Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA

MAJLIS AKUR JANJI PANITIA SPM 2022


25 OKTOBER 2022(JUMAAT)
MASA PERKARA

Mengumumkan ketibaan Yang Dihormati, En. Sudin Bin Abdul


7.30 pg
Hadi diiringi oleh Yang Berusaha Pn Mardziyyah binti Haji
KETIBAAN
VIP
Hassim dan barisan pentadbir.
Hadirin dipersilakan berdiri.
Nyanyian Lagu Negaraku
&
Nyanyian Lagu Negeri Perak

Terima kasih diucapkan atas nyanyian itu tadi . Hadirin dipersilakan


duduk.
SALUTASI Assalamualaikum dan salam sejahtera,
(Semak
Pembuka kata lidah bicara,
siapa yang
tidak hadir)
Izinkan saya mulakan acara,
Semoga majlis disambut ceria.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM wbt. dan selamat sejahtera.

YANG BERUSAHA,
PUAN PENGETUA SMK AMINUDDIN BAKI ,
PN MARDZIYYAH BT HJ. HASSIM

YANG DIHORMATI
EN. SUDIN BIN ABDUL HADI,Yang Dipertua PIBG SMK AMINUDDIN BAKI ,

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN, EN KAMARUDDIN B. MOHAMMED


SAAD ,

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, EN ABDUL NASIR BIN ABDUL


RAHMAN ,

PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS, PN HJH ROZAIMAH BINTI


MOHAMED

BARISAN GURU KANAN BIDANG, KETUA-KETUA PANITIA, GURU-GURU,


CALON-CALON SPM 2022 DAN MURID-MURID YANG DIKASIHI
SEKALIAN.

Kata Alu-
Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran, kerana dengan izin serta
aluan
Pengacara
limpah rahmat-Nya dapat kita berhimpun dalam MAJLIS AKU
Majlis JANJI PANITIA SPM 2022 SMK Aminuddin Baki Chemor.Buat
pengetahuan hadirin, gred purata sekolah yang disasarkan
untuk keputusan SPM 2022 ialah 5.75 dan peratus lulus adalah
sebanyak 79.5%.

Bacaan Doa
Hadirin sekalian,
Bagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan
bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat
daripada-Nya. Untuk itu, majlis mempersilakan Al-Fadil USTAZ
ABDUL HANIF BIN ABDUL
AZIZ/SAUDARA-----------------------------------DARI KELAS
------------------------- untuk membacakan doa.
Dengan hormatnya dipersilakan.
Bacaan Doa
Amin, Amin Ya-Rabbal  ‘Alamin……
Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada USTAZ
HANIF/------------------------- atas bacaan doa itu tadi. Mudah-
mudahan majlis kita pada pagi ini mendapat rahmat hingga ke
penghujungnya.
Hadirin yang dirahmati sekalian,
Ucapan
Pengetua
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara.

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan ini menjemput dan


mempersilakan Yang berusaha, Pn. Mardziyyah binti Haji
Hassim, pengetua SMK Aminuddin Baki, Chemor untuk
menyampaikan ucapannya. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
*Ucapan PENGETUA*
Terima kasih diucapkan. Semoga ucapan beliau sebentar tadi,
dapat memberikan manfaat yang berguna untuk kita semua.
Ucapan Hadirin yang dirahmati sekalian,
Perasmi
Terbang di awan burung jentayu
Di atas papan batang jerami
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama ucapan kata perasmi.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada YANG


DIHORMATI, EN. SUDIN BIN ABDUL HADI selaku YDP PIBG SMK
AMINUDDIN BAKI CHEMOR. Majlis dengan lafaz takzimnya,

menjemput dan mempersilakan.


---------Ucapan perasmian--------
Terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG atas ucapan beliau
sebentar tadi.
***** Mohon EN SUDIN untuk kekal di atas pentas.
Dipersilakan Puan Pengetua, Puan Mardziyyah binti Haji
Hassim untuk naik ke atas pentas bagi menyaksikan Gimik
Perasmian bersama-sama dengan YDP PIBG. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.
Bagi menyempurnakan Gimik Perasmian pada pagi ini
KP
Menanda- dipersilakan KETUA-KETUA PANITIA subjek SPM tampil ke
Tangani pentas untuk menurunkan tanda tangan pada gegantung AKU
Banner
JANJI GPMP SPM 2022 bagi subjek masing-masing.
Dengan itu, dipersilakan Ketua Panitia ……………… iaitu
PUAN/CIK/ENCIK…………………………….ke pentas untuk
menurunkan tanda tangan.
(Rujuk lampiran 1)

Permata
Harapan Majlis diteruskan lagi dgn menjemput 14 orang Permata Harapan
SPM SPM 2022 untuk menerima cenderamata daripada pihak sekolah.
2022 Dengan itu, dipersilakan SAUDARI/SAUDARA ………..………..
……………… ke pentas untuk menerima cenderamata.
Dipersilakan.(Rujuk Lampiran 2)

Pihak majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada YDP PIBG, Puan Pengetua dan Ketua-ketua
Panitia atas kesudian menyempurnakan majlis.Diharapkan agar
usaha murni ini akan dapat menghasilkan keputusan SPM yang
cemerlang dan terbilang untuk tahun 2022. Amin ya rabbil a’lamin..

Seterusnya, majlis menjemput Pn. Pengetua untuk


menyampaikan cenderamata buat EN SUDIN B ABDUL HADI.
Terima kasih diucapkan kepada Pn pengetua dan YDP PIBG
atas kesudian menyempurnakan majlis.

Pantun Hadirin Sekalian,


mohon maaf Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Majlis kita sudah tiba ke penghujungnya. Sebelum tirai dilabuhkan


Nyanyian
marilah kita, bersama-sama menyanyikan lagu Sekolah dan
lagu
sekolahku
Sekolahku Sejahtera dengan penuh semangat.
sejahtera Diminta hadirin bersedia.
-Nyanyian Lagu Sekolah-
&
-Nyanyian lagu Sekolahku Sejahtera-

Terima kasih atas nyanyian sebentar tadi.

Jamuan Tamatlah sudah majlis kita pada hari ini. Dijemput dan dipersilakan
VIP En Sudin bersama barisan pentadbir untuk menjamu selera di
kantin. Sekian, Wabillahitaufikwalhidayah wassalamualaikum wbt.

Bersurai
Murid - murid boleh bersurai dimulai dengan baris kanan dan kiri
sekali.

Anda mungkin juga menyukai