Anda di halaman 1dari 4

Soalan 1: Dia ada banyak kaki, tapi dia bukan binatang.

Dia lalu ikut


landasan, tapi dia bukan keretapi. Apakah dia?
Jawapan: Zip

Soalan 2 : Dalam banyak-banyak nasi la kan, nasi apa yang boleh


bergerak sendiri?
Jawapan: Nasi Goreng Pattaya (sebab ada 4 tayar).

Soalan 3 : Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa paling kaya?


Jawapan: Beruang (ber-wang).

Soalan 4 : Haiwan apa macam kucing tapi kecil daripada kucing?


Jawapan: Anak kucing.

Soalan 5 : Mee apa paling berat dalam dunia?


Jawapan: Mee wantan (One tan).
Soalan 6 : Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang orang makan
tepinya sahaja tapi tengahnya orang tak makan?
Jawapan: Donut.

Soalan7 : Benda apa yang lebih kecil dari kuman?


Jawapan: Anak kuman.

Soalan 8 : Bila masuk segitiga, bila keluar bergulung-gulung.


Jawapan: Seluar dalam.

Soalan 9 : 4 orang awek share satu payung ketika berjalan. Kenapa


sorang pun tak basah?
Jawapan: Sebab tak hujan.

Soalan 10: Perkataan apa yang dieja salah dalam kamus?


Jawapan: SALAH.

Soalan 12 : Bom apakah yang tidak boleh meletup?


Jawapan: Bomba.

Soalan 13: Dalam kalendar setahun, ada bulan yang ada 30 hari, dan ada
bulan yang hanya ada 31 hari. Jadi, berapa bulan yang ada 28 hari?
Jawapan: Semua bulan la.

Soalan 14 : Dalam banyak-banyak kuih, kuih apa yang bukan kuih?


Jawapan: Kuih-Teow.
Soalan 15 : Ada ekor bukan binatang, ada kepala bukan manusia. Apa
dia?
Jawapan: Taugeh.

Soalan 16 : Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa warna hitam?


Jawapan: Bunga tayar.

Soalan 17 : Ketika dicari memang susah nak dapat. Tapi bila dah dapat, ia
dibuang macam tu saja. Apa bendanya tu?
Jawapan: Tahi hidung. Hah tanya lagi tahi hidung sape.

Soalan 18 : Katak diterbalikkan jadi katak. Kopi di terbalikkan jadi?


Jawapan: Tumpah la.

Soalan 19 : Saya ada 3 mata, dan satu kaki. Siapakah saya?


Jawapan: Lampu Isyarat.

Soalan 20 : Ianya berasal dari kayu, namun tidak boleh digergaji. Apakah
itu?
Jawapan: Habuk kayu.

Artikel berkaitan: Cara Jawab Soalan “Tell Me About Yourself” Dalam


Temuduga

Soalan 21: Kotak apa yang tak boleh buka?


Jawapan: Kotak penalti.

Soalan 22: Ramai orang tahu cara membukanya, tetapi tiada siapa pun
tahu cara menutupnya. Apakah ia?
Jawapan: Telur

Soalan 23: Makanan apakah yang di dalamnya ikan, dan di luarnya ayam?
Jawapan: Ikan sardin cap ayam.

Soalan 24: Dalam banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan dengan
ais?
Jawapan: Milo ais.

Soalan 25 : 4 orang awek share satu payung ketika berjalan. Kenapa


sorang pun tak basah?
Jawapan: Sebab tak hujan. Soalan 26: Apa benda yang kita boleh tengok
dengan cermin tetapi tak boleh ditengok dengan mata kepala kita sendiri?
Jawapan: Telinga kita.
Soalan 27: Dalam satu pertandingan lumba lari, anda telah berjaya
memotong pelari di tempat ke-2. Jadi, sekarang anda di tempat yang ke
berapa?
Jawapan: Nombor 2.

Soalan 28: Dalam banyak-banyak api la kan, ada sejenis api yang tak
panas. Api apa tu?
Jawapan: Bil api

Soalan 29: Badannya keras tapi kurus, tidak mempunyai tangan dan
berkepala hitam, Apa tu?
Jawapan: Anak mancis

Soalan 30: Bila kita jalan ataupun berhenti, dia tetap jalan. Tapi bila dia
berhenti, kita akan mati.
Jawapan: Jantung

Soalan 31: Antara Petronas dan Shell, mana satu yang sesuai dibuat
kawan?
Jawapan: Petronas. Petronas Mesra. Shell Select.

Soalan 32: Dalam banyak-banyak pangkat tentera, pangkat mana satu


orang paling cinta?
Jawapan: Kolonel. Sebab kalau tak kolonen (kenal) maka tak cinta.

Soalan 33: Negara apa yang penduduk negera dia sendiri tak ingat nama
negara dia?
Jawapan: Panama. Panamaa… Panamaa…

Soalan 34: Burung apa yang suka enjoy?


Jawapan: Burung merpati (merparty)

Soalan 35: Dalam banyak-banyak sate, sate jenis apa paling panas?
Jawapan: Saterika

Soalan 36: Macammana nak tahu bahagian belakang atau depan


sebatang pokok?
Jawapan: Dengan cara menyorok. Kalau kita menyorok mesti menyorok di
belakang pokok.

Soalan 37: Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan


menjadi beku apabila dipanaskan?
Jawapan: Telur
Soala: 38: Ikan apa yang lagi laju dari ikan lumba-lumba?
Jawapan: Ikan terubok. Dia pkai enjin terubok (turbo)

Soalan 39: Enjin apa yang dah mati?


Jawapan: Ikan arowana (arwahna)

Soalan 40: Ikan apa yang bukan saya punya?


Jawapan: Ikan yu (you)

Soalan 41: Hantu apa yang bercuti?


Jawapan: Hantu raya (cuti raya)

Soalan 42: Sukan apa yang hantu tak boleh join?


Jawapan: 100m berpagar. Sebab dah kena pagar, takleh nak masuk.

Soalan 43: Pokok apa yang betina je takde jantan?


Jawapan: Kaktus. Kalau jantan jadi bangtus.

Soalan 44: Selain Bosnia, negara apa yang ada bos?


Jawapan: Amerika Syarikat. Dah ada syarikat, mesti ada bos.

Soalan 45: Dekat kedai mamak, ada 3 Melayu, 2 Cina, 4 India. Apa yang
1?
Jawapan: Teh tarik. Teh tarik satuuuu!

Soalan 46: Apa benda yang hitam dan berpeluh?


Jawapan: Semut hitam tengah berjogging

Soalan 47: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
Jawapan: Seluar dalam

Soalan 48: Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran
disebuah kedai?
Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa
belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar. (berdasarkan pantun
melayu)

Soalan 49: Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah
merana. Apakah ia?
Jawapan: Pengail yang dapat ikan.

Soalan 50: Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya


ditutup?
Jawapan: Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!

Anda mungkin juga menyukai