Anda di halaman 1dari 2

teka teki

1.Burung apakah yang hanya boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan: Penguin
2.Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang akan makan tepinya sahaja
tetapi tengahnya tidak dimakan?
Jawapan: Kuih Donat
3.Ada satu benda, kita berdiri dia baring, tapi bila kita baring dia berdiri dan bila kita
jalan dia pun ikut sama. Tapi tanpanya kita tak ke mana.
Jawapan: kaki
4.Mana lagi tua, motorsikal , kereta, bas atau kapal terbang?
Jawapan: Motorsikal
5.Banyak bas yang ada di dunia ini, tapi bas apa yang pandai?
Jawapan: Bas Sekolah
6.Kering sangat di jilat-jilat untuk buat ia basah, bila basah baru kena cucuk. Apakah
ia?
Jawapan: Benang
7.Di dalam hutan ada 8 ekor burung, 4 ekor ditembak oleh pemburu, berapa yang
dah lari?
Jawapan: Burung terbang bukan berlari..
8.Saya suka berada di atas air, tetapi saya tak pandai berenang mahupun bergerak.
Siapakah saya?
Jawapan: Jambatan
9.Saya sejenis alat menyelam, tetapi sangat popular dari anda semua kerana saya
ada dekat internet. Siapakah saya?
Jawapan: Google
10. Alkisah, dimana raja dan petani terjatuh ke gaung, siapakah yang mati?
Jawapan: Tiada yang mati meninggal sahaja.
11.Banyak-banyak kuda, kuda apa yang popular paling kurus dan nipis?
Jawapan: Kuda Kepang
12.Bunga apa yang cantik berseri dan berkembang mekar di malam raya?
Jawapan: Bunga Api

13.Tanpanya kita tak mampu berjalan melalui dinding keras konkrit?


Jawapan: Pintu
14. Dia ni bila turun sangat lah lambat, tapi bila naik sangat cepat pula. Siapakah
dia?
Jawapan: Hingus
15.Mempunyai 10 kaki dan boleh terbang hingga ke barat, selatan, utara?
Jawapan: 5 Ekor Burung.
16.Banyak binatang dalam dunia ini tapi binatang apa paling pemalas tak terurus ?
Jawapan: Singa
17.Kereta banyak jenis, malah lambang kemewahan orang tapi apa yang susah
untuk dicari?
Jawapan: Kereta kena curi
18.Dia mempunyai bulu lebat, isi , dan juga batang, apakah ia?
Jawapan:Jagung
19.Buku diterbalikkan jadi buku..teh di terbalikkan jadi....?
Jawapan: Jadi Tumpah
20.Kereta ini besar dan selesa, tetapi kalau kalau kereta ini diberi percuma tiada
siapa mahu atau naik. Kereta apakah ia?
Jawapan: Kereta Mayat.
21.Binatang ini kaya kerna mempunyai kereta?
Jawapan: Lembu
22.Mempunyai 6 kaki, tetapi yang berjalan pula hanya 4 kaki?
Jawapan: Kuda dengan Penunggang Kuda.
23.Pokoknya nun di atas bukit ular suka bersembunyi dibawahnya, daunnya itu pula
ada atau diimport diseluruh dunia tapi daunya itu cuma boleh digunakan apabila
masuk dalam air. Apakah ia?
Jawapan: Teh
24. Tubuh hanya satu tapi punya 2 nyawa?
Jawapan: Ibu Mengandung

Anda mungkin juga menyukai