Anda di halaman 1dari 16

1.

0 PENGENALAN

Penulisan esei ini adalah berdasarkan tugasan kursus Teater kanak-Kanak (PSE 3104). Tugasan ini memerlukan penulis menghasilkan sebuah skrip teater kanakkanak yang bersesuaian dengan tahap dan minat mereka. Beberapa konsep dan definisi mengenai teater diterangkan secara ringkas supaya dapat penulis memahami pengertian sebenar teater. Dalam dunia pendidikan sastera, perkataan teater sentiasa disebut-sebut oleh mereka yang aktif dalam bidang lakonan pentas dan penulisan skrip. Makna teater boleh ditakrifkan seperti berikut. Teater adalah salah satu bentuk kegiatan manusia yang secara sedar menggunakan tubuhnya sebagai unsur utama untuk menyatakan dirinya yang diwujudkan dalam suatu karya seni suara, bunyi dan rupa yang dijalin dalam cerita pergelutan kehidupan manusia. Menurut Peter Brook, teater akan menjadi tempat yang indah bagi orang-orang yang mabuk dan kesepian, teater merupakan sebuah tindak budaya, teater bukanlah tempat untuk melarikan diri ataupun untuk mencari perlindungan. Seni teater atau drama merupakan satu cara belajar bagi golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak. Kita boleh mengenal diri dan masyarakat melalui teater yang dipentaskan. Penghasilan sebuah teater kanak-kanak atau remaja merupakan satu usaha yang amat bermakna kepada para pelajar. Teater memainkan peranan penting dalam pendidikan. Teater bukan sekadar melatih murid fasih bertutur, cekap berkomunikasi, mahir berfikir dan berketrampilan menarik, malah melalui aktiviti teater juga murid boleh mempertingkatkan potensi diri dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Oleh itu, amat tepat sekali bahawa teater juga dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan secara tidak langsungnya. Terdapat beberapa konsep berkaitan dengan teater dalam pendidikan dan juga teater kanak-kanak. Konsep ini menjadi teras kepada perkembangan bidang teater di sekolah.

Berikut adalah beberapa konsep teater dalam pendidikan yang boleh menjadi panduan dalam menghasilkan sebuah pementasan teater di sekolah. 1. Perlu merangsang pemikiran dan mendalami serta menyentuh perasaan penonton terhadap sesuatu isu. 2. Menggunakan bahan daripada sumber kurikulum atau isu sosial sebagai tema. 3. Sering dipersembahkan oleh kumpulan teater professional atau pelakonnya adalah guru. 4. Matlamat utama pementasan adalah untuk merangsang pelajar dalam pemahaman terhadap isi pelajaran di samping sebagai hiburan. 5. Perlu menghiburkan supaya dapat mengekalkan tumpuan dan minat penonton walaupun hiburan bukan matlamat utama.

Kesimpulannya, dalam pementasan sebuah teater kanak-kanak, sebuah skrip yang baik juga perlu dihasilkan yang memenuhi aspek yang telah ditetapkan supaya mereka dapat belajar sambil berhibur. Nilai murni perlu diterapkan dengan lebih jelas agar kanak-kanak dapat memahami tujuan sebenar teater tersebut dipersembahkan. Selain itu, jalan cerita juga mestilah mudah, ringkas dan menarik dengan tambahan penggunaan latar tempat yang mampu menyerlahkan lagi suasana teater. Oleh itu, mereka dapat menghayatinya dengan lebih seronok.

2.0 SKRIP TEATER KANAK-KANAK

KISAH KANCIL DAN KAWAN-KAWANNYA

Watak-Watak : Kancil Kera Arnab Tupai Kambing Singa Ayam Rusa Kucing Pencerita

Tempat Di sekitar hutan belantara. Masa Pada waktu pagi, petang dan malam. Pentas Kedudukan pentas sama bagi keseluruhan cerita. Pentas dihiasi dengan pokokpokok seperti hutan belantara. Sinopsis Skrip teater kanak-kanak ini menceritakan tentang kisah Sang Kancil dan kawankawannya. Kisah yang bermula dengan perjalanan Sang Kancil dan Sang Kera mencari suara aneh dan akhirnya mereka bertemu dengan binatang-binatang lain untuk mengetahui jawapan suara aneh tersebut. Mereka bersama-sama berusaha untuk menolong kawan mereka yang ditangkap oleh Sang Singa untuk dimakan sebagai ubat sakit gigi. Mereka berjaya menewaskan Sang Singa da

menyelamatkan Sang Rusa.Akhirnya, mereka hidup dengan aman dan damai.

Babak 1 Pada suatu pagi, dalam sebuah hutan belantara yang dipenuhi binatangbinatang telah menjadi ketakutan. Raja rimba, seekor singa yang jahat tiba-tiba mengamuk dengan membabi buta. Sebabnya ialah Sang Singa sedang menderita sakit gigi. Seluruh binatang menjadi takut dan lari bersembunyi. Singa :Ngauuum.Ngauuum.Ngauuum.Ngauuum.Ngauuum.!!! Sang Singa pun berlalu. Suaranya semakin lama semakin lenyap. Kelihatan beberapa ekor binatang masuk ke pentas dan bersembunyi di sebalik pokok. Mereka ketakutan. Sang Kancil pun muncul. Kancil : Kera.Kera! Marilah keluar. (berbisik) Kera : Ssssstt.Aku di sini.(dari belakang pokok) Kancil : Di mana kamu kera? Aku tidak nampak. Kera : Di sini.Aku di sini. Kancil : Di sini tudi mana? Aku tidak nampak pun kamu kera. (sambil mencari-cari) Kera : Di sinilah. Cuba kamu berjalan dua langkah ke arah kanan. Kancil : Satu.dua.(kancil bergerak) Kera : Kemudian langkah ke belakang lima langkah. Kancil : Satu, dua, tiga, empat dan lima.Sudah, kamu di mana? Kera : Sekarang, pusing badan kamu ke arah kiri. Kancil : Begini? Kera : Ya. Kancil : Habis tu, mana kamu? Kera : Cak, aaa.(muncul dari belakang kancil) Kancil : Huish. (melompat terkejut)

Kera : Hahahaha(ketawa terbahak-bahak) Kancil : Lain kali jangan main begini. Terkejut aku. Boleh kena sakit jantung. Kera : Jangan marah kancil. Aku bergurau saja. Hehe. Kancil : Bergurau tengok masa la kera. Jangan uji kesabaran aku. Kera : Baiklah kawanku, aku minta maaf.(sambil menghulurkan tangan untuk bersalam, tapi kancil buat tidak peduli) Kera : Betul betul marah ni. Baru saja Sang Kancil dan Sang Kera berjalan beberapa langkah, tiba-tiba kaki Sang Kera terpijak kulit pisang lalu terjatuh. Kera : Aduh.! Kancil : HahaHahaRasakan balasannya. Lain kali, kalau makan pisang, jangan buang kulitnya sesuka hati.(perli) Kera : Huh, bukannya nak tolong, malah ketawa pula. Aduh, sakitnya pinggang aku. Kancil : Sudah lah, salah sendiri. Mari sini nak tolong.(kancil menghulur tangan untuk menolong kera yang kesakitan untuk bangun) Tiba-tiba kera menarik tangan Sang Kancil, lalu jatuh di atas badan kera. Mereka tertawa kerana hubungan mereka kembali pulih. Kancil : Eh, kera. Apakah kamu nampak apa yang aku nampak tadi? Kera : Apa kancil? Tadi kan kamu jatuh. Kancil : Kalau begitu, apakah kamu dengar apa yang aku dengar sekarang ini? Kera : Dengar apa kancil? Hanya suara kamu saja yang aku dengar. Kancil : Bukan begitu maksud aku. Tadi aku mendengar suara seperti minta tolong. Begini. Aduh, sakit..Tolong..Aduh.Aduh.Sakit.(meniru suara singa) Kera : Oooo, yang itu. Aku juga mendengarnya. Kenapa kancil?
5

Kancil : Suara siapa, ya? Macam pernah aku dengar sebelum ini. Ingin sekali aku menolongnya. Kera : Ah,.buat apa kita susah-susah menolongnya? Kita sendiri pun tidak tahu itu suara siapa? Kancil : Isshh, kamu ni kera. Kenapa cakap begitu? Kita ini kan sesama makhluk ciptaan Tuhan. Sudah seharusnya kita hidup tolong-menolong. Bukankah menolong orang kesusahan itu amalan mulia, dapat pahala lagi, betul kan? Kera : Betul, tapi kalau yang kita tolong itu orang jahat, macam mana? Kita sendiri yang susah nanti. Kancil : Betul juga cakap kamu kera. Tapi.kalau dia baik? Kera : Ikut suka hati kamu lah kancil. Malas nak layan soalan kamu tu. Kancil : Ah, begini. Apa kata kita tanya kawan-kawan yang lain. Mungkin mereka tahu itu suara siapa? Jom. Kera : Jom, siapa takut. Sang Kancil dan Sang Kera mulai berjalan untuk mengetahui apa yang terjadi. Mereka bertanya kepada siapa saja yang ditemuinya sepanjang perjalanan. Namun menjelang senja pun masih belum mengetahui suara siapa yang meminta tolong. Akhirnya mereka kepenatan lalu berehat di bawah sebatang pokok yang rendang. Kera : Huh, sudah jauh kita berjalan kancil. Tapi kita tidak dapat sesuatu yang menggembirakan. Kucing tak tahu, kambing tak tahu, tupai pun tak tahu.(mengeluh kepenatan) Kancil : Betul, tapi kita tak boleh mengalah. Jangan cepat putus asa kera. Kera : Ah, aku sudah penat dan mahu tidur. Kancil : Ya, aku juga.(menguap lalu tidur di bawah pohon yang rendang)

Babak 2 Pagi telah tiba. Matahari bersinar dengan cerahnya. Binatang-binatang di hutan menyambutnya dengan riang dan gembira. Ada yang menyanyi dan menari. Hari itu, mereka dapat bermain dengan tenang kerana Sang Singa yang jahat dan sering menggangu mereka itu sedang sakit gigi. (lagu ceria dimainkan) Kera : Stoppp..!(muzik berhenti, semua binatang bingung dan lari bersembunyi) Kancil : Opocot. Terkejut Kancil. Ada apa kera?(bangun dengan terkejutnya) Kera : Mereka itu, tuh.Mengganggu kita sedang tidur saja. Kancil : Siapa? Kera : Hey kalian, mari keluar. Jangan bersembunyi. Keluar! (kera menjerit) Sejenak kemudian, semua binatang tadi pun keluar dari tempat

persembunyian. Kambing : MbekkkHuh, saya ingat kamu ini serigala. Eerupanya kera. Kera : Ya, aku Sang Kera, Kenapa?(marah) Kucing : MeowEh, sudah-sudah jangan bertengkar. Sesama binatang tidak elok bertengkar, tau. Meow. Kera : Kamu pun sama saja. Pengganggu! Ayam : Kukuruyuk.Apa kalian ni? Pagi-pagi lagi dah marah-marah. Ce cerita sama saya. (rehat seketika sambil semua binatang bercerita kepada ayam) Ayam : Oorupa-rupanya Sang Kera dan Sang Kancil ini telah terganggu tidurnya oleh kami. Kera : Hemhtau pun. Kambing : MbekkkKalau begitu kami minta maaf kera. Betul kami tidak tahu yang kamu sedang tidur di sekitar sini. Betulkan kawan-kawan? Semua binatang : Betul, kera. Betul kancil. Kami semua tidak tahu.
7

Kancil : Oh, tak apa-apa. Sebenarnya aku dan Sang Kera ini sedang mencari sesuatu yang membuat kami berdua bingung. Kami sudah berjalan sepanjang hari sehingga penat lalu tidur di sini. Maafkan kami juga, kawankawan. Tupai : Apa yang kamu berdua cari sebetulnya? Ayam : Kukuruyuk, apa dia Sang Kancil? Cuba beritahu kami. Mungkin kami boleh tolong. Kancil : Begini kawan-kawan. Semalam aku dan Sang Kera terdengar suara aneh. Tupai : Apa, suara aneh? Kancil : Betul, suara aneh. Kucing : Meow.Aneh, aneh bagaimana kancil? Kancil : Dengar ya kawan-kawan. Aduh, sakit..Aduh.Tolong.Aduh(meniru kembali suara singa) Kancil : Begitulah suaranya kawan-kawan. Dan setelah itu, kami mula mencari siapa pemilik suara tersebut. Sampailah ke sini. Kancil : Hei, kenapa kalian ketawa? Apa ada yang lucu tadi? Tawa mereka pun berhenti. Dan tak lama kemudian mereka ketawa lagi. Kera : Stop-stop, berhenti.!(marah, lalu semua binatang diam) Kucing : Meow.Maafkan kami kawan, rupanya kamu tidak tahu lagi, ya? Kancil : Apa yang kalian tahu dan tidak kami ketahui? Beritahulah segera. Kucing : Begini kancil. Begini kera. Rupanya suara aneh yang kamu dengar itu adalah suaranya Sang Singa yang jahat. Dia tengah menderita sakit gigi. Kancil dan Kera : Haa, SIIIINGAAAA!!! (berpelukan dengan gementar) Kambing : MbekkkBetul, suara yang kalian dengar itu suara singa. Tapi tenang saja, dia tidak boleh apa-apakan kita. Dia tengah sakit gigi.

Tupai : Ya, singa tengah sakit gigi. Jadi, dia tidak boleh menggigit. Kancil dan Kera : Oooo.begitu.(menarik nafas lega) Tupai : HahahaSang Singa yang jahat sedang sakit gigi. Hahaha.

Babak 3 Semua binatang berasa sangat gembira kerana Sang Singa sakit gigi. Dia tidak boleh menggangu binatang lain lagi. Namun dengan tiba-tiba, seluruh alam di sekitar hutan itu menjadi gelap. Sang Arnab datang sambil membawa obor. Arnab : Aduh, kawan-kawan. Masak kita, masak.(termengah-mengah) Kera : Eh, rupanya ada Sang Arnab! Ayam : Ya, itu memang Sang Arnab. Arnab : Benar. Ini aku, Sang Arnab. Kancil : Ada apa arnab? Kenapa kamu kelihatan ketakutan? Arnab : Aku membawa berita untuk kalian semua. Kucing : Berita? Berita apa arnab? Cepat beritahu kami semua. Arnab : Ini berita buruk kawan-kawan. Tupai : Apa, berita buruk? Kambing : Mbekkk.Kalau begitu, cepatlah kau ceritakan kepada kami. Kucing : Meow.cepat, jawab. Jangan bingung begitu. Meow. Arnab : Begini. Sebentar tadi aku mendapat berita yang mengatakan bahawa Sang Singa yang jahat itu telah menangkap salah seorang sahabat kita. Tupai : Apa, menangkap sahabat kita? Siapa arnab? Arnab : Yang ditangkap oleh Sang Singa itu adalahSang Rusa. Kancil : Hah, Sang Rusa!
9

Arnab : Ya, Sang Rusa ditangkap untuk dimasak dan dijadikan ubat sakit gigi Sang Singa. Alasannya gigi Sang Rusa sangat kuat dan bagus. Ayam : Hiiiyyy.takut..kukuruyuk..Tapi kenapa kucing menggigil? Kucing : Meow, mamaaf, aku betul-betul takut.(tersipu malu) Kambing : Mbekkk.Lantas apa yang harus kita lakukan? Kancil : Tentu saja kita harus menolong Sang Rusa. Dia kan sahabat kita semua. Kucing : Apa, menolongnya? Hiiiiyyyy.takut..!!! Arnab : Tapi bukankah Sang Singa itu sangat jahat. Jangan-jangan kita sendiri yang dimakannya. Kera : Oh, kalau begitu biar Sang Kambing lah yang menolongnya! Dia kan ada tanduk. Kambing : Amboi, sedap mulut nampak! Kamu lah yang pergi. Kamu kan boleh panjat pokok. Singa tentu tak dapat tangkap kamu. Kancil : Ahaa, aku sudah dapat idea. Tupai : Apa idea kamu Sang Kancil yang bijaksana hoi? Kami semua takut ni. Kancil : Kita semualah yang akan melawan Sang Singa. Kitakan ramai. Jadi kita perlu bersatu untuk menewaskan Sang Singa yang jahat itu. Kambing : Mbekkk.Tepat sekali. Bersatu kita teguh bercerai kita runtuh. Kancil : Sekarang, marilah kita satukan seluruh kekuatan kita untuk menolong Sang Rusa. Setuju? Arnab : Setuju.!!! Kucing : Kalau begitu aku juga setuju. Meow, meow, meow.. Kancil : Baiklah, sekarang mari kita mengatur strategi untuk menghadapi Sang Singa.

10

Babak 4 Akhirnya, semua kawan-kawan Sang Kancil pun datang ke tempat

persembunyian Sang Singa yang jahat itu. Dengan berhati-hati mereka menyelinap masuk. Mereka melihat Sang Rusa sedang tidur dalam kurungan. Sang Kancil cuba untuk mengejutkan Sang Rusa, namun tidak berjaya. Di luar, terdengar suara singa sedang mengadu giginya yang sedang sakit itu. Tak lama kemudian, muncullah Sang Singa. Semua kawan Sang Kancil menjadi panik lalu dengan pantasnya bersembunyi di sebalik semak di sekitarnya. Singa : Hmmseperti ada sesuatu di sini. Ya, seperti bau yang tidak asing lagi bagiku. Ya, bau makanan yang enak. Singa menghampiri tempat kancil bersembunyi. Lalu memungut setangkai bunga yang sudah mengering. Singa : Oo, jadi ini makanan enak yang aku fikirkan tadi. Ish, bunga kering rupanya. Em, si bodoh rusa sedang tidur lagi rupanya. Biarkan. Daripada bangun membuat bising berteriak meminta tolong, lebih baik dibiarkan tidur saja. Ah, sekarang aku mahu menyiapkan segala sesuatu untuk memasak daging rusa. Kalau dimasak dengan bumbu ni sedap. Enaaak..!!!(berjalan keluar) Sang Kancil dan kawan-kawannya keluar dari tempat persembunyian dengan sangat berhati-hati. Mereka menarik nafas lega. Kancil : Huh, hampir ditangkapnya aku! Kera : Bagaimana sekarang kancil? Kancil : Dengar sini semua. Sekarang kita pecah kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama membebaskan Sang Rusa, manakala kumpulan kedua pula mengawasi keadaan kalau-kalau Sang Singa datang lagi. Ayam : Kukuruyuk.ayuh kita bertindak.(bersemangat) Kancil : Ssssssttttt..Jangan bising sangaaat.

11

Semua binatang serentak meletakkan tangan menutup mulut. Kemudian, mereka segera menyelesaikan tugas yang telah diberikan. Rusa : Terima kasih Sang Kancil. Terima kasih kawan-kawan. Kalian telah menyelamatkan nyawaku. Tupai : Ah, kamu tidak perlu berkata begitu rusa. Kita kan dah lama berkawan. Jadi seharusnya kami menolong kamu daripada dimakan oleh Sang Singa yang jahat itu. Ayam : Betul, betul. Inilah baru dinamakan kawan. Kukuruyuk.. Rusa : Baik sungguh hati kamu semua. Aku berasa sangat bersyukur mempunyai kawan seperti kalian. Kamu semua adalah sahabatku yang terbaik di dunia. Kemudian, mereka saling berpelukan satu sama lain. Suasana yang sangat mengharukan itu tiba-tiba menjadi kalut kerana Sang Singa masuk dengan mengejut tanpa disedari oleh mereka. Singa : Oh, rupanya ada perjumpaan keluarga di rumah aku, ya! Tapi.aku tidak diundang pula. Kucing : Hah, S-I-N-G-A. Meow, Meow, Meow Singa : Apa yang kamu buat di sini, hah? Kancil : Lari!!! Semua binatang tersebut lari untuk menyelamatkan diri, tetapi tidak meninggalkan tempat itu. Malah, mereka mempermainkan Sang Singa yang sedang marah itu. Singa : Jangan lari.Mana kamu mahu pergi? Awas kamu semua. Akan aku tangkap semuanya. Dasar binatang bodoh. (marah tanpa menghiraukan giginya yang sedang sakit)

12

Tiba-tiba Sang Singa meraung kesakitan giginya. Dia lalu terduduk kerana terlalu sakit. Kesempatan ini diambil oleh Sang Kancil dan kawan-kawannya untuk mengurung singa ke dalam kurungan yang telah dia gunakan kepada rusa tadi. Singa : Aduh.Sakit.Aduh, sakit!!!(segera terduduk kesakitan) Kera : Nah, sekarang biar kau rasakan bagaimana rasanya dikurung dalam sangkar. Hahaha Singa : Bodoh kau kera. Cepat keluarkan aku dari sini. Nahas kamu aku kerjakan nanti. Kera : Tidak akan aku buka kurungan itu. Aku tidaklah sebodoh yang kau sangka. Hahaha Kancil : Ah, sudahlah semua. Mari kita pulang. Biarkan Sang Singa menikmati sakit giginya di situ. Ayam : Siapa suruh kamu jahat? Sekarang padan muka kamu. Kukuruyuk. Kambing : Mbekkk.Mari kawan-kawan kita pulang. Hari pun sudah mulai malam. Arnab dan Kucing : Mari Singa : Hei, jangan pergi. Keluarkan dulu aku dari sini. Hei binatang-binatang bodoh.TolongTolongkeluarkan aku dari sini..maafkan aku..Tolong.!!!! Akhirnya Sang Kancil dan kawan-kawannya hidup dalam keadaan gembira kerana tidak ada lagi yang akan mengganggu mereka bermain dan mencari makanan. suasana pentas menjadi gelap. - TAMAT -

13

3.0 REFLEKSI KENDIRI Nama : Mohd Salahuddin bin Mat Amin No. I/C : 900623-11-5773

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan ini. Saya mula menerima soalan tugasan Teater Kanak-Kanak (PSE 3104) ini pada 15 Julai 2013 dan dikehendaki menyiapkannya dan hantar pada 23 Ogos 2013. Pensyarah kelas saya iaitu Encik Mohamad Paris bin Arshad telah memberi penerangan yang jelas semasa saya menerima tugasan ini. Saya dikehendaki menulis sebuah skrip teater kanak-kanak dan jika berkesempatan, skrip tersebut akan dipersembahkan. Sepanjang tempoh melaksanakan tugasan ini, pelbagai dugaan yang dihadapi. Dugaan yang utama ialah tugasan ini perlu dilaksanakan sepanjang tempoh saya berpraktikum di sekolah bagi praktikum fasa 2 selama 8 minggu. Oleh itu, saya menghadapi banyak kekangan masa untuk menyiapkan tugasan ini. Maklumlah, saya perlu menyiapkan rancangan pengajaran setiap hari. Jadi masa untuk saya menulis skrip teater ini sedikit terganggu. Sebelum saya mula menulis skrip teater ini, saya mencari seberapa banyak maklumat yang boleh digunakan dalam penulisan saya. Saya membuat rujukan di perpustakaan dan tidak lupa juga di internet. Nampaknya sumber untuk bahan sastera ini kekurangan. Jadi, saya membuat perbincangan bersama rakan-rakan sekelas supaya saya dapat menyiapkan tugasan ini sebaik mungkin. Melalui tugasan ini, saya dapat belajar cara untuk menulis sebuah skrip teater kanak-kanak. Pelbagai unsur yang menarik dan sesuai dengan jiwa kanak-kanak perlu saya titikberatkan agar skrip saya sesuai untuk dipentaskan kepada golongan kanak-kanak terutamanya. Oleh itu, cerita yang saya pilih ialah cerita haiwan dan saya beranggapan bahawa kanak-kanak amat menyukainya. Saya juga dapat mengetahui serba sedikit konsep dan definisi teater sama ada teater untuk kanakkanak mahupun teater dalam pendidikan. Konsepnya hampir sama saja.

14

Daya kreativiti saya juga dapat dicungkil semasa menulis skrip ini. Saya perlu menghasilkan sebuah skrip yang menarik dan memenuhi kehendak emosi, imaginatif dan daya pemikiran kanak-kanak. Skrip yang baik untuk kanak-kanak ialah skrip yang mempunyai nilai yang baik di samping mempunyai sedikit unsur kecindan. Dalam skrip yang saya hasilkan, terdapat beberapa nilai murni yang saya tonjolkan serta beberapa unsur kecindan yang boleh dipentaskan dengan spontannya. Oleh itu, perkara yang saya belajar sepanjang menulis skrip ini ialah hidup kita ini mestilah sentiasa dipenuhi dengan nilai-nilai yang murni dan juga sedikit gelak ketawa untuk melepaskan segala tekanan yang ada agar diri dan jiwa kita sentiasa terdidik. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu dan bapa saya yang sentiasa mendorong saya untuk terus gigih belajar supaya dapat menjadi seorang guru yang berjaya. Terima kasih juga kepada pensyarah dan rakan-rakan saya yang banyak membantu berkongsi idea secara langsung dan tidak langsung. Diharapkan tugasan yang dilaksanakan ini telah berjaya mendidik saya untuk sentiasa rajin berusaha dalam menuntut ilmu dan juga kehidupan seharian.

15

RUJUKAN

Ahmad Kamal Abdullah. (1993). Jambak: Proses kreatif pengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hizairi Othman. (1996). Kreativiti dalam penciptaan karya sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hajah Noresah binti Baharom. (2010). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ibrahim Abdul Salam. (1995). Kitab permulaan mengarang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah dan rakan-rakan. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Internet

Dewan Bahasa dan Pustaka dilayari pada 20 Julai 2013 di http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=vertsections&SubVertSe ctionID=893&VertSectionID=25&CurLocation=208&IID=&Page=1 Maharam (2010) dilayari pada 20 Julai 2013 di http://contohtugasan.blogspot.com/2010/02/contoh-skrip-panggungdrama.html

16