Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN PUAN RODZIAH BT SANI DAN PUAN

NORZAWANI BT MOKHTAR

Bismillahirrahmanirrahim ,assalamualaikum wArahmatullahi wabarakatuh dan salam


sejahtera

Yang Berusaha, En. Yew Kok Leh, Pengetua SMK Jalan Mengkibol
Yang dihormati, Barisan Penolong Kanan, Barisan Ketua Bidang,
Wakil PIBG, Encik Ramli Juri, Wakil Kestabol, Encik Nazri Zakaria,
Ketua Pembantu Tadbir Puan Habsah binti Kasmin,
Ketua Pembantu Makmal, Encik Jasni bin Sahid,
Yang diraikan, Encik Muhammad Hissam bin Sani, Barisan guru dan rakan staff
sokongan yang dirahmati ALLAH sekalian,

Selamat Datang ke : Majlis ”Perpisahan sempena Pertukaran” Encik Muhammad


Hissam bin Sani

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada petang berbahagia ini, marilah sama-
sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh En. Jasni Bin Sahid

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih diucapkan kepada En. jasni atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan

Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat halwa;Berilah kata simpulan


kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Tibalah kita ke majlis ucapan. Dijemput En Jasni Bin Sahid selaku ketua dan wakil
pembantu makmal untuk menuyampaikan ucapan, dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En. Jasni atas ucapan itu tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan Puan Habsah binti Kasmin
selaku Ketua Pembantu Tadbir untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Habsah atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Tuan Pengetua SMK Jalan
Mengkibol, Encik Yew Kok Leh untuk menyampaikan ucapan, Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Tuan Pengetua Encik Yew Kok Leh atas ucapan
itu tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan En. Muhammad Hissam Bin Sani. Majlis dengan segala hormatnya ingin
menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Diraikan En. Muhammad Hissam atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-


kenangan buat insan yang kita raikan iaitu Encik Muhammad Hissam Bin Sani.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan
Tuan Pengetua untuk mengiringi Yang Diraikan Encik Hissam untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan Tuan Pengetua, En Yew Kok Leh untuk menyampaikan cenderamata


dari pihak sekolah
……………Terima Kasih.

Dipersilakan Puan Faridah untuk menyampaikan cenderamata dari pihak pentadbir.


…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Encik Ramli untuk menyampaikan cenderamata dari pihak PIBG


…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Encik Nazri untuk menyampaikan cenderamata dari pihak KESTABOL.


…………….Terima Kasih.
Dipersilakan Puan Habsah untuk menyampaikan cenderamata dari pihak pejabat.
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Encik Jasni Sahid untuk menyampaikan cenderamata dari pihak


Pembantu Makmal
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Puan Zuraidah untuk menyampaikan cenderamata dari pihak


perpustakaan
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan Puan Faridah untuk menyampaikan cenderamata dari pihak pentadbir.


…………….Terima Kasih.

Dipersilakan …………………….. untuk menyampaikan sumbangan peribadi


…………….Terima Kasih.

Dipersilakan …………………….. untuk menyampaikan sumbangan peribadi


…………….Terima Kasih.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang


Diraikan En. Muhammad Hissam Sani.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata
sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Bulan Oktober adalah bulan yang bermakna buat kita semua. Selain daripada
perpisahan kita dengan Encik Hissam, marilah sama-sama kita meraikan mereka
yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan ini. Dengan ini dijemput dan
dipersilakan kelahiran-kelahiran bulan Oktober ke meja pemotongan kek.

Mereka ialah : Encik……………………………………..

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan
kepada Yang diraikan Encik Hissam kerana sudi bersama kita pada petang ini dan
kami semua mendoakan agar Encik Muhammad Hissam ceria di tempat baru.

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum


Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai