Anda di halaman 1dari 8

Kata-kata Pagi yang indah penuh ceria.

hari yang berbahagia penuh


aluan bermakna kita raikan Majlis Sekalung Budi Seindah Memori

sempena persaraan Puan Hajjah Azimah binti Baharudin, Guru


Perpustakaan dan Media SK Permatang
BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T

Yang Dihormati, _________________________,


Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak.
Yang Berusaha Encik Su Musa Bin Johor Guru Besar SK
Permatang.
Yang Berusaha En. Zaidi bin Hassan, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran ,
Pn. Nor Fazni binti Ibrahim, Guru Penolong Kanan Ko-
kurikulum,
Yang Dihormati En Shaharuddin bin Abdul Rashid , Yang
Dipertua PIBG SKP.
Yang Diraikan Puan Hajjah Azimah binti Baharudin, Guru
Perpustakaan dan Media SK Permatang,

Seterusnya, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati


Allah sekalian.
Selamat datang ke :

Majlis Sekalung Budi Seindah Memori sempena persaraan ,

Puan Hajjah Azimah binti Baharudin

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bacaan doa Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh


bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh:
Al- Fadhil Ustaz Khairul Anuar bin Lokman. Majlis dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Al- Fadhil Ustaz Khairul Anuar atas bacaan doa
itu tadi.

Persembahan Sudah teradat si anak lelaki


Tahun 4 Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-
sama kita saksikan persembahan daripada murid Tahun 4
Cemerlang yang akan menyampaikan sebuah lagu yang
bertajuk Kau Ilhamku.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Demikianlah tadi persembahan nyanyian yang istimewa


daripada murid-murid Tahun 4.
Ucapan Wakil Jasamu dikenang
Murid Budimu tak terbilang
Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan


kepimpinan yang ditaburkan oleh Yang Diraikan Puan Hajjah

Azimah binti Baharudin sepanjang perkhidmatan beliau di


dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai
Guru Perpustakaan dan Media SK Permatang,

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,


Majlis diteruskan dengan ucapan daripada saudari Siti Hajar
binti Khairi, wakil pelajar SK Permatang,
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada saudari Siti Hajar Binti Khairi
atas ucapannya sebentar tadi.

Ucapan YDP Majlis diteruskan lagi dengan menjemput


Yang Dihormati En Shaharuddin bin Abdul Rashid , Yang
Dipertua PIBG SKP untuk menyampaikan ucapan beliau.
Dipersilakan.
*ucapan*
Terima kasih diucapkan kepada En Shaharuddin bin Abdul
Rashid atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Ucapan GB Padi huma di tepi bendang,
Buah nenas di rumpun buluh,
Tuan umpama pohon yang rendang,
Hujan panas tempat berteduh,

Seungkai kata selingkar bicara,


Selayang pandang selembar harapan,
Sejambak rasa secebis bahasa,
Sekalung penghargaan seungkap ucapan.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan Yang


Berusaha Encik Su Musa Bin Johor Guru Besar SK Permatang
untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
*ucapan*
Terima kasih diucapkan kepada Encik Su Musa Bin Johor atas
ucapan yang telah disampaikan sebentar
tadi.
Tayangan Hadirian sekalian,
Slide
Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan tayangan slaid


sempena persaraan Puan Hajjah Azimah binti Baharudin, Guru
Perpustakaan dan Media SK Permatang,
*tayangan*

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan tayangan slaid


sempena persaraan Yang Diraikan .

Mudah-mudahan persembahan tersebut dapat memberi sumber


inspirasi dan kenang-kenangan buat kita semua.
Ucapan Yang Batu Pahat perigi batu,
Diraikan Nampak dari gunung banang,
Puan yang pergi hati tak tentu,
Kami yang tinggal hati tak senang.

Hilang kapak di dalam padi,


Hilang dilamun para-para,
Hilang bakap boleh diganti,
Puan seorang manakan sama.
Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.

Buah mengkudu buah bidara


Mari disimpan didalam dulang
Hari ini tuan genap bersara
Jasa baik tuan tetap dikenang

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan


daripada Yang Diraikan Puan Hajjah Azimah binti Baharudin,
Guru Perpustakaan dan Media SK Permatang,

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan.
*ucapan*
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Yang Diraikan persaraan Puan Hajjah Azimah

binti Baharudin atas ucapan itu tadi.

Ucapan Wakil Hadirin yang dihormati,


PPD
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Dihormati,
Encik Yusof b Zakaria, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah
Hilir Perak.

Dipersilakan.

*ucapan*

Terima kasih diucapkan kepada Encik Yusof b Zakaria atas


ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Penyerahan Hadirin sekalian,


Watikah
Majlis diteruskan lagi dengan majlis Penyerahan Watikah
Persaraan.
Dijemput ________________________________________
diiringi
_________________________________________________
Bagi majlis penyerahan watikah persaraan.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Diraikan


Puan Hajjah Azimah binti Baharudin, Guru Perpustakaan dan
Media, SK Permatang,
untuk tampil ke atas pentas.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada


________________________________________________

atas kesudian beliau menyempurnakan majlis penyerahan


watikah persaraan Puan Hajjah Azimah binti Baharudin
sebentar tadi.

Majlis Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata


Penyampaian sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan
Hadiah pada hari ini.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput


dan mempersilakan En. Su Musa B. Johor untuk mengiringi
Yang Diraikan Puan Hajjah Azimah binti Baharudin
untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada


Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-
kenangan khusus untuk Yang Diraikan Puan Hajjah Azimah

binti Baharudin.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan
Puan Hajjah Azimah binti Baharudin atas kesudian menerima
cenderahati itu tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima
kasih di atas kesudian Yang Berusaha En. Su Musa B. Johor,
Guru Besar SK Permatang mengiringi Yang Diraikan Puan

Hajjah Azimah binti Baharudin sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


penyampai cenderahati sebentar tadi.

Penutup Assalamualaikum pembuka bicara


Madah disusun mengungkap rasa
Suasana suram hari yang hiba
Bagai mengerti gelodak jiwa

Cikgu Azimah panggilan mesra


Guru veteran yang banyak berjasa
Mendidik anak bangsa bukan sebentar cuma
28 tahun begitulah lama

Kini sudah tibanya masa


Berundur Cikgu Azimah kerana bersara
Hilanglah permata yang berharga
Hilang seri hilang cahaya

Ampun dan maaf kami pinta


Andai pernah mengusik rasa
Jenguklah kami sekali sekala
Andai rindu datang menjelma
Semoga Cikgu Azimah sihat sejahtera
Menyusuri hari-hari yang ceria
Di samping beribadat pada yang Esa
Moga dilindungi Allah sentiasa.

Majlis sudah sampai ke penghujungnya, saya selaku pengacara


ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Dengan ini, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.


Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah
Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN


TEKS PENGACARA MAJLIS
Sekalung Budi Seindah Memori
SEMPENA PERSARAAN Puan Hajjah Azimah binti Baharudin

Anda mungkin juga menyukai