Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS LAMBAIAN KASIH KALUNGAN BUDI

TARIKH : 25 MAC 2022


TEMPAT : DEWAN AL-KHAWARIZMI DAN BILIK MESYUARAT
MASA : BERMULA 10.00 PAGI
1. Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua
rakan-rakan. Majlis akan berlangsung sebentar lagi. Mohon sama-sama kita
sediakan peranti masing-masing ke mod senyap atau dimatikan untuk sementara.
Terima kasih berjuta kasih, budimu tuan

2. Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Encik Rijaludin bin Che Mat


dan Puan Umi Aisyah binti Rostam (JIKA ADA) diiringi barisan
pentadbir masuk ke dalam dewan.

Bismillahirrahmanirrahim ,assalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh dan salam sejahtera
Intan baiduri Intan permata
Salam sejahtera pembuka bicara

Yang dihormati, Encik Yusanizan bin Shafei, PK Pentadbiran,


Yang dihormati, Tuan Haji Saharom bin Palil, PK Hal Ehwal Murid
Yang dihormati, Ustaz Mohamad Zaki bin Othman, PK Kokurikulum,
Barisan GKMP,

Yang diraikan iaitu Encik Rijaludin bin Che Mat dan Puan Umi Aisyah binti Rostam
serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.

Selamat Datang ke : Majlis Lambaian Kasih Kalungan Budi @ Kata


lainnya ”Perpisahan sempena Pertukaran” Encik Rijaludin bin Che
Mat dan Puan Umi Aisyah binti Rostam ke tempat baharu....

Sirih junjung penyeri majlis,


Jasa rakan-rakan kita raikan,
Selamat datang tamu semua ke majlis,
majlis penghargaan kita sajikan.
3. Bunga mawar cantik tersemat
Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada pagi berbahagia ini,


marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Ahmad Helmi bin Mohmad Serkery

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada .................................. atas bacaan doa


sebentar tadi

4. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat halwa;Berilah kata
TEKS PENGACARA MAJLIS LAMBAIAN KASIH KALUNGAN BUDI
TARIKH : 25 MAC 2022
TEMPAT : DEWAN AL-KHAWARIZMI DAN BILIK MESYUARAT
MASA : BERMULA 10.00 PAGI
simpulan kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian

Tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang


Diraikan Encik Rijaludin bin Che Mat dan Puan Umi Aisyah binti
Rostam.
Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan
mempersilakan yang pertama memulakan ucapan : Dipersilakan
Puan Umi Aisyah….

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Yang Diraikan Puan Umi Aisyah atas ucapan itu tadi.

Seterusnya dipersilakan Encik Rijaludin bin Che Mat.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih


kepada Yang Diraikan Encik Rijaludin bin Che Mat atas ucapan itu
tadi.

5. Tayangan slaid
Rakan-rakan yang dirahmati Allah sekalian, ayuh kita mengimbau
kenangan bersama dua insan istimewa buat kita semua dengan
tontonan tayangan slaid khas.

Ayuh kita tonton bersama…..

Begitulah tadi tayangan slaid yang disusun khusus untuk Encik


Rijaludin dan Puan Umi Aisyah.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyedia tayangan


slaid ini yang dirahsiakan identitinya.

6. Bila memandang kemuka laut,


Nampak sampan mudik ke hulu,
Bila terkenang mulut menyebut,
Budi yang baik ingat selalu.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderamata


penghargaan kepada rakan-rakan yang diraikan.

Bagi menyempurnakan acara penyampaian cenderamata ini, majlis


dengan segala hormatnya, sekali lagi menjemput Encik Rijaludin bin
Che Mat dan Puan Umi Aisyah binti Rostam untuk menerimanya di
atas pentas.

Majlis mempersilakan…..

7. Dimulakan dengan :
a. Wakil Unit Kurikulum : Encik Yusanizan bin Shafei
TEKS PENGACARA MAJLIS LAMBAIAN KASIH KALUNGAN BUDI
TARIKH : 25 MAC 2022
TEMPAT : DEWAN AL-KHAWARIZMI DAN BILIK MESYUARAT
MASA : BERMULA 10.00 PAGI
b. Wakil Unit Hal Ehwal Murid: Tuan Haji Saharom bin Palil
c. Wakil Unit Kokurikulum: Ustaz Mohamad Zaki bin Othman
d. Wakil Bidang Bahasa : Encik Mohd Fauzi bin Maulan
e. Wakil Bidang Kemanusiaan : Ustazah Joana Suhada binti
Kamarudin
f. Wakil Bidang Teknik & Vokasional :Tuan Haji Azizan bin
Hasbollah
g. Wakil Bidang Sains & Matematik : Puan Suhaila binti Sualman
h. Seterusnya dipersilakan:

8. Itulah tadi majlis penyampaian hadiah kepada Yang Diraikan….

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Rijaludin bin Che Mat
dan Puan Umi Aisyah atas kesudian menyempurnakan upacara
sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


penyampai hadiah sebentar tadi.

9. Hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih
diucapkan kepada Yang diraikan kerana sudi bersama kita pada
pagi ini dan kami semua mendoakan agar Encik Rijaludin bin Che
Mat dan Puan Umi Aisyah binti Rostam ceria di tempat baharu.

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua hadirin yang sudi


meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah


Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai