Anda di halaman 1dari 6

AGENDA TEKS MC

Assalamualaikum w.b.t.
 Hadirin diminta memenuhkan ruang-ruang kosong terutamanya di bahagian hadapan.
 Bagi menghormati majlis, hadirin diingatkan untuk sentiasa berada dalam keadaan
tenang dan mengamalkan penjarakkan fizikal sepanjang majlis ini berlangsung.
 Mohon kerjasama daripada para hadirin untuk memastikan telefon bimbit anda
dimatikan atau berada dalam keadaan mod senyap.
 Para tetamu/hadirin diminta untuk mengambil tempat masing-masing kerana majlis
akan dimulakan sebentar lagi. Terima kasih.
Majlis mengumumkan ketibaan
Yang Berbahagia,
TUAN HAJI ISHAMUDIN BIN HASHIM, (PENGARAH YAYASAN TERENGGANU)
Yang Dihormati TUAN HAJI MEGAT SAMSUDIN BIN MEGAT YUSOF, (KETUA
Ketibaan VIP PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN IMTIAZ)
Yang Berusaha TUAN HAJI WAN MOHD AZMAN BIN WAN ABDULLAH,
(PENOLONG PENGARAH QURANIK)
PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN
TERENGGANU, PENOLONG-PENOLONG KANAN
diiringi dif-dif kehormat masuk ke perkarangan majlis.
Para hadirin diminta untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku, lagu
Terengganu Maju Berkat Sejahtera dan lagu IMTIAZ.

Nyanyian lagu
*nyanyi

Hadirin dipersilakan duduk.


Kata Aluan Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum w.r.t. dan Salam Sejahtera
Selamat datang Yang Berbahagia,
TUAN HAJI ISHAMUDIN BIN HASHIM, (PENGARAH YAYASAN TERENGGANU)
Yang Dihormati TUAN HAJI MEGAT SAMSUDIN BIN MEGAT YUSOF, (KETUA
PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN IMTIAZ)
Yang Berusaha TUAN HAJI WAN MOHD AZMAN BIN WAN ABDULLAH,
(PENOLONG PENGARAH QURANIK)
PENGETUA-PENGETUA SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN
TERENGGANU, PENOLONG-PENOLONG KANAN
dan tetamu-tetamu jemputan.

Mari makan sirih puan,


Sirih dipetik di Tasik Chini,
Selamat datang tuan dan puan,
Menjadi penyeri majlis ini.

Pertamanya, bagi memberkati majlis pada hari ini, marilah sama-sama kita membukanya
dengan bacaan Ummul Kitab, al-Fatihah.
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana kita sama-sama dapat berkumpul untuk menjayakan
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL IDUL ILMI SEKOLAH-SEKOLAH
MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU bagi TAHUN 2020 di dewan yang
serba indah ini.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, KARNIVAL IDUL ILMI SEKOLAH-SEKOLAH


MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU adalah program tahunan yang
melibatkan semua pelajar sekolah-sekolah menengah Imtiaz Yayasan Terengganu.
Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat dan menggilap potensi yang ada dalam diri
pelajar .

Namun begitu, berikutan dengan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia ketika
ini, Karnival Idul Ilmi pada tahun ini dijalankan secara norma baru. Semua acara telah
dipertandingkan secara atas talian melalui medium stream yard dan penghantaran video
melalui telegram. Pertandingan atas talian ini sangat mencabar dan memerlukan
pengurusan yang sangat sistematik. Sekalung tahniah buat semua Ahli Jawatankuasa
terutamanya Pihak Yayasan Terengganu dan tuan rumah Sekolah Menengah Imtiaz
Yayayasan Terengganu Kuala Berang yang telah berjaya merealisasikan hasrat ini.
AlhamduliLllah dengan izinnya Karnival Idul Ilmi tahun 2020 berjaya dilaksanakan
dengan lancar.

Untuk pengetahuan hadirin, acara-acara yang telah dipertandingkan pada tahun ini adalah
acara Hafazan Al-Quran, acara Tilawah Al-Quran, acara Pidato Arab dan acara Nasyid.
Penyertaan pelajar bagi tahun ini adalah seramai ...... orang yang terdiri daripada 8 sekolah
imtiaz yayasan terengganu di Negeri Terengganu.
Seterusnya, bagi menyerikan lagi majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama
menghayati bacaan ayat-ayat suci Al-Quran al-Karim yang akan diperdengarkan oleh anak
soleh pintar SAUDARA MUHAMMAD ADDARQUTHNI AZIM BIN AZMI
dari SM IMTIAZ YT KUALA BERANG. Dengan segala hormatnya majlis
mempersilakan.
Bacaan al-Quran

***bacaan Al-Quran***

Sadaqallahulazim. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan ayat-ayat suci Al-
Quran al-Karim sebentar tadi.
Ucapan Sidang hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Perasmian
Tidak molek jika ada alu tiada lesungnya,
Tidak berguna jika ada dayung tiada sampannya,
Dan tiada lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara.
Kalau tuan pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami,
Kepada tuan sembah diberi, Mohon rasmikan majlis kami.

Pelengkap majlis pada hari ini, majlis dengan penuh hormat dan takzimnya menjemput
dan mempersilakan
Yang Berbahagia,
TUAN HAJI ISHAMUDIN BIN HASHIM, (PENGARAH YAYASAN TERENGGANU)
untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan MAJLIS PERASMIAN PENUTUP
KARNIVAL IDUL ILMI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN
TERENGGANU bagi TAHUN 2020. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.

***ucapan***

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan perasmian
Yang Berbahagia,
TUAN HAJI ISHAMUDIN BIN HASHIM, (PENGARAH YAYASAN TERENGGANU)
Seterusnya tiba kita ke acara kemuncak, yang ditunggu-tunggu oleh semua iaitu
PENGUMUMAN KEPUTUSAN PENUH bagi setiap acara dalam KARNIVAL IDUL
ILMI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU bagi
TAHUN 2020. Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan
ENCIK ZULKIFLI BIN MUDA PENOLONG KANAN ULUL ALBAB SM IMTIAZ YT
KUALA BERANG selaku tuan rumah untuk mengumumkan keputusan. Majlis dengan ini
Pengumuman mempersilakan…
Keputusan Penuh
*pengumuman*

Terima kasih diucapkan kepada ENCIK ZULKIFLI BIN MUDA PENOLONG KANAN
ULUL ALBAB SM IMTIAZ YT KUALA BERANG

Maka hilang sudah debaran di hati semua. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
Bagi yang belum berjaya, jangan putus asa.
Sekarang, majlis diserikan dengan persembahan TAYANGAN VIDEO NASYID oleh
JOHAN e-NASYID KARNIVAL IDUL ILMI 2020 iaitu PASUKAN dari SEKOLAH
Persembahan
MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU ___________________________
Nasyid
Tanpa membuang masa, majlis mempersilakan unit Teknikal untuk mempersembahkan
(Tayangan
tayangan video nasyid tersebut.
Video)

Terima kasih diucapkan di atas tayangan video nasyid tersebut.


Seterusnya, bagi menyempurnakan acara penyampaian hadiah kepada semua pemenang,
majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia,
TUAN HAJI ISHAMUDIN BIN HASHIM, (PENGARAH YAYASAN TERENGGANU)
diiringi TUAN HAJI MEGAT SAMSUDIN BIN MEGAT YUSOF, (KETUA
PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN IMTIAZ) dan TUAN HAJI
WAN MOHD AZMAN BIN WAN ABDULLAH, (PENOLONG PENGARAH
QURANIK)

Penyampaian
Hadiah *lampiran pemenang*

Sebelum berakhir, saya menjemput


_____________________________________________________________________
Untuk menyampaikan cenderamata tanda penghargaan kepada Yang Berbahagia TUAN
HAJI ISHAMUDIN BIN HASHIM, (PENGARAH YAYASAN TERENGGANU). Majlis
merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia,
TUAN HAJI ISHAMUDIN BIN HASHIM, (PENGARAH YAYASAN TERENGGANU)
atas kesudian menyampaikan hadiah.
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,

Menadah tangan tanda kesyukuran,


Lafaz bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Bacaan doa
Untuk memberkati majlis pada petang ini, dengan sukacitanya majlis menjemput
__________________________________________________
bagi memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan…

*bacaan doa*
Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
__________________________________________________
Hadirin dan hadirat yang dikasihi, dengan bacaan doa itu tadi,
Maka berakhirlah MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL IDUL ILMI
SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU bagi
TAHUN 2020.
Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua tetamu jemputan serta
hadirin dan hadirat yang hadir melapangkan masa dan menjayakan majlis yang penuh
bermakna pada hari ini.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Penutup
Saya selaku pengacara majlis pada hari ini memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat
kekhilafan dan kekurangan.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan majlis pada hari ini. Moga kita berjumpa lagi dalam majlis yang akan datang.

Apa yang baik datang daripada Allah SWT, dan apa yang buruk itu datang dari kelemahan
kami sendiri. Namun kesemuanya datang daripada Yang Maha Kuasa sebagai peringatan
buat diri kita yang sentiasa alpa.

Sekian, wabillahittaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.Marilah sama-sama kita menutup majlis dengan bacaan Surah al-Asr dan
tasbih kafarah.

Anda mungkin juga menyukai