Anda di halaman 1dari 7

PERKARA/ BUTIRAN CATATAN

PEMBACA
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Ketibaan
Tetamu Dijemput semua tetamu untuk berbaris di sepanjang
laluan karpet merah.

Mengumumkan ketibaan guru-guru Yang Diraikan Puan Hjh


Normaweti Bt Mokhtar, Pn Noraini Bt Daud dan Pn Hjh
Rahimah Bt Mohamed dengan diiringi ……………………………………
…………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………..
masuk ke dalam dewan. Guru-guru yang diraikan
dipersilakan mengambil tempat di kerusi khas yang
disediakan di atas pentas.

Terima kasih, semua hadirin dijemput duduk.

Kata alu- Biji selasih boleh dimakan


aluan MC Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T…


salam sejahtera dan salam muafakat johor.

Yang Berusaha Guru Besar SK Majdi Bahru,


Tn Hj Ishak Bin Boon,

Guru Pen. Kanan Pentadbiran,


Pn Leza Bt Taib,

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,


En Md Fadzil Bin Molah,

Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum


En Mohd Zariri Bin Ghazali,
Yang Dihormati
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………
Yang Dihormati, ……………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………..
seterusnya, barisan guru dan kakitangan , hadirin dan
hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :
Majlis “Semerbak Kasih Seharum Budi” sempena
persaraan , Puan Hjh Normaweti Bt Mokhtar, Pn Noraini
Bt Daud , Pn Hjh Rahimah Bt Mohamed dan juga Majlis
perpisahan buat Pn Rohana bt Mat Rani.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan rasa syukur


Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka
kita dapat bersama-sama berhimpun pada petang ini untuk
meraikan guru-guru kita dalam Majlis “Semerbak Kasih
Seharum Budi”.

Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati lagi Majlis kita pada hari ini, marilah


sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Muhammad Afif
Bin Mat Nawi . Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

*********** (Doa)
Amin amin Ya Rabbal Alamin.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Muhammad Afif di
atas bacaan doa itu tadi.
Upacara Majlis diteruskan lagi dengan upacara pemotongan kek.
potong kek
pesara Terima kasih di atas kesudian guru-guru menyempurnakan
upacara pemotongan kek. Guru-guru yang diraikan
dipersilakan mengambil tempat di Ruang VIP Meja Makan
Pesara.

Jamuan Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


makan
Majlis diteruskan lagi dengan jamuan makan. Guru-guru
dan tetamu dijemput untuk menjamu selera. Untuk
memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah kita
menyaksikan persembahan nyanyian yang akan di
sampaikan oleh Cg Mohd Firdaus Bin Abd Jalil.

*********** (nyanyian)
Terima kasih Cg Mohd Firdaus di atas nyanyian itu tadi.

Persembahan seterusnya adalah deklamasi sajak oleh Cg


Sumayyah. Dipersilakan….

************* (sajak)
Terima kasih Cg Sumayyah di atas persembahan itu tadi.

Seterusnya, marilah kita sama-sama menyaksikan montaj


ucapan persaraan oleh guru-guru yang kita raikan pada
hari ini.

******* (montaj)

Itulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan


nyanyian dan sajak serta tayangan multimedia sempena
persaraan Yang Diraikan. Mudah-mudahan persembahan
tersebut dapat memberi sumber inspirasi dan kenang-
kenangan buat kita semua.
Ucapan GB Majlis seterusnya menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha Guru Besar SK Majidi Bahru, Tn Hj Ishak Bin
Boon untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

***** (ucapan)

Terima kasih diucapkan kepada Yang


Berusaha Guru Besar SK Majidi Bahru, Tn Hj Ishak Bin
Boon atas ucapan sebentar tadi.

Montaj Seterusnya, majlis sekali lagi mempersilakan guru-guru


Pesara yang diraikan ke pentas VIP untuk tayangan montaj
pesara.

***** (montaj Pn Normaweti)


Itulah tadi montaj persaraan Pn Hjh Normaweti Bt
Mokhtar. Majlis dengan ini menjemput Pn hjh Normaweti
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan

Terima kasih di atas ucapan itu tadi. Majlis diteruskan


lagi dengan tayangan montaj bagi Pn Noraini bt Daud.

******(montaj Pn Noraini)
Dengan ini saya menjemput Pn Noraini Bt Daud untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan

Terima kasih di atas ucapan itu tadi. Seterusnya, kita


saksikan pula montaj persaraan Pn Hjh Rahimah Bt
Mohamed.
****** (montaj Pn Rahimah)
Majlis dengan ini menjemput Pn Rahimah Bt Mohamed
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada guru-guru Yang Diraikan atas ucapan itu
tadi.
Penyampaian Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan
hadiah cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan
persaraan yang kita raikan pada hari ini.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan Guru Besar Sk Majidi Bahru, Tn Hj Ishak
Bin Boon dengan diiringi oleh Pen Kanan Pentadbiran, Pn
Leza Bt Taib untuk menyampaikan cenderamata. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

****** (rujuk lampiran hadiah persaraan)

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang


kenangan khusus untuk Yang Diraikan .

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada guru-guru


Yang Diraikan atas kesudian menerima cenderamata itu
tadi. Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas
kesudian Pn Leza Bt Taib mengiringi Tn Hj Ishak Bin
Boon sebentar tadi.

Ucapan Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Pn Rohana Bt


Perpisahan Mat Rani. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(Pn Rohana)
***** (ucapan)

Terima kasih Pn Rohana Bt Mat Rani di atas ucapan itu


tadi.

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah


Penyampaian sebagai tanda kenang-kenangan buat Pn Rohana.
hadiah
Untuk itu, majlis sekali lagi menjemput Guru Besar Sk
Majidi Bahru, Tn Hj Ishak Bin Boon dengan diiringi oleh
Pen Kanan Pentadbiran, Pn Leza Bt Taib untuk
menyampaikan cenderamata. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Penyampaian Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah sempena


hadiah kelahiran anak pertama untuk guru-guru kita.
kelahiran Dipersilakan Pn Aimaduddianah Bt Kamaluddin untuk
anak menerima hadiah.
pertama
Seterusnya, dijemput Pn Nurdiana Bt Md Salim.

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah


Penyampaian bagi kehadiran penuh guru-guru SKMB
hadiah
kehadiran (rujuk lampiran hadiah khdiran penuh)
penuh
Demikianlah tadi upacara penyampaian hadiah khusus
untuk guru-guru SK Majidi Bahru.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada guru-guru


atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis
turut merakamkan ribuan terima kasih di atas
kesudian Pn Leza Bt Taib mengiringi Tn Hj Ishak Bin
Boon sebentar tadi.

Persembahan Majlis diteruskan lagi dengan tayangan montaj hari lahir


Multimedia bagi guru-guru yang menyambut hari lahir pada bulan
Tayangan Ogos, September, Oktober, November dan Disember.
Montaj Hari
Lahir dan Guru-guru yang menyambut hari lahir dijemput untuk
upacara upacara pemotongan kek. Dipersilakan
potong kek

Penutup Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung


acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Majlis ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada


guru-guru Yang Diraikan kerana sudi untuk bersama kita
pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua
mendoakan agar guru-guru yang diraikan bertambah ceria
dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada


semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa
bersama-sama memeriahkan Majlis “Semerbak Kasih
Seharum Budi” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan


kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami
mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq


walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa
Barakatuh

Anda mungkin juga menyukai