Anda di halaman 1dari 6

Soalan 1:

Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak


boleh duduk?

Soalan 2:
Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang
patah pulak?

Soalan 3:
Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap
pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan
hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?

Soalan 4:
Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan
menjadi beku apabila dipanaskan?

Soalan 5:
Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan
tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.

Soalan 6:
Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran
disebuah kedai?

Soalan 7:
Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah
merana. Apakah ia?

Soalan 8:
Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir tanpa mencecah air.
Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku. Kenapa?

Soalan 9:
Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan
180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu
itu menghadap sekarang?

Soalan 10:
Bila loceng bas ditekan, bas akan berhenti. Apa yang akan
turun dahulu?
Soalan 11:
Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi?

Soalan 12:
Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan
mulutnya ditutup ?

Soalan 13: Kenapa mayat dibungkus kain putih?

Soalan 14:
Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi
ayam. maka ayam menjadi apa?

Soalan 15: Panjang mana ekor tikus dengan ekor kuda?

Soalan 16: Kenapa di tepi rel keretaapi ditaruh batu


kerikil?

Soalan 17:
Lampu apa yang kalau dipecahkan keluar orangnya?

Soalan 18:
Kalau ditutup dia akan mengintai,tapi kalau dibuka dia akan
marah-marah?

Soalan 19:
Ada satu benda, kita berdiri dia baring, kita baring dia
berdiri tapi bila kita jalan dia pun ikut sama. Nak tinggal tak
boleh pulak tu.

Soalan 20:
Mengapa guru sejarah selalu botak di bahagian belakang
kepala, sedangkan profesor dibahagian depan?

Soalan 21:
Apakah benar kita bakal sial jika jumpa dengan kucing
hitam?

Soalan 22:
Kenapa kecantikan lebih penting bagi seorang perempuan
dibandingkan dengan kepintarannya?

Soalan 23:
Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura
panjat pokok nampak apa?

Soalan 24:
Apakah yang berada diantara langit dan bumi.

Soalan 25:
Apakah benda bertali yang apabila kita pegang, ia akan
mati, tetapi bila dilepaskan ia akan hidup, namun akan mati
juga bila dibiarkan lama-lama?

Soalan 26:
Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat sama, tetapi
bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama.
Apakah itu?

Soalan 27:
Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi semakin
rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin
menjadi tinggi?

Soalan 28:
Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah. Kadang di atas,
kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur
pandangan, kurang pendengaran.

Soalan 29:
Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit,
buang apa?

Soalan 30:
Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di bawah
Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka
benar kalau ditebang.

Soalan 31:
Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak tanam 2 jenis
pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-
citanya dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok
koko separuh, Soalannya pokok apa tumbuh dulu?

Soalan 32:
Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak
bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia
melalui ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia
lahir, dinamakan Fatimah. Kenapa ?

Soalan 33:
Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?

Soalan 34:
Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?

Soalan 35:
Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau
makan tak pulak?

Soalan 36:
Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu bedak, setelah
badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu
aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik.
Siapakah aku?

Soalan 37:
Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan
mata dan mulutnya juga di kepala?

Soalan 38:
Apakah hidupan yang masa kecilnya berkaki 4, bila besar
berkaki 2 kaki dan bila tua pula berkaki 3?

Soalan 39: Apakah haiwan yang berkaki 3?

Soalan 40:
Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA?
Soalan 41:
Apa perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?

Soalan 42: Haiwan apakah yang paling tidak sopan?

Soalan 43:
Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar?

Soalan 44:
Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam,
kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan
kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh
lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan
berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur
memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu
kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu
kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu?

Soalan 45:
Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan
berkepala hitam, Apa tu?

Soalan 46:
Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam
kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang
besar, antara bebanyak ni apa paling besar?

Soalan 47:
Apa yang terjadi jika Graham Bell tidak menciptakan
telefon?

Soalan 48:
10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh
dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa
masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi.
Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi?

Soalan 49:
Binatang apakah yang paling kaya didunia?
Soalan 50:
Ikan apakah yang separuh jawa dan separuh inggeris?

Soalan 51:
Apa orang islam arab kata jika: 1- Seorang pekerja jatuh
bangunan lalu mati... 2- Seorang wanita berlari keliling
padang tanpa seurat benang... 3- Gaji anda akan dinaikkan
30% bulan depan.

Anda mungkin juga menyukai