Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARAAN HARI ANUGERAH CEMERLANG SK TAMAN SCIENTEX TAHUN 2022

PERKARA/PEMBACA BUTIRAN

PENGUMUMAN Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Hadirin yang dihormati,


Hari Anugerah Cemerlang SK Taman Scientex akan dimulakan sebentar lagi. Oleh itu, tetamu-
tetamu jemputan dan ibu bapa dipersilakan untuk mengambil tempat yang telah disediakan.

Sidang hadirin yang dihormati,


Untuk melancarkan majlis kita pada hari ini, diminta semua hadirin sentiasa mematuhi SOP
yang telah digariskan oleh KPM bagi mengelakkan penularan wabak Covid 19 ini di Kawasan
sekolah.

Mengumumkan perarakan masuk Yang

1
Berusaha…………………………………………………………………………………………
PERARAKAN MASUK VIP DAN …………………. dan dif-dif jemputan menuju ke Kawasan dewan.
TETAMU JEMPUTAN

Diminta hadirin sekalian berdiri kerana kita akan menyanyikan 2 buah


NYANYIAN LAGU BANGSA JOHOR, Nyanyian iaitu Lagu Bangsa Johor dan Lagu Negaraku
DAN LAGU SEKOLAH

- Majlis mengucapkan terima kasih. Hadirin dipersilakan duduk.

Assalammualaikum w.b.t. salam sejahtera,


SALUTASI
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara

Jejaran mengkudu berbias kesuma,


Di celah angsana di Tanah Jawa,
Kata aluan pembuka bicara,
Di dewan gemilang kita bersua.

 YANG BERUSAHA EN ABDUL NASIR BIN HJ SABRAN


YDP PIBG
 YANG BERUSAHA EN MOHD JAAFAR BIN ABD RAHIM
GURU BESAR SK TAMAN SCIENTEX
 YANG DIHORMATI PUAN AMNAH BINTI HJ MD NOH
GPK PENTADBIRAN
 YANG DIHORMATI EN SAIMON BIN HARON

2
GPK HAL EHWAL MURID
 YANG DIHORMATI EN MOHD SHAMSUDIN BIN MELAN
GPK KOKURIKULUM
 YANG DIHORMATI PUAN ZAINAB BINTI SAMIAN
GPK PETANG

Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SK Taman Scientex

guru-guru, penerima-penerima anugerah, murid-murid seterusnya hadirin yang dikasihi.

KATA-KATA ALUAN PENGACARA Hadirin yang dihormati,

Pihak majlis berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan, puan-puan dan tetamu
jemputan ke Hari Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Taman Scientex

Allah jua yang dipuji, dengan lidah dan hati, kerana dengan limpah dan izin-Nya,
membolehkan kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini.

Sesungguhnya, sesuatu perkara yang baik perlu dibalas dengan perkara yang baik juga.
Penghargaan atas kesungguhan dan keazaman anak-anak didik ini tidaklah boleh dipersia-
siakan. Justeru, penganjuran Hari Anugerah Cemerlang ini menjadi medan imbalan atas segala
usaha mereka selama ini. Di sinilah kecemerlangan mereka dibalas dan disanjung ke persada
yang lebih tinggi. Semoga yang diperolehi akan menjadi peneguh semangat buat meneruskan
kegemilangan pada waktu-waktu mendatang.

BACAAN DOA Hadirin, para tetamu yang dirahmati,

3
Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang
akan diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz
…………………………………………………………………….
Majlis mempersilakan.

- Amin, amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga bacaan doa sebentar tadi memberikan
kelancaran dan keberkatan kepada majlis kita pada hari ini.

UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR Hadirin yang dirahmati,

Sesungguhnya, kejayaan dan kecemerlangan seseorang individu tidak diukur dengan hanya
pencapaian luaran semata-mata. Makna sebenar kejayaan ialah sejauhmana individu yang
cemerlang itu mampu memberikan sumbangan kembali kepada orang di sekelilingnya.

Duduk sekawan gadis jelita,


Buat santapan untuk pahlawan,
Tampillah tuan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang berusaha En Mohd Jaafar bin Abd
Rahim ,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Scientex untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan. Majlis mempersilakan.

(Ucapan Guru Besar)

4
- Majlis mengucapkan terima kasih atas rangkaian ucapan alu-aluan yang penuh
bermakna sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN Hadirin, para jemputan yang dikasihi,

Kejayaan bukanlah milik mutlak seseorang tetapi adalah himpunan doa, harapan dan
sumbangan insan-insan yang berdiri teguh, berjalan seiringan untuk membantu dalam
mencapai kecemerlangan. Ibu bapa, guru-guru dan rakan taulan jangan dilupakan saat diri
berada di puncak gemilang.

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Kini, majlis menjemput dengan penuh takzimnya YANG BERUSAHA EN ABDUL NASIR
BIN HJ SABRAN YDP PIBG untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari
Anugerah Cemerlang Sekolah Kebangsaan Taman Scientex bagi tahun 2022 .Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

(Ucapan Perasmian)
(Gimik Perasmian)

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas janaan
ucapan perasmian sebentar tadi.

5
SIDANG 1
Hadirin yang dihormati,
TAHAP PENGUASAAN PBD TERBAIK
TAHAP 2 Berkebaya batik berwarna merah,
Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Bagi memulakan acara penyampaian Anugerah , majlis dengan segala hormatnya menjemput
dan mempersilakan ……………………………………………………………………………
diiringi ……………………………………………..untuk menyempurnakan acara. Majlis
mempersilakan

Dipersilakan penerima tahap pengusaan pbd terbaik tahap 2…………………

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

SIDANG 2
Hadirin, para tetamu yang dikasihi.

TAHAP PENGUASAAN PBD TERBAIK Majlis kita terus beranjak ke acara seterusnya. Bagi menyampaikan anugerah, pihak
TAHAP 1 majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan…………………………………………………….diiringi
……………………………………………………untuk menyempurnakannya. Majlis
mempersilakan.

(Penyampaian anugerah)

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

6
JEMPUTAN KE LAWATAN TAPAK Hadirin sekalian, Pelbagai usaha dan kaedah yang telah ditunjukkan oleh murid murid
PBD sepanjang tahun 2021 yang lalu. Walaupun berada lama dirumah , dek karana PDPR namun
koitmen guru-guru serta murid -murid menghasilakan karya kerja PBD sentiasa berada ditahap
yang cemerlang. Sebentar lagi para hadirin , dif jemputan dengan segala takzimnya dijemput
untuk membuat lawatan ke tapak PBD yang telah disediakan

PENUTUP Hadirin yang dikasihi,

Banyak keluk ke Penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini,
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Saya mewakili pihak majlis dan seluruh tenaga kerja Hari Anugerah Cemerlang Sekolah
Kebangsaan Taman Scientex 2022 mengucapkan terima kasih dan sekalung penghargaan
kepada semua murid-murid dan para tetamu yang dapat bersama-sama menjayakan majlis
pada hari ini.

Majlis diakhiri dengan nyanyian Lagu Negaraku. Hadirin dipersilakan berdiri.


Semoga kita bersua lagi pada masa yang akan datang. Sekian.
Assalammualaikum w.b.t. Majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai