Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERSARAAN

PUAN HAJAH MARIAH BINTI MOHD SALLEH


TARIKH: 07 APRIL 2023 (JUMAAT)
TEMPAT: DEWAN JUBLI EMAS
BIL PERKARA CATATAN

1. KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan

Puan Hajah Mariah binti Mohd Salleh

diiringi oleh Tuan Pengetua dan pentadbir sekolah ke Dewan


Jubli Emas.
2. UCAPAN PENGACARA MAJLIS

Yang diraikan
Puan Hajah Mariah binti Mohd Saleh

Yang berusaha
Encik Hasbullah bin Abdul Latif
Pengetua SMK Alor Akar

Yang hormat
Profesor Dato’ Dr. Shankar Sayapathy
Yang Dipertua PIBG SMK Alor Akar

Yang dihormati
Encik Wan Zullkefli bin Wan Hasan
SIP+ PPD Kuantan
Mantan Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Alor Akar

Yang berusaha
Tuan Haji Asruddin bin Abas
Pengetua Cemerlang Gred Utama C (KUP)
SMK Sultan Abu Bakar
Mantan Pengetua SMK Alor Akar

Yang dihormati
Puan Azora binti Mohamed Jabar @ Alwi
Penolong Kanan Pentadbiran

Encik Shahril bin Hashim


Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Umithaiyyibbah binti Ramli


Penyelaras Pendidikan Khas

Para tetamu jemputan, Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran,


guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh dan


Salam Sejahtera

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat kurnia-


Nya, di pagi yang penuh sakinah ini, kita dapat bersama-sama
dalam majlis yang begitu istimewa bagi meraikan seorang guru
yang dikasihi kerana jasa baktinya, dikagumi atas semangat
dan komitmennya, disayangi kerana keramahan dan
kemesraan yang sentiasa menjadi kriterianya.

Selautan Budi Nirmala Bakti, Dialah Qudwatul Hasanah


Srikandi Pertiwi, kata-kata keramat yang dipilih untuk majlis
yang indah ini, mengiringi perpisahan persaraan seorang guru
yang amat dedikasi menjalankan tanggungjawab yang
diamanahkan.

Majlis kita menjadi bertambah bermakna dengan kehadiran


keluarga tercinta, rakan-rakan jauh dan dekat, sahabat-sahabat
guru (sebut nama) yang pernah mengajar di SMK Alor Akar
juga bekas-bekas pelajar yang ingin bersama-sama berada di
Dewan Jubli Emas ini.Terima kasih sekalung penghargaaan
kerana sudi menghadirkan diri bagi meraikan persaraan
sahabat tersayang, Puan Hajah Mariah atau lebih mesra
disapa Ustazah Mariah.

Sudah pastilah pemergian Puan Hajah Mariah menjadi


kehilangan besar buat SMKAA tercinta ini kerana dengan tugas
yang telah disandang sebagai guru Pendidikan Islam, SMKAA
akan merindukan seorang guru yang sukar dicari ganti.
Murid-murid tentunya akan kehilangan guru tersayang mereka
dan kami, sebagai sahabat pastilah akan menjeruk rasa
menerima perihnya perpisahan ini.

Berdiri melihat denai-denai kenangan


Berbunga mesra dalam jambangan ingatan
Bersahabat hingga ke syurga, dengan izin yang Maha Kuasa…
mudah-mudahan persahabatan kita akan bertambah akrab
hingga ke hujung usia.

3. BACAAN DOA

Hadirin sekalian,

Marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan doa


agar majlis yang indah ini diberkati dan perjalanan hidup Puan
Hajah Mariah binti Mohd Saleh akan sentiasa dalam rahmat
dan lindungan Yang Maha Esa.

Untuk itu, majlis mempersilakan Saudara Muhammad Asrie bin


Rosli, bekas pelajar SPM 2018 untuk memimpin bacaan doa.

***
Terima kasih Saudara Muhammad Asrie atas bacaan doa itu
tadi.

4. UCAPAN WAKIL GURU : PUAN NORLIZAN

Momen perpisahan sememangnya menyedihkan,


apa lagi dengan sahabat seperjuangan yang bersama-sama
menelusuri liku-liku sebagai pendidik, pasti menggugah
kesedihan di hati.

Majlis seterusnya mempersilakan Puan Norlizan binti Mohd


Zain, wakil guru, mengungkapkan madah persahabatan buat
yang diraikan sahabat tercinta.

***
Demikian tadi bicara hati dari seorang sahabat.
Terima kasih diucapkan kepada Puan Norlizan.
4. UCAPAN YDP PIBG

Hadirin,

Dari ucapan wakil guru, kita beralih pula ke wakil PIBG.

Majlis mempersilakan Yang Hormat, Profesor Dato’ Dr.


Shankar Sayapathy, Yang Dipertua PIBG SMK Alor Akar untuk
menyampaikan ucapan.
***
Terima kasih Prof. Dato’ atas ucapan itu tadi.

5. UCAPAN TUAN PENGETUA

Hadirin,

Tibalah masanya pula kita mendengar ucapan dari pentadbir.


Majlis mempersilakan Ayahanda Pengetua, Encik Hasbullah
bin Abdul Latiff, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
***
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas kesudian
menyampaikan ucapan sebentar tadi.

6. UCAPAN YANG DIRAIKAN : PUAN HAJAH MARIAH

Hadirin,

Bagai terdengar di hati, suara bisikan melankolia


Ucap salam terakhir, salam perpisahan yang pasti.

Majlis mempersilakan Puan Hajah Mariah binti Mohd Saleh


menyampaikan untaian kata, kalungan wacana, salam
perpisahan buat kenang-kenangan insan yang bakal
ditinggalkan. Dipersilakan.
***
Demikian..satu penyampaian pengucapan yang telus
membawa mesej dan makna yang kudus dari yang diraikan.
Jasamu pasti kami abadikan, ajarmu pasti kami tidak lupa,
teguranmu pasti membina kami, amat luas untuk diukur, amat
mahal untuk dinilai.

Terima kasih Puan Hajah Mariah atas ucapan yang telah


disampaikan.

7. PERSEMBAHAN MULTIMEDIA

Hadirin yang dimuliakan,

Di bawah seliaan dan penyediaan JK Multimedia yang diketuai


oleh Puan Siti Norhafizah binti Othman, kami
mempersembahkan kepada hadirin sekalian tayangan
multimedia untuk tatapan insan yang sedang kita raikan ini.
Marilah sama-sama kita menghayati persembahan tersebut.

***
Begitulah tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia
buat yang diraikan Puan Hajah Mariah binti Mohd Saleh.
Semoga persembahan multimedia tersebut menjadi satu
kenangan manis yang akan disimpan dalam lipatan memori
dan kekal terpahat di hati.

8. PENYAMPAIAN HADIAH

Hadirin,

Atas rasa kasih sayang dalam persahabatan yang tidak


berbelah bahagi, ingin kami zahir dalam bentuk material agar
melihatnya, kami akan sentiasa dalam ingatan mu.

Majlis mempersilakan :

(rujuk senarai)

Terima kasih diucapkan.

9. SESI BERGAMBAR
Majlis mempersilakan, Ustaz Shaharuddin, suami Puan Hajah
Mariah dan anak-anak untuk naik ke pentas bagi sesi
bergambar.

Di sebalik kejayaan seorang suami, adanya seorang isteri yang


sentiasa menyokong sepenuh hati. Pada hari ini kita saksikan
di sebalik perjuangan seorang isteri, adanya seorang suami
yang sentiasa ada di sisi. Di saat susah dan senang, mereka
saling melengkapi mengharungi apa jua rintangan.

10. PENUTUP

Bagaikan air sungai yang menyusur laju


Akhirnya tiba jua di muara waktu
Di sini kami pasti merindu
Hakikat seorang individu
Bernama Ustazah Mariah
Dialah Qudwatul Hasanah, Srikandi Pertiwi

Semua cerita di sekolah ini akan berakhir


Canda, senyum, kebahagiaan dan semua momen akan
menjadi satu kenangan yang tidak ternilai.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata


Benar kata pepatah Melayu, yang patah akan tumbuh, yang
hilang akan berganti, namun yang hilang tidak akan sama
dengan yang berganti. Walau bagaimana pun, yang hilang
akan tetap diingati, kekal abadi di dalam hati.

Bagi pihak majlis, kami mengucapkan selamat bersara buat


yang diraikan Puan Hajah Mariah binti Mohd Saleh. Semoga
sentiasa dalam jagaan dan lindungan Yang Maha Esa serta
bertambah ceria dan bahagia di samping keluarga tercinta.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih daun keladi,


terima kasih menjunjung budi kepada semua tetamu dan
hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama dalam
majlis yang penuh bermakna ini.

Pihak jawatankuasa majlis memohon kemaafan jika terdapat


sebarang kekurangan dan kepincangan sepanjang majlis ini
berlangsung.

Burung tekukur terbang rendah,


Terbang bersama si burung murai;
Saat ini saat penyudah,
Tanda majlis melabuhkan tirai.

Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Assalamualaikum


Warahmatullahi Wabarakatuh.

Selepas ini kita akan adakan sesi bergambar bersama barisan


pentadbir, guru-guru dan para tetamu jemputan.

11. SEND OFF & BERSURAI

Anda mungkin juga menyukai