Anda di halaman 1dari 8

TEKS UCAPAN JURU ACARA

MAJLIS SANJUNGAN BUDI, LAMBAIAN KASIH PERSARAAN GURU BESAR


TARIKH: 27 NOVEMBER 2021 (SABTU)
TEMPAT: SANI HOTEL, KUALA LUMPUR

CUE ANN MC
Kehadiran jemputan Selamat datang kepada semua hadirin dan hadirat. Tuan tuan
dan puan puan boleh mengambil tempat masing-masing kerana
majlis kita akan bermula saja lagi.

Perarakan guru besar Mengumumkan ketibaan yang diraikan Yang Berusaha, Puan
& keluarga Faizah binti Mohd Daud bersama keluarga yang tercinta.
A
Salutasi Yang Berbahagia,
Tuan Sajoli bin Masdor
Ketua pejabat pendidikan daerah Gombak

Yang Berusaha,
En Badrol Hisyam bin bahari
Penolong Pegawai pejabat pendidikan daerah gombak

Yang Diraikan,
Puan Faizah Bt Mohd Daud
Guru Besar Sekolah Keb Sinaran Budi

Yang Dihormati,
Puan Rogindevi
Naib yang dipertua PiBG sek Keb Sinaran Budi

Yang dihormati
En Azhar Bin Mohd shah
Guru penolong kanan pentadbiran sek keb sinaran budi

Puan Zaleha bt Alias


Guru penolong kanan Hal ehwal murid sek keb sinaran budi

EN zayyat aqbal bin abd Rahman


Guru Pen kanan kokurikulum sek keb sinaran budi

Barisan guru besar daerah gombak


Dif-dif jemputan,

Serta para guru yang dikasihi sekalian.

Ucapan pembuka Sirih berlipat sirih pinang A


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga majlis bertambah seri

Alhamdulilah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kerana


dengan limpah dan kurniaNya, kita diberi ruang dan waktu untuk
sama-sama berkumpul di dewan yang indah ini untuk meraikan
Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih sempena persaraan
Puan Faizah binti Mohd Daud, Guru Besar Sk Sinaran Budi.

Bacaan doa Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah A
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dipimpin oleh Al Fadhil ustaz ......abdul munif bin
othman........................................................................................

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin

*Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih atas bacaan doa itu tadi.
Kata Aluan Hadirin sekalian,
Jasamu dikenang,
Budimu tak terbilang,
Semangatmu dijulang,
Kepimpinanmu gemilang.

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan


kepimpinan yang ditaburkan oleh Yang Diraikan Puan Faizah
binti Mohd Daud sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia
pendidikan yang berakhir sebagai Guru Besar SKSB.

Sudah menjadi adat dan lumrah kehidupan, setiap pertemuan


pasti mengundang perpisahan.

Dengan ini, berkumpulnya kita pada hari untuk meraikan

Yang Diraikan,
Puan Faizah binti Mohd Daud yang bakal meninggalkan jejak
kenangan serta taburan budi yang tidak terkira di SKSB.

Andainya bintang di angkasa tidak mampu dikira begitulah juga


besarnya jasa puan sehingga tidak mampu untuk kami A
membalasnya. Sekalung penghargaan diucapkan buat puan
yang diraikan atas kesudian menghadirkan diri. Tidaklah
seberapa majlis ini untuk meraikan puan yang hebat dan megah
kewibawaannya.

Ucapan Murid Para jemputan yang dihormati,

Duduk sekawan si burung unta,

Tepi keramat di waktu malam,


Padamu tuan kami meminta,

Kata azimat pembuka kalam.

Kini, majlis diteruskan dengan ucapan daripada adik mohd Asyf


Suhayl bin
hafidzullah.....................................................................................
..............
Selaku wakil murid SKSB untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mempersilakan.

*Terima kasih diucapkan kepada


adik ...............................................................................................
........
atas ucapan sebentar tadi.

Para tetamu yang dikasihi,


Ucapan oleh YDP
PIBG Sekarang, marilah kita saksikan rakaman ucapan yang
dihormati en razali bin selamat dipertua pibg sk sinaran budi
buat yang diraikan puan faizah bt mohd daud
Begitulah rakamann ucapan yang telah ditayangkan sebentar
tadi.

Ucapan oleh MGB/ Hadirin dan hadirat sekalian, A


Wakil
Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan menjemput Yang
Berusaha,
......................................................................................................

Untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.


* Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
atas kesudian Yang berusah

atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan oleh KPPD/ Para hadirin yang dihormati,


Wakil
Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan, Yang
Berbahagia, ..................................................................................
............
Pegawai Pendidikan Daerah Gombak untuk menyampaikan
ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
*Terima kasih diucapkan
kepada ..........................................................................................
............
atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.
Biodata Para tetamu yang dkasihi, A

Sudah teradat si anak lelaki,

Mati berjuang berundur jangan,

Berani kami menjunjung adat,

Bukan memberi kata dan puji.

Hanya budi dalam ingatan,

Buat kenangan sepanjang hayat.


Majlis diteruskan lagi dengan menjemput puan rozilah bt abu
kasim untuk membacakan biodata yang diraikan, puan Faizah bt
Mohd Daud

*biodata*
Tayangan video Hadirin, marilah sama-sama kita menyaksikan tayangan video
montaj yang telah disediakan.

Dipersilakan.

* Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas tayangan video


montaj sebentar tadi.
Ucapan yang diraikan Hadirin yang dikasihi, A

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan.

Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan


mempersilakan Yang Diraikan, Puan Faizah binti Mohd Daud,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sinaran Budi untuk
menyampaikan ucapan beliau.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian puan


yang diraikan menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Potong kek & pulut
kuning Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang
diraikan, Puan Faizah binti Mohd Daud untuk menyempurnakan
acara memotong kek dan pulut kuning. Dipersilakan.

Penyampaian hadiah Hadirin yang dihormati sekalian, A

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata


sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan
pada hari ini iaitu Puan Faizah binti Mohd Daud

Dengan ini,
Kita mulakan penyampaian cenderamata dengan menjemput;

1. Vip
2. Guru dan staf
3. Persendirian
4.
5.

Begitulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-


kenangan khusus untuk Yang Diraikan Puan Faizah bt Mohd
Daud.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan


Puan Faizah bt Mod Daud atas kesudian menerima
cenderamata itu tadi.

Hadiah khas daripada Hadirin yang dikasihi sekalian,


Puan Faizah bt Mohd
Daud Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah
khas daripada Yang Diraikan, Puan Faizah bt Mohd Daud.
Majlis dimulakan dengan menjemput

1.
2.
3.
4.
5.

*Terima kasih diucapkan kepada Yang Diraikan, Puan Faizah bt


Mohd Daud atas kesudian dan penghargaan daripada puan atas
kepada para guru.

Penutup Inilah yang dikatakan, A


umpama belayar telah sampai di pelabuhan,
Umpama berkayuh telah sampai di muara,
Umpama berjalan telah sampai ke destinasi.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi,


Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Budi tuan jadi kenangan.

Tuai padi antara nampak,


Esok jangan layu-layuan,
intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Faizah bt


Mohd Daud kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang
penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan puan
bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


tetamu dan hadirin yang sudi meluangkanmasa bersama-sama
memeriahkan Majlis “Sanjungan Budi Lambaian Kasih” ini.

Majlis sudah sampai ke penghujungnya,


kami selaku pengacara ingin memohon ribuan kemaafan andai
ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Dengan ini, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sekian
wabillahitaufik......................................................

Jamuan bermula Para hadirin dijemput untuk menikmati jamuan yang telah
disediakan.

Anda mungkin juga menyukai