinan Cikgu Cynthia tella. Untuk pengetahuan semua, kumpulan ini telah
mewakili sekolah ke pertandingan peringkat daerah di SK Ibnu Khaldun dan telah
mendapat Naib Johan keseluruhan.. Majlis mempersilakan.

**************(Persembahan )

Terima kasih kepada kumpulan choral speaking yang telah membuat persembahan
sebentar tadi.
PENYAMPAIAN CENDERAMATA UNTUK TETAMU KEHORMAT

Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda kenangan
sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih kepada Yang berbahagia En
Habari bin Bakar, Pegawai Daerah Asajaya kerana telah sudi hadir dan menyerikan
Majlis Apresiasi Pelajar SK Sambir pada kali ini.

Terlebih dahulu, majlis menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Issnu bin Dollah, Guru
Besar SK sambir bagi menyempurnakan agenda.

-----------
Dengan ini sekali lagi majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang
Berbahagia En Habari bin Bakar.

Dengan berakhirnya acara tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis untuk
mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada
terlanjur kata, terlampau cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Majlis berakhir penuh syafaat Kalau ada jarum yang patah


Menjadi ingatan sepanjang zaman Banyak kain tidak berjahit
Amalan sepakat membawa berkat Kalau ada silap dan salah
Hidup beramal bertunjang iman. Jangan jadikan kenangan pahit

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada
kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

Wabillahi taufik walhidayah assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai