Anda di halaman 1dari 4

TEKS JURUACARA SAMBUTAN HARI RAYA

ATURCARA TEKS TINDAKAN


Emcee:
Ucapan Alu-aluan Bismillahirrahmanirrahim…
MC
Assalamualaikum WBT…Salam Sejahtera…..
Salam Melaka Berwibawa….Pintar, Hijau, Bestari….Salam Mendidik
Dengan Hati Dengan Penuh Integriti

Yang Berbahagia,
Datuk Hj. Shuhery b. Suib, YDP PIBG SK Alor Gajah 1

Yang Berusaha,
Pn. Roshayati bt. Abd Rahim, Guru Besar SK Alor Gajah 1

Yang dihormati,
Barisan Guru-guru Penolong Kanan, AJK PIBG, Guru-guru, Ibu bapa
serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Bersongkok bersampin segak berseri


Berbaju kurung anggun jelita
Majlis ramah mesra hari guru & aidil fitri
Bersamalah kita meraikannya

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan Izin kasih-NYA, kita


dapat berkumpul di Dataran Perhimpunan pada pagi ini bagi
menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah dan
Majlis Sambutan Hari Guru SKAG1 bagi Tahun 2019.

Bacaan Doa Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Majlis pada hari ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon
restu dari yang Maha Esa. Untuk itu, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Al Fadhil Ustaz Rosli b. Hashim untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas pimpinan bacaan doa


itu tadi

Ucapan GB Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,


Duduk sekawan gadis jelita,
Buat santapan untuk pahlawan,
Tampillah puan kami meminta,
Madah ucapan kata aluan

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya


mempersilakan Yang Berusaha, Pn. Roshayati bt Abd Rahim, Guru
Besar SK Alor Gajah 1 untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

########################
 Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian
menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Ucapan YDP Mekar melati diapit kejora,


Kuntuman tersemat, jadi pamitan,
Tersentuh hati mendengar bicara,
Ungkapan azimat jadi ingatan,

 Majlis pada hari ini diteruskan lagi dengan Ucapan yang akan
disampaikan oleh YDP PIBG SK Alor Gajah 1. Untuk itu dengan
penuh takzimnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Hj.
Shuhery b. Suib untuk menyampaikan ucapan.
 Majlis mempersilakan.
########################

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan yang telah


disampaikan sebentar tadi.

Persembahan Indahnya alam bagai lukisan,


Murid menyinar terang cahaya mentari;
majlis ini kita teruskan,
acara persembahan kini tersaji.

 Keindahan majlis pada hari ini akan diserikan lagi dengan acara
persembahan murid.
Tanpa melengahkan masa, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan…
( RUJUK ROHAYA)

Penyampaian  Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah bagi


HADIAH Acara Sukaneka Sempena Sambutan Hari Guru yang telah diadakan Rujuk
Sukaneka pada sesi pagi. keputusan
1. Acara
 Bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah, majlis Sukaneka
dengan segala

hormatnya mempersilakan
……………………………………………………………………….

Bagi mengiringi
………………………………………………………………………………………..
Untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

==============================
 Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas penyempurnaan
penyampaian hadiah itu tadi. Tahniah diucapkan kepada guru-guru
yang telah Berjaya dalam acara sukaneka yang dipertandingkan itu
tadi.

Penyampaian Berkebaya batik bewarna merah


HADIAH Diserikan dengan permata berlian
- Anugerah Tibalah masa penyampaian anugerah
guru Penerima teruja menunggu giliran

 Majlis diteruskan lagi dengan Pengumuman dan penyampaian


anugerah Sempena Hari Guru. Anugerah Hari Guru mengikut
kategori telah dibuat secara undian oleh murid-murid SKAG1.
Untuk itu dipersilakan pengawas yang bertugas untuk meneruskan
acara, dipersilakan.

Penyampaian  Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan iaitu Penyampaian Duit


Duit Raya Raya kepada semua murid SK Alor Gajah 1.
 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Barisan tetamu
dan pentadbir untuk memberikan duit raya kepada murid-murid.
 Mendahului penerima dipersilakan murid kelas …….

Bersurai Dengan berakhirnya Penyampaian Duit Raya itu tadi maka


berakhirlah majlis kita pada hari ini.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua


warga SKAG 1 dan ibubapa yang sudi bersama-sama menjayakan
Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah dan Majlis Sambutan
Hari Guru SKAG1 bagi Tahun 2019.
Semoga ukhwah dan kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada
tahun hadapan

Buah seroja di atas para


Jatuh ditimpa buah berangan
Andai kata tersilap bicara
Kemaafan jua kami pohonkan.
Akhir kalam, Wabillahi taufik wal hidayah…wassalamualaikum wth

Anda mungkin juga menyukai