Anda di halaman 1dari 5

Soalan 50: 

Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak Jawapan: Penguin
boleh duduk?

Soalan 49: Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.
patah pulak?

Soalan 48: Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap Jawapan: Stokin tu basah lah....
pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa
akan terjadi kepada semua stokin tersebut?

Soalan 47: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan Jawapan: Telur
menjadi beku apabila dipanaskan?

Soalan 46: Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang Jawapan: Kuih Donut
makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.

Soalan 45: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab
disebuah kedai? dibawa belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan
pantun melayu)

Soalan 44: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah Jawapan: Pengail yang dapat ikan.
merana. Apakah ia?

Soalan 43: Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!
air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?

Soalan 43: Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan Jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan
180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu memakan rumput.
menghadap sekarang?

Soalan 42: Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan Jawapan: Spedometer bas lah...
turun dahulu?

Soalan 41: Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi? Jawapan: Jatuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh
dulu baru naik.

Soalan 40: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
mulutnya ditutup ?
Soalan 39: Kenapa mayat dibungkus kain putih? Jawapan: Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!!!

Soalan 38: Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi Jawapan: Ayam jadi banyaklah bilangannya.
ayam. maka ayam menjadi apa?

Soalan 37: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda? Jawapan: Panjang ekor tikus, karena tikus kalau berjalan ekornya
menyentuh tanah.

Soalan 36: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu kerikil? Jawapan: Kerana kalau ditaruh pisang goreng pasti jadi rebutan.

Soalan 35: Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya? Jawapan: Lampu jiran tetangga kita. Cobalah pecahkan, nanti akan
keluar orangnya.

Soalan 34: Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan Jawapan: Orang naik beca semasa hujan
marah-marah?

Soalan 33: Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia Jawapan: Tapak kaki kitalah.
berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak boleh pulak
tu.

Soalan 32: Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang Jawapan: Kerana guru sejarah memikirkan masa lampau,sedang
kepala, sedangkan profesor dibahagian depan? profesor memikir untuk masa depan.

Soalan 31: Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing Jawapan: Ia bergantung kepada kedudukan anda samaada anda
hitam? manusia atau tikus!

Soalan 30: Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan Jawapan: Sebab lelaki yang bodoh jumlahnya lebih banyak
dibandingkan dengan kepintarannya? dibandingkan lelaki yang buta.

Soalan 29: Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura Jawapan: Nampak pembohongnya, Sebab kura-kura mana boleh
panjat pokok nampak apa? panjat pokok.

Soalan 28: Apakah yang berada diantara langit dan bumi. Jawapan: Mungkin ada banyak jawapan, tapi kat sini jawapan yang
dikehendaki adalah "dan"

Soalan 27:Apakah benda bertali  yang apabila kita pegang, ia akan Jawapan: Gasing! Tak kiralah gasing cina ke gasing melayu ke
mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati juga bila semuanya sama.
dibiarkan lama-lama?
Soalan 26:Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri
bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama. Apakah itu? akan dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato,
suami tidak mendapat sama.

Soalan 25:Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.
rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi
tinggi?

Soalan 24: Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas, Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung,
kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur pandangan, kadang pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun
kurang pendengaran. kabur, suara pun tak ada....

Soalan 23: Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, Jawapan: Buang tebiat
buang apa?

Soalan 22: Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah Jawapan: Batang hidung engkaulah!
Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau
ditebang.

Soalan 21: Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!
pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya dia pun
tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya
pokok apa tumbuh dulu? 

Soalan 20: Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan
bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui ladang
kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan
Fatimah. Kenapa ?

Soalan 19: Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan? Jawapan: Bahrain - bah tu banjir, 'rain' tu hujan...

Soalan 18: Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati? Jawapan: Pemandunya lah yang mati...... kalau kereta kancil dengan
rusa berlanggar....mati lah orang tu, kan-kan?

Soalan 17: Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.
makan tak pulak?

Soalan 16: Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah Jawapan: Pisang Goreng
badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu aku mandi.
setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?

Soalan 15: Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya Jawapan: Kutu ler...Sebab memang dok kat kepala orang!
dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala?

Soalan 14: Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar Jawapan: Manusia! Semasa kecil merangkak, bila besar berjalan
berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3? dengan dua kaki dan bila tua bertongkat.

Soalan 13: Apakah haiwan yang berkaki 3? Jawapan: Kuda cacat. Kalau tak cacat pasti kakinya 4.

Soalan 12: Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA? Jawapan: Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang
cipta mungkin namanya YAMAHMUD.

Soalan 11: Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk? Jawapan: Orang kurus makan hati, orang gemuk makan tempat.

Soalan 10: Haiwan apakah yang paling tidak sopan? Jawapan: Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.

Soalan 09: Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa Jawapan: Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!
gitar?

Soalan 08: Seorang lelaki memakai pakaian  serba hitam, seluar Jawapan: Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!
hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan
kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di
lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam
dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun
tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin
pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?

Soalan 07: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan Jawapan: Anak mancis daaa.
berkepala hitam, Apa tu?

Soalan 06: Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam Jawapan: Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam  kapal...
kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, ha...ha...ha..
antara bebanyak ni apa paling besar?

Soalan 05: Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan Jawapan: Perjalanan anda tidak akan terganggu oleh kerja-kerja
telefon? menggali jalan oleh TELEKOM
Soalan 04: 10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh Jawapan: Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya
dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.
ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu
jatuh kebumi?

Soalan 03: Binatang apakah yang paling kaya didunia? Jawapan: Beruang (sebab binatang ni ber wang)

Soalan 02: Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris? Jawapan: Ikan Belukang kerana "Blue" adalah perkataan inggeris,
"Kang" adalah perkataan Jawa.

Soalan 01: Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh Jawapan: Mereka akan kata. 1-Inna lillahi wa ina ilahi roo jiuun. 2-
bangunan lalu mati... 2- Seorang wanita berlari keliling padang tanpa Astagh firullah hal azim. 3- Alhamdulillah.
seurat benang... 3- Gaji anda akan dinaikkan 30% bulan depan.

Anda mungkin juga menyukai