Anda di halaman 1dari 3

MAJLIS KOLOKIUM IBU BAPA TAHUN 6 2019

TARIKH : 23/06.2019

MASA : 7.30 PAGI -1.15 PETANG

TEMPAT : Dewan Seri Cemerlang, SKTD

1. Bissmillahhirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera...

Segala puji kehadrat Ilahi, Tuhan sekalian alam

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW

Serta para sahabat dan keluarga baginda.

a) Yang Dihormati, En. Nazaruddin Bin Bokhari ,Wakil YDP PIBG SK Taman Daya ,
b) Yang Berusaha Tuan Guru Besar , En. Ahmad Jais Bin Omar , Guru Besar SKTD,

c).Yang Dihormati, En. Shukor Bin Roslan, Penolong Kanan Pentadbiran .

d) Yang Dihormati Pn. Noor Shahimah Bt Satuhat Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

e) Yang Dihormati Pn. Natra Linda Bt Pungut , Penolong Kanan Ko- kurikulum

Yang Dihormati,

f) Guru-guru tahun 6, Para Ibu Bapa,

g) Serta Murid – murid Sekalian.


2. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi

Kerana dengan limpah kurnia-Nya

Diberi-Nya kita peluang

Untuk berkumpul bagi mengikuti Majlis Kolokium Ibu Bapa Tahun 6 Siri ke 2 , bagi Tahun
2019.

3. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, Marilah kita bersama-sama mengaminkan
bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Ikmal Hijjaz Bin Mubarak.

Dengan penuh takzimnya majlis mempersilakan.

-BACAAN DOA-

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Ikmal atas pimpinan doa sebentar
tadi.

4. Sidang hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya , Majlis menjemput En Ahmad Jais Bin Omar , Guru Besar SK Taman Daya bagi
menyampaikan ucapan .

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

- UCAPAN GURU BESAR -

Terima kasih diucapkan kepada En. Ahmad Jais Bin Omar atas ucapan itu tadi.

Seterusnya Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang Dihormati En. Mohd
Nazaruddin Bin Bokhari selaku Wakil YDP PIBG SK Taman Daya bagi menyampaikan
ucapan seterusnya Melancarkan Program Lonjakan Kecemerlangan UPSR ..

-UCAPAN En Nazaruddin Bin Bokhari Wakil YDP PIBG SKTD -

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Nazaruddin Bin Bokhari selaku wakil YDP PIBG
SKTD atas ucapan dan perasmian itu tadi.
5) Sidang Dewan Sekalian ,
Majlis diteruskan dengan penyampaian Cenderahati kepada En Nazaruddin Bin Bokhari
wakil Ydp PIBG SKTD . Dengan Ini , Majlis menjemput dan mempersilakan En. Ahmad Jais
Bin Omar Selaku Guru Besar SK Taman Daya untuk menyampaikan cenderahati kepada En,
Nazaruddin .

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan .

-PENYAMPAIAN CENDERA HATI KPD EN Nazaruddin

Terima kasih Diucapkan kepada En. Ahmad Jais Bin Omar atas Penyampaian itu tadi .

6) Seterusnya, Majlis diteruskan dengan Audit Total Bersama Ibu bapa, yang akan
disampaikan oleh En. Shukor bin Roslan selaku guru Penolong Kanan Pentadbiran SK
Taman Daya . Majlis mempersilakan .

- UCAPAN EN. SHUKOR BIN ROSLAN –

Terima Kasih diucapkan kepada En. Shukor Bin Roslan atas Audit Total sebentar tadi.

7) Sidang Hadirin Yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian hadiah . Dengan ini, majlis menjemput dan
mempersilakan En. Ahmad Jais Bin Omar , Guru Besar SK Taman Daya, untuk
menyampaikan hadiah . Dipersilakan.

- Penyampaian Hadiah - (rujuk senarai )

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepda En Ahmad Jais Bin Omar atas penyampaian
hadiah itu tadi .

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka berakhirlah majlis kita di dewan yang
mulia ini. Selepas sahaja menjamu kudapan , diminta kepada semua ibu bapa untuk bersama
guru kelas bagi menerima slip keputusan UPPM 2 dan PBD

Saya selaku pengacara majlis ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai ada
silap dan salah sepanjang majlis ini berlangsung , Saya sudahi dengan lafaz yang mulia :

SEKIAN..

Wabilahitaufik walhidayah wassalam mualaikum warahmatullah..

Anda mungkin juga menyukai