Anda di halaman 1dari 7

Majlis Selaut Kasih Segunung Sayang…..2014.

MC ACARA TEKS
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Pn Anidah Bt Mahrazi, Pn
Ketibaan tetamu Rosmawati Bt Mat Jusoh dan Tn Hj Abd. Wahid bin Abd Razak.

Pagi yang indah penuh ceria, Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Selaut Kasih Segunung Sayang”
sempena pertukaran guru-guru yang diraikan hari ini ke tempat baru.

BismilLahir Rahmanir Rahim


Kata Aluan Assalamu `Alaikum W.B.T., salam sejahtera, salam Melaka Maju
Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau.

Yang Berusaha Tn Hj Husin Bin Sirun, Pengetua SMK Sg Udang,

Yang Dihormati En. Md Isa Bin Jani, Guru Penolong Kanan Pentadbiran

En. Md Yazed Bin Yatim, Guru Penolong Kanan HEM,

Tn Hj Ariffin Bin Abd Rahman, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang Diraikan Pn Anidah bt Mahrazi, Pn Rosmawati Bt Mat Jusoh dan Tn


Hj Abd. Wahid Bin Abd Razak,

Barisan Guru Kanan Mata pelajaran,

Seterusnya Guru-guru, para pelajar, hadirin dan hadirat yang diRahmati


Allah sekalian.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti


Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat


Bacaan doa Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna
ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Hasril Amir Bin Hashim.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Nyanyian lagu Sukran jazilan ya Ustaz.
patriotik
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian
Majlis pada pagi ini diteruskan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik, iaitu
lagu Negaraku, Lagu Negeri Melaka, Wawasan Pendidikan Melaka, dan
seterusnya Lagu SMKSU Gemilang. Semua hadirin diminta berdiri dan
bersedia……..

Hadirin sekalian dipersilakan duduk.


Ucapan pengetua
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tn. Hj. Husin
Bin Sirun, Pengetua SMK Sg Udang.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada tuan Pengetua atas ucapan yang telah
Ucapan Pn Anidah disampaikan sebentar tadi.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada


Yang Diraikan .

Puan Anidah Bt Mahrazi adalah anak kelahiran ____________. Mula


berkhidmat sebagai guru pada tahun _______________ di
__________________________________________. Bertukar ke SMK Sg
Udang pada tahun ________________ sehingga 2013. Kini beliau
bertugas di ______________ ________________________________.

Untuk itu majlis mempersilakan Pn Anidah bt Mahrazi, mantan guru


Sejarah yang telah berkhidmat lebih ______ tahun di sekolah ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Anidah atas ucapan itu tadi.
Ucapan Kaunselor
Segan silu si anak dara,
Tidak ketinggalan emaknya juga
Mencurah ilmu dan nasihat juga
Pada mereka tidak dilupa
Mula berkhidmat sebagai kaunselor pada tanggal 16 September 2003 di
SMK Pak Badol, Kelantan. Kemudiannya bertukar ke SMK Ade Putra
pada 1 Januari 2005. Seterusnya bertukar pula ke SMK Sg Udang pada10
Disember 2009. Kini bertugas pula di SMK Seri Tanjung bermula 1
Januari 2014 yang lalu.

Untuk itu dipersilakan pula kaunselor yang diraikan Pn Rosmawati Bt Mat


Jusoh untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih di atas ucapan itu tadi.


Ucapan Tn Hj
Wahid Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Walaupun baru setahun jagung di SMK Sg Udang, namun jasanya tidak


boleh kita lupakan….

Memulakan kerjaya sebagai guru di SMK Paloh, Kluang Johor pada 1


September 1983. Kemudian berkhidmat di SMK Seri Tanjong pada tahun
1988 selama 3 bulan. Seterusnya bertukar ke SMK Talib Karim sehingga
tahun 1990. Setelah tamat pengajian sarjana mudanya, beliau ditempatkan
di SMK Dato Haji Ahmad Said, Butterworth Pulau Pinang bermula tahun
1993. Seterusnya pada tahun 2000 beliau meneruskan kerjaya sebagai
pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang sehingga tahun 2011.
Setelah itu, beliau bertukar ke SMK Mansur Shah, Tampin sebelum
berpindah ke SMK Sungai Udang pada tahun 2013. Pada tahun 2014 ini,
beliau telah menerima tawaran kenaikan pangkat selaku School
Improvement Specialist Coaches (SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah,
Daerah Alor Gajah.

Dengan itu majlis dengan sukacitanya mempersilakan Tn Hj Abd Wahid


bin Abd Razak untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih atas ucapan itu tadi.


Penyampaian
Cenderamata Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai
kepada Pn Anidah tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini.

Acara dimulakan dengan menjemput dan mempersilakan Pn Anidah Bt


Mahrazi untuk menerima cenderamata kenang-kenangan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada Pn Naja
Siah bt Salih,

Dipersilakan pula Pn Norhafizah Bt Musa

Dipersilakan Cik Suhailin Bt Ujang

Dipersilakan wakil daripada Pengawas Sekolah, saudara Hafiz B Rahman

Dipersilakan wakil daripada Koperasi SMKSU Berhad, Pn Mariam bt


Mustafa

Dipersilakan wakil daripada Pusat Sumber Sekolah, Cik Norasyidah Bt


Mohd Rasid

Dipersilakan wakil daripada SPBT, Cik Fadzilah Bt Md Sidek

Dipersilakan wakil daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling, Puan Siti


Kertini bt Abd Hamid

Dipersilakan wakil daripada Bidang Kemanusiaan, En Ahmad Ghazali Bin


Alias

Dipersilakan wakil daripada Pendidikan Khas, Pn Fouzah bt Mahmood

Dipersilakan wakil daripada Kelab Guru dan Staf, Ustazah Rohana bt


Omar

Dipersilakan wakil daripada Unit Kokurikulum, Tn Hj Ariffin Bin Abd


Rahman

Seterusnya Majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Husin Bin Sirun,


Pengetua SMKSU untuk menyampaikan cenderamata daripada Barisan
Pentadbir Sekolah.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus


Penyampaian untuk Yang Diraikan Pn Anidah Bt Mahrazi. Terima kasih daun keladi
Cenderamata untuk semua.
kepada Pn
Rosmawati Seterusnya dipersilakan pula Pn Rosmawati Bt Mat Jusoh, mantan
Kaunselor untuk menerima cenderamata kenang-kenangan daripada pihak
sekolah.

Dimulakan dengan mempersilakan Pn Naja Siah bt Salih,

Dipersilakan pula Pn Norhafizah Bt Musa

Dipersilakan wakil daripada Pengawas Sekolah, saudara Hafiz B Rahman


Dipersilakan wakil daripada Koperasi SMKSU Berhad, Pn Mariam bt
Mustafa

Dipersilakan wakil daripada Pusat Sumber Sekolah, Cik Norasyidah Bt


Mohd Rasid

Dipersilakan wakil daripada SPBT, Cik Fadzilah Bt Md Sidek

Dipersilakan wakil daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling, Puan Siti


Kertini bt Abdul Hamid

Dipersilakan wakil daripada Pendidikan Khas, Pn Fouzah bt ………….

Dipersilakan wakil daripada Kelab Guru dan Staf, Ustazah Rohana bt


Omar

Dipersilakan wakil daripada Unit Kokurikulum, Tn Hj Ariffin Bin Abd


Rahman

Seterusnya Majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Husin Bin Sirun,


Pengetua SMKSU untuk menyampaikan cenderamata daripada Barisan
Pentadbir Sekolah.

Demikian tadi penyampaian cenderamata kenang-kenangan buat mantan


Penyampaian kaunselor sekolah kita.
Cenderamata
kepada Tn Hj Kita juga berasa bangga dengan kenaikan pangkat mantan guru Sains
Wahid sekolah kita iaitu Tn Hj Abd Wahid bin Abd Razak ke Pejabat Pendidikan
Daerah, Daerah Alor Gajah.

Untuk itu, dengan sukacitanya dipersilakan Tn Hj Abd Wahid untuk


menerima cenderamata kenang-kenangan daripada pihak sekolah.

Dimulakan dengan mempersilakan Pn Naja Siah bt Salih,

Dipersilakan pula Pn Norhafizah Bt Musa

Dipersilakan wakil daripada Pengawas Sekolah, saudara Hafiz B Rahman

Dipersilakan wakil daripada Koperasi SMKSU Berhad, Pn Mariam bt


Mustafa

Dipersilakan wakil daripada SPBT, Cik Fadzilah Bt Md Sidek

Dipersilakan wakil daripada Unit Bimbingan dan Kaunseling, Puan Siti


Kertini bt Abd Hamid

Dipersilakan wakil daripada Bidang Sains dan Matematik, Pn Norhafizah


Bt Musa
Dipersilakan wakil daripada Pendidikan Khas, Pn Fouzah bt ………….

Dipersilakan wakil daripada Kelab Guru dan Staf, Ustazah Rohana bt


Omar

Dipersilakan wakil daripada Unit Kokurikulum, Tn Hj Ariffin Bin Abd


Rahman

Seterusnya Majlis mempersilakan Yang Berusaha Tn Hj Husin Bin Sirun,


Pengetua SMKSU untuk menyampaikan cenderamata daripada Barisan
Pentadbir Sekolah.

Demikian tadi penyampaian cenderamata kenang-kenangan buat mantan


Penutup guru Sains sekolah kita.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada semua Yang Diraikan atas
kesudian menerima cenderamata itu tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai


cenderamata sebentar tadi.

Hadirin sekalian

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Majlis
merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan kerana sudi
bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini.
Kami semua mendoakan agar Yang Diraikan, Puan Anidah Bt Mahrazi,
Pn Rosmawati Bt Mat Jusoh dan Tn Hj Abd Wahid B. Abd Razak,
bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan
hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis
“Selaut Kasih Segunung Sayang” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada
salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu


`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai