Anda di halaman 1dari 5

teka-teki berserta jawapan.

teka teki

1.Burung apakah yang hanya boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk? Jawapan: Penguin 2.Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang akan makan tepinya sahaja tetapi tengahnya tidak dimakan? Jawapan: Kuih Donat 3.Ada satu benda, kita berdiri dia baring, tapi bila kita baring dia berdiri dan bila kita jalan dia pun ikut sama. Tapi tanpanya kita tak ke mana. Jawapan: kaki 4.Mana lagi tua, motorsikal , kereta, bas atau kapal terbang? Jawapan: Motorsikal 5.Banyak bas yang ada di dunia ini, tapi bas apa yang pandai? Jawapan: Bas Sekolah 6.Kering sangat di jilat-jilat untuk buat ia basah, bila basah baru kena cucuk. Apakah ia? Jawapan: Benang 7.Di dalam hutan ada 8 ekor burung, 4 ekor ditembak oleh pemburu, berapa yang dah lari? Jawapan: Burung terbang bukan berlari.. 8.Saya suka berada di atas air, tetapi saya tak pandai berenang mahupun bergerak. Siapakah saya? Jawapan: Jambatan 9.Saya sejenis alat menyelam, tetapi sangat popular dari anda semua kerana saya ada dekat internet. Siapakah saya? Jawapan: Google 10. Alkisah, dimana raja dan petani terjatuh ke gaung, siapakah yang mati? Jawapan: Tiada yang mati meninggal sahaja. 11.Banyak-banyak kuda, kuda apa yang popular paling kurus dan nipis? Jawapan: Kuda Kepang 12.Bunga apa yang cantik berseri dan berkembang mekar di malam raya? Jawapan: Bunga Api 13.Tanpanya kita tak mampu berjalan melalui dinding keras konkrit? Jawapan: Pintu

14. Dia ni bila turun sangat lah lambat, tapi bila naik sangat cepat pula. Siapakah dia? Jawapan: Hingus 15.Mempunyai 10 kaki dan boleh terbang hingga ke barat, selatan, utara? Jawapan: 5 Ekor Burung. 16.Banyak binatang dalam dunia ini tapi binatang apa paling pemalas tak terurus ? Jawapan: Singa 17.Kereta banyak jenis, malah lambang kemewahan orang tapi apa yang susah untuk dicari? Jawapan: Kereta kena curi 18.Dia mempunyai bulu lebat, isi , dan juga batang, apakah ia? Jawapan:Jagung 19.Buku diterbalikkan jadi buku..teh di terbalikkan jadi....? Jawapan: Jadi Tumpah 20.Kereta ini besar dan selesa, tetapi kalau kalau kereta ini diberi percuma tiada siapa mahu atau naik. Kereta apakah ia? Jawapan: Kereta Mayat. 21.Binatang ini kaya kerna mempunyai kereta? Jawapan: Lembu 22.Mempunyai 6 kaki, tetapi yang berjalan pula hanya 4 kaki? Jawapan: Kuda dengan Penunggang Kuda. 23.Pokoknya nun di atas bukit ular suka bersembunyi dibawahnya, daunnya itu pula ada atau diimport diseluruh dunia tapi daunya itu cuma boleh digunakan apabila masuk dalam air. Apakah ia? Jawapan: Teh 24. Tubuh hanya satu tapi punya 2 nyawa? Jawapan: Ibu Mengandung 25.Masa dia hidup orang seronok gembira menyanyi, dan masa dia mati kita tetap seronok dan bertepuk tangan. Jawapan: Lilin 26. buah apa lain dari yang lain mempunyai sikap manusia yang suka berangan sahaja ? Jawapan: Buah Berangan 27.Si pembuat tidak memerlukanya tetapi orang lain memerlukannya, dan yang dibelikan pula tak tahu rupanya tapi tanpanya orang takkan kenal empunya. Jawapan: Batu Nisan

28.Si gemuk banyak angin main tembak-tembak kena lantai terus kena hidung? Jawapan: Kentut 29.Tahi apa yang tak kotor dan mudah dibawa dimana-mana sahaja ? Jawapan: Tahi Lalat 30. Siput babi dan gonggok bertanding untuk naik ke puncak bukit siapakah yang menang dan siapakah yang kalah serta apakah sebabnya. Jawapan: Siput babi menang tak payah pakai kasut. Gonngok kalah sebab pakai kasut kaki pula banyak. 31. Burung apa yang tak pandai duduk diam ada sahaja yang dibuatnya? Jawapan: Burung Belatuk 32. Banyak- banyak burung, burung apa yang tak pandai pusingkan lehernya. Jawapan: Burung Hantu 33. mengapa kucing dan anjing bergaduh. Jawapan: Kucing duduk dalam rumah.. Anjing pula Man bestfriends 34.sebanyak-banyak binatang, binatang apakah yang sangat manja dan suka bersiarsiar bersama ibunya. Jawapan: Anak Kanggaro 35.ada macam-macam jenis daun, daun apa yang gatal. Jawapan: Daun Keladi

Teka-Teki Berangkai... 1.BERIKAN 3 CARA MASUKKAN GAJAH KEDALAM PETI SEJUK? Jawapan: i- Buka peti, ii- Masukkan gajah, iii- tutup pintu. 2.BERIKAN 4 CARA MASUKKAN ZIRAFAH KEDALAM PETI SEJUK? Jawapan: i) Buka peti, ii) keluarkan gajah, iii) masukkan Zirafah, iv) tutup pintu peti sejuk 3.SATU HARI SINGA SELAKU RAJA HUTAN TELAH MEMANGGIL SEMUA BINATANG BERKUMPUL,SEMUA TELAH DATANG KECUALI....? jawapan: Zirafah, sebab masih dalam peti sejuk

4.BAGAIMANA ANDA HENDAK MENYEBERANGI SEBATANG SUNGAI YANG DI DALAMNYA TINGGAL BUAYA YANG GANAS. jawapan: berenang sajalah, bukankah semua binatang pergi berkumpul dekat raja singa. 5.ANDA MENAHAN SEBUAH BAS DAN MENAIKINYA, TAPI TIADA ORG YANG INGIN MEMBERI ANDA DUDUK SEDANGKAN MASIH BANYAK RUANG KOSONGKENAPA? jawapan: Sebab anda basah, bukankah baru mandi sungai. 6. ANDA PERGI BERAYA DI KAMPUNG KAWAN ANDA, SAMPAI DIRUMAHNYA ANDA ENGGAN MASUK KE RUMAHNYA, KENAPA? jawapan: sebab anda masih basah, seganlah pulak... 7.ANDA KETAHUI KAWAN ANDA MEMPUNYAI RAMAI ADIK BERADIK TAPI RUMAH MEREKA KECIL SEBALIKNYA DAPUR PULAK YG BESAR, KENAPA? jawapan: dapur dia ada peti sejuk besar, dalam peti sejuk ada zirafah. 8.ANDA DAPATI DIHUJUNG KAMPUNG TERDAPAT TANAH YANG SANGAT LAPANG,SEDANGKAN SUMBER PENDAPATAN UTAMA KAMPUNG TERSEBUT ADALAH MENGAMBIL UPAH DARI BERUK PANJAT KELAPA.KENAPA? jawapan; disitulah semua binatang berkumpul. 9. SEWAKTU ANDA PULANG ANDA DAPATI BANYAK CECAIR PEKAT PADA POKOK KELAPA, KENAPA? jawapan: Gajah bersin, kena selsema selepas keluar dari peti sejuk.
Teka Teki - Nenek Oh Nenek
Filled under: cerita lawak, lawak

Ketika aq pulang kekampung halaman... Aq bertemu dgn nenek ku yg berumur 89tahun.. Dgn rasa gembira aq mencium tangan nya dan bermula la dialog antar aq (Azman dan Nenek Tersayang ) Azman : Alhamdulilah nek, smpai juga hajat sy kemari bertemu dgn nenek" Nenek : Syukur lah... nek pon ada hajat nk suh ko balik ni.. Azman : Apa dia hajat nenek tu? Nenek : Kalo cucu dpt jawab... nek akan bgi aset tanah 200hektar berserta emas 2 karung kepada cucu.. tetapi dgn syarat cucu hendaklah menjawab teka teki nenek" Lantas dgn persaan gembira aq pun berkata : Azman : Lekas la nek apa dia soalan tu.

Nenek : Sabo la cu.. naik la kerumah dlu .. Nnti nek bgitau apa teka teki tersebut.. Azman : Baik la nek.. Pada Mlm tersebut slpas hbis mengerjakan solat isyak dgn pantas aq mendapatkan nenek... Azman : Nek, tentang teka teki nenek apa tdi ek? Nenek : Begini, nenek akan berikan 3 soalan.. tetapi hnya 1 jawapan kamu jawab drpda 3 soalan tersebut.. cucu boleh kan? Azman : Insyallah nek.. Nenek : Soalan nya ialah knapa ubi kayu boleh jdi keras? Knapa gigi beruk boleh jdi sikit? Knapa pencuri boleh kna tangkap? Azman : Hmm... Jawapan nye... tatau la nek... Nenek : Cucu ni cbe la fikir skit... harta yg nenek nk bgi ni bkan sikit.. Azman : Baik la nek.. (Selama 3 jam aq berfikir sempat juga aq menanya kan soalan ini kpd mmber2 aq.. namun semua nya memberikan respon tidak tau sprti aq.. selepas aq mmbuat researh slma 3 jam bru lah aq mendapat jawapan nya.. tepat pada jam 7 pagi.. ) Azman : nek.. sy da dpt jawapan nya.. Nenek : apa dia? Azman : jawapan nya ialah LAMBAT CABUT. Nenek : ya.. betul.. itulah jawapan yg nenek fikir kan selama 50 tahun.. trimas cucu.. Azman : tapi nek.. mane dia hadiah yg nenek nk ksi tu? Nenek : amek ni nenekkebaya_12@yahoo.com & psword 1912nenek ... cucu pegi fesbok pstu bukak cityville.. tu la hadiahnya.. nenek da 50tahun maen mende tu >. Azman : laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa jauh sy datang nek dari BRAZIL dpt ni je?

Anda mungkin juga menyukai