Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....

Seiring madah pantun bersambut Dalam senyum penghidang tamu Mesra berdakap kasih terpaut Persilakan tamu sambut dipintu Selaku pengacara majlis, saya mengucapkan dan mengalu-alukan kehadiran yang diraikan lagi di kasihi tuan guru besar kita, En. Ahmad sani bin Awang Yahya.. Yang dihormati Pk pentadbiran en. Hamisan bin salim, Pk hal ehwal murid pn. Zaiton bt. Abd. Hamid, Pk kokurikulum pn. Aini zuraimi bt. Mohd noar, guru-guru serta muridmurid yang dikasihahi sekalian. Sebagaimana yang kita semua ketahui tuan guru besar kita yang kita kasihi akan menamatkan tugasnya sebagai guru besar dan akan bersara pada hari ini. Kalau pergi tanjung keramat Anak manis jangan di angkat Bersama kita memohon rahmat Moga majlis mendapat rahmat kerat buluh kajang sepuluh Laksana dititing kias ibarat Angkat tangan jemari sepuluh Doa dipohon biar selamat Dengan itu majlis mempersilakan Ustaz zambri bin mohd said untuk membacakan doa. Majlisdengan hormatnya mempersilakan..... Saya bagi pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Zambri bin mohd said di atas bacaan doa itu tadi Hadirat hadirat sekalian, Kalau dilipat sebesar kuku Kalau dibentang seluas alam Yang jauh diimbau Yang dekat digamit Seuntai salam sejambak kata Degup bicara, merisik rasa. Tanpa melengahkan masa, untuk meneruskan majlis, dengan ini dijemput Adik Wahyu bin Subri selaku wakil murid untuk menyampaikan ucapannya.. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.... Pihak majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu tadi....

Terbang diawan burung jentayu Diatas papan batang selisih Tampillah tuan kami merayu Bersama ucapan pengikat kasih Terbang diawan burung jentayu Kerana penat gugur kebumi Tampillah tuan kami merayu Bersama amanat bekalan kami Seterusnya, majlis dengan ini menjemput yang dirai lagi dikasihi tuan guru besar En. Ahmad sani bin awang yahya bagi menyampaikan ucapan. Majlis dengansegala hormatnya mempersilakan... Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan guru besar di atas ucapan beliau itu tadi. Hadirin dan hadirat sekalian, Seterusnya majlis ini diteruskan dengan majis penyampaian hadiah dari murid-murid sekolah kebangsaan seri bunian. Dengan itu, majlis menjemput Pk Hal ehwal murid pn. Zaiton bin abd. Hamid mengiring tuan guru besar en. Ahmad sani bin awang yahya badi upacara penerimaan hadiah. Majlis dengan ini mempersilakan Dipersilakan murid-murid Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kesudian tuan guru besar en. Ahmad sani bin awang yahya menerima hadiah. Terima kasih. Hadirin, hadirat sekalian seperti kata orang lama, Kok berkayuh dah sampai ke muara Kok berenang dah sampai ke tepian Kok berlari dah sampai ke garisan Kok berjalan dah sampai ke penghujung... Dengan kata-kata ini maka..... Selesailah bahagian pertama majlis kita pada pagi ini dan majlis seterusnya akan disambung pada pukul 10 pagi. Untuk makluman kepada semua murid majlis kita berhenti rehat . Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai