Anda di halaman 1dari 6

MAJLIS MEKAR TS25 SK PADAS DAMIT

AKTIVITI TEKS CATATAN


7.00 PAGI
KETIBAAN
MURI-MURID
DAN GURU-
GURU SK
PADAS
DAMIT
8.00 PAGI
KETIBAAN
PERASMI
DAN
JEMPUTAN
KETIBAAN
TETAMU
9.00 PAGI Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
NYANYIAN
LAGU Para tetamu, guru dan murid diminta untuk dipersilakan  mengambil
NEGARAKU tempat duduk  masing-masing kerana majlis akan dimulakan sebentar
lagi.

Bagi memulakan Majlis kita pada hari ini, Hadirin dan hadirat diminta
berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku.

***************************************************--
Semua dijemput duduk.

PEMBUKAAN - Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam Sejahtera,


/ALU-ALUAN Salam JPN Sabah, SEPAKAT SABAH HEBAT, Salam PPD Beaufort, THE
GREAT BERSAMA MELAKAR KEGEMILANGAN, Salam SKPD Ilmu
Jaminan Hidup, Manini mopodos, Kerja berperancangan kejayaan
berpanjangan.

- Yang Berbahagia Tuan Budreh bin Hj Ahmad, Ketua Pegawai


Pendidikan Daerah Beaufort.
- Yang di hormati Yang Dipertua PIBG Sk Padas Damit, Encik Jaris bin
sabli.
-Yang Berusaha Puan Faridah binti Marusin, Guru Besar Sk Padas
Damit.
- Yang di hormati Rombongan daripada Pejabat Pendidikan Daerah
Beaufort.
- Penolong-penolong kanan Sk Padas Damit.
- Pemimpin-pemimpin kemajuan kampung.
- Rakan-rakan Guru
- Ustaz ustazah
- AJK-AJK PIBG
- AKP-AKP
- Ibu bapa
- serta yang dikasihi murid-murid Sk Padas Damit.
Selamat datang diucapkan ke MAJLIS MEKAR TS25 SK PADAS DAMIT,
Program MEKAR ini adalah cetusan idea dan diinspirasikan oleh Guru
Besar SK Padas Damit Puan Faridah binti Marusin itu sendiri.

BACAAN DOA Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama


kita mengaminkan bacaan doa yang dipimpin oleh USTAZ
SHAFIE BIN MISLIN. Dipersilakan.

Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin. Majlis merakamkan ucapan


terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN ALU- Hadirin yang dirahmati,


ALUAN GURU
BESAR Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Faridah binti
Marusin, Guru Besar SK Padas Damit untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan. Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas rangkaian ucapan alu-aluan


yang penuh bermakna sebentar tadi.
UCAPAN Hadirin, para jemputan yang dikasihi,
PERASMIAN
Daun semulur di pekan sari,
Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Kini, majlis menjemput dengan penuh takzimnya,


Yang Berbahagia Tuan Budreh bin Hj Ahmad, Ketua Pegawai
Pendidikan Daerah Beaufort untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Majlis MEKAR TS25 Sk Pads Damit. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi


penghargaan atas janaan ucapan perasmian sebentar tadi.

9.30 PAGI Hadirin yang dihormati,


PERSEM-
BAHAN Majlis diteruskan lagi dengan persembahan dari murid-murid Sk
PEMBUKAAN Padas Damit dengan Tarian Bisaya. Dipersilakan.
*********************************************************
Persembahan Tarian Bisaya itu tadi adalah bimbingan ibu-ibu murid
Sk Padas Damit dan komuniti Kg Padas Damit.

Kita sama-sama saksikan persembahan seterusnya dari Kelab Seni


Tari dan Kebudayaan SK Padas Damit, Dipersilakan.

Persembahan sebentar tadi di bawah pimpinan Puan Latifah binti Hj


Abdullah dan Puan Norsabrinah binti Sabli, Majlis merakamkan
terima kasih.

9.40 PAGI Hadirin yang dimuliakan,


PENYAM-
PAIAN Sesungguhnya, kejayaan dan kecemerlangan seseorang individu tidak
ANUGERAH diukur dengan hanya pencapaian luaran semata-mata tetapi adalah
MEKAR TS25 sejauhmana kejayaan itu mampu memberikan sumbangan kembali
kepada orang di sekelilingnya.

Anugerah Mekar TS25 terdiri daripada 5 Anugerah :


1. Anugerah Murid PAK21
2. Anugerah Kemenjadian Murid ( Kokurikulum )
3. Anugerah Guru PAK21
4. Anugerah Bilik Darjah PAK21
5. Anugerah Taman Mini TS25
ANUGERAH Hadirin yang dimuliakan,
MURID
PAK21 Sebagai pembuka acara penyampaian anugerah pada hari ini, majlis
menjemput Puan Hjh Roslina binti Hj Suhailin Pegawai SICS + untuk
menyampaikan ANUGERAH MURID PAK 21 kepada murid pra sekolah
dan murid pemulihan. Dipersilakan.

( NAMA-NAMA PENERIMA ANUGERAH )


( KATEGORI PRA SEKOLAH, ANUGERAH TUNAS HARAPAN )

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kerana sudi menyampaikan


anugerah sebentar tadi.

Majlis menjemput Puan Norimah binti Edeh Pegawai SICS + untuk


menyampaikan a ANUGERAH MURID PAK 21 kepada murid Tahap 1.
Dipersilakan.

( NAMA-NAMA PENERIMA ANUGERAH )


( KATEGORI TAHAP 1, TAHUN 1 2 DAN 3 )
( RUJUK LAMPIRAN )

Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian Puan menyampaikan


anugerah.
Majlis seterusnya menjemput Encik Ridwan bin Yahya Penolong
Pegawai PPD untuk menyampaikan ANUGERAH MURID PAK 21
kepada murid-murid Tahap 2. Dipersilakan.

( NAMA-NAMA PENERIMA ANUGERAH )


( KATEGORI TAHAP 2, TAHUN 4 5 DAN 6 )
( RUJUK LAMPIRAN )

ANUGERAH Anugerah yang seterusnya ialah ANUGERAH KEMENJADIAN MURID


KEMEN- ( KOKURIKULUM ). Majlis menjemput Tuan Hj Lil Kiple bin Hj Kadir
JADIAN Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah untuk menyampaikan hadiah
MURID kepada para penerima.
( KO-
KURIKULUM ) ( RUJUK LAMPIRAN )

Majlis merakamkan terima kasih atas kesudian Tuan menyampaikan


anugerah. Murid – murid ini telah mengharumkan nama SK PADAS
DAMIT dengan menyumbangkan pingat semasa kejohanan padang
dan balapan MSSZG 2022. SK Padas damit telah menjadi Johan
keseluruhan pada kejohanan tersebut. Disebalik kejayaan murid-
murid ini berdiri di belakang mereka adalah jurulatih-jurulatih yg
hebat di ketuai oleh PK Kanan Kokurikulum Encik Amad Jakrin bin Hj
Arshad, Ustaz Shafie bin Mislin, Encik Asmali bin Hj Abdullah, Encik
Mohd Noor Ariffin bin Hj Ali Rahman dan Puan Siti Salmi binti Tuah.
Terima Kasih diucapkan.
ANUGERAH Sidang hadirin yang dikasihi,
GURU PAK21
Seterusnya adalah penyampaian ANUGERAH GURU PAK 21, majlis
mempersilakan Guru Besar SK Padas Damit, Puan Faridah binti
Marusin untuk menyampaikan anugerah kepada para penerima.

( RUJUK LAMPIRAN )

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian


menyampaikan anugerah.
ANUGERAH Hadirin dan Hadirat yang dirahmati,
BILIK DARJAH
PAK21 Bagi anugerah seterusnya, majlis mempersilakan Puan Fazidah binti
& Ismail Pegawai SICS + untuk menyampaikan ANUGERAH BILIK DARJAH
BILIK KHAS PAK 21. Dipersilakan.

( RUJUK LAMPIRAN )

Majlis mengucapkan terima kasih. Untuk makluman semua, Penilaian


untuk kategori ini telah bermula daripada bulan Mei lagi sehingga lah
kelmarin.
ANUGERAH Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
TAMAN MINI Yang Berbahagia Tuan Budreh bin Hj Ahmad, Ketua Pegawai
TS25 Pendidikan Daerah Beaufort bagi menyampaikan ANUGERAH TAMAN
MINI TS25 kepada para pemenang. Dipersilakan.

( NAMA-NAMA PENERIMA ANUGERAH )


( RUJUK LAMPIRAN )

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Yang


Berbahagia Tuan Budreh bin Hj Ahmad menyampaikan anugerah
sebentar tadi.
PERSEM- Hadirin yang dihormati,
BAHAN
NYANYIAN Majlis diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian oleh Adik Nur
Irdina Safwah binti Mohd Fazli dengan tajuk lagunya ONE CALL
AWAY. Dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih.


ANUGERAH Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian ANUGERAH
PENGHAR- PENGHARGAAN. Majlis menjemput Guru Besar Puan Faridah binti
GAAN Marusin untuk menyempurnakan penyampaian anugerah.

( NAMA NAMA PENERIMA ANUGERAH )


( RUJUK LAMPIRAN )

Majlis merakamkan terima kasih.


PENYAM- Hadirin, para jemputan yang dikasihi,
PAIAN
HADIAH Kejayaan bukanlah milik mutlak seseorang tetapi adalah himpunan
KHIDMAT kerjasama, semangat bergotong-royong dan sumbangan tenaga,
BANTU masa dan wang ringgit. Insan-insan inilah yang berdiri teguh, berjalan
seiringan untuk membantu dalam mencapai kecemerlangan dan
kejayaan tanpa mengira penat dan lelah.

Bagi menyempurnakan majlis, dijemput


……………………………………………………… untuk menyampaikan Anugerah
Khidmat Bantu. Dipersilakan.

( NAMA-NAMA PENERIMA ANUGERAH )


( RUJUK LAMPIRAN )

Majlis mengucapkan terima kasih kepada ………………………………………


dan tahniah kepada penerima-penerima Anugerah sebentar tadi.
PENYAM- Hadirin sekalian,
PAIAN Sebagai tanda penghargaan ,sekalung budi seuntai kasih , majlis
CENDERA mempersilakan Yang Berusaha Puan Faridah binti Marusin untuk
KENANGAN menyampaikan cendera kenangan kepada yang Yang Berbahagia
Encik Budreh bin Hj Ahmad.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Ketua Pegawai


Pendidikan Daerah Beaufort atas kesudian beliau merasmikan Majlis
MEKAR TS25 SK PADAS DAMIT pada hari ini.
JAMUAN Hadirin yang dihormati sekalian,
MAKAN Majlis kita hampir sampai ke penghujungnya. Namun, sebelum tirai
majlis pada hari ini dilabuhkan, majlis menjemput al-fadhil Ustaz
Shafie bin Mislin untu membacakan doa makan. Dipersilakan.

***bacaan doa

Terima kasih diucapkan.

Para tetamu dan hadirin sekalian dijemput untuk menjamu selera.

PENUTUP Delima selasih indah tersingkap


DAN Hantaran bengkalis seri cahaya
BERSURAI Terima kasih tidak terungkap
Lantaran majlis lancar jaya.

Merdu bertingkah alunan suara


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara
Serendah hati kemaafan dipinta..

Mewakili pihak jawatankuasa , majlis ingin merakamkan jutaan


terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan.

Segala kelemahan yang berlaku semasa majlis ini berlangsung ,kami


memohon ampun dan maaf .

Sekian, Wabilahitaufikwahidayah..assalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai