Anda di halaman 1dari 2

Jurnal Minggu Ketujuh Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal 1.

Masalah / Peristiwa Pada minggu ini saya telah menghadapi masalah semasa mengajar. Ada segelintir murid Tahun 3 Dinamik yang masih kurang faham dan agak perlahan untuk menangkap isi kandungan pengajaran saya. : : : : 7/8 Minggu Ketujuh 09 September 13 September 2013 Masalah kefahaman dalam kalangan murid

2. Analisis Masalah ini timbul kerana murid tidak membuat persiapan dan persediaan yang secukupnya sebelum proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Memang tidak dapat dinafikan terdapat murid yang mudah dan cepat faham isi pelajaran yang disampaikan. Namun begitu, terdapat juga murid yang agak lembab untuk memahami isi pelajaran yang disampaikan. Saya terpaksa pergi mendapatkan murid-murid tersebut dan menjelaskan dengan lebih terperinci kepada mereka. Itu pun Selepas saya jenuh berulang kali menerangkan kepada mereka.

3. Cadangan Susulan a) Saya patut membaca buku-buku berkaitan dengan kaedah mengajar mudah dan senang dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan. b) Saya akan menyediakan Pelan A dan Pelan B pada waktu-waktu tertentu terutama pada topik-topik yang dirasakan sukar untuk murid supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar seperti yang dirancang dalam rancangan pengajaran harian. c) Pengolahan sumber bahan mengajar akan lebih dipelbagaikan lagi supaya murid

lebih seronok dan lantaran itu mereka akan lebih berminat serta seronok untuk mengikuti dan seterusnya memahami isi pelajaran yang disampaikan. d) Bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru pembimbing dan pensyarah penyelia akan lebih dikerapkan lagi di samping perbincangan dengn rakan-rakan guru pelatih.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Hal ini kerana proses penyampaian maklumat kepada murid akan berlaku setiap hari. Jika hal ini tidak dapat diatasi pada kadar segera, maka murid akan menjadi mangsa dan tidak memahami langsung ilmu yang disampaikan oleh guru.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan : ................................................ Nama Tarikh : ............................................... : ................................................

Tandatangan : ................................................ Nama Tarikh : ............................................... : ................................................

Anda mungkin juga menyukai